Anda di halaman 1dari 2

PEMAKLUMAN BERITA PALSU

Berikut merupakan PENAFIAN tentang berita yang tular di media sosial:

KKM NAFI INFOGRAFIK BERTAJUK ‘PENGAMBILAN DOS


KE-4 DEMI PERLINDUNGAN YANG LEBIH BERKESAN’

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan infografik berkaitan


Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Dos Ke-4 (PICK4) bertajuk
‘Pengambilan Dos Ke-4 Demi Perlindungan Yang Lebih Berkesan’
seperti yang tular di media sosial.

KKM menjelaskan bahawa pihaknya tidak pernah mengeluarkan


infografik sedemikian. Bagaimanapun, seperti yang diumumkan Menteri
Kesihatan pada 24 Februari 2022, penerima vaksin lengkap jenis Sinovac
berumur 18 tahun ke atas dan warga emas berumur 60 tahun ke atas yang
telah menerima vaksin lengkap semua jenis perlu mendapatkan dos
penggalak bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap mereka sebelum
1 April 2022.

Orang ramai disaran untuk sentiasa merujuk laman sesawang dan


media sosial rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk
mendapatkan maklumat yang sahih dan terkini.

Pasukan Respons Pantas


KKMM
11 Mac 2022│10.10 Malam
Lampiran

Link: https://www.facebook.com/100064560379224/posts/334450528716957/

Anda mungkin juga menyukai