Anda di halaman 1dari 4

Tugasan 2: Ulasan kritis

1.0 Pengenalan
Menurut Sapora Sipon (2013), kaunseling kelompok merupakan jenis
perkhidmatan yang digunakan untuk berhubung antara satu sama lain dalam
membincangkan pelbagai isu yang dihadapi. Secara ringkasnya, kaunseling kelompok
merupakan satu perkhidmatan menolong yang dilakukan secara berkelompok dengan
tujuan menolong lebih individu yang mempunyai permasalahan yang sama pada satu-
satu masa. Sejajar dengan itu, kaunseling kelompok juga bertujuan untuk membolehkan
individu memperoleh perubahan baru dalam tingkah laku.

2.0 Kemahiran pemudahcaraan dalam kaunseling kelompok

Dalam kaunseling kelompok, terdapat dua kemahiran pemudahcaraan untuk


membantu ahli kelompok menluahkan perasaan atau masalah masing-masing.
Kemahiran yang pertama adalah kemahiran person hood. Kemahiran ini lebih
mengutamakan seorang fasilitator ataupun gaya pemimpin seorang ketua dalam
kelompok. Fasilitator dalam kaunseling kelompok perlu menguasai kemahiran person
hood seperti kepercayaan, penerimaan, berterus terang, rol model dan sebagainya
supaya ahli kelompok dapat meningkatkan kepercayaan yang tinggi terhadap fasilitator
kelompok dan sudi berkongsi masalah yang dihadapi serta melancarkan sesi kaunseling
kelompok.

Kemahiran yang kedua adalah kemahiran teknikal. Kemahiran ini lebih


menfokuskan cara fasilitator untuk memimpin, parafrasa, mendengar secara aktif
semasa ahli kelompok mengemukakan masalah atau perasaan yang dihadapi,
pendedahan kendiri, menyoal dan sebagainya.Kedua-dua kemahiran ini memainkan
peranan yang amat penting bagi seseorang kaunselor semasa mengadakan kaunseling
kelompok. Sekirannya kaunselor gagal dalam menguasai kedua-dua kemahiran ini,
maka sesi kaunseling kelompok tidak dapat dijalankan secara lancar dan kemungkinan
berlakunya penamatan sesi kerana tidak dapat mengawal keadaan kelompok.

2
3.0 Kelebihan / kekuatan dalam rakaman video

Dalam rakaman video kaunseling kelompok, fasilitator telah menunjukkan


kemahiran person hood iaitu kepercayaan. Tingkah laku kaunselor yang sentiasa
memupuk ahli kelompok untuk menceritakan apa-apa sahaja masalah yang dihadapi
telah menunjukkan kaunselor menguasai teknik person hood dengan meningkatkan
kepercayaan ahli kelompok. Seterusnya, kaunselor dalam rakaman video tersebut telah
menunjukkan sikap berterus terang. Dalam rakaman video, terdapat seorang ahli
kelompok yang menghadapi masalah keluarga bahawa ibu bapanya selalu bergaduh
kerana mengalami perselisihan faham antara satu sama lain. Dengan keadaan ini,
kaunselor berterus terang untuk memberi cadangan kepada klien supaya boleh menjadi
orang tengah dalam pergaduhan antara ibu bapa ataupun cuba memahami apa
masalah yang sebenarnya dihadapi oleh ibu atau bapanya.Dalam sesi kaunseling
kelompok dapat melihat kaunselor telah menunjukkan sikap ikhlas untuk membantu ahli
kelompok. Hal ini dibuktikan dengan kaunselor tersebut sabar untuk mendengar setiap
masalah yang dihadapi oleh ahli kelompok serta memberi respon kepada ahli.

Seterusnya, kemahiran teknikal seperti memimpin, mendengar secara aktif dan


menyoal. Semasa sesi kelompok dijalankan, kaunselor telah menonjolkan gaya seorang
pemimpin dalam kaunseling kelompok. Kaunselor dapat mengawal keadaan sesi
kelompok secara tersusun dan dijalankan secara lancar. Oleh itu, ahli kelompok akan
mematuhi arahan yang diberi oleh kaunselor seperti yang terdapat dalam rakaman iaitu
kaunselor memberi arahan kepada ahli kelompok supaya menutup mata dan
mengkosongkan fikiran serta mengira pernafasan selama beberapa minit. Selain
daripada itu, kaunselor telah menguasai teknik mendengar secara aktif semasa ahli
mengemukakan masalah dan menluahkan perasaan diri sendiri. Kaunselor dapat
menguasai apa yang telah diluahkan oleh klien dengan memberi respond an dorongan
minima. Akhir sekali, kekuatan yang ada pada kaunselor tersebut adalah teknik
menyoal. Kaunselor telah menyoal ahli-ahli kelompok untuk menarik perhatian ahli
kelompok. Dengan teknik ini, ahli kelompok dapat memberi tindak balas kepada
kaunselor dan proses interaksi akan berlaku antara kaunselor dan klien.

3
4.0 Kelemahan / kekurangan

Namun dalam rakaman video kaunseling kelompok terdapat beberapa


kelemahan kemahiran kaunselor. Pertama sekali, dapat dilihatkan kaunselor kurang
menggunakan kemahiran kecindan dalam kaunseling kelompok. Keadaan ini akan
menyebabkan ahli kelompok berasa bosan terhadap sesi yang dijalankan. Dalam
rakaman video, keadaan sesi kaunseling kelompok dapat dilihat sangat membosankan
kerana kaunselor hanya berinteraksi secara serius dengan ahli kelompok.Ini akan
menyebabkan ahli kelompok menghilangkan perhatian atau berlakunya keadaan
mengantuk semasa dalam sesi kerana suasana yang diwujudkan serius dan boring.
Seterusnya, dari segi kemahiran teknikal, kaunselor kurang menguasai kemahiran
menyemak persepsi dan merumus. Kaunselor tidak menyemak persepsi atau pemikiran
ahli kelompok terhadap masalah yang dihadapi dengan bertanya soalan. Kaunselor
hanya memberi dorongan minima dan mendengar apa sahaja daripada ahli kelompok
tetapi tidak menyemak persepsi ahli dalam kelompok. Semasa mendekati akhir dalam
sesi kelompok, kaunselor juga tidak merumus balik apa telah dibincangkan dalam sesi
kaunseling kelompok tetapi hanya memilih beberapa orang ahli kelompok mengulangi isi
yang dibincangkan sepanjang sesi. Keadaan ini mungkin akan menyebabkan
sesetengah ahli kelompok tidak jelas bahawa masalah yang sebenarnya dihadapi dan
berlakunya lupa terhadap apa yang telah dibincangkan dalam sesi.

5.0 Rumusan

Secara kesimpulannya, ketua kelompok ataupun fasilitator perlu menguasai


kemahiran person hood dan kemahiran ternikal secara mendalam demi kelancaran sesi
kaunseling kelompok. Dalam konteks ini, saya mendapati bahawa kemahiran person
hood seseorang ketua kelompok akan menjejaskan hubungan antara ketua kelompok
dengan ahli kelompok seterusnya memberi kesan kepada produktif kelompok manakala
kemahiran teknikal memainkan peranan yang peting untuk menjejaskan keseluruhan
perkembangan kelompok. Dengan itu, sekiranya ketua kelompok tidak menguasai atau
meningkatkan kemahiran ini, maka ia turut akan menjadi satu halangan dalam
kaunseling kelompok (Malek Muhamat Said, 2007)

4
Rujukan

Erna. (2016, January 17). kemahiran pemudahcaraan kemahiran personhood. Retrieved


from Scribd: https://www.scribd.com/doc/295796988/kemahiran-pemudahcaraan-
kemahiran-personhood

Hong, B. (n.d.). Ulasan Kritis Terhadap Kaunseling Kelompok Guru Pelatih. Retrieved
Academia:
https://www.academia.edu/20349499/Ulasan_Kritis_Terhadap_Kaunseling_Kelo
mpok_Guru_Pelatih

Ida Hartina Ahmed Tharbe. (2006). Memimpin kaunseling kelompok. Kuala Lumpur:
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Sapora Sipon. (2013). Kaunseling kelompok. Negeri Sembilan: Penerbit USIM.

Zuraidah Ab. Rahman. (1989). Pengenalan kaunseling kelompok. Petaling Jaya: IBS
Buku Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai