Anda di halaman 1dari 9

SK BOHOR

06550 ALOR SETAR,


KEDAH DARUL AMAN

KERTAS KERJA
PROGRAM KESEDARAN PATRIOTISME DAN JATI DIRI
2021

TARIKH:
20/10/2021 DAN 27/10/2021

TEMPAT:
KEDIAMAN RUMAH MASING-MASING DAN KELAS PPKI

ANJURAN:
PENDIDIKAN KHAS
PENGENALAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Semangat patrotisme di kalangan warga muda negara khususnya semakin terhakis


sejajar dengan pemodenan negara serta globalisasi sejagat yang semakin berkembang.
Golongan muda yang lebih dikenali dengan generasi X dan generasi Y yang lahir selepas era
pasca merdeka dilihat semakin tidak menghayati sejarah negara serta pengorbanan tokoh-tokoh
Patriotisme dan Jati Diri dan negarawan negara yang memperjuangkan Patriotisme dan Jati Diri
Tanah Melayu pada suatu ketika dahulu.

Sekiranya nilai-nilai patriotik dalam jiwa muda tidak disemai semula, adalah menjadi
kekhuatiran semua pihak pada suatu masa nanti generasi muda tidak lagi mengetahui susur
galur sejarah negara apatah lagi menghayati pengorbanan para negarawan negara kita.

Justeru, guru-guru Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Bohor telah melancarkan


Program Kesedaran Patriotisme dan Jati Diri sempena Perayaan Program Kesedaran
Patriotisme dan Jati Diri bagi tahun ini bagi murid-murid Pendidikan Khas. Melalui sambutan
Program Kesedaran Patriotisme dan Jati Diri ini, diharapkan semua murid-murid Pendidikan
Khas SK Bohor dapat menghayati, mencintai, menghargai serta menyayangi negara Malaysia
seterusnya mempertahankan kedaulatannya

Sekian, wassalam.

………………………………
( NOOR ASMAH BINTI IBRAHIM )
Setiausaha,
Program Patriotisme dan Jati Diri
SK Bohor 2021
1.0 PENDAHULUAN
Sambutan Program Kesedaran Patriotisme dan Jati Diri bagi tahun 2021 akan bermula
pada 20 Oktober 2021 dan 27 Oktober 2021. Sehubungan itu, bagi menyemarakkan semangat
patriotisme sempena perayaan ini, guru-guru Pendidikan Khas akan menganjurkan aktiviti-
aktiviti Patriotisme dan Jati Diri yang bersesuaian.

2.0 MATLAMAT

Pada akhir program ini, adalah diharapkan murid-murid dapat menghayati, menghargai serta
menyayangi negara Malaysia seterusnya mempertahankan kedaulatannya daripada sebarang
gangguan atau anasir yang boleh memudaratkan.

3.0 OBJEKTIF

Pada akhir program ini, diharapkan:


3.1 Memupuk dan menyemarakkan semangat patriotism dalam jiwa murid-
murid agar terus kekal dari sekarang hingga dewasa.
3.2 Mencetuskan dan menyemarakkan perasaan, suasana dan semangat
Patriotisme dan Jati Diri.
3.3 Mewujudkan rasa kekitaan dan kerja sepasukan seterusnya mengeratkan
perpaduan di kalangan murid.
3.4 Menyediakan ruang agar murid-murid meluahkan kreativiti mereka melalui
pelbagai aktiviti yang dijalankan.

4.0 SASARAN

Semua murid Pendidikan Khas SK Bohor ( 29 orang)


5.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT

Tarikh : 20 Oktober 2021 dan 27 Oktober 2021


Masa : Waktu Kokurikulum
Tempat : Kediaman sendiri dan Kelas PPKI ( Waktu Pengajaran dan
Pembelajaran)

6.0 ANJURAN
Unit Pendidikan Khas SK Bohor

7.0 CADANGAN AKTIVITI

7.1 Pertandingan Sajak Patriotisme dan Jati Diri


7.2 Pertandingan Kuiz Patriotisme dan Jati Diri
7.3 Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik dan Jati dan Diri
7.4 Pertandingan Pakaian Kreatif Patriotisme dan Jati Diri
8.0 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

JAWATANKUASA INDUK

PENGERUSI : Pn. Zainab Binti Mustapa


(GB SK Bohor)

NAIB PENGERUSI 1 : En. Mohd Fadzil Bin Halim


(GPK Pendidikan Khas)

NAIB PENGERUSI 2 : En. Zainudin Bin Zainol


(GPK 1)

