Anda di halaman 1dari 4

Bahagian A - Karangan

Masalah displin di kalangan pelajar dewasa ini tidak boleh dipandang ringan malah

perlu diberi perhatian yang serius. Masalah disiplin dalam kalangan pelajar ini sudah

semestinya akan memberi kesan negatif terhadap diri, keluarga dan sekolah

mereka.

Walaupun jumlah masalah displin mencatat penurunan berbanding tahun-tahun

sebelumnya atas faktor perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang

menyebabkan sesi pembelajaran dan pengajaran dilaksanakan secara atas talian,

namun begitu masalah displin ini tetap berlaku, sebagai contoh kes buli pelajar

Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kangsar yang berlaku pada 9 Disember

2021 melibatkan pelajar tingkatan 1.

Antara faktor utama berlakunya masalah displin dalam kalangan pelajar

adalah pengaruh rakan sebaya. Ini kerana, rakan sebaya atau rakan sekelas dan

asrama merupakan orang yang paling banyak masa diluangkan bersama mereka.

Segala tingkah laku dan sikap buruk rakan akan mempengaruhi pelajar yang lain

juga, jika mereka tidak mahu menjauhinya. Adakalanya pelajar terpaksa mengikuti

salah laku yang dibuat oleh rakannya seperti merokok atau buli kerana risau

sekiranya enggan mereka akan disisihkan. Perkara ini menyebabkan mereka

bertindak untuk melakukan masalah disiplin tanpa memikirkan kesan buruknya. Oleh

yang demikian, pengaruh rakan sebaya sememangnya punca yang negatif kepada

pelajar.

Selain itu, kekurangan kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anaknya antara

punca lain mendorong berlakunya masalah displin dalam kalangan pelajar. Terdapat
ibu bapa yang lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga terlupa serta

mengambil mudah dengan tanggungjawab untuk mendidik anak-anak mereka. Masa

mereka banyak diluangkan dengan kerjaya mereka dan keberadaan mereka di

rumah adalah untuk berehat sehingga mengabaikan anak-anak. Tindakan ini

mendorong anak-anak mereka melakukan masalah displin kerana mereka

beranggapan bahawa ibu bapa mereka tidak mengambil tahu tentang mereka.

Selain daripada itu juga, terdapat juga ibu bapa yang mempunyai sikap tidak

mengambil tahu tentang anak-anak mereka dan terlampau memberi kebebasan

kepada anak mereka. Sikap tidak meletakkan pembatasan kepada anak mereka

akan mendorong mereka terjebak dengan perkara yang memudaratkan.

Faktor lain yang mendorong kepada masalah displin pelajar adalah peraturan

sekolah yang tidak ketat. Terdapat sekolah terutamanya sekolah berasrama yang

tidak mengambil berat terhadap masalah displin pelajar dan tidak memberi hukuman

sewajarnya kepada pelajar yang melanggar peraturan sekolah. Hal ini akan

menyebabkan pelajar-pelajar berani untuk melanggar peraturan sekolah sehingga

berlaku permasalahan displin yang serius terutamanya kes buli. Selain daripada itu

juga, terdapat sekolah yang menyembunyikan masalah displin pelajar yang berlaku

dan tidak melaporkan kepada pihak berkuasa. Ini kerana, pihak sekolah ingin

menjaga nama baik sekolah dan cuba menyelesaikannya tanpa pengetahuan pihak

berkuasa walaupun pelanggaran displin yang berlaku adalah serius. Sikap

sesetengah pihak sekolah inilah yang akan menjadikan pelajar-pelajar lebih

terdorong untuk melakukan kesalahan disiplin tanpa rasa bersalah.

Bagi menangani masalah displin pelajar yang semakin serius, perkara yang

perlu diambil perhatian adalah bermula daripada institusi keluarga. Ahli keluarga
terutamanya ibu bapa adalah orang yang bertangggungjawab memperkenalkan

nilai-nilai murni kepada anaknya sebelum anaknya melangkau ke alam

persekolahan. Kasih sayang, perhatian serta didikan agama yang betul boleh

membentuk keperibadian yang baik pelajar-pelajar. Namun begitu, semasa pelajar di

alam persekolahan, ibu bapa tidak boleh meletakkan tanggungjawab terus kepada

guru-guru, sebaliknya perhatian harus terus diberikan kepada anak mereka supaya

mereka tidak terjerumus melakukan perkara yang salah.

Selain daripada itu pihak sekolah juga boleh meningkatkan jalinan kerjasama

dengan pihak Polis dalam mengawasi displin pelajar-pelajar melalui Pegawai

Perhubungan Sekolah yang diperkenalkan oleh Polis Di Raja Malaysia. Pada masa

kini, setiap sekolah ditempatkan sekurang-kurangnya seorang Pegawai Polis

sebagai Pegawai Perhubungan Sekolah yang bertanggungjawab memantau displin

pelajar-pelajar dari segi perspektif Polis. Ianya bergantung kepada tahap kerjasama

sekolah dengan Pegawai Perhubungan Sekolah untuk merangka dan mengukuhan

kerjasama tersebut. Kekerapan Pegawai Polis melakukan lawatan serta

menyampaikan ceramah keselamatan dan displin boleh meningkatkan kesedaran

pelajar supaya tidak melakukan pelanggaran displin yang serius. Setiap pelanggaran

displin pelajar perlu dimaklumkan kepada Pegawai Perhubungan Sekolah Polis

supaya tindakan boleh diambil dari segi kaunseling dan nasihat.

Kesimpulannya, tanggungjawab dalam mendidik pelajar-pelajar tidak boleh

dipandang ringan dan diambil mudah. Setiap individu bermula daripada ibu bapa,

pihak sekolah, pihak berkuasa serta masyarakat perlu berkerjasama agar displin

pelajar berada dalam kawalan ibarat kata pepatah “berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing”. Ini kerana, pelajar-pelajar merupakan masa depan negara dan kejayaan

pelajar-pelajar ini akan menjadi tunjang kepada negara kita pada masa hadapan.

Kejayaan pelajar mengharungi alam persekolahan akan mewarnai kehidupan

mereka seterusnya apabila melangkah ke alam yang lebih tinggi iaitu alam universiti

serta kerjaya dan seterusnya memimpin negara pada masa hadapan.

Anda mungkin juga menyukai