Anda di halaman 1dari 19

ILMU TAFSIR DAN SUMBER PENGAMBILANNYA

Tafsir merupakan salah satu daripada bidang kajian Ulum al-Quran yang utama.
Keutamaannya dapat dilihat dengan jelas bila kita mengetahui bahawa ia merupakan suatu
ilmu untuk menerangkan atau menjelaskan ayat-ayat al-Quran, pengertiannya, hukum-
hukumnya, sebab-sebab turunnya dan berbagai aspek yang berkaitan dengan al-Quran.

PENGERTIAN ILMU TAFSIR

1. Menurut pendapat Ibn Hajar al-Asqalani, ilmu Tafsir ialah suatu ilmu yang
membicarakan tentang cara mengucapkan atau menuturkan lafaz al-Quran, petunjuk-
petunjuknya yang mufrad atau tersusun serta membahaskan tentang makna yang
difahami daripada susunan ayat, mengetahui berkaitan dengan nasikh dan Mansukh,
Sebab nuzul serta apa yang mempunyai hubungan dengan al-Quran.

2. Ilmu Tafsir ialah suatu ilmu yang menjelaskan tentang penurunan sesuatu
ayat, keadaan-keadaannya, kisah-kisahnya, Sebab Nuzul, Makki dan Madani, Ayat
Muhkamat dan Mutasyabihat, nasikh dan Mansukh, am dan mutlak, mujmal dan
mufassil dan lainnya yang ada kaitan dengan tafsir al-Quran.

SUMBER PENGAMBILAN (ILMU TAFSIR)

Sumber pengambilan ilmu Tafsir ialah dengan berdasarkan ilmu riwayah dan
dirayah. Iaitu dengan berdasarkan ilmu Bahasa Arab, Nahu, Saraf, Balaghah, Usul
Fiqh, ilmu sebab Nuzul dan ilmu Nasikh dan Mansukh.

SEBAB-SEBAB PERLU MEMPELAJARI ILMU TAFSIR

Mempelajari ilmu tafsir sangatlah penting, bahkan ia adalah pintu dan sumber seluruh
kebaikan seseorang didalam agamanya. Dari Uthman bin affan r.a berkata, Rasulullah
s.a.w bersabda:

‫لم ِه‬
ِ ‫رآن و ِع‬
ِ ِ
َ ‫َخْي ُر ُكم من َت َعلُّ ِم ال ُق‬
“Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya”
Seperti yang kita tahu bahawa rujukan utama dalam beragama adalah Al-Quran dan
Sunnah maka mempelajarinya adalah merupakan salah satu bentuk kewajipan bagi
seorang muslim. Bahkan mempelajari ilmu tafsir ini juga merupakan ilmu yang paling
wajib dan paling utama untuk dipelajarinya secara mutlak, kerana Al-Quran adalah
petunjuk, dan orang yang tidak mempelajarinya merupakan salah satu jalan kesesatan.
Allah s.w.t juga berfirman:

‫ﻚ ُﻣﺒَﺎﺭَﻙٌ ﻟِّﻴَ َّﺪﺑَُّﺮﻭﺍ ﺁﻳَﺎﺗِِﻪ ﻭَﻟِﻴَﺘَ َﺬ َّﻛَﺮ ﺃُﻭﻟُﻮ ﺍﺄْﻟ َﻟْﺒَﺎﺏ‬


َ ‫َﻧﺰﻟْﻨَﺎﻩُ ﺇِﻟَْﻴ‬ ِ
َ ‫ﻛﺘَﺎﺏٌ ﺃ‬
" (Al-Qur’an ini adalah) kitab yang Kami turunkan kepadamu (Nabi Muhammad)
yang penuh berkah supaya mereka menghayati ayat-ayatnya dan orang-orang yang
berakal sehat mendapat pelajaran."  [QS. Shad: 29]

Antara sebab-sebab seseorang itu perlu mempelajari ilmu Tafsir ialah yang
pertama kerana al-Quran itu amat tinggi mutunya dari segi bahasa, sehingga
masyarakat dan orang awam sukar untuk memahaminya. Justeru itu, ia memerlukan
pentafsir daripada Rasulullah, para sahabat, tabi’in dan ulama’.
Seterusnya, oleh disebabkan banyak perkara dan permasalahan yang tidak
diterangkan secara jelas di dalam al-Quran ataupun terdapat juga nas dan ayat yang
masyarakat anggap ia tidak perlu penjelasan, tetapi ia sebenarnya perlu kepada kita
untuk mengetahui secara lebih terperinci dan halus.
Di samping itu, sebab perlu mempelajari ilmu tafsir ini juga kerana terdapat
beberapa ayat al-Quran yang berbentuk majaz atau musytarak. Justeru itu, ia perlu
kepada pentafsir supaya tidak menyalahi dan tidak disalah anggap mengenai
kehendak dan tujuan sebenar ayat-ayat tersebut.
Oleh itu, untuk menyempurnakan duniawi dan ukhrowi, maka perlu kepada
ilmu syariat, ilmu tafsir yang mengatur segala kehidupan manusia sampai ke akhirat,
dan ilmu itu tidak lain adalah bersumber pada pengetahuan tentang kitab Allah iaitu
al-Quran.
TUJUAN DAN KEISTIMEWAAN TAFSIR

Mempelajari ilmu tafsir sangat penting bagi seluruh umat di muka bumi
ini.Malah ianya merupakan satu peluang bagi umat Islam meningkatkan kebaikan
terutamanya dalam agama. Banyak hadis-hadis yang menunjukkan bahawa
mempelajari ilmu tafsir mempunyai banyak keistimewaan.Antara dalil tentang
kepentingan mendalami al-Quran ialah sabda Rasulullah s.a.w:

"Al-Quran ini adalah jamuan Allah yang ada di bumi. Maka pelajarilah dari
'jamuan' itu semampu kalian."

