Anda di halaman 1dari 5

PJPK TINGKATAN 3

NAMA : KELAS :

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NANING


78000 ALOR GAJAH, MELAKA

MARKAH:
PENILAIAN TAHAP PENGUASAAN MURID
TINGKATAN 3
PEND. JASMANI & PEND. KESIHATAN(PJPK)
1 Jam

Arahan:
1.Soalan ini mengandungi dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B.
2.Jawab semua soalan.
3.Jawapan hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan.

BAHAGIAN A [25 MARKAH]

1. Manakah antara berikut ialah contoh kemahiran hambur?


A. Berskip C. Guling hadapan
B. Imbangan skala D. Lombol kangkang

2. Tarian Ngajat merupakan tarian etnik kaum _____________


A. Iban C. Murut
B. Sungai D. Kadazandusun

3. Rajah di bawah menunjukkan salah satu langkah dalam tarian Ngajat.

Apakah nama langkah tersebut?


A. Langkah Titi Batang C. Langkah Bunga Ajat
B. Langkah Mengaut Air D. Langkah Burung Kenyalang

4. Tarian Zapin biasanya diiringi oleh beberapa alat muzik traditional berikut, kecuali
A. gong C. rebana
B. gambus D. marwas

5. Manakah antara berikut bukan langkah asas Zapin Melayu Johor?


A. Kaki kiri melangkah ke kiri dan ambil lajak
B. Kaki kanan melangkah ke hadapan dan mencangkung.
C. Kaki kiri bersilang dihadapan. Tangan diayun secara berselang seli.
D. Kaki kanan dan kiri melangkah ke hadapan sambil pusing 180o mengikut arah jam.

1
PJPK TINGKATAN 3

6. Berapa orang pemain bagi satu pasukan dalam permainan bola keranjang?
A. 5 B. 6 C. 7 D. 8

7. Kedudukan ancaman tiga (triple threat) dalam permainan bola keranjang memberi
seseorang pemain tiga pilihan tindakan selepas menerima bola iaitu
I. menjaring III. menghantar
II. mengadang IV. mengelecek
A. I, II dan III sahaja C. I, III dan IV sahaja
B. I, II dan IV sahaja D. II, III dan IV sahaja

8. Apakah peranan ruang pandang dalam permainan kategori serangan?


A. Membantu anda mendengar arahan jurulatih.
B. Membantu anda mengelecek bola dengan lebih laju.
C. Membantu melompat lebih tinggi semasa melakukan jaringan gaya lay up.
D. Membantu anda mengesan kedudukan rakan sepasukan dan pemain lawan.

9. Permainan sofbol hampir sama dengan beberapa jenis sukan yang melibatkan bola dan
bet seperti permainan berikut kecuali
A. Kriket C. Ping pong
B. Rondas D. Besbol

10. Apakah tujuan utama pemukul dalam permainan sofbol?


A. Mengayun bet sekuat-kuatnya
B. Menampan bola ke arah penangkap (catcher)
C. Memukul bola terus kepada penjaga tapak kedua
D. Memukul bola ke kawasan yang sukar untuk pemadang menangkap

11. Antara berikut, yang manakah bukan perubahan fizikal yang berlaku semasa mengalami
kemarahan?
A. Memaki C. Berpeluh
B. Otot tegang D. Menggigil

12. Apakah implikasi negatif kemarahan terhadap orang lain?


I. Hubungan persahabatan akan menjadi tegang.
II. Timbulnya perasaan kurang yakin dan tidak selesa
III. Orang lain lebih menghormati dan takut terhadap individu pemarah.
IV. Tanggapan negatif terhadap individu yang sering mempamerkan kemarahan.
A. I, II dan III C. I, III dan IV
B. I, II dan IV D. II, III dan IV

13. Berikut merupakan implikasi kemarahan terhadap kesihatan diri kecuali


A. insomnia C. risiko kemurungan
B. serangan jantung D. memanjangkan jangka hayat

14. _________________ ialah perlakuan zina yang berlaku antara dua anggota terdekat
dalam sesebuah keluarga.
A. Rogol C. Sumbang mahram
B. Seks bebas D. Gangguan seksual

2
PJPK TINGKATAN 3

15. Apakah peranan ahli keluarga untuk mengelakkan sumbang mahram?


I. Memantau penggunaan media massa
II. Membezakan sentuhan kasih sayang dan nafsu
III. Menyediakan keadaan rumah yang selesa dan selamat
IV. Memberi sepenuh kepercayaan kepada ahli keluarga terdekat

A. I, II dan III C. I, III dan IV


B. I, II dan IV D. II, III dan IV

16. Antara yang berikut, manakah punca-punca seseorang boleh dijangkiti HIV?
I. Pemindahan organ badan
II. Perhubungan seks dengan perlindungan
III. Pemindahan darah yang tercemar dengan HIV
IV. Menyusu daripada seorang ibu pembawa HIV

