Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN PENEROK Tel : 07-6961654

JAL AN K UK UP Faks : 07-6961654


82300 PO NT IAN, e-mail : jba6020@moe.edu.my
JOHO R DARUL T AK Z IM

Ruj. kami : JBA6020/700/7/1(01)


Tarikh : 9 JANUARI 2022
Kepada,

_________________________________

Tuan,

PELANTIKAN BADAN PEMIMPIN PELAJAR (JOHOR STUDENT LEADERS BOARD)


SESI 2021.

Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan anak tuan yang bernama SITI HAJAR BINTI
HAIRULHASNIZAM kelas TAHUN 4 telah terpilih untuk dilantik sebagai Badan Pemimpin Pelajar
(SLB) sekolah bagi sesi 2021/2022.

2. Pihak sekolah mengucapkan tahniah dengan pelantikan tersebut dan berharap beliau dapat
menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan cemerlang dan dedikasi.

3. Pihak sekolah memohon pihak tuan menyediakan kelengkapan seperti berikut:

JSLB LELAKI JSLB PEREMPUAN


Baju kemeja putih lengan panjang Baju kemeja putih lengan panjang
Seluar panjang hitam Kain hitam ropol tengah di belakang (GAUN)
Kasut hitam Kasut hitam
Tudung putih

4. Sehubungan itu, pihak sekolah memohon jasa baik tuan untuk menyediakan RM22.00 untuk
bayaran tali leher royal blue, button badge, dan tanda nama SLB. Bersama-sama ini disertakan surat
persetujuan pelantikan untuk dilengkapkan dan dikembalikan kepada Puan Siti Faezah bt Bajuri (019
6533900) selewat-lewatnya pada hari Khamis 13 Januari 2022.

5. Kerjasama dari pihak tuan amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

.....................................................
(DZULKIFLE BIN ISMAIL)
Guru Besar ,
SK Penerok.
SURAT PERSETUJUAN / KEBENARAN IBU BAPA

Surat Persetujuan Pelantikan

Guru Besar,
SK Penerok

PERSETUJUAN PELANTIKAN SEBAGAI BADAN PEMIMPIN PELAJAR (SLB)


SK PENEROK, SESI 2021.

Saya __________________________________________ ibu bapa/penjaga kepada

________________________________ kelas __________dengan ini bersetuju/tidak bersetuju dengan

pelantikan tersebut.

2. Saya bersedia untuk menyediakan pakaian seragam yang telah ditetapkan. Saya juga bersedia

mewakilkan pihak sekolah untuk menyediakan tali leher, tanda nama dan Button badge seperti yang telah

ditetapkan oleh pihak sekolah untuk anak saya dengan bayaran RM22.00.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

________________________________

( )

Tarikh: ___________________________

Anda mungkin juga menyukai