Contoh Assignment Tugasan Tamadun Islam Dan Tamadun Asia

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 7

CONTOH ASSIGNMENT TUGASAN TAMADUN ISLAM DAN

TAMADUN ASIA

1.0        PENGENALAN

Istilah Tamadun berasal dari perkataan Arab dan perkataan Tamadun itu sendiri
digunakan di Malaysia sehingga kini. Terdapat pelbagai jenis tamadun diantaranya Tamadun
Islam, Tamadun China, Tamaduh India dan tamadun-tamadun yang lain. Mejuruk kepada
Tamadun China, ia mempunyai kesan sejarah dan banyak memberi sumbangan kepada
tamadun-tamadun lain di dunia daripada pelbagai perspektif, antaranya ekonomi, ketenteraan,
pertanian dan sebagainya kerana ilmu dan hasil penyelidikan serta penciptaan yang
menakjubkan.
Kefahaman kepercayaan agama adalah aspek penting dalam masyarakat China kerana
mereka menganut pelbagai aliran agama tetapi berkait rapan dengan adat dan tradiri mereka.
Masyarakat China akan berpandukan kepada ahli falsafah kerana kefahaman mereka
berlainan satu sama lain pada ketika itu. Tamadun China mempengaruhi perkembangan Sains
Islam yang digunapakai sehingga ke hari ini. Salah satu kemajuan teknogi kepada tamadun
china adalah pembinaan Tembok Besar China. Tamadun China bermula sejak tahun 2000
sebelum masihi dengan pembentukan dinasti paling awal daripada kebudayaan Neolitik
Lembah Sungai Hwang Ho (Sundra Raja & Letchumanan, 1999). Dinasti Chang adalah
dinasti yang pertama di kesan oleh sejarawan.

2.0        TENTANG TEMBOK BESAR CHINA

Seperti ramai yang sedia maklum, Tembok Besar China adalah merupakan salah satu
tujuh keajaiban dunia. Tembok Besar China adalah binaan yang terpanjang di dunia dan
binaan itu tidak memanjang secara lurus kerana ia adalah gabungan tembok-tembok pendek
yang mengikuti pergunungan di utara China. Tembok ini pada asalnya dibina bagi tujuan
ketenteraan pada abad ke-9. Sejarah pembinaan tembok ini bermula di kawasan tengah China
untuk menghalang pencerobohan suku kaum dari bahagian utara China iaitu kaum Barbar
(tartar) Monggol. Ukuran tinggi Tembok Besar China bersamaan tinggi bangunan tiga tingkat
dan panjangnya lebih kurang 2410 kilometer dan mengambil masa 100 tahun untuk disiapkan
oleh tenaga manusia sepenuhnya. Kerajaan pada masa itu telah mengarahkan petani untuk
membina tembok ini dan ramai yang telah mati ketika pembinaannya. Tembok Besar China
terbentang di sepanjang Shanhaiguan di bahagian timur hingga ke Lop Lake di sebelah barat.
Tembok Besar China pada awal pembinaanya menggunakan batu dan kayu, kemudian batu
bata panjang turut digunakan manakala ditengahnya diisi dengan tanah atau ketulan batu.

