Anda di halaman 1dari 2

PENGSTAFAN

Antara salah satu fungsi pengurusan sumber manusia adalah pengstafan. Pengstafan adalah
proses perancangan sumber manusia, analisis kerja, pengambilan dan pemilihan tenaga kerja.
Selain itu, ia juga merupakan satu proses secara berterusan bagi pemilihan dan pengambilan
bagi jawatan-jawatan kosong yang wujud didalam sebuah organisasi.

Pengstafan ini juga berlaku sekiranya terdapat kekosongan seperti persaraan, pertukaran,
perberhentian, kematian dan sebagainya.

I. Perancangan Sumber Manusia

Proses yang akan menentukan siapa dan berapakah jumlah kuantiti pekerja yang perlu
diambil atau di isi dalam satu-satu masa. Selain itu, perancangan sumber manusia ini
juga akan menentukan samada pencarian manusia dari luar atau dalam organisasi
untuk mengisi jawatan dan melaksanakan tugas yang di beri.

Proses ini amat penting kerana ia menentukan tenaga kerja tidak ada yang akan
berlebihan atau pun kekurangan. Selain itu, ia juga membolehkan sebuah organisasi
mencapai objektif-objektif tertentu selain dapat memperkembangkan serta
melaksanakan aktiviti-aktiviti yang boleh mencapai objektif.

II. Analisis Kerja

Bagi mengenalpasti tanggungjawab-tanggungjawab dan tugas-tugas yang berkaitan


dengan sesuatu jawatan, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia perlu melakukan atau
melaksanakan pengumpulan data-data atau analisis kerja terlebih dahulu.

Proses ini bagi dapat memastikan wujud keperluan-keperluan yang spesifik untuk
sesuatu organisasi. Selain itu, ia juga dapat mengelakan kesilapan semasa memilih
calon untuk mengisi jawatan yang kosong.

III. Pengambilan

Bagi mengenal pasti calon-calon yang berkelayakan untuk mengisi jawatan yang
ditawarkan, proses pengambilan perlu dilakukan oleh Jabatan Pengurusan Sumber
Manusia. Dari sini calon-calon yang berpotensi serta berminat boleh memohon
jawatan-jawatan yang ditawarkan didalam sesebuah organisasi.

Pada proses ini juga, keperincian tugas serta spesifikasi tugas akan disediakan untuk
maklumat mengenai kelayakan calon dan keperluan-keperluan untuk sesuatu
pekerjaan tersebut.
IV. Pemilihan

Pemilihan adalah merupakan satu proses dimana proses pemilihan dan menilai calon
yang paling layak untuk mengisi sesuatu jawatan kosong didalam sesebuah
organisasi.

Pada proses pemilihan ini, semua pemohon akan menjalani proses prosedur seperti
yang selalu dilakukan didalam sesi temuduga seperti memeriksan borang permohonan
kerja dan resume, memeriksa latar belakang calon dan menjalankan proses ujian-ujian
pemilihan seperti ujian fizikal dan personaliti.

Anda mungkin juga menyukai