Anda di halaman 1dari 19

APLIKASI KOMPUTER SKW1102/UNIT1

PENGENALAN KEPADA PERISIAN

OBJEKTIF AM : Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai perkakasan


dan perisian komputer.

OBJEKTIF KHUSUS : Di akhir unit ini pelajar akan dapat:

 Membezakan perkakasan dan perisian komputer.

 Membezakan perisian sistem pengoperasian dan


perisian aplikasi .

 Membeza sistem pengoperasian komputer dengan


sistem pengoperasian rangkaian.

 Menggunakan perisian aplikasi dengan betul.


APLIKASI KOMPUTER SKW1102/UNIT1

1.1 Pengenalan Perisian

1.1 Perisian Komputer

Penerangan terperinci:
1. Perisian komputer atau ringkasnya perisian juga dikenali sebagai
program komputer merupakan komponen komputer yang non-tangible.
Kontra dengan perkakasan komputer yang merupakan komponen fizikal
komputer. Perkakasan dan perisian komputer memerlukan satu sama
lain dan tidak dapat digunakan tanpa salah satu darinya.
2. Perisian komputer termasuklah semua program komputer tanpa mengira
senibinanya. Contohnya executable files, libraries dan script adalah
perisian komputer. Perisian mengandungi arahan yang jelas dan
terperinci yang bila dilaksanakan akan mengarahkan perkakasan untuk
melaksanakan tugas yang telah ditetapkan.
3. Perisian disimpan dalam memori komputer dan tidak boleh disentuh
seperti objek fizikal.
4. Perisian ditulis menggunakan bahasa pengaturcaraan tahap tinggi yang
lebih mudah dan berkesan untuk digunakan manusia (hampir kepada
bahasa natural) berbanding bahasa mesin. Bahasa tahap tinggi dikompil
atau diterjemah ke kod objek bahasa mesin.
5. Perisian juga boleh ditulis menggunakan bahasa himpunan tahap rendah
(low level assembly language) yang merupakan perwakilan mnemonic
APLIKASI KOMPUTER SKW1102/UNIT1

bagi bahasa mesin menggunakan abjad bahasa natural. Bahasa


himpunan ini perlu ditukar ke kod objek melalui penghimpun (assembler)

1.1.1 Mengetahui fungsi perisian sistem pengoperasian dan perisian


aplikasi

Perisian adalah satu set susunan arahan yang dapat difahami oleh
komputer. Ia dibuat untuk mengarahkan komputer melaksanakan
sesuatu operasi.

Memperkenalkan jenis perisian komputer


 Perisian aplikasi
 perisian sistem

Perisian terbahagi kepada 2 JENIS:


APLIKASI KOMPUTER SKW1102/UNIT1

1.1.2 Membezakan jenis perisian komputer

Penerangan terperinci:
Berdasarkan matlamatnya, perisian komputer boleh dibahagikan kepada
1. Perisian Aplikasi – menggunakan sistem komputer untuk melaksanakan
tugas yang berguna atau menyediakan fungsi berbentuk hiburan
melangkaui operasi asas komputer itu sendiri.
2. Perisian Sistem – direkabentuk untuk mengoperasikan perkakasan
komputer, menyediakan fungsi asas dan platform bagi melaksanakan
perisian aplikasi. Perisian sistem termasuklah:
a) Operating system – sekumpulan program komputer yang penting
bagi mengurus sumber dan menyediakan perkhidmatan asas bagi
perisian lain. Supervisory programs, boot loaders, shells dan
window systems merupakan bahagian penting bagi sistem
pengoperasian. Biasanya sistem pengoperasian disertakan
bersama perisian tambahan (termasuk perisian aplikasi) supaya
pengguna dapat melakukan kerja dengan komputer yang hanya
mempunyai sistem pengoperasian
b) Device driver – program komputer yang mengoperasikan atau
mengawal perkakasan tertentu yang disambung pada komputer.
Setiap perkakasan memerlukan sekurang-kurang satu device driver
yang berkaitan. Oleh itu setiap komputer memerlukan lebih
daripada satu device driver untuk berfungsi.
c) Utilities – perisian yang direkabentuk untuk membantu pengguna
menyelenggara dan menjaga komputer mereka.
APLIKASI KOMPUTER SKW1102/UNIT1

