Anda di halaman 1dari 30

MISI MENJADI

MINIMALIS
MISI MENJADI
MINIMALIS
Langkah demi langkah untuk hidup lebih
ringkas

Dr. Noor Hayati Yasmin Nga Timin


Diterbitkan oleh:

Noor Hayati Yasmin


E-mel: hayatiyasmin@gmail.com
Facebook: Noor Hayati Yasmin
Laman web: www.duapenulis.com

Hak Cipta © 2020 oleh Dr Hayati Yasmin

Cetakan Januari 2020

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana


bahagian daripada terbitan ini sama ada ilustrasi dan isi kandungannya
dalam apa jua bentuk dan cara sama ada secara elektronik, fotokopi,
mekanikal, rakaman dan sebagainya sebelum mendapat izin bertulis
daripada pemilik hak cipta terlebih dahulu.

Perpustakaan Negara Malaysia Data-Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Noor Hayati Yasmin, Dr., 1979-


MISI MENJADI MINIMALIS: Langkah demi langkah untuk hidup
lebih ringkas / DR HAYATI YASMIN.
ISBN 978-967-15164-4-7
1. Noor Hayati Yasmin, Dr., 1979--Anecdotes.
2. Anecdotes.
3. Conduct of life.
I. Title.
808.882

Pereka Bentuk Kulit: Norsa’adah Ahmad


Pereka Letak: Norsa’adah Ahmad

Dicetak oleh:
Ultimate Print Sdn Bhd,
Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor,
Seksyen 15, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Kandungan

Pengenalan 1
Mengapa saya menulis buku ini 4
Buku ini untuk siapa 7
Bagaimana menggunakan buku ini 9
Mencari ilmu tentang minimalisme 12
Buku mengenai minimalisme 15
Bagaimana saya bermula 20
Apa itu minimalisme 22
Buang barang atau simpan barang 34
Bagaimana memilih barang 37
yang mahu disimpan 37
Memulakan misi mengemas 40
Misi mengemas beg kerja 42
Misi mengemas kereta 45
Misi mengemas bilik/ruang kerja 48
Misi mengemas rumah 53
Pakaian 55
Kasut, sandal & selipar 62
Buku 65
Kertas 75
Alat tulis 83
Produk elektrik & elektronik 84
CD & DVD 86
Beg, kotak & plastik 87
Produk penjagaan diri & pembersihan rumah 88
Peralatan dapur 90
Bekas makanan 91
Makanan 92
Barangan berkaitan hobi 94
Barang sentimental 95
Nota cikgu 98
Kertas sajak 100
Buku nota 101
Hadiah untuk diri sendiri 104
Packing Party 106
Ryan Nicodemus 106
Kenapa mengemas 109
Mengapa sukar untuk melepaskan barang 113
Apa yang hendak dibuat dengan barang-barang yang
tak diperlukan 122
Minimalis kewangan 126
Minimalis digital 132
Minimalis perbuatan & fikiran 138
Mitos mengenai minimalisme 141
Faedah menjadi minimalis 150
Prinsip yang dipegang untuk kekal minimalis 165
Permainan menjadi minimalis 170
Persoalan berkaitan minimalisme 175
Akhir kata 188
Pengenalan
______

Kisah sebatang sudu.

Seorang sahabat berkunjung ke rumah saya. Dia


terkejut apabila masuk ke dapur.

"Sudu kau satu je?"

Dia tak percaya saya mempunyai sebatang sudu di


dapur.

"Pertama kali aku jumpa orang yang ada satu sudu je


di rumah."

Saya tersenyum. Saya tak perlukan banyak sudu


untuk kegunaan harian. Hanya sebatang sudu yang saya
perlukan di dapur.

Satu untuk setiap alat ini:

⚫ Sudu

⚫ Garpu

⚫ Senduk nasi
⚫ Sudip kayu

▪1▪
MISI MENJADI MINIMALIS

⚫ Sudip keluli

⚫ Pisau

⚫ Pembuka tin

Pinggan mangkuk, jumlahnya lebih daripada satu.

