Anda di halaman 1dari 9

LAPORAN KEM MOTIVASI DAN KEPIMPINAN BADAN KETUA KELAS 2011

RASIONAL
Dalam meningkatkan prestasi pelajar dari segi sahsiah dan kepimpinan, kita perlu sedar
bahawa pelajar atau pemimpin kecil ini adalah golongan yang mempunyai kuasa besar untuk
membentuk kepimpinan masa hadapan Negara. Mereka perlu dibimbing dengan sebaik-
baiknya bukan sahaja dari segi intelek tetapi juga dari segi rohani, emosi dan jasmani seperti
yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Negara. Semoga usaha murni ini akan dapat
menyumbang kepada tahap disiplin dan prestasi kepimpinan serta akademik pelajar sekolah ini.

MATLAMAT
Diharap pelajar menjadi insan yang bertanggungjawab kepada diri dan sekolah serta sentiasa
berusaha meningkatkan pengetahuan diri.

OBJEKTIF
1) Meningkatkan kemahiran diri dalam pelbagai aktiviti akademik dan kokurikulum.
2) Memberi kesedaran kepada pelajar bahawa mereka berpotensi menjadi individu,
pemimpin yang cemerlang serta menjadi role model kepada pelajar lain.
3) Percambahan dan perkongsian ilmu pengetahuan.
4) Melaksanakan program RIMUP di kalangan pelajar.

BUTIR-BUTIR LANJUT
Tajuk Program : Kem Motivasi Dan Kepimpinan Badan Ketua Kelas 2011
Tema : Pemimpin Berwibawa Pemangkin Keutuhan Dan Kecemerlangan
Sekolah
Anjuran : Badan Ketua Kelas Dan Unit Bimbingan Dan Kaunseling
Tempat : Taman Pertanian Bukit Cerakah, Shah Alam
Tarikh : 18-19 Februari 2011
PENUTUP
Adalah diharap dengan adanya program ini dapat menyumbang ke arah pembentukan peribadi
pelajarnberwibawa. Diharap usaha murni ini akan dapat memberikan impak kepada semua
pelajar sekolah serta mendapat kerjasama daripada semua pihak.
LAMPIRAN I:
AKTIVITI PERSEDIAAN
SENARAI AHLI JAWATAN KUASA
AHLI JAWATAN KUASA

Penasihat : Pn. Shamshiah Binti Ahmad AMW (Pengetua Cemerlang)

Pengerusi : Pn Norhelewati Binti Abdul Majid (Pk Hem)

Pn Yap Lei Kim (Pk Kokurikulum)

Setiausaha : Pn Nabira Binti Mohd Shah (Guru Bimbingan Dan Kaunseling)

Naib Setiausaha : Semua Guru Kaunseling

Penyelaras : Pn Cheah Bee Fong

Ahli Jawatankuasa : Semua Jawatan Kuasa Badan Ketua Kelas

Kumpulan Sasaran : Semua Badan Ketua Kelas


LAMPIRAN II:
JADUAL PROGRAM
AKTIVITI SEMASA
PELAKSANAAN PROGRAM

Jumaat (18.2.2011)

i. 2.00-2.30 petang
Pendaftaran di smk Cochrane. Semua pelajar yang terlibat mendaftarkan diri di kantin
sekolah.

ii. 2.30-3.30 petang


Perjalanan ke kem taman pertanian Malaysia, shah alam. Perjalanan ini mengambil
masa 1 jam dan berjalan dengan lancar. Tiada masalah yang berlaku sepanjang
perjalanan.

iii. 3.30-4.30 petang


Setibanya di kem pertanian Malaysia, kami telah disambut oleh fasilitator-fasilitator yang
terlibat dalam menjayakan program ini. Sedikit taklimat diberikan bertujuan untuk
melancarkan program ini.

iv. 4.30-5.00 petang


Ice breaking, rules and regulations. Sesi beramah mesra dan sesi perkenalan antara
peserta dengan semua fasilitator dan juga peserta dengan peserta memandangkan
peserta yang terlibat adalah berlainan tingkatan dan kelas. Para peserta juga diberitahu
mengenai peraturan-peraturan yang terpaksa dipatuhi bagi memastikan perjalalanan
program berjalan dengan lancar. Di sini, para peserta dikehendaki menyerahkan semua
barangan peribadi yang berharga bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Para peserta juga diagihkan mengikut khemah masing-masing.

v. 5.30-7.00 petang
Blind trail. Aktiviti ini agak mencabar kepada semua peserta. Semua peserta
dikehendaki menutup mata dengan helaian kain yang disediakan dan mereka
dikehendaki menyusur laluan yang disediakan hanya dengan memegang pada tali yang
telah disediakan. Laluan berair dan berlumpur terpaksa ditempuhi oleh para peserta dan
mereka terpaksa merangkak sebelum tiba ke penghujung tali. Semua peserta dapat
melakukannya dengan jayanya.
vi. 7.00-8.00 malam
Makan malam dan solat. Pengurusan diri selepas menjalankan aktiviti yang mencabar.

vii. 8.00-10.30 malam


Potensi diri dalam mengenal kelemahan. Para peserta dibahagikan kepada beberapa
kumpulan. Mereka dikehendaki menyenaraikan SWOT yang ada dalam diri mereka.
Mereka juga dikehendaki untuk mempersembahkan hasil mereka kepada semua dan ini
menguji tahap keberanian mereka bercakap di hadapan peserta lain.

viii. 10.30-12.00 malam


Night walk. Aktiviti dijalankan pada lewat malam bagi menguji tahap keberanian para
peserta. Mereka dikehendaki berjalan secara berseorangan di jalan yang gelap dengan
hanya berbantukan sebatang lilin. Tiada perkara yang tidak diingini berlaku dan para
peserta dapat menghadapi aktiviti ini dengan jayanya. Ini menunjukkan para peserta
sememangnya berani.

ix. 12.00-6.00 malam


Free zone. Para peserta merehatkan diri di khemah masing-masing.

Sabtu (19.2.2011)

i. 6.00-8.00 pagi
Solat subuh, kuliah dan senaman pagi. Pengurusan diri dijalankan oleh para peserta.
Senaman pagi dikendalikan oleh para fasilitator bagi memastikan para peserta dalam
keadaan cergas sebelum menjalankan aktiviti yang seterusnya.

ii. 8.00-9.00 pagi


Sarapan. Selepas menjalankan aktiviti senaman pagi, para peserta mengambil sedikit
makanan sebagai tenaga tambahan sebelum meneruskan aktiviti.

iii. 9.00-12.00 tengahari


Management games and compass marching. Para peserta diibahagikan mengikut
kumpulan masing-masing sebelum kumpulan kecil tadi dibahagikan kepada dua
kumpulan besar. Kumpulan pertama menjalankan aktiviti management games manakala
kumpulan kedua melakukan aktiviti compass marching. Management games bertujuan
untuk mengeratkan lagi hubungan sesama pesertadan menguji tahap kepimpinan
mereka dalam menyelesaikan beberapa situasi yang diberikan. Compass marching pula
bertujuan untuk mengajar para peserta bagaimana menggunakan kompas bagi
mengelakkan para peserta sesat di dalam hutan.

iv. 12.00-2.00 petang


Makan tengahari dan persiapan diri.

v. 2.00-5.00 petang
Trekking and basic survival cooking. Aktiviti ini dijalankan dalam sebuah hutan yang
berhampiran. Bagi aktiviti basic survival cooking, peserta diberikan 2 biji telur, sebiji ubi
kentang, gandum, gula, teh uncang dan plastik. Para peserta dikehendaki memasak
kesemua bahan tersebut mengikut apa yang telah diarahkan. Kebanyakan peserta
hanya Berjaya memasak telur dan ubi kentang sahaja. Manakala bahan-bahan yang lain
telah didemonstrasikan oleh fasilitator tentang cara memasaknya.

vi. 5.00-6.00 petang


Majlis penutup. Pada majlis ini, semua barang hak milik peserta diberikan semula. Encik
Adnan mewakili guru SMK Cochrane mengucapkan berbanyak terima kasih kepada
semua fasilitator yang terlibat kerana bekerjasama menjayakan Kem Kepimpinan Badan
Ketua Kelas pada tahun ini.

vii. 6.00-7.00 petang


Perjalanan pulang ke SMK Cochrane.
LAMPIRAN III:
ANALISIS RESPON PESERTA
GAMBAR-GAMBAR

Anda mungkin juga menyukai