Anda di halaman 1dari 2

Leptospirosis

33
Pengenalan

Leptospirosis adalah penyakit yang jarang berlaku, satu penyakit yang tenat/teruk dan boleh
berjangkit. Jangkitan berlaku disebabkan oleh beberapa spesies dari keturunan leptospira berbentuk
lingkaran (spiral shape).

Nama-nama lain.

Penyakit Weil, Demam Icterohemorrhage, Penyakit Swineherd’s, Demam pesawah (Rice-field fever),
Demam Pemotong tebu (Cane-cutter fever), Demam Swamp, Demam Lumpur, Jaundis berdarah,
Penyakit Stuttgart, Demam Canicola.

Leptospirosis terjadi disebabkan oleh pendedahan kepada kuman yang terdapat di dalam air yang
tercemar dengan kencing binatang. Biasanya terjadi di negara beriklim panas

Faktor risiko termasuklah:

 Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas- Petani, penternak/peladang, pekerja rumah
penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja sistem pembentungan, pesawah dan
anggota tentera.

 Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang , berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan
panas.

 Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang
peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap air dan mengambil makanan yang telah digigit oleh
binatang seperti tikus, tupai dan arnab.
Tanda dan Gejala

Gejala :
1. Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10 hari).

2. Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala. Gejala ini melibatkan
lebih kurang 75% hingga 100% pesakit.

3. Batuk tidak berkahak (25%-35% kes)

4. Loya, muntah dan cirit-birit ( 50 kes) Sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut adalah
gejala yang kurang berlaku.

5. Radang selaput mata.

6. Antara 7% hingga 40% pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati,
bengkak salur kelenjar, sakit tekak,kekerasan otot, perubahan bunyi pada paru-paru atau ruam.
Tanda dan ujian makmal
1. Ujian sel darah putih (WBC).

2. Analisa air kencing juga menunjukkan keputusan luar biasa.

3. Peningkatan kadar creatine kinase dalam darah dikesan pada lebih kurang 50% pesakit.

4. Antara 40% pesakit mengalami sedikit peningkatan enzim hati.

5. Diagnosa biasanya dibuat melalui ujian serologi (antibodi).

6. Kuman dapat dilihat dengan jelas menerusi mikroskop dark field gelap (dark field microscopy),
silver stained atau mikroskopi floresent.

7. Tidak seperti Treponema, pallidum, leptospira boleh membiak melalui darah dan air tulang
belakang. Biasanya ia membiak secara perlahan dan pengesanan makmal diperlukan.

8. 50% bilangan kes berjaya mengasingkan kuman dari darah.

9. Ujian air kencing biasanya positif pada minggu kedua selepas serangan penyakit (illness) dan
kekal sehingga 30 hari.
Harapan(Expectations)(prognosis)
Sembuh dalam kebanyakan kes, bagaimanapun kematian boleh berlaku pada kes yang rumit dan
tidak menerima rawatan yang sewajarnya.

Komplikasi:

 Tindakbalas Jarisch-Herxheimer bila diberi penicillin.

 Jangkitan kuman di otak (Meningitis).

 Perdarahan yang teruk.

 Respiratory distress).

 Kegagalan fungsi hati.

 Kegagalan fungsi buah pinggang


Rawatan

Ubatan Cephalosporim, Penicillins, doxycycline, chloramphenicol, dan erythromycin boleh diberi


untuk rawatan leptospirosis. Penjagaan sokongan diperlukan bagi kes yang rumit dan bermasalah.

Pencegahan

Elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung/ air tenang, terutama di kawasan iklim tropika.
Jika anda terdedah kepada kawasan yang berisiko, pengambilan ubat doxycycline boleh
mengurangkan risiko mendapat penyakit.

Anda mungkin juga menyukai