3. Malicious software atau malware – perisian komputer yang dibangunkan


untuk mengganggu atau merosakkan komputer. Ianya amat tidak
dikehendaki. Malware berkait rapat dengan jenayah melibatkan
komputer walaupun terdapat sebahagian program yang direkabentuk
sebagai jenaka (practical jokes)

• Malware tiada dalam silibus. Hanya sebagai pengetahuan tambahan.


(Sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Software)

Penerangan terperinci:
1. Perisian aplikasi terdiri dari satu atau lebih set program yang direka
untuk melaksana operasi bagi aplikasi tertentu. Ia tidak boleh
dilaksanakan secara sendirian tetapi bergantung kepada sistem perisian
untuk pelaksanaan. Contoh MS Word, MS Excel, Tally software, Library
management system, billing system dan lain-lain
2. Istilah ini digunakan bagi membezakan dengan jenis program komputer
lain iaitu perisian sistem yang mengurus dan mengintegrasi keupayaan
komputer tetapi tidak melaksanakan tugas yang memanfaatkan
pengguna. Perisian sistem memberi perkhidmatan kepada aplikasi yang
mana akan memberi khidmat kepada pengguna
3. Contohnya perisian perakaunan, perniagaan, grafik, media players dan
office suites. Kebanyakan program aplikasi melibatkan penggunaan
dokumen. Perisian aplikasi juga mungkin disertakan bersama komputer
dan sistem perisiannya atau diedar secara berasingan.
4. Sebahagian perisian aplikasi juga disediakan dalam versi bagi beberapa
APLIKASI KOMPUTER SKW1102/UNIT1

platform yang berbeza dan ada juga yang menetapkan keperluan yang
lebih sempit, contohnya aplikasi Geography for Windows, Android for
education atau Linux gaming.
(Sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Application_software)

Penerangan terperinci:
1. Operating system – sekumpulan program komputer yang penting bagi
mengurus sumber dan menyediakan perkhidmatan asas bagi perisian
lain. Supervisory programs, boot loaders, shells dan window systems
merupakan bahagian penting bagi sistem pengoperasian. Biasanya
sistem pengoperasian disertakan bersama perisian tambahan (termasuk
perisian aplikasi) supaya pengguna dapat melakukan kerja dengan
komputer yang hanya mempunyai sistem pengoperasian
2. Device driver – program komputer yang mengoperasikan atau mengawal
peranti tertentu yang disambung pada komputer. Setiap peranti
memerlukan sekurang-kurang satu device driver yang berkaitan. Oleh itu
setiap komputer memerlukan lebih daripada satu device driver untuk
berfungsi.
3. Utilities – perisian yang direkabentuk untuk membantu pengguna
menyelenggara dan menjaga komputer mereka.
(Sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Software)
APLIKASI KOMPUTER SKW1102/UNIT1

Tindakan pensyarah:
1. Menerangkan interaksi/hubungan antara perisian aplikasi dan perisian
sistem dengan pengguna dan perkakasan.
2. Berikan contoh bagi setiap tahap dalam rajah. Contoh: Pengguna ingin
mencetak dokumen yang ditaip dalam MS Word – Pengguna memberi
arahan kepada MS Word (perisian aplikasi), MS Word berinteraksi dengan
Windows (perisian sistem) dan Windows berinteraksi dengan pencetak
(Perkakasan). Akhirnya pencetak mencetak dokumen seperti diarah
pengguna.
APLIKASI KOMPUTER SKW1102/UNIT1

Tindakan pensyarah:
1. Menjelaskan kegunaan perisian aplikasi yang dipaparkan. Pelajar
digalakkan memberi contoh-contoh aplikasi lain yang mereka tahu
APLIKASI KOMPUTER SKW1102/UNIT1

Tindakan pensyarah:
Menjelaskan versi-versi bagi perisian sistem yang dipaparkan. Pelajar
digalakkan memberi contoh-contoh lain yang mereka tahu

1.2 penggunaan desktop

Penerangan terperinci:
1. Persekitaran desktop merupakan implementasi metafora meja kerja
(desktop metaphora) yang mana sekumpulan program yang
dilaksanakan dalam sesuatu sistem pengoperasian komputer yang
berkongsi antaramuka grafik pengguna - graphical user interface (GUI)
yang sama. Ia biasanya dapat dilihat pada skrin komputer peribadi dan
mobile computers.
2. Ia membantu pengguna mencapai dan mengedit file dengan mudah
namun ia tidak menyediakan capaian kepada semua fungsi yang
tersedia dalam sistem pengoperasian.
3. Namun kaedah tradisional Command-line interface (CLI) masih
digunakan apabila kawalan penuh terhadap sistem pengoperasian
diperlukan.
4. Terdiri dari icons, windows, toolbars, folders, wallpapers dan desktop
widgets.
5. GUI juga menyediakan fungsi drag and drop bagi menjadikan fungsinya
lebih lengkap.
(Sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Desktop_environment)
APLIKASI KOMPUTER SKW1102/UNIT1

Tambahan:
Pensyarah perlu menerangkan istilah GUI dan CLI kepada pelajar dan
menunjukan perbezaan antara keduanya

1. Dalam pengkomputeran, desktop metaphora merupakan metafora


antaramuka yang menggabungkan konsep yang digunakan oleh GUI
bagi membantu pengguna berinteraksi dengan lebih mudah dengan
komputer
2. Ia menganggap monitor komputer seperti meja bekerja yang mana fail,
dokumen, kalkulator dan notepad boleh diletakkan.
3. Ciri tambahan yang ditambah adalah seperti trash can (recycle bin),
menu bars, taskbars dan sebagainya.
(sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Desktop_metaphor)
APLIKASI KOMPUTER SKW1102/UNIT1

1.2.1 Mengenalpasti persekitaran dan fungsi Desktop

Tindakan pensyarah
1. Menerangkan contoh desktop komputer kepada pelajar yang terdiri
daripada ikon, wallpaper, taskbar dan notification area.
APLIKASI KOMPUTER SKW1102/UNIT1

1.2.2 Mengenalpasti ikon Desktop, Taskbar and Start Menu

1. Ikon komputer merupakan piktogram yang dipaparkan pada skrin


komputer bagi membantu pengguna bernavigasi dalam sistem komputer
atau peranti mudah alih
2. Merupakan sebahagian daripada GUI bagi menggantikan text-based
interface untuk kegunaan biasa.
3. Pengguna boleh menggunakan peranti penunjuk - pointing devices
(mouse, pointer, fingger or even voice command) bagi mengakses
secara langsung sesuatu fail, dokumen atau program yang diwakili oleh
ikon.
(sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Computer_icon)
APLIKASI KOMPUTER SKW1102/UNIT1

1. Taskbar dipaparkan dibahagian bawah dekstop GUI yang diguna untuk


melancar dan mengawasi aplikasi yang sedang dilaksanakan
2. Kandungan taskbar berbeza berdasarkan perubahan versi Window (Start
menu button, Quick Launch bar, taskbar buttons dan notification area.