Antara keistimewaan mempelajari tafsir ialah ianya merupakan ilmu yang paling
mulia kerana ia membahaskan tentang isi kandungan Al-Quran yang merupakan
kalam Allah SWT serta mukjizat nabi Muhammad SAW.Oleh kerana itulah
pentingnya bagi umat islam untuk menghormati dan belajar tentang ilmu tafsir.

Seterusnya,dengan mempelajari ilmu tafsir kita akan terhindar daripada


mentafsir dan memahami ayat dengan cara yang tidak benar atau terpesong daripada
maksud yang sebenar.Ramai umat islam hari ini mentafsir Al-Quran dengan cara yang
salah iaitu dengan menggunakan logik akal pemikiran mereka yang bodoh walhal
mereka tidak pernah pun mempelajari ilmu tafsir bagi mentafsir dengan cara yang
benar.Maka kita patut bersyukur jika dapat mempelajari ilmu tafsir dengan cara yang
benar.

Selain itu,ilmu tafsir juga boleh menjadi sumber asas dalam menyelesaikan
sesuatu masalah dalam kehidupan manusia di dunia samaada dari segi
agama,politik,sosial dan ekonomi.Pada masa kini,permasalahan bagi sesebuah negara
dan permasalahan dalam kalangan masyarakat semakin meningkat.Maka ianya sangat
mencabar dalam menyelesaikan permasalahan generasi yang akan datang.

Di samping itu,mempelajari ilmu tafsir dan mengetahui makna dari ayat-ayat


dalam Al-Quran ianya merupakan satu kelebihan yang tinggi di sisi islam.Hal ini
kerana jika kita mempelajarinya maka kita akan mengkagumi
kebesaran,kebijaksanaan serta keagungan Allah terhadap semua hambanya di muka
bumi ini.Namun,ramai juga umat manusia yang masih leka dengan duniawi mereka
dan tidak menyedari tentang keagungan dan kenikmatan yang diberikan oleh Allah
SWT.

Selepas itu,kita juga mempelajari pelbagai ilmu yang terdapat dalam Al-
Quran.Contohnya ilmu nahu dan soraf,tauhid,sains,perubatan dan sebagainya.Dengan
ilmu-ilmu ini individu muslim pasti dapat mengukuhkan iman di dalam diri.Ramai
umat Islam pada hari ini tidak mengetahui bahawa terdapat banyak ilmu sebenarnya
yang terdapat dalam ayat Al-Quran.Mereka menganggap bahawa A-Quran ini hanya
perlu dibaca dan dihafal sahaja.Padahal mereka salah sama sekali kerana jika
dipelajari dengan betul dan baik pelbagai ilmu yang dapat kita perolehi dan ianya
sangat berkaitan dengan kehidupan dan permasalahan dalam kehidupan seharian kita.

Akhir sekali,dengan mempelajari ilmu tafsir kita dapat mengambil hukum dan
istinbatkan hukum yang terkandung dalamnya dengan tepat.Hal ini kerana apabila
dikaitkan dengan hukum dalam sesuatu ibadah atau sesuatu yang berkaitan dengan
kehidupan tidak boleh diletakkan hukum sesuka hati kerana ia boleh jatuh haram dan
berdosa.Oleh kerana itulah pentingnya mendalami ilmu tafsir agar seseorang itu tidak
salah menjatuhkan hukum.

Kesimpulannya,ilmu tafsir mempunyai banyak keistimewaan di mana ianya amat


membantu setiap individu Muslim dalam melakukan ibadah dan sesuatu perkara yang
berkaitan dengan hukum secara tepat.Malah penting juga bagi setiap individu Muslim
mengetahui asas dalam ilmu pentafsiran.
ILMU-ILMU YANG DIPERLUKAN OLEH PENTAFSIR

1. Yang pertama adalah ilmu bahasa.Mengikut pendapat Mujahid,seseorang yang


beriman kepada Allah dan hari akhirat,”tidak layak memperkatakan tentang ayat-ayat
Al-Quran sekiranya ia jahil dalam ilmu bahasa arab”.Manakala Imam Malik pula
berpendapat,Jika seseorang itu mempunyai sedikit pengetahuan dalam bahasa Arab
maka tidak cukup untuk memahami Al-Quran.Hal ini kerana bahasa Al-Quran
mempunyai makna yang luas.

2. Yang kedua adalah ilmu nahu.Di mana seseorang itu mestilah mengetahui
makna-makna beserta dengan perubahan I’rab(‫)اعراب‬.Contohnya dalam kalimah
Bismillah,kenapa ianya tidak dibaca Bismullah?Maka ada penerangan dan kajiannya
dan itulah salah satu sebab mengapa kita dikehendaki belajar ilmu nahu dan soraf.
Ramai orang menganggap bahawa ilmu nahu dan soraf ini adalah ilmu tajwid.Namun
apabila diberitahu apa itu ilmu nahu dan soraf iaitu ilmu yang mengkaji perubahan
baris, ternyata penerangan itu tak mudah untuk dihadam oleh sesetengah orang.

3. Ketiga,ilmu al-Tasrif.Dalam Bahasa Arab, tasrif secara bahasa bermaksud


mengembangkan, mengubah, mengguna dan lain-lain.Dari segi bahasa pula ianya
bermaksud proses mengubah rupa dan bentuk sesuatu perkataan bagi tujuan
menghasilkan maksud yang berbeza.Malahan dengan ilmu tasrif dengan 1 kata kerja
boleh membentuk 6 kata kerja dan perkataan baru.Malah ilmu tasrif juga bleh
digunakan dlaam kata namaTasrif merupakan salah satu daripada ilmu yang wajib
dikuasai kerana ia merupakan asas bagi seseorang untuk memulakan kefahaman
dalam usahanya menguasai Bahasa Arab.

4. Keempat,ilmu al-Isytiqaq.Isytiqaq adalah ilmu khusus yang mencari asal sesuatu


perkataan.Di mana kadang-kadang sesuatu isim atau kata nama itu berasal dari dua
masdar,seperti kalaimah:al-Masih,di mana perkataan asalnya mungkin diambil dari
perkataan al-Siyahah atau al-Mashu.

5. Kelima al-Ma’ani.Ilmu al-Ma’an merupakan satu kaedah untuk mengetahui dan


menyesuaikan sesuatu perkataan atau lafaz sehingga sesuai dengan tujuan yang
dikehendaki.Manakala menurut ulama ilmu Bayan pula adalah mengatakan lafaz atau
perkataan yang digambarkan di dalam hati.Ilmu ini sangat penting kerana susunan
sesuatu kalimah dapat diketahui dengan melihat maknanya.

6. Keenam,ilmu al-Bayan,iaitu ilmu yang berkaitan dengan pilihan


perkataan,samaada jelas makna-maknanya atau tidak.Ianya juga mempelajari satu
ilmu yang mempelajari makna kata yang zahir dan tersembunyi.Malah ia juga sebagai
ilmu untuk memahami sesuatu kiasan lafaz.

7. Ilmu Badi’ iaitu satu ilmu yang mengindahkan bunyian ayat.Ianya juga antara
salah satu cabang dalam bidang Balaghah yang sangat penting dimiliki oleh para ahli
tafsir.Di mana melalui ilmu ini kita dapat mengetahui kemukjizatan Al-Quran.

8. Kelapan,adalah ilmu Qiraat.Iaitu ilmu yang mempelajari dasar-dasar


keimanan.Ianya dapat memperbetulkan bacaan yang membawa kepada pembetulan
makna secara lebih tepat.Malah dengan mempelajarinya kita dapat memelihara serta
menjaga kitab Suci Al-Quran daripada sebarang bentuk perubahan dan
penyelewengan yang boleh merosakkan sesuatu makna dan sesuatu ayat kerana ia
berkaitan dengan penulisan Rasm Uthmani.

9. Kesembilan adalah ilmu Usuludin dan ilmu Tauhid.Iaitu ilmu yang kaitan
dengan akidah dan keimanan.Banyak faedah mempelajari ilmu ini antaranya ialah
Allah akan memberi kecukupan di dunia dan di akhirat sebagaimana yang telah
difirmankan oleh Allah SWT:

ُ‫َو َم ْن يَت ََو َّكلْ َعلَى هَّللا ِ فَه َُو َح ْسبُه‬


“Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan
(keperluan)nya.” (QS. Ath-Thalaq: 3)

10. Kesepuluh adalah ilmu Usul al-Fiqh iaitu ilmu tentang kaedah-kaedah
mengistinbat hukum-hukum syarak yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf dari
dalil-dalil tafsili. Banyak faedah yang boleh diperoleh dengan mempelajarinya,
antaranya ialah dapat mengetahui cara ulama’ dan mujtahid mengeluarkan
hukum,memudahkan ulama’ usul fiqh berfatwa untuk mengeluarkan hukum kerana
ada landasan dan panduan.
11. Kesebelas,adalah ilmu asbab al-Nuzul iaitu ilmu yang dapat memastikan
pengertian ayat menurut sebab penurunan ayat tersebut.Faedah mempelajarinya pula
dapat membantu kita memahami kandungan ayat dan menghindarkan kita dari
kesukaran dan kesalahan dalam memahami sesuatu ayat di dalam Al-Quran.

12. Seterusnya ilmu Nasikh dan Mansukh.Di mana terdapat 19 ayat nasikh dan
mansukh.Mansukh ialah hadis yang dibatalkan hukumnya dengan hadis yang datang
selepasnya. Nasikh pula ialah hadis membatalkan hukum yang datang
sebelumnya.Antara sebab berlaku nasikh dan mansukh ialah untuk meringankan umat
Islam serta untuk menyesuaikan dengan keadaan masa dan keperluan.

13. Selain itu,adalah ilmu Fiqh iaitu ilmu yang bertujuan untuk mengetahui
hukum-hakam Syara’ mengenai setiap tingkah laku manusia dan melaksanakan
hukum-hakam tersebut dalam kehidupan dalam segenap ruang dan lapisannya.Dengan
mempelajari ilmu fiqh kita dapat mengetahui secara terperinci tentang hukum hakam
sesuatu oerkara dan mengetahui cara yang melakukan sesuatu ibadah dengan betul
contohnya solat,zakat,puasa,pernikahan,perceraian dan sebagainya.

14. Akhir sekali,adalah ilmu al-Hadis.Ilmu al-Hadis juga penting kerana tanpa ilmu
ini seseorang akan melakukan kesilapan.Al-Hadis merupakan satu pengetahuan yang
menyatakan tentang hakikat sesuatu perkara yang berkaitan dengan percakapan,
perbutan, pengakuan dan sifat-sifat Rasulullah SAW. Maksudnya apabila kita
mempelajari ilmu Hadis akan membolehkan kita mengetahui hakikat kebenaran dan
dapat menilai sesuatu hadis.

Kesimpulannya,banyak ilmu-ilmu yang perlu dipelajari dan dikuasai oleh


seseorang umat Islam sebelum menjadi pentafsir.Ianya tidak mudah tetapi tidak
mustahil untuk dikecapi jika kita berusaha bersungguh-sungguh dalam melakukan
sesuatu perkara.Maka usaha adalah kunci dalam kejayaan seseorang dalam menguasai
sesuatu pekerjaan dan kemahiran.
CARA MENTAFSIR AL-QURAN DAN ASASNYA

Mentafisr Al-quran adalah suatu ilmu yang membicarakan secara khusus tentang
kalam Allah dan mentak’wil ayat-ayat Al-quran,menerangkan lafaz,membahaskan
cara dan bentuk pengucapannya, menerangkan petunjuk, hukum-hakam, susunan dan
membentangkan makna-maknanya, mengetahui nasikh dan mansukh, sebab nuzul,
qarinah yang menjelaskan apa yang samar, menjelaskan hikmat-hikmat yang ada di
dalamnya dan lainya yang berkaitan dengan ayat Al-quran.

Asas dan cara yang mesti diikuti oleh pentafsir dalam mentafsir Al-quran ialah
seorang pentafsir hendaklah mencari makna Al-quran bersumberkan Al-quran juga.
Hal ini kerana Al-quran adalah manual kehidupan dan kitab petunjuk jalan seperti
firman Allah S.W.T dalam surah Al-isra, ayat 9 yang bermaksud:

“Sesungguhnya Al-quran ini memberikan petunjuk ke jalan yang amat betul(agama


islam) dan memberikan berita yang menggembirakan orang-orang yang berimanyang
mengerjakan amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar”.

Oleh itu, rujuk Al-quran adalah cara mentafsir Al-quran kerana ada sesetengah ayat
yang bersenamungan dengan ayat yang lain di surah yang berlainan.

Selain itu, sekiranya pentafsir tidak mendapati maknanya di dalam Al-quran, maka
pentafsir hendaklah merujuk hadis. Hal ini kerana hadis adalah sumber kedua rujukan
umat islam selepas Al-quran. Setelah merujuk hadis, pentafsir hendaklah meneliti
kesahihan sanad pelawi hadis. Jika pentafsir mendapati tidak ada rujukan di dalam Al-
quran dan Hadis maka pentafsir di haruskan menggunakan cara merujuk tafsir
sahabat.Hal ini kerana para sahabat adalah orang yang paling hampir dan sentiasa
dengan Nabi Muhammad S.A.W. Oleh itu, tafsiran daripada sahabat dikira sebagai
tafsiran yang marfu’ kerana mereka mengetahui selok-belok Al-quran.

Seterusnya, cara pentafsir mentafir Al-quran sekiranya tidak mendapat rujukan


daripada tafsiran sahabat maka mereka harus merujuk kepada tabi’in dan cara yang
terakhir jika tidak menjumpai rujukan tabi’in juga pentafsir hendaklah menggunakan
pendapat sendiri.
SYARAT-SYARAT PENTAFSIR

Syarat dan kelayakan utama yang harus ada pada seorang pentafsir Al-quran ialah
akidah yang lurus dan benar. Hal ini merupakan asa terpenting bagi setiap pentafsir
kerana akidah yang tidak betul akan menjadi faktor utama seseorang itu untuk
melakukan penyelewengan, pemalsuan atau mengubah fakta yang benar dan
melakukan pendustaan semasa melakukan riwayat atau penyampaian. Dalam bidang
tafsir, jika seseorang yang menjadi pentafsir tidak mempunyai akidah yang betul,
mereka akan sanggup mentafsir dan menta’wil nas-nas dan ayat-ayat Al-quran yang
bertentangan dengan akidah sebenar. Justeru mereka akan mengubah dan menta’wil
nas tersebut dengan kefahaman yang bersesuaian agar dapat memesongkan
masyarakat dari landasan yang benar. Oleh itu, syarat pentafsir dengan mengambil
kira akidah yang lurus dan benar adalah penting supaya mereka tidak memesongkan
masyarakat dengan memalsukan pentafsiran mereka dan ajaran yang tidak benar.

Selain itu, syarat dan kelayakan untuk menjadi pentafsir ialah bebas dari pengaruh
hawa nafsu atau bersih daripada nafsu yang tidak baik. Hal ini kerana seorang yang
terpengaruh dengan hawa nafsu yang tidak baik akan mendorong pentafsir atau
seseorang itu metafsir menggunakan nas tertentu atau nas yang sudah diseleweng
olehh mereka bagi kepentingan peribadi, fanatik dan mazhabnya. Hal yang lebih
membimbangkan jika mereka dapat meyakinkan dan membawa orang lain supaya
mengikuti aliran mazhab mereka yang tidak benar. Sebagai contoh ajaran yang
dibawa oleh Qadariah dan syiah.