3.0        SUMBANGAN TEMBOK BESAR CHINA KE ATAS SAINS DAN


TEKNOLOGI

Tembok Besar China mempunyai nilai sejarah yang luar biasa. Tembok ini digunakan
sebagai banteng pertahanan tentera. Pembinaan tembok ini mengambil masa yang lama
dengan ukuran yang sangat besar. Walaupun ia tidak dibina dengan teknologi yang canggih
seperti hari ini, ia tetap menjadi teknologi yang hebat pada zaman itu di mana tembok
tersebut dibina dengan jerih payah para petani dan rakyat jelata. Sains dan Teknologi China
wujud kira-kira pada kurun ke-15 sehingga kurun ke-11 sebelum masihi. Masyarakat China
sejak dari awalnya sangat menghargai kemahiran teknologi khasnya kejuruteraan hidraulik
kerana pada zaman itu mereka menggunakan kepakaran tersebut untuk mengawal banjir yang
berlaku di Sungai Kuning. Selain teknologi hidraulik, teknologi melebur dan menuang besi
ke acuan, pembuatan kertas dan Loyang, pengeluaran porselin telah wujud ketika itu.
            Seni bina Tembok Besar China mempunyai reka bentuk yang unit dan ini menjadikan
Tamadun China berlainan daripada tamadun lain. Tembok yang dibina sejak Zaman Dinasti
Chou ini dibina sepanjang 1500 batu dari Kansu ke Peking dan diteruskan oleh Dinasti yang
berikutnya. Sementara itu di bandar-bandar China purba seperti Changan, Anyang, Peking
dan Loyang juda dibina dengan rekaan yang mempunyai tembok batu. Di bandar-bandar lain
juga tembok dibina menggunakan tanah liat malahan daripada lumpur. Terdapat pintu
gerbang yang dikelilingi oleh parit yang besar dan menara di kawasan tembok ini dan
menempatkan kediaman Maharaja. Istana Maharaja tersebut bernama Kota Larangan dan
sehingga kini masih kekal dengan mempunyai banyak dewan dan taman. Dewan tersebut
digunakan sebagai Balai Penghadapan serta tempat Pagoda. Pagoda mempunyai bentuk
seperti oktagon dan segi empat sama serta mempunyai ketinggian sehingga 15 tingkat.  Ilmu
sains dan teknologi tamadun China muncul sebelum Kota Melaka dengan pembuktian
kemahiran meraka dalam bidang perkapalan. Kemajuan sains dan teknologi China juga dapat
dilihat dengan pembinaan terusan, pembinaan Tembok Besar China, penciptaan kompas,
perindustrian peleburan besi dan senjata perang seperti meriam. Berikut diberi pencerahan ke
atas Sains dan Teknologi Tamadun China :

 3.1       Sains dan Teknologi Kompas

Mengikut Sejarawan, kompas yang pertama juga telah dicipta oleh penduduk China pada
abad ke-11 adalah bertujuan untuk keagamaan sahaja. Kompas mengandungi anak panah yang
diperbuat daripada jarum besi bermagnet yang berdasarkan arah Utara, Selatan, Timur dan Barat.
Sejarawan British, Joseph Needham mengatakan bahawa kompas tersebut dicipta berdasarkan
beberapa artifak dan manuskrip. Jika dilihat dalam pembinaan Tembok Besar China ini, penggunaan
kompas boleh dijadikan bahan penting dalam kerangka dan strategi sebelum bermulanya kerja-
kerja pembinaan Tembok Besar China tersebut. Kompas digunakan untuk menentu sesatu arah yang
hendak dituju dengan tepat. Jika pembinaan Tembok Besar China tidak menggunakan teknologi
kompas, adalah mustahil untuk pembinaan itu dibina dengan tujuan arah yang betul. Pembinaan
jalan tanpa tujuan dan arah yang tepat boleh menyebabkan jalan yang dibina itu tidak menuju
destinasi yang betul. Sehingga ke hari ini kompas amat berguna bagi menentukan arah bagi pelayar-
pelayar di laut. Kompas juga telah berevolusi menjadi lebih canggih sepeti kompas digital dan
berada di dalam aplikasi setiap telefon pintar.

3.2       Sains dan Teknologi Kereta Kuda dan Kereta Sorong Beroda


Penciptaan kereta kuda dan kereta sorong beroda digunakan untuk tujuan pertanian dimana
kereta sorong beroda digunakan untuk mengangkut hasil pertanian manakala kereta kuda bagi
tujuan penghantaran hasil ke seluruh wilayah China. Penggunaan kereta sorong beroda untuk
mengangkut batu bata dan bahan-bahan binaan lain dalam proses pmbinaan Tembok Besar China
boleh dijadikan kajian yang lebih teliti. Kereta sorong (wheelbarrow)yang dicipta pada kira-kira
tahun 200 sebelum masihi ini banyak meringankan tenaga manusia. Kereta sorong moden kini bukan
sahaja digunakan untuk mengangkut barangan tetapi di modenkan dan diinovasikan menjadi kereta
sorong bayi atau dikenali sebagai “baby stroller”.

3.3       Sains dan Teknologi Bahan Letupan (Gunpowder)

Bahan Letupan ini mula ditemui pada kurun ke-7 di mana masyarat China
menggunakan bahan ini untuk membuat bunga api. Bahan letupan ini juga mula digunakan
untuk membuat senjata untuk digunakan dalam bidang tentera pada tahun 906. Pada abad
kini, senjata api telah menjadi senjata utama digunakan dalam medan perang. Senjata api
kuno lazimnya menggunkan serbuk hitam tetapi senjata api moden menggunakan serbuk
tanpa asap, kordit atau pedorong lain. Kebanyakan senjata api moden mempunyai laras
berpilin untuk memberikan putaran kepada projektil untuk menambahkan kestabilan semasa
penerbangan.
  

4.0                    PEMIKIRAN INOVATIF KESAN TAMADUN CHINA

Tamadun China banyak memberi kesan positif dan menjana pemikiran inovatif dalam
bidang kemahiran, teknologi dan kebendaan. Tamadun China juga telah memperkenalkan
perusahaan sutera di Kepulauan Melayu. Selain itu, Tamadun China mahir dalam pembuatan
tembikar serta pertukangan logam. Terdapat pelbagai bidang dan teknologi yang tercipta
daripada Tamadun China ini dan ia memberi impak yang sangat baik kepada pemikiran
inovatif pada masa kini antaranya seperti berikut :

4.1       Bidang Astronomi
Di zaman awal pemerintahan dinasti Zhou pada kurun 1300 sebelum masihi, tamadun
China mampu merekod dan membuat katalog mengenai  gerhana bulan dan matahari, bintang
dan komet. Astronomi China telah menjumpai crab nebula, komet Halley dan
mencipta gnamon bagi menentukan latitud matahari dengan cara mengukur kedudukan
panjang bayang-bayang pada waktu tengah hari. Mereka juga mencipta clepsydra iaitu alat
mengukur masa berdasarkan aliran air yang melalui lubang kecil yang terdapat pada alat
tersebut. pada kurun ke-11 orang Cina telah mampu menyediakan katalog bintang, mencatat
rekod tepat tentang gerhana dan komet. Sumbangan terbesar ahli astronomi China juga
adalah yang tepat dan sempurna dan digunakan lebih 2000 tahun. Selain itu sistem kalendar
China juga adalah sistem terawal yang maju dan tepat berbanding sistem kelendar lain di
dunia ialah penghasilan peralatan astronomi dan penyelenggaraan rekod astronomi yang
sempurna, tepat dan berterusan sepanjang lebih daripada 2,000 tahun. Penyelidikan astronomi
dan alam semesta pada masa kini telah menghasilkan peralatan baru yang mampu menyemak
data dan menyelesaikan persoalan penting dalam bidang kosmologi.
4.2       Bidang Matematik
Masyarat Cina juga banyak mencapai kemajuan dalam bidang matematik dan semasa
Dinasti Tang matematik dimasukkan dalam peperiksaan. Teorem matematik ditemui seawal
tahun 220-267 masihi. Karya ahli matematik Xu Yue mengatakan bahawa penggunaan
sempoa (abacus) disebut buat pertama kali pada kurun ke-2.  Perbincangan terawal mengenai
matematik China adalah tentang segi empat ajaib. Segi empat ajaib dikatakan unik kerana
apabila angka baris menegak, mendatar, miring dicampurkan mendapat jumlah yang sama
iaitu 15. Orang China juga telah memperkenalkan angka negatif dan positif serta angka genab
dan ganjil. Kemajuan dalam bidang matematik China ini kekal digunakan sehingga ke hari
ini.

