Anda di halaman 1dari 1

"Tak apalah Sang Arnab, dah dijadikan aku begini, aku redha", kata Sang Kura-kura

sambil terus berjalan meninggalkan Sang Arnab tadi.

Sang Arnab masih tidak berpuas hati kerana Sang Kura-kura sepertinya tidak terkesan
akan sindirannya tadi. Lantas dia mengemukakan satu cabaran kepada Sang Kura-kura
dengan niat mahu mengenakan dan memalukannya.

"Apa kata kalau kita berlumba Kura-kura, saja aku mahu bersaing dengan kau",

"Tidak apalah Arnab", jawab Sang Kura-kura ringkas.

"Tak kira Kura-kura kau mesti berlumba dengan aku juga besok, aku tunggu dekat
tebing sungai sana", kata Sang Arnab tidak mempedulikan kata-kata Sang Kura-kura.

Keesokkan harinya, seluruh rimba datang untuk menyaksikan perlumbaan antara Sang
Arnab dan Sang Kura-kura itu. Dengan Sang Kancil menjadi pengadilnya, perlumbaan
yang dijadualkan bermula dari tebing sungai, menelilingi rimba dan tamat di tebing
sungai kembali, perlumbaan itu dimulakan di tengah-tengah hiruk pikuk penyokong
kedua-dua peserta.

Dengan pantasnya Sang Arnab berlari jauh meninggalkan Sang Kura-kura. Sedang Sang
Kura-kura berjalan perlahan-lahan melepasi garisan mula.

Anda mungkin juga menyukai