Anda di halaman 1dari 2

Contoh karangan – Punca-punca Kemalangan

Kes kemalangan jalan raya bukan lagi isu baharu di negara kita. Saban hari, berita
tentang kemalangan jalan raya menghiasi ruangan akhbar dan menjadi topik
perbualab masyarakat. Usaha yang diambil oleh pelbagai pihak umpama mencurah
air ke daun keladi kerana bilangan kes kemalangan jalan raya terus meningkat. Oleh
itu, punca-punca yang menyebabkan kemalngan jalan raya di negara kita haruslah
dikenal pasti agar masalah ini dapat dibendung.

Keadaan kenderaan yang tidak diperiksa sebelum memulakan perjalanan


dapat menyebabkan kemalngan jalan raya juga. Setiap kenderaan haruslah
diperiksa dengan teliti oleh pemandu sebelum memulakan perjalanan supaya
kenderaan tersebut dapat berfungsi dengan baik. Hal ini demikian kerana banyak
kes kemalangan jalan raya berlaku sebagai akibat masalah kenderaan seperti brek
dan tayar tidak berfungsi dengan baik. Masalah seperti ini akan menyebabkan
pemandu kenderaan tidak dapat mengawal kenderaan di jalan raya dan akhirnya
terlibat dalam kemlanagan.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa sikap manusia merupakan faktor


utama yang menyumbang kepada kes kemalangan jalan raya. Hal ini demikian kerana
masyarakat sekarang gemar melanggar peraturan jalan raya, seperti melanggar
lampu isyarat. Ada juga pengguna jalan raya yang memandu kenderaan melebihi had
laju terutamanya di hadapan sekolah dan kawasan yang sesak dengan
penduduk. Sikap tidak bertanggungjawab ini boleh menyebabkan nyawa pengguna
jalan raya yang lain terancam.

Selain itu, keadaan jalan raya yang berlubang dan lampu isyarat yang rosak
turut menjadi punca kemalangan jalan raya. Lampu isyarat memainkan peranan yang
sangat penting terutamanya pada waktu puncak. Banyak kenderaan yang akan lulu-
lalang di jalan raya pada waktu tersebut. Lampu isyarat yang rosak akan
menyebabkan pemandu bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing
masing. Hal ini demikain kerana mereka ingin cepat sampai ke destinasi dan enggan
memberikan laluan kedapa kenderaan lain. Oleh itu, kemalangan jalan raya mudah
berlaku.

Disamping itu, punca berlakunya kemalangan jalan raya ialah cuaca yang
tidak baik. Sebagai analoginya, apabila hujan lebat, air hujan bukan sahaja
menyebabkan jalan raya menjadi licin malah menggangu penglihatan pemandu. Jika
pemandu tidak memandu memandu kenderaan dengan cermat, makan kenderaan
mudah hilang dan terbabas. Keadaan ini mendatangkan bahaya kepada pemandu
kenderaan berkenaan dan pengguna jalan raya yang lain.

Secara intihannya, kemalangan jalan raya berpunca daripada pelbagai


faktor. Usaha yang berani harus dilaksanakan oleh pihak berkuasa dan pengguna
jalan raya untuk menghalang masalah ini menular lagi. Kita harus sedar bahawa nilai
nyawa manusia begitu berharga. Pandu cermat jiwa selamat.

Contoh Karangan Punca-punca Kemalangan Jalan Raya


Contoh karangan Pengalaman

Anda mungkin juga menyukai