4.3        Teknologi Teknik Percetakan


            Teknologi Teknik Pecetakan telah diperkenalkan semasa pemerintahan Dinasti Tang
dimana bahan bercetak terawal dan masih wujud sehingga ke hari ini adalah Kitab Sutra
Diamond bertarikh 11 Mei 868. Buku tersebut yang di jaga rapi dan ditempatkan di Muzium
British di England. Isi kandungan yang menarik dalam buku tersebut adalah teknk pecertakan
blok manakala Teknik Pecetakan Bergerak dicipta pada tahun 1045 oleh Bi Sheng. Plat
ukiran percetakan dibina menggunakan asas ukiran batu purba dan ukiran meterai.
Masyarakat China dahulu telah mencetak sejumlah besar gambar agama dan plat ukiran. Oleh
kerana percetakan plat ukiran melibatkan kos yang tinggi dalam tenaga buruh dan bahan-
bahanya, maka ditubuhkan industri percetakan untuk memperbaiki teknik percetakan
tersebut.

4.4        Bidang Sosial
            Tamadun China adalah bersifat terbuka dan bertolak ansur. Sifat keterbukaan dan
bertolak ansur ini sangat membantu dari segi komunikasi. Jika sifat bertolak ansur tiada
dalam diri seseorang, kejayaan sukar dikecapi bukan sahaja individu itu sendiri malah
sesebuah negara juga turun menerima kesan yang sama. Sikap keterbukaan pula perlu
mengikut adat dan budaya sesuatu negara kerana di Malaysia masyarakatnya menganut
pelbagai agama sensitiviti sesuatu kaum perlu dijaga untuk keharmonian bersama. Sistem
etika China pula berasaskan keluarga, keharmonian dan mengutamakan kebaikan hati antara
entiti. Ajaran konfusianisme juga memberi banyak memberi implikasi dalam memupuk
kebudayaan penyayang dan masyarakat yang beretika, liberal dan bebas dari segi agama dan
budaya.

4.5       Bidang Ekonomi
            Tamadun China adalah satu tamadun yang kaya dan mengamalkan dasar perdagangan
bebas seperti pertukaran barang. Selain itu Tamadun China juga memperkenalkan sistem
mata wang dan digunakan sistem tersebut sehingga ke hari ini. Sikap masyarakat China
memberi kesan positif dalam pengurusan perniagaan seperti sikap rajin, jimat-cermat,
bertanggungjawab, kesopanan, kesetiaan dan kepatuhan kepada peraturan serta disiplin dan
semangat kerjasama.

  
5.0        TIGA CIPTAAN BAHARU MEMBERI KESAN TAMADUN KINI DI
MALAYSIA
Setiap ciptaan pasti memberi kesan kepada sesebuah tamadun sama ada kesan itu positif
atau negatif, memberi manfaat atau kemudaratan. Ramai yang mengambil mudah kemudahan
dan teknologi yang telah wujud masa kini. Manusia kini semakin mudah untuk ke suatu
tempat dengan menggunakan sistem navigasi atau GPS dan segalanya mudah pada abad ke-
21 ini. Generasi kini makin melupakan jasa dan penghargaan generasi terdahulu yang
mendatangkan idea kretif dan penciptaan yang telah diinovasikan hari ini. Di antara ciptaan
baharu memberi kesan kepada tamadun kini di Malaysia adalah dalam bidang Teknologi
Maklumat dan Komunikasi atau dikenali sebagai (ICT), Telefon Pintar dan Komputer.

5.1       Teknologi Maklumat dan Komunikasi


            Pada era zaman moden, penggunaan alat Teknologi Maklumat dan Komunikasi ini
sangat mempengaruhi tamadun kini. Jika dahulu maklumat yang hendak disampaikan
seseorang kepada seseorang yang lain memgambil masa yang lama dan adalakanya maklumat
yang disampaikan tidak tepat atau terputus. Tetapi kini, masyarakat dapat berhubung dengan
pantas dalam satu-satu masa pada jarak yang jauh dan masa yang berlainan. Komunikasi
tanpa sempadan ini memudahkan maklumat sampai dengan cepat dan tepat. Antara medium
yang terkenal seperti Facebook, Whatsapp, Twitter dan sebagainya menyebabkan komunikasi
manusia lebih berkembang. Melalui media sosial tersebut manusia dapat mengeratkan
hubungan silaturahim antara satu sama lain.
            Selain itu, teknologi makumat dan komunikasi ini memudahkan generasi kini
mengakses maklumat berkaitan ilmu pendidikan, berita-berita semasa dan sebagainya. Hal ini
dapat mengembangkan minda manusia untuk mendapat pelbagai input yang berguna dan
mengetahui isu semasa yang terjadi di Malaysia atau serata dunia. Jika dahulu, terimaan
sesuatu berita mengambil masa yang lama untuk sampai kepada sesuatu pihak dan
adakalanya penyampaian tidak tepat dan berasas.
            Di antara perkara yang baik atas kewujudan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ini
adalah memudahkan urusan sesorang dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, jika dahulu
kita ingin membayar bil-bil utiliti kita terpaksa mengambil masa yang lama kerana jarak
untuk berurusan jauh dari tempat kita berada. Pengurusan masa juga akan terjelas jika
melibatkan waktu bekerja kerana terpaksa keluar waktu pejabat atas urusan peribadi. Tetapi
kini segalanya hanya di hujung jari, pelbagai aplikasi telah dicipta untuk memudahkan urusan
pembayaran bil utiliti atau urusan lain seperti memperbaharui cukai jalan dan sebagainya.
            Dalam urusan perniagaan pula, pada abad ke-21 kini segalanya bergerak pantas. Jual
beli barang juga tidak menggunakan mata wang kasar tetapi secara maya. Pada era zaman
1990an dahulu pasaraya menjadi pilihan utama pembeli untuk membeli barangan keperluan
asas. Ketika keluar untuk mencari barangan peribadi, kita bukan sahaja perlu mengeluarkan
belanja untuk barang tersebut tetapi kos sampingan seperti duit tambang, petrol, tol dan
sebagainya malahan kita juga terpaksa mengharungi kesibukan jalan raya dan stress di jalan.
Dengan adanya Teknologi Maklumat dan Komunikasi ini, kita hanya perlu menggunakan
hanya telefon pintar, komputer atau komputer riba (laptop) sahaja. Bukan itu sahaja, sistem
perniagaan atas talian juga memudahkan pihak pembeli untuk membeli barangan yang
dikehendaki dengan pantas menjimatkan masa dan kos sampingan. Pihak peniaga juga tidak
perlu menyewa kedai yang mahal dan besar untuk membekalkan stok barangan. Kadangkala
peniaga hanya menjadi perantara antara pengeluar produk seperti menjadi stokis atau ejen
jualan. Peningkatan kadar pertumbukan ekonomi Malaysia juga semakin kukuh apabila
urusan jual beli rancak dijalankan. Kajian juga menunjukan bahawa aliran perbelanjaan
dalam sesebuah negara membantu memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi.

5.2       Telefon Pintar
            Pada hari ini, telefon pintar menjadi trend gaya hidup kepada semua golongan atasan,
pertenghan, bawahan, remaja, dewasa mahupun kanak-kanak. Telefon pintar ini banyak
mempengaruhi urusan seharian mereka. Antara kebaikan telefon pintar ini adalah menjadi
alat penghubungan antara satu sama lain walaupun dalam jarak yang sangat jauh. Secara
tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli keluarga. Selain itu,
telefon pintar boleh dijadikan alat melayari internet dan penggunaan internet amat penting
kepada pelajar bagi membuat kajian atau menyiapkan tugasan yang diberikan.

5.3       Komputer
            Komputer merupakan alat elektronik yang meyimpan maklumat. Penggunaan
komputer semakin popular di dunia dewasa kini. Terdapat pelbaai jenis komputer seperti
komputer meja, komputer peribadi, komputer telapak, komputer mudah alih dan sebagainya.
Disamping itu juga komputer memudahkan tugas kita seharian. Banyak tugasan kita
dilakukan menggunakan komputer seperti kerja-kerja menaip, penyediaan laporan, pelukisan
grafik dan multimedia. Komputer membantu kita menyiapkan tugasan dengan mudah dan
cepat

