Anda di halaman 1dari 1

Pengenalan

Sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan dilaksanakan, kebanyakan wanita yang bekerjaya
akan melakukan tugas harian mereka dirumah. Mereka akan menyelesaikan segala tugas yang biasa
dibuat dipejabat dirumah. Bukan itu sahaja, anak – anak mereka juga tidak bersekolah dan akan
melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di rumah(Pdpr).

Keadaan ini akan memberikan sedikit kesan tekanan dan kesempitan waktu kepada ibu atau wanita
yang bekerjaya untuk memberi fokus kepada tugas – tugas harian mereka dirumah. Salah satu
contohnya adalah dari segi melipat kain yang telah dibasuh. Keadaan yang agak menekan menyebab
ibu atau wanita bekerjaya ini tidak dapat mencari masa untuk menguruskan baju – baju tersebut.
Malahan mungkin kerana mereka telah letih di siang hari bekejaran memantau aktiviti pengajaran
dan pembelajaran anak mereka seterusnya memberikan tumpuan pada tugas pejabat.

Di dalam kesempatan ini, terlintas didalam fikiran saya untuk melakukan perkhidmatan melipat baju
bagi ibu atau wanita yang bekerjaya dan tidak mempunyai masa untuk menguruskan baju yang telah
siap dibasuh ini.

Anda mungkin juga menyukai