NAIB PENGERUSI 3 : Pn. Emiliza Binti Othman


(GPK HEM)

NAIB PENGERUSI 3 : En. Yazaeraman Bin Yasir


(GPK KO-Kurikulum)

SETIAUSAHA 1 : Pn. Farah Najwa Binti Ishak

SETIAUSAHA 2 : En. Mohd Khairuddeen Bin Juraini

BENDAHARI : Pn. Nur Azlydda Binti Mohamed


Yusoff

AJK Pelaksana : :Pn. Norraini Bt Ahmad Zubir


(Penyelaras Ko-Kurikulum)

: Pn. Miga Wati Bt Saarani


(Penyelaras HEM)
JAWATANKUASA PELAKSANA

Jawatankuasa : Ahli Jawatankuasa Senarai Semak Tugas JK

 Menentukan hadiah bagi tempat


pertama, kedua dan ketiga.
AJK Hadiah : Semua guru PPKI
 Membeli hadiah
 Membalut hadiah
 Memberi hadiah

AJK  Membuat iklan pertandingan


Pertandingan  Mengumpul video sajak
: Semua guru PPKI
Sajak  Menjadi juri
Patriotisme dan  Memilih pemenang tempat
Jati Diri pertama, kedua dan ketiga
AJK
Pertandingan  Membuat kuiz
Kuiz  Membuat iklan pertandingan
: Semua guru PPKI
Patriotisme dan  Menjadi juri
Jati Diri  Memilih pemenang tempat
pertama, kedua dan ketiga.

AJK
Pertandingan  Membuat iklan pertandingan
Musik Video  Mengumpul video
: Semua guru PPKI
Pendek  Menjadi juri
Patriotisme dan  Memilih pemenang tempat
Jati Diri pertama, kedua dan ketiga.

AJK : Semua guru PPKI


Pertandingan  Membuat iklan pertandingan
Nyanyian Lagu  Mengumpul video
Kebangsaan  Menjadi juri
 Memilih pemenang tempat
pertama, kedua dan ketiga.

AJK
 Membuat iklan pertandingan
Pertandingan
 Mengumpul gambar
Pakaian Kreatif : Semua guru PPKI
 Menjadi juri
Patriotisme dan
 Memilih pemenang tempat
Jati Diri
pertama, kedua dan ketiga.

 Membuat iklan
AJK Majlis : Semua guru PPKI
 Mengumumkan pemenang
Penutup
 Memberi hadiah

9.0 JADUAL PELAKSANAAN AKTIVITI

BI
AKTIVITI TARIKH
L
1. Pertandingan Sajak Patriotisme dan Jati Diri 20 Oktober 2021
Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotisme
2. 20 Oktober 2021
dan Jati Diri
Pertandingan Pakaian Kreatif Patriotisme
3. 27 Oktober 2021
dan Jati Diri
4. Pertandingan Kuiz Patriotisme dan Jati Diri 27 Oktober 2021
10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Butiran Perbelanjaan Jumlah(RM)

Hadiah pertandingan
i. Pertandingan Sajak
Patriotisme dan
Jati Diri

ii. Pertandingan Kuiz


Patriotisme dan
Jati Diri

1. i) Hamper Peralatan Sekolah


iii. Pertandingan RM 478.00
RM 16.50 X 29 orang
Nyanyian Lagu
Patriotisme dan
Jati Diri

iv. Pertandingan
Pakaian Kreatif
Patriotisme dan
Jati Diri.

Jumlah RM 478.00

11.0 SUMBER KEWANGAN

Bil Perkara Jumlah(RM)


1. PCG PPKI (Bantuan Kokurikulum) RM 478.00

Jumlah Keseluruhan RM 478.00


PENUTUP

Adalah diharapkan program yang akan dilaksanakan ini tercapai objektif dan
matlamatnya. Semoga murid-murid mendapat pengetahuan dan kesedaran mengenai
pentingnya semangat patriotisme dalam diri mereka dan seterusnya menjadikan murid-murid
lebih mencintai negara Malaysia.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

……………………………… ……..………………………
(NOOR ASMAH BINTI IBRAHIM) (EN. MOHD FADZIL BIN HALIM)
Setiausaha, GPK Pendidikan Khas
Program Kesedaran Patriotisme dan Jati Diri SK Bohor
SK Bohor.

Disahkan oleh :

…………………………………..
(PN. ZAINAB BINTI MUSTAPA)
Guru Besar
SK Bohor

Anda mungkin juga menyukai