Anda di halaman 1dari 12

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN 1
2.0 PROFESOR MAURICE BUCAILLE 2
2.1 FOKUS KAJIAN 2
2.2 PENEMUAN FAKTA SAINS DALAM AL-QURAN 3
3.0 PROFESOR TAJAT TEJASEN 5
3.1 FOKUS KAJIAN 6
3.2 PENEMUAN FAKTA SAINS DALAM AL-QURAN 7
4.0 RUMUSAN 8
RUJUKAN
1.0 PENGENALAN
Islam yang telah diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada Baginda junjungan
Nabi Muhammad SAW adalah lengkap dan sempurna serta sesuai dengan fitrah
kejadian manusia. Sementara kejadian manusia yang serba indah ini pula dihiasi
dengan anugerah akal oleh Allah kepada manusia untuk berfikir. Oleh itu
peranan akal yang telah dianugerahkan ini sangatlah besar. Ianya bukan sahaja
dapat digunakan untuk kepentingan mencari ilmu tetapi juga untuk "melihat"
kebenaran. Dengan sebab itulah Islam sangat menggalakkan umatnya untuk
menggunakan akal demi untuk mencari kebenaran (Irfan, 2014). Al Quran itu
sendiri sudah terkandung ilmu sains dan teknologi yang hanya menunggu untuk
dikaji dan dikembangkan oleh mereka yang memahami dan mengamalkannya.
Setiap ayat yang terkandung di dalamnya mempunyai maksud dan makna yang
tertentu yang perlu digali, diteliti dan direnungi, sebab Al Quran adalah sumber
ilmu pengetahuan yang terbesar dan terpenting. Sains, apabila dikaitkan dengan
wahyu, boleh menyebabkan perubahan yang mengagumkan. Perubahan itu
adalah meninggalkan kekufuran menuju keimanan (Danial, 2014). Antara saintis
bukan islam yang telah memeluk islam kerana penemuan sains dalam Al-Quran
adalah Professor Dr. Maurice Bucaille dan Profesor Tejatat Tejasen.

1
2.0 PROFESOR MAURICE BUCAILLE
Dr. Bucaille adalah ketua bahagian pembedahan di Universiti Paris. Dia
juga keluarga doktor raja Saudi Faisal. Dia telah menghabiskan masa pra
universitinya di Sekolah Katolik, di mana agama Kristian diberi penekanan yang
lebih besar dalam kurikulum daripada yang sepatutnya berada di pertubuhan
biasa (Bigliardi, Strange case). Dia kemudian meninggalkan tempat kelahirannya
di Pontl’Évêque, di Normandy, Perancis, untuk belajar perubatan di L’École de
Médecine di Paris, di mana beliau bekerja sebagai ahli gastroenterology pada
tahun 1945. Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan
khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir,
Anwar Sadat. Dr. Maurice telah menulis buku-buku kontroversi yang
mempersoalkan pandangan Injil terhadap Sains dan bagaimana Al-Quran lebih
menepati fakta sains dalam buku “Quran, Bible and Science” yang diterbitkan
pada 1976 (Majid, n.d.).

2.1 FOKUS KAJIAN


Pada pertengahan tahun 1975, Presiden Perancis menawarkan
kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis
mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal. Firaun yang dikatakan
hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut
Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan
diri daripada kekejamannya. Mesir menyambut baik tawaran itu dan
membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris. Malah ketika sampai di
sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian.
Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi
Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh
para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor
yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille. Dr. Bucaille menemukan
sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai
bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu
jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan
mumia supaya jasad itu kekal awet. Namun penemuan itu menimbulkan
persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad

2
tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang
lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut? (Agung, 2019)
Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya
sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari
laut dan kaedah pengawetannya. Laporan tersebut diterbitkan dengan
tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya;
Les Momies Des Pharaons Et La Midecine).
Berkenaan laporan akhir yang disusunnya, salah seorang di antara
rakan sekerjanya membisikkan sesuatu di telinganya lalu berkata:
''Jangan tergesa-gesa karena sesungguhnya kaum Muslimin telah
berbicara tentang tenggelamnya mumia ini''. Bucaille awalnya menentang
pengkhabaran ini dengan keras sekaligus menganggapnya mustahil.
Menurutnya, pengungkapan rahsia seperti ini tidak mungkin diketahui
kecuali dengan perkembangan ilmu modern, melalui peralatan canggih
yang mutakhir dan akurat (Ilham, 2016).

2.2 PENEMUAN FAKTA SAINS DI DALAM AL-QURAN


Firaun adalah seorang pemerintah yang gilakan kuasa sehingga
mengaku tuhan. Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk mengekalkan
kedudukannya termasuk membunuh sesiapa sahaja yang bakal menjadi
pesaingnya (Syarifin 2018). Allah SWT berfirman yang bermaksud "sama
seperti keadaan kaum Firaun, dan orang-orang yang terdahulu dari
mereka; mereka mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, lalu Allah
menyeksa mereka disebabkan dosa-dosa mereka. Dan, Allah Maha berat
azab seksaNya." (QS. Ali 'Imran 3: Ayat 11). Firaun dan pengikutnya
merupakan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Allah serta berpura-
pura membenarkannya, tetapi ingkar di belakang dan mereka tergolong
dalam golongan yang bakal menerima azab yang keras.
Berdasarkan Surah Yunus, ayat ke 92, Allah SWT telah berfirman
yang bermaksud "Maka pada hari ini, Kami akan memelihara kamu (hai
Firaun) dengan badanmu supaya menjadi tanda-tanda (dan peringatan)
untuk mereka yang terkemudian dari kamu. Dan sungguh-sungguh
banyak dari kalangan manusia lalai terhadap tanda-tanda yang Kami
berikan!."
3
Dr. Maurice berasa sangat terkejut dengan ayat itu sedangkan Al-
Quran telah diturunkan sejak 1400 tahun dan mumia-mumia baru saja
dikeluarkan pada tahun 1898. Mumia Merneptah yang mempunyai kesan
garam baru saja beliau temukan pada tahun itu iaitu 1975. Bagaimana ia
telah tertulis di dalam Al-Quran? Malah di dalam Injil dan Taurat yang
telah dibacanya hanya menceritakan bagaimana Firaun mati, tetapi tidak
menyebut tentang mayatnya yang masih kekal.
Sesungguhnya Allah-lah yang mendengar bagaimana Firaun
meminta pertolongan di akhir- akhir embusan nafasnya. Allah pulalah
yang menjawabnya dengan menyelamatkan jenazahnya setelah
tenggelam agar menjadi pelajaran bagi generasi akan dating. Jasad itu
tidak dimakan ikan, tidak rosak dihempas ombak, tidak terbenam di dasar
laut bersama kereta kuda kerajaannya, serta tidak tampak tanda-tanda
kerosakan pada fizikalnya. Bahkan tidak terjarah bakteria yang biasa
merosakkan jenazah orang mati yang dimumiakan. Siapakah yang
mendengar seruan itu, menjawabnya, dan mengabadikan jenazahnya?
Dialah Allah yang menurunkan ayat-ayat Al-Quran dan menceritakan
sendiri kisah itu dan menjaga jasad yang terkenal itu (Thayyrah, 2013)

4
3.0 PROFESOR TEJATAT TEJASEN
Profesor Tejatat Tejasen adalah Pengerusi Jabatan Anatomi di Universiti
Chang Mai, Chiang Mai, Thailand. Sebelum ini, beliau adalah Dekan Fakulti
Perubatan di universiti yang sama (Muhammad, n.d.). Semasa lawatan ke Arab
Saudi, Prof. Tejatat Tejasen, bekas Ketua Jabatan Anatomi dan Embriologi
Universiti Chiang Mai itu telah dibentangkan dengan beberapa ayat Al-Quran
dan Hadis Nabi (sebagai tradisi) yang membincangkan pengkhususan beliau
dalam bidang anatomi. Beliau mengulas bahawa mereka juga mempunyai dalam
buku Buddha mereka penerangan yang sangat tepat tentang peringkat
perkembangan embrio. Dia diberitahu bahawa mereka sangat bimbang dan
berminat untuk melihat huraian tersebut dan mempelajari tentang buku-buku ini.
Setahun kemudian, Profesor Tejasen datang ke Universiti King Abdul Aziz
sebagai pemeriksa luar. Apabila teringatkan kenyataan yang dibuatnya setahun
sebelum ini, namun dia memohon maaf dan mengatakan bahawa dia
sebenarnya telah membuat kenyataan itu tanpa memastikan perkara itu. Walau
bagaimanapun, apabila dia menyemak buku-buku Buddha, dia mendapati
bahawa ia tidak mengandungi apa-apa yang berkaitan dengan subjek itu.
Selepas itu, beliau telah disampaikan dengan syarahan yang ditulis oleh
Profesor Keith Moore mengenai keserasian embriologi moden dengan apa yang
terkandung dalam al-Quran dan Hadis. Apabila Profesor Tejasen mengkaji
artikel ini, dia juga sangat terkejut. Beliau telah ditanya beberapa soalan dalam
bidang pengkhususannya. Salah satu persoalan yang berkaitan dengan
penemuan moden dalam dermatologi tentang ciri-ciri deria kulit (Ibrahim, 2008).

5
3.1 FOKUS KAJIAN
Kulit manusia adalah penutup luar badan. Pada manusia, ianya
adalah organ terbesar dalam sistem integumen. Kulit mempunyai
sehingga tujuh lapisan tisu ektoderm dan ia melindungi otot, tulang,
ligamen dan organ dalaman. Kulit manusia memberi perlindungan dan
menerima rangsangan deria dari persekitaran luaran (Ibrahim, 2020).
Dalam tinjauan anatomi, lapisan kulit manusia terdiri atas tiga
lapisan global, iaitu epidermis, dermis, dan subcutis. Pada lapisan yang
terakhirlah, iaitu subcutis, terdapat hujung pembuluh darah dan saraf juga
dipanggil reseptor. Penemuan modern di bidang anatomi menunjukkan
bahawa luka akibat terbakar yang terlalu dalam akan mematikan saraf-
saraf deria rasa. Apabila berlakunya combustio grade III (luka terbakar
yang telah tembus subcutis), seseorang tidak akan merasakan deria. Hal
itu disebabkan oleh tidak berfungsinya hujung saraf afferent. Perkara ini
bukan sahaja menunjukkan keberhasilan teknologi kedoktoran dan
perkembangan ilmu anatomi, tetapi juga membuktikan kebenaran al-
Quran (Agung, 2018)
Apabila doktor memeriksa pesakit yang mengalami kecederaan
melecur, dia mengesahkan tahap melecur dengan cucuk jarum. Jika
pesakit berasa sakit, doktor gembira, kerana ia menunjukkan bahawa luka
melecur adalah tidak dalam dan resptor sakit masih tidak rosak.
Sebaliknya, jika pesakit tidak merasakan apa-apa kesakitan, ia
menunjukkan bahawa ia adalah luka bakar yang mendalam dan reseptor
kesakitan telah dimusnahkan.
Prof. Tejasen telah menghabiskan banyak masa untuk penyelidikan
reseptor kesakitan. Pada mulanya dia tidak percaya bahawa al-Quran
menyebut fakta saintifik ini 1,400 tahun dahulu. Dia kemudian
mengesahkan terjemahan ayat al-Quran ini. Prof. Tejasen begitu kagum
dengan ketepatan saintifik ayat al-Quran, sehinggakan pada Persidangan
Perubatan Saudi ke-8 yang diadakan di Riyadh mengenai Tanda-Tanda
Saintifik Al-Quran dan Sunnah beliau mengisytiharkan syahadat secara
terbuka: “Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad SAW adalah Rasul-
Nya.” (Anas, 2018)

6
3.2 PENEMUAN FAKTA SAINS DI DALAM AL-QURAN
Sekumpulan muslim bertanyakan kepada Prof Tejasen di dalam
persidangan itu, "Jadi anda bersetuju bahawa kandungan kitab 1400
tahun yang lalu ini mengatakan kepentingan saraf dalam merasai
kesakitan?” Profesor Tejasen menjawab, "Ya, saya setuju”. Pengetahuan
tentang sifat kulit ini telah diketahui lama sebelumnya berdasarkan ayat di
dalam al-Quran yang menerangkan jika seseorang berbuat salah,
kemudian dia akan dihukum dengan dibakar kulitnya dan kemudian Allah
akan menggantikannya dengan kulit baru yang menutupi mereka agar
tahu bahawa dia diseksa kembali.
Kulit mempunyai kepekaan yang tinggi terhadap luka bakar. Oleh
kerana itu, jika kulit terbakar oleh api seluruhannya, badan akan
kehilangan kepekaan terhadap kesan sakit terbakar (Muhammad, n.d.)
Berdasarkan alasan inilah maka Allah akan menghukum orang-orang kafir
di hari kiamat dengan mengembalikan kulit mereka kepada normal secara
berulang-ulang, sebagaimana Allah Yang Maha Mulia berfirman dalam al-
Our' an surat an-Nisaa ayat 56 yang bermaksud “Sungguh, orang-orang
yang kafir kepada ayat-ayat Kami, kelak akan Kami masukkan ke dalam
neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti dengan kulit yang
lain, agar mereka merasakan azab. Sungguh, Allah Maha-perkasa,
Mahabijaksana.”
Ayat ini menunjukkan bahawa terdapat sesuatu dalam kulit yang
membuat kita merasa sakit. Inilah yang dikatakan sains moden kepada
kita bahawa reseptor kesakitan bertanggungjawab untuk memberikan
rasa kesakitan. Kita hanya menyangka bahawa deria perasaan dan
kesakitan hanya bergantung pada otak akan tetapi tanpa reseptor
kesakitan yang terdapat pada kulit, seseorang tidak akan dapat merasai
kesakitan.
Dalam Surah al-Isra’ ayat 97, Allah berfirman yang bermaksud “Dan
barang siapa diberi petunjuk oleh Allah, dialah yang mendapat petunjuk,
dan barang siapa Dia sesatkan, maka engkau tidak akan mendapatkan
penolong-penolong bagi mereka selain Dia. Dan Kami akan
mengumpulkan mereka pada hari Kiamat dengan wajah tersungkur,
dalam keadaan buta, bisu, dan tuli. Tempat kediaman mereka adalah
7
neraka Jahanam. Setiap kali nyala api Jahanam itu akan padam, Kami
tambah lagi nyalanya bagi mereka.” Dakam ayat ini pula Allah
menegaskan alasan mereka untuk dihukum dan juga menjelaskan
kekuasaan-Nya. Allah menjelaskan bahawa Dia sangat mulia dan
berkuasa sehingga tidak ada sesiapa pun yang dapat menghalangnya
daripada melakukan sesuatu terhadap orang-orang kafir. Allah SWT
adalah sungguh bijaksana sehingga hukuman yang diberikan kepada
seseorang adalah berdasarkan prinsip keadilan. Antara keadilan Allah
adalah untuk menetapkan bahawa kekufuran dan kemaksiatan akan
dibalas dengan azab dan penyeksaan, sedangkan iman dan perbuatan
baik akan dibalas dengan kenikmatan dan syurga. Perlu diperhatikan
bahawa dalam menjelaskan azab orang kafir, Allah menggunakan
perkataan “Saufa” yang bermaksud bahawa menunggu azab itu sangat
lama, kerana dalam Padang Mahsyar mereka mungkin merasakan
seksaan yang pedih melebihi azab neraka (Ibrahim, 2020).

8
4.0 RUMUSAN
Kesimpulanya, ilmu sains yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW
melalui al-Quran memberi keyakinan dan meningkatkan keimanan apabila
difahami dan diteliti satu persatu dengan kaedah pengkajian yang betul. Al-
Quran secara tidak langsung membentuk pemikiran dan mendisiplinkan
pencarian ilmu sains. Allah akan terus menerus menunjukkan kebenaran ajaran
Islam seperti terkandung dalam qalamNya, iaitu AlQuran nul Qarim
sebagaimana firman Allah dalam Surah Saba’ ayat 6 yang bermaksud “Dan
orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan, mengetahui (dengan yakin, bahawa
keterangan-keterangan) yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu (mengenai
hari kiamat dan lain-lainnya) itulah yang benar serta memimpin ke jalan Allah
Yang Maha Kuasa, Lagi Maha Terpuji”

9
RUJUKAN
Agung Sasongko. (2019). Maurice Bucaille Tersentuh Kebenaran Alquran.
Retrieved December 8, 2021 from https://www.republika.co.id/berita/
pmjul3313/maurice-bucaille-tersentuh-kebenaran-alquran
Anas Mohammed S. Albishr & Osamah Mohammed S. Albishr. (2018).
Refutation of Obfuscation. Retrieved December 8, 2021 from https://books.
google.com.my/books?id=AK1aDwAAQBAJ&pg=PA197&lpg=PA197&dq
=PROF+TEJASEN+RESEARCH+ABOUT+SKIN&source=bl&ots=US2UV
vIWFZ&sig=ACfU3U3HnGg6VN1zj3__1bQSpuVHoPry8Q&hl=en&sa=X&
ved=2ahUKEwjJl9vM2tP0AhWuTWwGHbqjA8IQ6AF6BAgMEAM#v=one
page&q=PROF%20TEJASEN%20RESEARCH%20ABOUT%20SKIN&f=false
Dr. Danial Zainal Abidin. (2014). Quran Saintifik. Kuala Lumpur: BS Print SDN
BHD.
Ibrahim. (2008). Skin Burn. Retrieved December 8, 2021 from https://
heartscience. wordpress.com/category/2-medicine/21-general-medicine/2-1-
2-skin-burn/
Ibrahim, M. A. (2020). The Miraculous Functions of The Human Skin Based on
The Quranic Education. In 7TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON
EDUCATION AND SOCIAL SCIENCES (INTCESS 2020). Int Organization
Center Acad Research.
Ilham. (2016). 8 Ilmuwan yang Dikejutkan oleh Kebenaran Alquran. Retrieved
December 8, 2021 from https://www.republika.co.id/berita/koran/khazanah-
koran/16/05/11/o6z79y361-8-ilmuwan-yang-dikejutkan-oleh-kebenaran-
alquran-part5
Irfan Terianto. (2014). Hubungan Islam Dengan Sains Dan Teknologi. Retrieved
December 8, 2021 from https://www.scribd.com/doc/240166029/Hubungan-
Islam-Dengan-Sains-Dan-Teknologi
Majid Daneshgar. (n.d.). Bucaille, Maurice and La Bible, le Coran et la science.
Retrieved December 8, 2021 from https://www.academia.edu/download/
62317090/Bucaille__Maurice_-_Brill20200309-43590-mi8iqg.pdf
Muhammad Thalhah. (n.d.). Profesor Tejatat Tejasen. Retrieved December 8,
2021 from https://www.scribd.com/doc/232610461/Profesor-Tejatat-Tejasen
Syarifin, A. N. F. (2018). Karakter Firaun Dan Antisipasinya Dengan Cara
Penguatan Akidah Di Dalam Kurikulum Sekolah. Prosiding Sntp, 1.
10
Thayyarah, N. (2013). Buku Pintar Sains dalam Al-Qur'an. Jakarta: Serambi Ilmu
Semesta.

11

Anda mungkin juga menyukai