6.0       KESIMPULAN
            Secara kesimpulannya yang ringkas dapat dirungkaikan disini, Tamadun China adalah
sebuah tamadun yang mempunyai pengaruh dan impak positif kepada tamadun-tamadun lain.
Dan kesan Tamadun China tersebut juga mempengaruhi cetusan tamadun pada masa kini. Jati
diri masyarakat China dalam hubungan kekeluargaan juga menjadi peranan penting dalam
kejayaan sesuatu bangsa kerana jika di dalam sesebuah keluarga tidak kukuh dan bermasalah,
sudah tentu sesebuah negara juga akan musnah. Perkembangan Tamadun China disebabkan
oleh berkait rapatnya dengan falsafah mereka sehinggakan membantu pembentukan negara
dan masyarakat China melalui sumbangan-sumbangan yang tidak ternilai. Tamadun China
bukan sahaja menekankan aspek ekonomi, tetapi juga pembinaan masyarakat beretika dan
pemeliharaan alam sekitar. Oleh itu, setiap tamadun mempunyai keistimewaan dan kelebihan
masing-masing bagi memastikan perkembangan kemajuan agama, bangsa dan negara.
           
  
RUJUKAN :

Mohd.Azhar Abd. Hamid, Mohd. Koharuddin Balwi, & Muhamed Fauzi Othman.
(2006). Reka cipta & Inovasi dalam perspektif kreativiti. Skudai, Malaysia:
Universiti Teknologi Malaysia.

(2019). Retrieved 26 October 2019, from


https://www.academia.edu/31361397/MPU3123_TAMADUN_ISLAM_DAN_TAMADUN_
ASIA
Khalid, E, & Hamid, M. A. (2004).
Beberapa Aspek Tamadun Melayu, India, China dan Jepun. Skudai :
Universiti Teknologi Mara

Hoe. L. C. (1998).
Tamadun China, Pandangan Hidup, dan Aspek-aspek Kesenian. Minden:
Penerbit Universiti Sains Malaysia.

SUMBANGAN TAMADUN CHINA TERHADAP TAMADUN MALAYSIA. (2019).


Retrieved 12 November 2019,
from http://tamadunmalaysia.blogspot.com/2011/08/sumbangan-tamadun-cina-terhadap-
tamadun.html

  
REFLEKTIF JURNAL
           
            Semasa melakukan tugasan ini pelbagai ilmu baharu yang saya dapat pelajari
mengenai Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) terutamanya Tamadun China. Proses
pembelajaran ini membuka minda saya tentang perbezaan agama, budaya dan bangsa di
antara tamadun-tamadun tersebut. Saya juga sedar bahawa setiap tamadun membawa
kebaikan kepada setiap manusia dan tidak tertumpu kepada suku kaum tertentu. Di dalam
Tamadun China pula banyak saya pelajari tentang semangat kekeluargaan, kekuatan
kerjasama dan pemikiran yang kretif serta inovatif. Saya juga percaya bahawa isu perkauman
yang terjadi bukanlah kerana kesalahan bangsa itu sendiri tetapi dunia moden kini tidak
berfokuskan kepada sejarah dan tidak meletakkan ilmu ketamadunan ini sebagai ilmu yang
penting dan wajib dipelajari.
            Saya juga mempelajari keunggulan tamadun-tamadun besar dunia. Pembelajaran
tamadun ini membuatkan saya lebih memahami perbezaan agama, budaya dan bangsa. Saya
juga sedar tentang latar belakang sesuatu masyarakat, sistem kepercayaan agama dan
kepelbagaian budaya. Tamadun-tamadun ini memberi sumbangan besar di dalam bidang
sosial, ekonomi, matematik, astronomi, perubatan, seni, politik dan sebagainya. Selain itu,
sumbangan tamadun tersebut memperlihatkan kehebatan ciptaan manusia daripada pelbagai
aspek kebendaan di samping pengamalan kerohanian untuk membina dunia moden hari ini.
            Sebagai warganegara Malaysia yang berbangsa Melayu, saya merasa semakin selesa
bercampur dan bergaul dengan bangsa-bangsa yang lain yang ada di Malaysia. Saya juga
berharap agar setiap bangsa, agama dan kaum di Malaysia ini dapat bersatu padu dalam
pembentukan negara yang aman makmur, sejahtera, berjaya dalam segala bidang,
mengukuhkan ekonomi Malaysia dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang paling maju
di dunia.

Anda mungkin juga menyukai