Anda di halaman 1dari 4

Keajaiban Sedekah

Sedekah adalah amalan yang mulia. Sedekah dengan ikhlas akan


menjanjikan ganjaran pahala buat kita. Kerana setiap perbuatan baik akan
dibalas dengan perkara yang baik juga. Allah akan melapangkan dada,
membuatkan kita gembira, melegakan perasaan dan mensejahterakan
seluruh hidup kita.

Bersedekahlah kita walau sedikit dengan seikhlasnya. Kerana, dalam setiap


rezeki dan harta yang kita miliki itu terdapat juga hak orang lain. Jadi, adalah
lebih baik jika ia dikongsi dan dinikmati bersama. Beriman dengannya dan
bersedekah seikhlasnya. Sedekah seikhlasnya mampu meringankan beban
seseorang dan menjauhkan diri kita daripada panas api neraka.. in sya
ALLAH..

Semua perkara atau wang yang kita sedekahkan kepada golongan yang
memerlukan mesti terdiri daripada hasil yang halal. Kerana, pemberian yang
halal akan menggugurkan dosa dan mendatangkan pahala

Perkara-perkara untuk mendapat kesempurnaan dalam amalan sedekah


Dalam amalan bersedekah, kita perlu melakukannya dengan ikhlas kerana
Allah. Bukan disebabkan nama dan balasan dikemudian hari. Bagi
memastikan sedekah kita tidak sia-sia, Islam mengajar umatnya
menyumbang dan bersedekah dengan menepati erti sedekah yang sebenar.
Maka, beberapa perkara perlu diambil kira demi kesempurnaan dalam amalan
bersedekah.

Barang yang elok dan baik


Antaranya, barang yang hendak disedekahkan itu mesti baik, elok dan tidak
malu untuk dipakai. Jika kita sendiri tidak tergamak memakainya, tidak
perlulah barang itu disedekahkan. Sedekahlah dengan barang yang disukai
penerima. Allah melarang kita bersedekah dengan barang yang tidak elok
kerana sedekah adalah ibadat dan sebagai tanda mensyukuri nikmat Allah.
Buktinya telah Allah nyatakan dalam Surah Al- Baqarah ayat 267.

Hasil yang halal


Semua perkara atau wang yang kita sedekahkan kepada golongan yang
memerlukan mesti terdiri daripada hasil yang halal. Kerana, pemberian yang
halal akan menggugurkan dosa dan mendatangkan pahala. Selain itu juga
akan dijauhkan dari bala. Seseorang yang bersedekah dengan harta yang
halal juga akan dijauhkan daripada api neraka dan akan dimasukkan ke
dalam syurga. Sekiranya seseorang bersedekah dengan harta yang haram,
dia tidak akan memperolehi sebarang kebaikan kecuali azab kerana memberi
sesuatu yang haram kepada orang lain. Terdapat sebuah hadith mengatakan
bahawa di dalam neraka Jahanam terdapat sebuah rumah yang bernama
‘Baitul Huzni’ yang disediakan Allah bagi orang yang bersedekah daripada
harta yang haram.

Memberi sedekah barang yang disayangi


Kemudian, adalah sunat bagi kita untuk memberi sedekah barang yang
menjadi kesayangan dan kesukaan kita tidak kira banyak atau sedikit. Allah
juga telah membuktikan perkara ini dalam Surah Al-Imran ayat 92 bermaksud,
“Kamu sekali-kali tidak akan mecapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang
sempurna sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu
sayangi. Dan apa juga yang kamu dermakan maka, sesungguhnya Allah
Maha Mengetahui.”

Sedekah dengan niat yang ikhlas


Sedekah dengan seikhlas hati, bukan mengungkit, merungut, membidas dan
menyakiti hati orang yang menerima sedekah kerana perbuatan ini haram dan
akan merosakkan niat bersedekah. Dalam Surah Al-Baqarah ayat 264
bermaksud, Allah telah membandingkan orang yang mengungkit dalam
amalan sedekahnya seperti “Batu licin yang terdapat tanah diatasnya,
kemudian batu itu ditimpa hujan lebat. Setelah hujan reda, batu itu sudah licin
dan tiada lagi tanah di atasnya. Demikian juga dengan orang yang kafir dan
riak. Mereka gagal mendapat satu ganjaran pahala daripada apa yang telah
diusahakan. Dan ingatlah bahawa Allah tidak akan memberi petunjuk kepada
kaum kafir.”

Sedekah yang tidak dihebahkan


Sedekah yang tidak dihebahkan adalah lebih afdal. Ibarat tangan kanan yang
memberi, tangan kiri tidak mengetahuinya. Hal seperti ini akan membuatkan
keikhlasan itu sangat dekat dengan kita. Maka, kita akan jauh dari perasaan
riak yang boleh merosakkan amalan sedekah. Tidak berguna jika niat
bersedekah itu untuk mendapat pujian daripada pihak lain. Allah juga telah
memaklumkan perkara ini dalam Surah Al-Baqarah ayat 271 yang
bermaksud, “Jika menampakkan sedekah kamu ini sangat baik, tetapi jika
kamu merahsiakannya dan memberikan kepada orang fakir, maka itu lebih
baik bagi kamu dan akan melepaskan kamu dari kejahatan sendiri, Allah
menyedari setiap apa yang kamu kerjakan.”
Sedekah untuk menyucikan diri dan harta
Surah Al-Taubah ayat 103 membuktikan bahawa, “Ambil sedekah daripada
harta mereka untuk membersihkan dan menyucikan mereka, dan doakanlah
mereka. Sesungguhnya doa kau itu menjadi ketenangan hati mereka. Allah
Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Ayat ini mewakili dua perkara utama
iaitu barang yang harus disedekahkan dan sebab untuk bersedekah. Sedekah
bertujuan membersihkan jiwa dan harta yang dimiliki.”

