Anda di halaman 1dari 1

CERPEN JIRANKU PRIHATIN

“Tolong! Mak! Ayah! Arif di sini.” Arif membuka mata dan menyedari itu hanyalah mimpi.
“Saya di mana?” tanya Arif. “Adik bawa bersabar ya”, kata seorang jururawat yang bernama
Alia. Kemudian, datang seorang doktor lelaki berkaca mata yang juga cuba menenangkan Arif.
“Assalamualaikum adik. Adik bawa bertenang ya, adik berada di hospital,” ujar doktor itu.
“Waalaikumussalam, kenapa saya di sini? Di mana ibu dan ayah saya?” kata Arif. Doktor
mengeluh dan menundukkan mukanya. “Adik terselamat dari kejadian kebakaran tiga hari lalu.
Ibu dan ayah adik tidak dapat diselamatkan,” Arif hanya diam dan termenung. Dia baru sedar
tentang mimpinya itu. Dia teringat akan kejadian kebakaran tersebut. Pada masa kejadian
berlaku, dia sedang mengulang kaji pelajaran. Tiba-tiba dia terhidu bau asap dari arah dapur
dan terus pengsan. Apabila dia sedar, dia sudah berada di hospital.

Kemudian, masuk seorang makcik berbaju kurung dan tersenyum. “Arif, bawa bersabar ya.
Mulai hari ini, Makcik Lela yang akan menjaga kamu,” ujar Makcik Lela. Arif hanya
mengangguk. Makcik Lela ialah jirannya. Malam itu, Arif sangat sedih apabila teringat akan
kejadian yang menimpanya. Selepas solat maghrib, dia berdoa semoga ibu dan ayahnya
ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Keesokan harinya, doktor memberi
keizinan bahawa Arif sudah boleh pulang ke rumah. “Arif, memandangkan kamu tidak lagi
punya keluarga lain, makcik akan jadikan Arif sebagai anak angkat makcik. Lagipun makcik
sudah menganggap Arif seperti anak makcik sendiri.” Kata Makcik Lela sambil mengusap
kepala Arif.

Apabila Arif dan Makcik Lela sampai di rumah, Arif melihat rumahnya yang rentung dek dijilat
api. “Assalamualaikum, Arif! Makcik Lela!” tiba-tiba Arif mendengar satu suara dari arah luar.
“Waalaikumussalam. Masuklah.” jawab Arif lalu membuka pintu. Jiran-jiran dan rakan-
rakanya datang melawat dan mengucapkan takziah atas kejadian yang menimpanya. Ada juga
yang menghulurkan bantuan kepada Arif. “Arif, ini saya ada bawakan baju sekolah untuk
kamu.” kata salah seorang kawannya iaitu Khalid. Arif sangat bersyukur dan gembira
walaupun dia telah kehilangan ibu bapanya tetapi dia masih lagi dikurniakan jiran-jiran dan
rakan-rakan yang menyayanginya. Sifat jiran dan kawan-kawan Arif yang prihatin dapat
diumpamakan sebagai pepatah, sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk.

Anda mungkin juga menyukai