Bacaan tambahan untuk pensyarah:

In computing, a taskbar is a bar displayed on an edge of a GUI desktop


that is used to launch and monitor running applications. Microsoft
introduced the taskbar in Windows 95 in 1995 and the feature has been a
defining aspect of Microsoft Windows's graphical user interface and many
other operating systems and desktop environments since.
The default settings for the taskbar in Microsoft Windows place it at the
bottom of the screen and includes from left to right the Start menu button,
Quick Launch bar, taskbar buttons, and notification area. The Quick
Launch toolbar was added with the Windows Desktop Update and is not
enabled by default in Windows XP. Windows 7 removed the Quick Launch
feature in favor of pinning applications to the taskbar itself. On Windows 8,
the Start button has been removed in favor of a hotspot located in the
bottom-left corner of the screen.
The taskbar was originally developed as a feature of Windows 95, but it was
based on a similar user interface feature called the tray that was developed
as part of Microsoft's Cairo project.[3][4][5]
APLIKASI KOMPUTER SKW1102/UNIT1

With the release of Windows XP, Microsoft changed the behavior of the
taskbar to take advantage of Fitts's law by removing a border of pixels
surrounding the Start button which did not activate the menu, allowing the
menu to be activated by clicking directly in the corner of the screen. [6]
(sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Taskbar)

Tindakan pensyarah:
1. Menerangkan fungsi notification area kepada pelajar.
APLIKASI KOMPUTER SKW1102/UNIT1

UNIT 1

1. Terangkan fungsi perisian sistem pengoperasian dan perisian aplikasi.

2. Nyatakan perisian aplikasi yang digunakan masa kini untuk


memproses perkataan, lembaran kerja, perisian kejuruteraan dan
perisian komunikasi.
APLIKASI KOMPUTER SKW1102/UNIT1

UNIT 1

1. Komponen CPU adalah Unit Kawalan, Unit Aritmetik dan Logik dan
Storan Utama.

2. Perisian sistem pengoperasian adalah pengerak kepada setiap sistem


komputer. Sistem pengoperasian komputer adalah berfungsi untuk

 mengawal operasi komputer


 menjadual dan menyelaraskan operasi komputer
 menjadikan perantaraan perkakasan komputer dengan komputer

Manakala fungsi perisian aplikasi adalah direka bentuk bagi


menyesuaikan kerja-kerja kursus seperti bidang perniagaan,
Matematik , Saintifik , teknikal dan lain-lain.

3. Sistem pengoperasian komputer seperti Windows adalah satu set


program yang dapat mengoptimakan penggunaan sistem komputer. Ia
berfungsi untuk mengawal operasi komputer, menjadual dan
menyelaraskan operasi komputer dan menjadikan perantaraan
perkakasan komputer dengan komputer Windows adalah sistem
pengoperasian komputer. Pengerak kepada setiap sistem komputer
masa kini. Manakala Windows NT adalah sistem pengoperasian
rangkaian aplikasi yang membenarkan kebanyakan UNIX dan LINUX
untuk berintegrasi dengan rangkaian Microsoft sebagai pelanggan dan
juga pelayan. Jika bertindak sebagai pelayan, ia membenarkan pelanggan
Windows 95, Windows for Workgroups, DOS dan Windows NT untuk
mencapai fail Linux dan khidmat percetakan. Ia boleh mengambilalih
Windows NT secara sepenuhnya, termasuk muat – turun ( download )
automatik pemandu ( driver ) pencetak kepada pelanggan.

4. Fungsi perisian aplikasi masa kini:


APLIKASI KOMPUTER SKW1102/UNIT1

memproses perkataan – Microsoft Word


lembaran kerja - Excel
perisian kejuruteraan – Autocad dan Protel
perisian komunikasi – Internet Explorer
APLIKASI KOMPUTER SKW1102/UNIT1

UNIT 1

1. Apakah mungkin berlaku sekiranya sistem pengoperasian komputer seperti


Windows, Unix atau Linux tidak di Install kan .
APLIKASI KOMPUTER SKW1102/UNIT1

UNIT 1

1. Komputer tidak dapat di Boot kan kerana tidak mempunyai sistem


pengoperasian komputer.

Anda mungkin juga menyukai