⚫ Dua pinggan

⚫ Dua mangkuk

⚫ Dua mug

Saya mempunyai lebih daripada dua bekas


makanan. Saya menggunakannya untuk membawa bekal
ke tempat kerja atau menyimpan makanan dalam peti
ais.

Setiap orang berlainan keperluannya. Mungkin ada


enam orang di rumah anda. Maka anda perlukan enam
batang sudu atau anda mahu gunakan dua belas batang
sudu. Terpulang mengikut keselesaan anda.

Benarkah saya memiliki sebatang sudu saja di


rumah?

Ketika sahabat mengunjungi saya, sebenarnya saya


memiliki dua pasang sudu dan garpu. Satu set sudu dan
garpu diletakkan di dapur untuk kegunaan harian,

▪2▪
MISI MENJADI MINIMALIS

manakala satu set lagi disimpan kerana digunakan


semasa melancong sahaja.

Adakah memiliki sebatang sudu di rumah


merupakan syarat untuk menjadi minimalis?

Tidak. Tidak ada syarat untuk menjadi minimalis.

Jadi, bagaimana mahu digelar minimalis?

Teruskan pembacaan. Saya harap anda bertemu


jawapannya selepas selesai membaca buku ini.

Bagaimana jika saya tak dapat jawapan yang saya


mahukan?

Tenang saja. Anda boleh cari apa yang anda


mahukan dalam buku lain. Tak semestinya daripada
buku ini saja. Buku ini boleh menjadi pencetus untuk
anda mengenali minimalisme.

▪3▪
Mengapa saya menulis buku ini
______

Bagaimana saya tergerak untuk menulis buku ini?


Segalanya bermula ketika saya berusaha
mengurangkan barang-barang yang saya miliki.

Saya membaca hasil penulisan Joshua Field


Millburn. Beliau menulis mengenai minimalisme. Ketika
itu saya tertarik dengan gaya penulisan beliau, tidak
mengenai subjek tulisan beliau berkenaan minimalisme.
Satu hari saya mengemas barang-barang di rumah di
Kota Kinabalu. Mengemas secara besar-besaran,
biasanya dilakukan orang setahun sekali.

Ketika mengemas, pelbagai barang saya sisihkan.


Saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan dengan barang-
barang ini. Letih mengemas kerana bekerja keras
berterusan sepanjang hari. Itu pun masih tak siap lagi.

Ketika itu terdetik dalam hati, "Bagusnya kalau


barang aku tak banyak."

▪4▪
MISI MENJADI MINIMALIS

Keletihan mengemas membuatkan saya bertekad


untuk tidak memiliki barang dalam kuantiti yang banyak
lagi.

Apa yang saya mahu buat dengan barang-barang


yang berlebihan? Buang? Derma? Jual? Itu keputusan
yang harus dibuat selepas selesai urusan kemas rumah.

Seorang sahabat mencadangkan buku Marie Kondo.


Saya mencari buku beliau dan berjumpa buku audio
beliau di YouTube. Saya tertarik dan berminat mengikuti
saranan penulis berkenaan mengemas rumah.

Saya menulis di Facebook mengenai sesi mengemas


rumah mengikut kategori barang dan usaha saya dalam
menjadi seorang minimalis.

Rakan-rakan bertanya mengenai minimalisme.


Sebahagian rakan tidak pernah mendengar mengenai
minimalisme. Istilah minimalisme sangat asing di telinga
mereka. Tidak kurang yang bertanya mengenai buku
berkenaan minimalisme.

Saya mencari buku subjek minimalisme dalam


bahasa melayu yang ditulis pengarang di Malaysia tapi
gagal menemuinya. Sama ada orang tak berminat
mengenai subjek ini atau buku berkenaan minimalisme
dalam bahasa melayu masih belum ada.

▪5▪
MISI MENJADI MINIMALIS

Benarkah orang tak berminat dengan subjek


minimalisme atau tiada penulis yang menulis subjek ini?
Ia menjadi titik permulaan saya menulis buku yang
membawakan subjek minimalisme. Saya ingin
memulakan usaha mewujudkan buku tentang
minimalisme dalam bahasa melayu.

‘Kalau buku yang kita mahu baca tidak ada, tulislah


buku itu.”

▪6▪
Buku ini untuk siapa
_____

Siapa yang sesuai membaca buku ini?

Buku ini untuk anda.

Untuk saya?

Ya betul. Kalau anda sedang memegang buku ini


bermakna anda mencari maklumat mengenai
minimalisme. Anda ingin tahu mengenai minimalisme.
Sebab itu anda baca buku ini kan?

Buku ini untuk anda yang mengalami masalah sama


seperti saya iaitu penat kemas rumah tapi seperti tak
berkesudahan.

Buku ini untuk anda yang mahu fokus pada perkara


yang penting pada anda.

Buku ini untuk anda yang mahu melakukan perkara


yang anda sukai tetapi tidak mempunyai peluang selama
ini.

▪7▪
MISI MENJADI MINIMALIS

Buku ini untuk anda yang tertanya-tanya apa yang


anda mahu lakukan dalam hidup ini.

Buku ini untuk anda yang masih merasakan ada


kekosongan dalam kehidupan anda.

Buku ini bukan untuk orang yang mahu kemas


rumah saja, sebaliknya untuk mereka yang mahu meneliti
kembali kehidupan mereka.

Buku ini untuk mereka yang masih tercari-cari arah.

Untuk anda.

Buku ini untuk anda.

Dalam bab tertentu ada tindakan yang disenaraikan.


Tindakan yang boleh diambil untuk memulakan misi
mengemas. Untuk memastikan anda mendapat faedah
daripada pembacaan buku, sila bertindak.

Membaca tanpa tindakan tak akan membawa anda


ke mana-mana.

Mula bertindak.

▪8▪
Bagaimana menggunakan buku ini
_____

Ilmu yang berguna ialah ilmu yang diaplikasikan.

Apakah yang akan dilakukan selepas anda selesai


membaca buku ini?

Saya tak mahu masa anda terbazir begitu saja. Untuk


mendapatkan manfaat yang besar daripada buku ini,
berikut beberapa langkah yang saya syorkan.

Baca lebih daripada sekali


Pembacaan kali pertama sebagai pendedahan. Mungkin
ada di antara isi yang anda akan baca merupakan perkara
atau konsep baru. Anda ingin membacanya lagi untuk
memahami lebih lanjut apa yang disampaikan.

▪9▪
MISI MENJADI MINIMALIS

Tulis nota
Anda boleh catatkan isi penting yang difahami daripada
pembacaan. Membuat nota sendiri membolehkan anda
lebih cepat memahami isi buku.

Ada orang suka conteng terus di buku. Ada yang


gemar menulis nota di kertas berasingan. Terpulang
kepada kesukaan anda. Nota yang dibuat boleh dirujuk
dengan pantas apabila anda ingin kembali kepada satu-
satu topik.

Anda buat catatan nota di kad manila atau kertas A4.


Tampalkan kertas tersebut di dinding untuk
memudahkan anda melihat kembali nota yang ditulis.

Mengambil tindakan
Ilmu yang dibaca atau nota yang dicatat tidak bermakna
jika tiada tindakan. Perkara paling penting ialah
mengambil tindakan. Orang kata memulakan langkah
pertama sangat sukar. Tanpa langkah pertama tidak akan
ada langkah seterusnya.

Mulakan dengan langkah pertama. Hasilnya akan


membuatkan anda bersemangat. Usah pula berhenti
selepas langkah pertama. Teruskan proses menjadi
minimalis.

▪ 10 ▪
MISI MENJADI MINIMALIS

Adakah anda perlu habiskan baca keseluruhan buku


sebelum mengambil tindakan? Tidak. Anda boleh terus
bertindak sebaik saja habis baca satu bab. Katakan anda
baca bab mengemas kereta. Selesai baca muka surat itu,
anda boleh terus menuju ke kereta dan mengemas kereta
anda.

Kongsi dengan orang lain


Jika anda rasa buku ini bagus dan memberi manfaat,
anda boleh berkongsi dengan orang lain. Bagaimana
caranya mahu berkongsi dengan orang lain? Hadiahkan
buku ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan. Tulis
status di media sosial berkenaan buku ini. Anda buat
ulasan mengenai buku. Anda tulis ilmu yang anda
perolehi selepas membaca buku ini.

Anda buat video menceritakan perjalanan anda


mengemas rumah yang bermula selepas selesai baca
buku ini. Anda letak gambar sebelum dan selepas
mengemas rumah di media sosial. Anda kongsi gambar
buku ini di Instagram, tulis di Twitter dan bercerita di
Facebook.

Jika anda rasa buku ini bermanfaat untuk diri anda


dan mahu orang lain turut mendapat faedahnya, dialu-
alukan berkongsi.

▪ 11 ▪
Mencari ilmu tentang minimalisme
_____

Bagaimana kita mahu dapatkan ilmu mengenai


minimalisme?

Apa yang saya lakukan?

Saya cari buku-buku berkenaan minimalisme. Di


Malaysia masih belum jumpa. Jadi pembacaan saya
tertumpu pada buku-buku yang ditulis pengarang luar
negara.

Buku saja ke?

Tidak. Saya cari info minimalisme di internet.


Banyak laman web atau blog minimalisme yang
dikendalikan oleh mereka yang mengamalkan gaya
hidup minimalisme.

Antaranya The Minimalists dan Becoming


Minimalist. The Minimalists dibangunkan oleh dua
orang anak muda, Joshua Fields Millburn dan Ryan

▪ 12 ▪
MISI MENJADI MINIMALIS

Nicodemus. Becoming Minimalist dilahirkan oleh


Joshua Becker.

Taip saja minimalist atau minimalism di bahagian


carian Google. Berderet hasil pencarian yang akan
ditemui apabila anda masukkan kata kunci minimalist.

Anda boleh pergi ke YouTube dan cari video


berkenaan minimalisme. YouTube bukan hanya tempat
untuk menonton rancangan makan-makan. Banyak
video mengenai minimalisme dalam YouTube. Tinggal
pilih dan tonton.

Pergi ke seminar atau kursus.

Adakah seminar yang dianjurkan di Malaysia


membawakan topik minimalisme? Ya, ada. Seorang
sahabat Facebook giat menganjurkan seminar
minimalisme. Namanya Tuan Alvin Mahathir Yunus.

Kami diperkenalkan melalui alam maya oleh


seorang sahabat kami (mutual friend) selepas membaca
perkongsian saya di Facebook mengenai minimalisme.
Daripada situ, saya berminat menyertai seminar yang
Tuan Alvin anjurkan iaitu Minimalism, Bahagia dengan
Cukup.

Tujuan saya ke seminar ini? Saya mahu menambah


ilmu tentang minimalisme. Belajar daripada mereka yang

▪ 13 ▪
MISI MENJADI MINIMALIS

mengamalkannya dan berkenalan dengan rakan-rakan


baru yang sama aliran fikiran.

13 Oktober 2018. Tarikh itu adalah seminar


pertama mengenai minimalisme yang saya hadir.

Tuan Alvin mengadakan seminar Minimalism,


Bahagia dengan Cukup di Sabah dan negeri-negeri lain.
Anda boleh menghadiri seminar beliau apabila beliau
bertandang ke tempat anda.

▪ 14 ▪
Buku mengenai minimalisme
_____

Jika kita jumpa buku yang baik, kongsikan dengan


sahabat supaya mereka turut mendapat manfaat daripada
buku itu.

The Life-Changing Magic of Tidying yang ditulis


Marie Kondo. Buku ini dicadangkan sahabat baik saya,
Norsa’adah Ahmad. “Kau kena dengar Marie Kondo
kalau betul-betul minat nak jadi minimalis.”

Saya gagal menemui buku ini di kedai buku. Tidak


dijual. Pada masa itu, buku Marie Kondo sukar ditemui
di kedai buku. Tidak seperti sekarang di mana kita boleh
mendapatkan buku-buku Marie Kondo dengan mudah
di kedai-kedai buku terkemuka di seluruh negara.

Apa yang saya buat?

Saya muat turun buku audio dari YouTube. Jumlah


keseluruhan masa buku audio hampir lima
jam. Walaupun baru dengar satu perlima daripada

▪ 15 ▪
MISI MENJADI MINIMALIS

keseluruhan isi buku, saya menyukai apa yang


disampaikan penulis.

Penulis menjawab persoalan yang saya ada.


Bagaimana mahu mengurangkan barang-barang, seni
membuang barang dan menyimpan barang yang penting.

Antara isi penting yang melekat kukuh dalam


ingatan adalah saranan penulis supaya mengemas
mengikut kategori barang, bukannya lokasi. Selama ini
kalau mengemas rumah, saya buat berdasarkan lokasi.
Bilik. Rak buku. Almari.

Saya percaya bukan saya saja yang berbuat begini,


ramai lagi orang di luar sana yang melakukan perkara
yang sama.

Kita mengemas rumah mengikut lokasi. Kita


berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain. Siap
kemas bilik tidur, kita beralih ke ruang tamu. Selesai
ruang tamu, kita ke dapur pula. Begitulah seterusnya
hingga selesai satu rumah.

Marie Kondo mencadangkan kita mengemas


mengikut jenis barang. Contohnya buku, pakaian,
makanan.

Katakan kita mahu kemas buku. Keluarkan semua


buku yang kita ada. Bahagikan kepada buku yang mahu
didermakan, dijual atau disimpan. Buku yang hendak

▪ 16 ▪
MISI MENJADI MINIMALIS

disimpan ialah buku yang kita selalu gunakan. Selain


daripada itu kita dermakan, hadiahkan pada orang atau
jual.

Nampak tak kesan buku tersebut ke atas saya? Baru


dengar sekali buku audio beliau, saya boleh ingat isi
penting yang dikatakannya.

Terpegun dengan buku audio, saya berusaha


mencari buku dalam bentuk fizikal. Sebagai seorang
penggemar buku, saya tak puas hati selagi tak dapatkan
buku fizikal. Saya tidak jumpa lagi. Maka saya beli buku
dalam bentuk digital.

Selepas buku pertama, saya membeli buku Marie


Kondo yang lain iaitu Spark Joy (dalam bentuk digital).
Ketika melancong ke Jepun, saya membeli The Life
Changing Magic of Tidying versi komik.

Dek terlampau suka dengan isi buku beliau, saya


terus berusaha mencari bukunya dalam bentuk fizikal.
Akhirnya saya berjaya memiliki buku The Life-Changing
Magic of Tidying dan Spark Joy dalam bentuk bercetak.

Nampak keterlaluan? Kenapa beli buku kalau mahu


jadi minimalis? Bukankah minimalis kena kurangkan
barang?
Minimalisme bukan bermakna tak boleh beli barang
langsung. Bukan bermakna kena pinjam buku daripada

▪ 17 ▪
MISI MENJADI MINIMALIS

perpustakaan saja. Jika anda sukakan buku itu dan ia


penting untuk anda, tak salah untuk anda membelinya.

Saya tetap beli buku bercetak. Ini disebabkan saya


mahu membaca buku beliau berulang-kali. Saya lebih
suka membaca buku dalam bentuk fizikal berbanding
buku digital.

Pertama, ia penting untuk saya.

Kedua, saya menyukainya.

Dua sebab ini mencukupi untuk saya menyimpan


buku-buku Marie Kondo.

Adakah buku peraturan khas untuk menjadi


minimalis?

Tidak. Tidak ada buku khas atau manual tetap


untuk menjadi minimalis kerana setiap orang
mempunyai keperluan yang berlainan. Keperluan anda
dan saya tak sama.

Buku-buku mengenai minimalisme yang ada di


pasaran ditulis individu berbeza. Maka penceritaan dan
pemahaman mengenai minimalisme berbeza mengikut
individu itu sendiri.

Namun usah risau, anda boleh baca buku-buku


mereka untuk mendapatkan gambaran bagaimana
minimalisme diaplikasikan dalam kehidupan.

▪ 18 ▪
MISI MENJADI MINIMALIS

Seperti mana saya membaca Marie Kondo,


mungkin ada perkara yang beliau cadangkan tidak kena
dengan gaya hidup saya. Maka tak semuanya saya ambil.

Saya baca buku-buku penulis lain untuk


mendapatkan pandangan berbeza.

Sekiranya anda mahu membaca buku-buku


berkenaan minimalisme, saya syorkan kesemua buku
berikut:

⚫ The Life-Changing Magic of Tidying – Marie


Kondo

⚫ Spark Joy – Marie Kondo

⚫ The Life-Changing Manga of Tidying Up: A


Magical Story – Marie Kondo
⚫ Goodbye, Things – Fumio Sasaki

⚫ The More of Less – Joshua Becker

⚫ The Minimalist Home – Joshua Becker

⚫ Essential, Essays by The Minimalists - Joshua


Fields Millburn & Ryan Nicodemus

⚫ Everything That Remains - Joshua Fields


Millburn & Ryan Nicodemus

▪ 19 ▪
Bagaimana saya bermula
_____

Kenapa mahu jadi minimalis? Hidup seperti biasa tak


boleh ke?

Biar saya bercerita bagaimana saya boleh terjebak


dengan kehidupan minimalis. Ia bertitik-tolak daripada
perasaan bosan mengemas rumah. Penat melihat terlalu
banyak barang yang dimiliki tapi tidak benar-benar tahu
barang yang ada dalam simpanan.

Saya kurang gemar mengemas rumah. Saya tak kisah


basuh kain, lipat kain dan cuci pinggan. Apabila masuk
bab mengemas rumah, saya kurang minat. Dalam masa
yang sama saya tak suka melihat rumah bersepah. Tak suka
kemas rumah tapi tak mahu rumah bersepah. Apa
penyelesaiannya?

Saya betul-betul terkesan ketika itu selepas letih


mengemas rumah.
Saya bermula dengan mengemas rumah sewa di Kota
Kinabalu (saya bekerja di Sabah ketika buku ini ditulis).

▪ 20 ▪
MISI MENJADI MINIMALIS

“Wah, banyaknya barang.” Saya terperanjat melihat


kuantiti barang yang dimiliki.

Saya mula sedar. Saya harus lakukan sesuatu.

Saya ambil keputusan untuk mengurangkan barang


dan menjadi minimalis kerana saya tak suka kemas rumah.
Saya penat kemas barang yang banyak dalam rumah.

"Bestnya kalau barang aku sikit, mesti aku tak penat


sangat kemas rumah." Itu yang terdetik dalam hati.

Itu yang menjadi permulaan untuk saya menggali ilmu


mengenai minimalisme.

▪ 21 ▪
Apa itu minimalisme
_____

Saya mahu hidup sebagai minimalis.

Apa itu minimalis? Minimalisme?

Apa yang anda faham apabila mendengar perkataan


ini?

Ada yang pertama kali mendengar perkataan ini.


Ada yang pernah mendengar tapi tak pasti maksud
perkataan ini. Ada yang tahu sedikit mengenai
minimalisme.

Gaya minimalis bilik hotel


Selalunya bila disebut minimalis kita akan terbayang reka
bentuk ringkas seperti bilik hotel. Minimalis lebih
kepada reka dalaman rumah atau bilik.

Apabila kita masuk ke dalam bilik hotel, apakah


yang kita nampak?

▪ 22 ▪

Anda mungkin juga menyukai