A. I, II dan III C. I, III dan IV


B. I, II dan IV D. II, III dan IV

17. Berikut merupakan kesan HIV atau AIDS kecuali


A. mengalami tekanan perasaan
B. memalukan diri dan keluarga
C. kos sara hidup dan perubatan meningkat
D. mendapat bantuan kewangan daripada kerajaan

18. Apakah yang dimaksudkan dengan pedofilia?


A. Ibu bapa yang memaksa anak mereka berkahwin dengan individu tertentu.
B. Kanak-kanak di bawah 18 tahun dipaksa bekerja bagi menjelaskan hutang keluarga.
C. Orang dewasa yang mengambil kesempatan untuk memenuhi nafsu seksualnya ke
atas kanak-kanak.
D. Pihak tertentu menggunakan kanak-kanak untuk mempertahankan dan menyebarkan
ideologi terpesong mereka.

19. Jumlah kalori yang diperlukan oleh remaja bergantung kepada


I. umur III. fisiologi
II. jantina IV. tahap aktiviti fizikal
A. I, II dan III C. I, III dan IV
B. I, II dan IV D. I, II, III dan IV

20. Berapakah jumlah keperluan kalori sehari bagi remaja lelaki yang berumur antara 13
hingga 15 tahun.?
A. 1030 hingga 2060 kalori C. 1580 hingga 2260 kalori
B. 1930 hingga 2760 kalori D. 2000 hingga 3760 kalori

21. __________ iaitu tuaman dengan balutan anjal ke atas bahagian yang cedera.
A. Ice C. Rest
B. Compression D. Elevation

22. Rawatan R.I.C.E digunakan untuk merawat

3
PJPK TINGKATAN 3

A. tangan yang patah


B. kecederaan tisu lembut
C. luka melecur akibat terbakar
D. individu terkena serangan jantung

23. Apakah tujuan meletakkan beg ais ke atas bahagian yang cedera dengan segera?
I. Merehatkan bahagian yang cedera
II. Mengecilkan salur darah bahagian yang cedera
III. Memberi sokongan ke atas bahagian yang cedera
IV. Mengurangkan bengkak, kesakitan dan pendarahan
A. I dan II C. II dan IV
B. I dan III D. III dan IV

24. __________ merujuk kepada kumpulan individu yang anda kenal dan sering berjumpa
semasa berada di sekolah, kawasan perumahan dan sebagainya.
A. Kenalan
B. Sahabat biasa
C. Sahabat intim
D. Sahabat karib

25. Antara yang berikut, manakah merupakan tindakan yang menjangkaui batasan
perhubungan yang sihat?
I. Melakukan fitnah terhadap anda.
II. Bertindak secara fizikal untuk menurutnya.
III. Mengambil kesempatan atau mempergunakan diri anda untuk kepentingannya.
IV. Memberi tekanan kepada anda untuk melakukan sesuatu yang positif dan berfaedah.
A. I, II dan III C. I, III dan IV
B. I, II dan IV D. II, III dan IV

BAHAGIAN B [15 MARKAH]


Jawab semua soalan.

1. Namakan jenis kemahiran asas tenis berdasarkan gambar di bawah. [5 markah]

Smesy Pukulan Pepat Voli Kilas Servis Lob Pepat

(a) (b) (c) (d) (e)

4
PJPK TINGKATAN 3

2. Tandakan ( / ) pada penyataan yang benar dan ( X ) pada pernyataan yang salah.
[6 markah]

Pernyataan Jawapan
a) Remaja aktif memerlukan kurang jumlah kalori berbanding remaja
kurang aktif.
b) Remaja perempuan memerlukan lebih tinggi keperluan kalori
berbanding remaja lelaki.
c) Makcik Salmah yang sudah tua memerlukan kurang kalori
disebabkan oleh kadar metabolisme yang rendah.
d) Pemain catur memerlukan jumlah kalori yang lebih rendah
berbanding pemain bola sepak.
e) Menu makanan seimbang yang dirancang perlu merangkumi empat
aras makanan yang mengandungi lima kumpulan utama makanan
iaitu bijirin, sayur-sayuran dan buah-buahan, daging dan kekacang,
hasil tenusu, dan minyak.
f) Remaja digalakkan untuk mengambil lemak, minyak, garam dan gula
dalam kuantiti yang banyak untuk memberikan tenaga tambahan.

3. Kemarahan merupakan satu cetusan emosi. Wujudnya perasaan marah pada seseorang
mungkin disebabkan berlaku percanggahan kehendak atau pendirian dengan orang lain.
Pada pendapat anda, apakah cara yang berkesan untuk mengawal kemarahan?
[4 markah]

a) _____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
b) _____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai