Anda di halaman 1dari 4

PERTANDINGAN ATAS TALIAN: CABARAN DAN PERTANDINGAN PENGAKAP #SSC2021

SEKOLAH RENDAH
(PROGRAM KOKURIKULUM PASCA COVID-19)
ANJURAN:
PEMBANGUNAN BAKAT MURID
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR

Penyertaan murid hendaklah disokong oleh pentadbir sekolah masing-masing dan kebenaran ibu
bapa.

Peserta hendaklah beruniform lengkap atau separa sepanjang rakaman video tersebut

Tarikh pelaksanaan adalah pada 1 Januari 2021 hingga 11 Mac 2021. Penghantaran video yang lewat
dan penghantaran kali kedua tidak akan dinilai

Peserta wajib menjawab 70 soalan aneka pilihan (objektif) selama 1 jam. Ujian bertulis tersebut
hendaklah dibuat oleh peserta secara dalam talian semasa pendaftaran dan penghantaran video di
alamat: antara 9 Mac hingga 11 Mac 2021 sahaja:

https://forms.gle/w76DhKuHpiDGYc2i7

Video ini dilaksanakan secara individu.

Durasi paparan keseluruhan video bagi semua 5 elemen adalah tidak melebihi 9 minit. Video yang
melebihi masa 9 minit tidak akan dinilai.

i. Rakaman video mestilah beresolusi minima 480p 30fps HD4

ii. Rakaman boleh dibuat menggunakan telefon pintar, kamera digital (SLR @ DSLR), Camcoders,
handycam @ drone.

iii. Sudut rakaman mestilah dari pandangan hadapan atau sebelah kanan sahaja.

iv. Rakaman video boleh statik @ bergerak mengikut pandangan.

v. Sudut rakaman mestilah merangkumi semua pergerakan dan aktiviti.

vi. Rakaman mestilah bebas dari muzik latar, kesan khas video & kesan pelekat muka (emoji).

vii. Paparan intro dalam video perlu ada maklumat berikut:

Tajuk : Pertandingan atas Talian : Cabaran dan

Kemahiran Pengakap #SSC2021

Sekolah Rendah.

Nama Peserta :,

Nama Sekolah :,
Nombor Kumpulan Pengakap :

No Kad Keahlian :

Gambar Kad Keahlian 2020.

Dalam paparan video tersebut, peserta wajib melaksanakan 5 elemen berikut:

Kawad Kaki

Elemen kawad kaki statik dan berjalan yang wajib dipaparkan oleh peserta adalah seperti berikut:

i. Sedia

ii. Senang diri

iii. Rehatkan diri

iv. Berpusing ke kanan

v. Cepat Jalan

vi. Hormat Terima Sijil

vii. Kebelakang Pusing

viii. Tukar Langkah Perlahan

ix. Perlahan Jalan

x. Tukar Langkah Cepat

xi. Hentak Kaki

xii. Berhenti

Peserta hendaklah memaparkan bahasa hukuman dan pergerakan secara jelas.

Pergerakan kawad kaki hendaklah mengikut urutan yang ditetapkan.

Paparan video bagi elemen kawad kaki hendaklah secara berterusan (video tidak boleh diedit atau
disunting).

Bantu Mula

Elemen yang diuji ialah Patah – Pilih 1 jenis patah bagi peserta darjah 5 dan 6..

Peserta hendaklah memberi penerangan dan menunjukkan semua perbuatan secara jelas.

Paparan video hendaklah secara berterusan bermula dari langkah pertama hingga selesai (video
tidak boleh diedit atau disunting tetapi boleh dicepatkan masanya).
Ikatan dan Simpulan

Elemen yang diuji adalah seperti berikut:

i. Ikatan Buka Sila

ii. Ikatan Bunga Geti

iii. Lilit Dua Simpul

iv. Ikatan Tindih Kasih

Peserta hendaklah memberi penerangan dan menunjukkan semua perbuatan secara jelas.

Paparan video hendaklah secara berterusan bermula dengan langkah pertama hingga selesai (video
tidak boleh diedit atau disunting tetapi boleh dicepatkan masanya).

Koleksi Hobi

Peserta perlu mempamerkan koleksi hobi dalam video.

Peserta hendaklah memberi penerangan secara jelas koleksi yang ada.

Paparan video hendaklah secara berterusan.

Penunggang Basikal

Peserta perlu mempamerkan cara menunggang basikal dengan menunjuk cara memberi isyarat
tangan semasa berbasikal dalam video.

Peserta hendaklah memberi penerangan secara jelas

i) 4 undang-undang jalanraya semasa berbasikal.

ii) 10 peraturan semasa menunggang basikal.

iii) 10 perkara yang menyebabkan kemalangan semasa berbasikal.

Paparan video hendaklah secara berterusan semasa aktiviti menunggang basikal.

Penilaian video akan dibuat oleh jurulatih / Penilai Pasukan Latihan Pengakap Negeri Johor.

Pecahan pemarkahan bagi elemen video adalah seperti berikut:

Elemen Kawad Kaki - 30 markah

Bantu Mula - 20 markah

Ikatan dan Simpulan - 20 markah

Koleksi Hobi - 10 markah

Penunggang Basikal - 10 markah


Paparan video secara keseluruhan - 10 markah

Semua peserta yang mengambil bahagian dalam pengujian ini akan menerima sijil penyertaan yang
dikeluarkan oleh pihak JPN Johor dengan syarat memenuhi semua elemen video dan menjawab
soalan manakala peserta yang layak akan menerima Sijil Pencapaian Pertandingan berdasarkan
tahap pencapaian masing-masing.

Sijil Pencapaian Lencana disediakan untuk sebahagian elemen Ujian Skim Latihan Pengakap Kanak-
kanak oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor.

Anda mungkin juga menyukai