Seterusnya, seseorang ahli pentafsir hendaklah mentafsir Al-quran dengan Al-quran


terlebih dahulu. Hal ini kerana terdapat sesetengah nas atau ayat Al-quran yang
diturunkan dalam bentuk yang umum atau am itu ada dikhususkan atau diitlaqkan
dalam ayat Al-quran yang lain. Ada juga sesetengah ayat yang ringkas dijelaskan atau
ditafsir dalam ayat yang lain. Ini bermaksud ada sesetengah ayat yang
bersenambungan dengan ayat lain di dalam surah yang berlainan serta terdapat hukum
yang dimansukkan atau ditukar tapi masih dinyatakan dalam Al-quran tanpa di
mansuhkan ayat tersebut. Contohnya, hukum arak yang ada diceritakan di dalam Al-
quran yang dinyatakan hukum meminum arak secara berperingkat sehingga
pengharaman minum arak.
Demikian itu, pentafsir mentafsir Al-quran dengan hadis. Hadis juga menjadi sumber
bagi pentafsir mentafsir kepada Al-quran kerana hadis juga merupakan wahyu
daripada Allah dan keduanya adalah selari. Sebagaimana firman Allah dalam surah
Nahl ayat 44.

َ ‫ َوَأنزَ ْلنَآ ِإلَ ْي‬.......


ِ َّ‫ك ال ِّذ ْك َر لِتُبَيِّنَ لِلن‬
‫اس َما نُ ِّز َل ِإلَ ْيهَ ْم‬

Terjemahannya bermaksud dan kami pula turunkan kepadamu (Wahai Muhammad)


Al-quran yang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada manusia
akan apa yang telah diturunkan kepada mereka. Dalam surah ini telah dijelas
Rasulullah S.A.W untuk memberi peringatan dan menerangkan kepada manusia apa
yang diturunkan kepada manusia. Sebagaimana yang diketahui bahawa hadis yang
disampaikan oleh Rasulullah S.A.W adalah rujukan yang benar dan boleh dijadikan
rujukan selepas Al-quran sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud:

ُ‫َاب َو ِمثلَهُ َم َعه‬ ُ ‫أالَ اِنِّى اُوْ تِي‬.


َ ‫ْت ال ِكت‬

Terjemahannya ketahuilah bahawa telah diberikan kepadaku Al-quran dan bersama


dengannya apa yang serupa dengannya(iaitu hadis).

Demikian itu,syarat kelaayakan pentafsir ialah apabila pentafsir itu tidak mendapati
penjelasan dalam Hadis atau tidak boleh ditafsir melalui hadis, maka pentafsir
tersebut hendaklah meneliti dan mengkaji pendapat-pendapat sahabat. Hal ini kerana
para sahabat juga antara yang banyak bergaul dan hidup sezaman dengan Nabi. Para
sahabat juga mengetahui bila, sebab dan dimana ayat diturunkan malahan mereka
mahir dalam pentafsiran dan mereka juga mempunyai ingatan yang kuat seperti Ibnu
Abbas dan Khalifah Al-Raysin.

Disamping itu, syarat pentafsir adalah jika pentafsir tidak dapat mentafsir
menggunakan Al-quran, hadis dan pendapat sahabat maka mereka harus mencari
pendapat tabiin kerana mereka merupakan thiqah, menerima riwayat daripada sahabat
dan alim serta mahir dalam bidang pentafsiran seperti Mujahid Ibn Jabr, Sa’id ibn
Jubair dan Ata’ Ibn Abi Rabah. Bukan itu saja, Pentafsir juga mestilah mahir dalam
ilmu bahasa arab yang berkaitan dengannya seperti Nahu, Saraf, Balaghah, Badi’ dan
kesusteraan Arab. Hal ini disebabkan oleh Al-quran diturunkan dalam bahasa Arab
tanpa penguasaan bahasa Arab akan menyebabkan seseorang tidak dapat mentafsirkan
ayat quran dengan tepat.
Lain daripada itu, syarat pentafsir mestilah mengetahui perkara asa yang berkaitan
dengan Al-quran seperti ilmu qiraat. Hal ini kerana ilmu qiraat dapat membantu dan
membantu seseorang pentafsir membaca Al-quran dengan betul serta mengetahui
bacaan yang terbaik. Seseorang pentafsir juga haruslah mengetahui ilmu seperti sebab
nuzul, nasikh dan mansukh. Akhir sekali, syarat pentafsir juga mestilah berhati-hati
dan cermat serta teliti dalam memahami ayat dan selari dengan makna serta syarak.
Konteks lain, penttafsir haruslah teliti dan mempunyai sifat cermat dengan
pemahaman yang mantap sehingga ahli tafsir dapat mengukuhkan makna atau
mengistinbat dengan jalan yang benar.
SYARAT-SYARAT AHLI TAFSIR KETIKA MENTAFSIR

Orang yang melakukan penafsiran ini disebut sebagai mufassir jamaknya iaitu
mufassirun atau mutassirin. Orang yang mahu melakukan penafsiran haruskah
memenuhi syarat-syarat yang telah disepakati oleh para ulama setelah Nabi
Muhammad wafat. Para ulama banyak membahaskan tentang syarat-syarat ketika
mentafsir. Seseorang yang akan menjadid mufassir haruslah memiliki beberapa syarat
ini iaitu baik yang bersifat baik dari segi fiziknya, baik dari segi agamanaya dan
syarat yang paling utama adama syarat yang berkaitan akademik.

Seseorang yang hendak menjadi pentafsir haruslah orang yang telah dewasa,
baligh dan berakal. Budak kecil walaupun sudah boleh berfikir dengan baik dan sudah
dewasa tetapi masih tidah boleh dan pandai untuk mentafsir tidak boleh diterima
untuk menjadi pentafsir. Selain orang yang sudah baligh, seorang pentafsir haruslah
beragam islam. Seorang yang non-muslim yang ingin menjadi pentafsir tidak dapat
diterima kerana akan menimbulkan kekacauan atau penyelewengan terhadap ajaran
agama islam melalui pentafsiran yang dilakukan. Jadi, ini adalah diantara yang mesti
dilakukan dan dinilai oleh pentafsir ketika mentafsir ialah:

1. ia tidak boleh terus menyakini maksud Al-Quran tanpa menyelidiki terlebih


dahulu tentang tujuan ayat tersebut diturunkan. Iaitu, tanpa melihat kepada
siapa ayat itu diturunkan kepada mutakallim atau mukhatab.
2. tidak boleh sama sekalai mengenepikan makna lafzi yang menjadi asas.
3. Ahli takfir itu mestilah betul niatnya dan bersih tujuannya kerana tanpa
perkara itu boleh menyebabkan berlaku penyelewengan dan pentafsiran
mengikut hawa nafsu.
4. Jangan sekali-kali mentafsirkan secara ghaib atau berfalsafah serta membawa
atau mengajar teknik-teknik yang sukar difahami.
5. Jangan juga sekali-kali mengisi taksiran itu dengan perkara-perkara yang tidak
penting contohnya mengulaskan hal-hal yang berkaitan dengan Usuluddin
secara mendalam.
6. Jangan sekali-kali bersandarkan atat berpegang kepada hadis maudu’, kisahp-
kisah Israiliyat serta mengelkkan daripada membincangkan kisah-kisah yang
tidak perlu.
7. Hendaklah dimulai perbincangan serta mengulas dari segi lafaz atau al-
mufradat yang sukar difahami iaitu perkara-perkara yang berkaitan dengan
ma’ami, bayan serta badi’ dan pada akhirnya dikemukan istinbat.
8. Hendaklah membuat ulasan atau menulas ayat secara keseluruhannya.
9. Hendaklajh juga sentiada tetap dengan kehendak ayat. Iaitu jangan melebihi
daripada yang sepatutnya atau jangan melebihi daripada apa yang dikendaki.
10. Hendaklah sentiasa memperhatikan dan menelit siyaq al-kalam iaitu takdim
dan ta’khir.

ADAB MENTAFSIR

Yang dimaksudkan dengan adab mentafsir di sini adalah adab mentafsir dalam
menafsirkan al-Quran. Para ulama berkata, "Barang siapa yang ingin menafsirkan
sebuah kitab yang mulia, dia terlebih dahulu mencarinya dari Al-Quran.
Sesungguhnya, apa yang dijelaskan secara global di satu tempat akan ditafsirkan di
tempat lain. Apa yang diringkaskan di satu tempat akan dijelaskan secara meluas di
tempat lain (mujmal) ". Sekiranya penjelasan tidak dijumpai dalam ayat lain dalam
Al-Quran, ia dapat dijumpai dalam sunnah. Sesungguhnya, sunnah adalah syarah
terhadap al-Quran. Sekiranya tidak dijumpai dalam Sunnah, ia boleh merujuk kepada
kata-kata para Sahabat. Sebenarnya, mereka lebih mengetahui keadaan dan keadaan di
sekitar wahyu al-Quran.

Ini adalah antara-antara adab yang perlu ada padadiri pentafsir ketika ingin mentafsir:

1. Mempunyai akhlak yang mulia. Hal ini kerana ahli tafsir itu dikira sebagai
guru pendidik dan juga pendakwah. Dengan itu, ia hendaklah memiliki sifat
mulia dan sekali gus merupakan model untuk diikuti oleh masyarakat.
2. Bertaqwa dan beramal. Seseorang yang baik dan berilmu itu semstinya ia
sendiri terlebih dahulu yang memperbetulkan dan mempraktikkan ilmu itu
sama ada melalui amalan, tingkah laku dan pergaulan. Hal ini kerana
seseorang yang alim yang beramal danmempraktikkan segala ilmu yang
dipelajarinya itu lebih mudah diikuti oleh orang lain. Sebaliknya, seandainya
ia tidak beramal dan seseorang yang fassiq atau buruk perbuatanya akan
hilang keyakinan dan penghormatan masyarakat terhadap dirinya serta amat
buruk pula dan hina di sisi Allah.
3. Niat dan matlamat yang suci dan benar. Hal tersebut kerana segala perbuatan
seseorang, samada diberi pahala atau dikenakan dosa bergantung kepada
niatnya. Justeru itu niat dam matlamat yang benar itu penting bagi setiap
individu dalam segala amalannya, khas dalam ilmu tafsir iaitu unutk
kepentingan agama dam masyarakat serta negara. Dengan itu semoga segala
usahanya akan dinilai dan mendapat ganjaran yang baik.
4. Jujur dan teliti dala meriwayatkan atau mentafsir. Bagi seseorang ahli tafsir itu
mestilah menyelidik dan membuat penelitian yang seajarnya terlebih dahulu
agar terhindar daripada berlakunya kesilapan.
5. Tawaddu’ dan lemah lembut. Sifat ini penting dan perlu ada dalam diri setiap
ulama dan pentafsir unutk menghindarkan dirina daripada bersifat berlagak,
sombong dan angkuh. Dengan mempunyai sifat sombong dan ego ini boleh
menyebabkan seseorang itu tidak dapat mencurahkan atau tidak dapat
meemanfaatkan ilmu yang dimilikinya itu dengan sempurna.
6. Mempunyai hati dan jiwa yang mulia. Di mana seseorang pentafsir dan ulama
haruslah menjauhi segala perkara yang tidak penting. Antara lain mengelakkan
diri daripada mengharapkan ganjaran dan kemewahan dunia yang hanya
sementara ini melebihi daripada matlamat sebenar Allah mencipta manusia.
7. Tegas dalam menegakkan kebenaran tanpa mengira peringkat kerana
menyuruh melakukan perkara yang baik dan mencegah kemungkaran itu amat
sukar terhadap golongan atasan atau berpangkat.
8. Mempunyai penampilan yang baik ataupun berwibawaa. Sifat keterampilan itu
membawa seseorang pentafsiir itu terhormat dan disegani dari segenap sudut.
9. Sentiasa bersikap tenang. Tidak sepatutnya seseorang ahli tafsir itu bersikap
gopoh atau resah dan gelisah, baik ketiks mengeluarkan pendapat atau
bercakap dan berhujah.
SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU TAFSIR

Ilmu tafsir merupakan ilmu yang paling mulia dan paling tinggi kedudukannya,
hal ini kerana pembahasannya berkaitan dengan Kalamullah yang merupakan
petunjuk dan pembeza kepada yang haq dan batil. Ilmu tafsir telah dikenali sejak
zaman Rasulullah dan berkembang sehinggalah sekarang. Perkembangan ilmu tafsir
dapatlah dibahagikan kepada empat zaman.

Semasa tafsir pada zaman nabi, tujuan Nabi Muhammad diutuskan adalah bagi
menyempurnakan segala syariat yang telah dimulakan para nabi terdahulu. Perutusan
baginda melalui al quran mewajibkan baginda menghafaz setiap kalimah yang
diturunkan dan kemudian menerangkankan kepada umatnya. Al-Quran telah
diturunkan dalam bahasa Arab sehingga majoriti daripada orang Arab memahami
maksud dari ayat-ayat al-Quran. Malah, banyak di antara mereka yang masuk Islam
setelah mendengar bacaan al-Quran dan mengetahui kebenarannya. Akan tetapi tidak
semua sahabat mengetahui makna yang terkandung dalam al-Quran, antara satu
dengan yang lainnya sangat berbeza dalam memahami isi dan kandungan al-Quran.
Sebagai orang yang paling mengetahui makna al-Quran, Rasulullah selalu
memberikan penjelasan kepada sahabatnya, sebagaimana firman Allah, "keterangan-
keterangan (mu’jizat) dan kitab-kitab. Dan Kami turunkan kepadamu al-Quran, agar
kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka
supaya mereka memikirkan." (QS. 16:44).

Contohnya hadits yang diriwayatkan oleh Muslim dari Uqbah bin Amir
berkata : "Saya mendengar Rasulullah berkhutbah di atas mimbar kemudian membaca
firman Allah : ‫"( وأعدوا لهم ما استطعتم من قوة‬Persiapkanlah apa saja yang kalian sanggupi
dari kekuatan"), kemudian Rasulullah bersabda : ‫"( أال إن القوة الرمي‬Ketahuilah bahawa
kekuatan itu pada memanah"). Juga hadis Anas yang diriwayatkan Bukhori dan
Muslim, Rasulullah bersabda tentang "Al-Kautsar adalah sungai yang Allah janjikan
kepadaku (nanti) di syurga".

Mengenai tafsir pada Zaman Sahabat pula, memang tidak dapat dinafikan
bahawa bangsa arab ketika itu memang mahir dan mempunyai mutu penguasaan
bahasa yang tinggi hasil daripada perkembangan syair yang hebat. Maka para sahabat
telah menetapkan tiga kaedah atau metodologi dalam menafsirkan al quran. Jadual
1.2 dibawah menunjukkan kaedah para sahabat dalam menafsirkan Al Quran.

Kaedah huraian

(1) Menafsirkan Makna yang datang secara mutlak maka pasti akan datang
Al Quran dengan yang am sesudahnya. Jika ia datang secara umum, sudah pasti
Al Quran itu akan ada ayat yang datang untuk mengkhususkannya.
sendiri Contohnya, ayat 1 dalam surah Al Maidah telah
ditafsirkan oleh ayat yang ketiga dalam surah yang sama.

(2) Menafsirkan Para sahabat segera menemui nabi jika mereka menghadapi
Al Quran dengan masalah dalam memahami al quran. Contohnya, sahabat
sunnah rasulullah syak perkara zalim berkaitan iman, dalam ayat ke-82
surah Al An’am. Namun, nabi telah menjelaskan bahawa
maksud sebenarnya adalah syirik yang telah ditafsirkan
dalam surah Lukman ayat 13.

(3) Menafsirkan Sekiranya para sahabat tidak dapat menemui sebarang tafsiran
Al quran melalui al quran dan rasulullah, mereka akan menggunakan
berdasarkan ijtihad mereka sendiri. Hal ini kerana mereka menguasai
fahaman dan dan memahami bahasa arab dengan baik. Malah, mereka
ijtihad mereka juga mengetahui kesusasteraan bahasa arab.
sendiri.

Jadual 1.2

Diantara tokoh mufassir pada masa ini adalah: Khulafaur Rasyidin (Abu
Bakar, Umar, Utsman, Ali), Abdullah bin Abbas, Abdullah bin Mas'ud, Ubay bin
Ka'ab, Zaid bin Tsabit, Abdullah bin Zubair dan Aisyah. Namun yang paling banyak
menafsirkan Al Quran dari mereka adalah Ali bin Abi Thalib, Abdullah bin Mas'ud
dan Abdullah bin Abbas yang mendapatkan doa dari Rasulullah.
Penafsiran sahabat yang didapatkan dari Rasulullah kedudukannya sama dengan
Hadist Marfu'. Atau paling kurang adalah Mauquf.
Semasa tafsir Pada Zaman Tabi'in, kaedah penafsiran yang digunakan pada
masa ini tidak jauh berbeza dengan masa sahabat, kerana para tabi'in mengambil tafsir
dari mereka. Jajahan islam yang semakin meluas menyebabkan al quran semakin
sukar difahami. Maka, penjelasan terhadap al quran amat perlu dan tafsiran oleh
tabien terpaksa dilakukan disamping ulamak mula bertaburan di wilayah islam dan
mempunya ramai murid yang belajar dengan mereka. Maka, muncul beberapa
madrasah untuk kajian ilmu tafsir di antaranya:
(1) Madrasah Makkah atau Madrasah Ibnu Abbas yang melahirkan mufassir terkenal
seperti Mujahid bin Jubair, Said bin Jubair, Ikrimah Maula ibnu Abbas, Towus Al-
Yamany dan 'Atho' bin Abi Robah.
(2) Madrasah Madinah atau Madrasah Ubay bin Ka'ab, yang menghasilkan pakar
tafsir seperti Zaid bin Aslam, Abul 'Aliyah dan Muhammad bin Ka'ab Al-Qurodli
(3) Madrasah Iraq atau Madrasah Ibnu Mas'ud, diantara murid-muridnya yang
terkenal adalah Al-Qomah bin Qois, Hasan Al-Basry dan Qotadah bin Di'amah As-
Sadusy.

Setelah ramai yang memasuki islam terutama ahli kitab,ramai dari kalangan
pentafsir meriwayatkan tafsir dari sumber-sumber israilliyyat. Maka, bermulalah
perselisihan pendapat dikalangan mereka. Namun, perselisihan tersebut bukanlah
berkisar dari segi penjelasan dan pertentangan. Ahli jamaah berpendapat tidak harus
mengambil hujah daripada mereka kerana mereka tidak menemui dan menyaksikan
sendiri dalil-dalil, tanda-tanda serta keadaan penurunan Al Quran. Namun, ramai
dikalangan pentafsir mengharuskan mengambil pendapat mereka sebagai hujah
dengan alasan sekurang-kurangnya sudah pasti mereka bertemu dengan para sahabat.

Secara ringkasnya,Ilmu tafsir dizaman penulisan kitab, dapat dilihat dalam


lima zaman. Antaranya ialah :

(1) Pada zaman Bani Muawiyyah dan permulaan zaman Abbasiyah yang masih
memasukkan ke dalam sub bahagian dari hadis yang telah dibukukan sebelumnya.
Antara sub bab daripada zaman ini termasuklah tafsirul hadis.
(2) Pemisahan tafsir dari hadis dan dibukukan secara terpisah menjadi satu buku
tersendiri. Dengan meletakkan setiap penafsiran ayat di bawah ayat tersebut, seperti
yang dilakukan oleh Ibnu Jarir At-Thobary, Abu Bakar An-Naisabury, Ibnu Abi
Hatim dan Hakim dalam tafsirannya, dengan mencantumkan sanad masing-masing
penafsiran sampai ke Rasulullah, sahabat dan para tabi'in.

(3) Membukukan tafsir dengan meringkas sanadnya dan menukil pendapat para ulama
tanpa menyebutkan orangnya. Hal ini memberi kesukaran dalam membezakan antara
sanad yang sahih dan yang dhaif yang menyebabkan para mufassir berikutnya
mengambil tafsir ini tanpa melihat kebenaran atau kesalahan dari tafsir tersebut.
Sehinggakan, ketika mentafsirkan ayat ‫ غ‚‚‚ير المغض‚‚وب عليهم والالض‚‚الين‬ada sepuluh
pendapat, padahal para ulama tafsir sepakat bahawa maksud dari ayat tersebut adalah
orang-orang Yahudi dan Nasrani.

(4) Pembukuan tafsir banyak diwarnai dengan buku-buku terjemahan dari luar Islam.
Sehingga kaedah penafsiran bil aqli (dengan akal) lebih dominan dibandingkan
dengan kaedah bin naqli (dengan periwayatan). Pada zaman ini juga terjadi
keistimewaan tafsir menurut bidang keilmuan para mufassir. Pakar fiqh menafsirkan
ayat Al-Quran dari segi hukum seperti Al-Qurtuby. Pakar sejarah melihatnya dari
sudut sejarah seperti ats-Tsa'laby dan Al-Khozin dan seterusnya.

(5) Tafsir maudhu'i iaitu membukukan tafsir menurut suatu pembahasan tertentu
sesuai disiplin bidang keilmuan seperti yang ditulis oleh Ibnul Qoyyim dalam
bukunya At-Tibyan fi Aqsamil Al-Quran, Abu Ja'far An-Nukhas dengan Nasikh wal
Mansukh, Al-Wahidi Dengan Asbabun Nuzul dan Al-Jashshosh dengan Ahkamul
Quran-nya.

Anda mungkin juga menyukai