Sedekah bukan sekadar memberi, amalan ini mempunyai banyak manfaat


yang perlu kita ketahui. Manfaat sedekah bukan hanya dirasakan oleh
penerima atau pihak yang kita beri sedekah, namun manfaat sedekah itu juga
mampu kita rasakannya. Amalan sedekah sangat digalakkan dalam Islam,
kerana kita mampu memberikan kesenangan dan kebahagiaan kepada pihak
yang memerlukan. Lebih-lebih lagi kepada golongan yang betul-betul
memerlukan bantuan. Banyak manfaat yang boleh kita perolehi dari amalan
bersedekah ini.

Manfaat sedekah
Antaranya ialah, mengasingkan sebahagian kecil daripada harta kita untuk
diberikan kepada golongan yang memerlukan. Sekiranya beban itu semakin
ringan, kita turut merasai kebahagiannya. Manfaat bukan kerana wang dan
harta yang dikeluarkan semasa bersedekah, Adakah anda memikirkan
bahawa wang yang dikeluarkan itu mendatangkan manfaat? Sudah pasti
bukan kerana wang yang dikeluarkan. Kita harus memikirkannya untuk jangka
masa yang panjang.

Sedekah mampu memadam dosa


Pada masa hadapan kita bakal diberikan kebaikan oleh Allah dan kita akan
mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT. Selain itu, kita juga akan
mengurangi dosa lama yang telah kita lakukan. Menurut Hadis Riwayat At-
Tirmizi, “Sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api.”
Senyum juga adalah sedekah. Hanya melemparkan senyuman sudah
mendatangkan pahala buat kita. Tidak perlu mengeluarkan wang dan juga
peluh. Jadi, mari kita bersedekah dan memadam dosa silam!

Sedekah mampu menghindar dari kematian Suul Khatimah


Di samping itu, amalan bersedekah juga mampu menghindarkan kita dari
kematian yang Suul Khatimah. Suul Khatimah bermaksud kematian dalam
keadaan yang tidak beriman. Sebagai contoh, seorang yang sangat leka
dengan urusan dunia sehingga tidak bersedia untuk mati. Selain itu, orang itu
juga tidak bersedekah kerana terlalu cintakan hartanya lebih dari cintanya
kepada Allah SWT. Terdapat banyak hadith yang berkata, “Sesungguhnya
sedekah itu akan memadamkan amarah Allah dan menghindarkan diri dari
kematian yang buruk.”

Sedekah mampu menghindarkan bala


Menurut beberapa hadith yang lain, memulakan hari kita dengan bersedekah
akan menghindarkan kejadian buruk dan tidak diingini. Jika kita tidak
mempunyai harta, doa untuk kebahagiaan peminta sedekah juga dikira. Boleh
kita katakan bahawa sedekah itu mampu menolak bencana dan bala. Kerana
kita telah bersedekah pada hari itu, Allah akan melindungi kita sepanjang hari
kita besedekah. Adakah kita mahu diberkati sepanjang hari? Sudah pasti!
Sedekah adalah pembuka amalan yang suci sepanjang hari.

Sedekah mampu menyucikan jiwa


Sedekah juga mampu menyucikan jiwa dan harta kita. Hati orang yang
bersedekah akan tenang dan aman. Selain itu jiwanya akan damai, bersih
dan terhindar dari perasaan yang negatif. Semua hartanya juga akan diberkati
Allah SWT. Sekiranya datang seorang peminta sedekah kepada kita, jangan
dimarahi dan ditengking golongan itu. Jangan berkelakuan jahat dengannya
walaupun sedikit. Kerana dosa menengking dan menyakiti hatinya adalah
lebih besar daripada pahala jika bersedekah dengan separuh harta yang
dimiliki. Jangan pula kita menolak orang yang mula-mula mendatangi kita,
kerana kadang-kadang mereka itu bukan manusia. Mereka mungkin jin yang
diamanahkan Allah untuk datang dan menguji kita dengan harta yang kita
miliki. Jika kita menengking, kelak kita akan ditengking oleh Malaikat semasa
hari Qiamat.

Sedekah mampu memanjangkan umur


Percayakah anda bahawa sedekah akan memanjangkan umur kita? Kerana
Allah telah melanjutkan usia kerana amalan sedekah yang sering kita lakukan
itu. Allah sendiri telah mengatakan kepada Rasulullah bahawa sedekah
memang akan memanjangkan umur dan juga mampu menunda kematian
seseorang.

Anda mungkin juga menyukai