Anda di halaman 1dari 1

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis.Guru Besar, guru-guru serta rakan-rakan sekalian.

Tajuk
syarahan saya pada pagi ini ialah ‘Menghormati guru amalan mulia’.

Hadirin sekalian, 

Menghormati guru merupakan amalan mulia kerana mereka orang yang berjasa kepada kita semua.
Gurulah yang mendidik kita sehingga kita pandai membaca, menulis dan mengira. Mereka telah
mendidik kita tanpa mengenal erti penat dan lelah agar kita menjadi insan yang berguna. Mereka
juga banyak memberi dorongan kepada kita agar terus berusaha mencapai kejayaan dalam pelajaran
dan sebagainya.   

Guru merupakan orang yang kedua perlu kita hormati selepas ibu bapa. Ini kerana hampir separuh
masa seharian kita bersama mereka. Merekalah yang menjaga, memberi nasihat, tempat kita
mengadu dan sebagainya sepanjang kita berada di sekolah. 

Guru juga banyak berkorban demi kejayaan kita. Antaranya mereka sanggup mengajar lebih masa
atau hadir ke kelas tambahan untuk mengajar secara suka rela demi memastikan kita berjaya dalam
pelajaran. 

Hadirin sekalian,

Kita wajar menghomati guru bukan sekadar dengan ucapan sahaja malah haruslah dibuktikan
antaranya dengan belajar bersungguh-sungguh. Apabila kita berjaya, guru pasti akan
gembira. Doakanlah moga guru-guru kita dilimpahi segala kebaikan seperti dimurahkan rezeki dan
sebagainya.

Sesungguhnya jasa mereka amat besar dan tidak terbalas. Oleh itu, kita harus mengingati jasa-jasa
mereka dengan menghormati mereka seumur hidup agar kita terus mendapat keberkatan daripada
Tuhan.

Setakat ini sajalah syarahan saya pada pagi ini. Akhir kata, saya menyeru kepada rakan-rakan supaya
menghormati guru-guru dengan seikhlas hati kerana kejayaan seseorang itu pastinya hasil daripada
didikan para guru.

Sekian ,terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai