1. Isu/ masalah
Pada 7 februari 2011 saya akan menjalani praktikum selama tiga bulandi
SK Seri Gading. Ini adalah kali pertama saya melakukan praktikum dan
masuk ke kelas mengajar murid-murid mengikut sukatan pelajaran yang
ditetapkan. Semasa saya masuk ke kelas mengajar, satu masalah telah
timbul apabila saya berkomunikasi dengan murid saya. Saya mengalami
masalah memberi arahan yang tepat dan mudah difahami oleh murid
pada peringkat sekolah rendah.
2. Analisis
Punca bagi masalah ini adalah disebabkan bahasa dan perkataan yang
digunakan tidak sesuai dan sukar difahami oleh murid sekolah rendah.
Arahan yang diberikan juga adalah terlalu panjang mungkin disebabkan
ini adalah pertama kali saya memasuki kelas dan melaksanakan sesi
pengajaran dan pembelajaran. Jika perkara ini tidak dapat diatasi mungkin
akan menyukarkan objektif pembelajaran sukar dicapai kerana murid
kurang memahami penyampaian guru semasa di dalam kelas.
Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat yang mungkin kerana
kemahiran memberi arahan sangat penting untuk memastikan
kelangsungan dan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran
seterusnya objektif pembelajaran dapat dicapai sepenuhnya dengan
mudah.
5. Penilaian kejayaan
Kejayaan ini dapat dinilai apabila murid mudah memahami isi pelajaran
yang saya sampaikan. Secara tidak langsung objektif pembelajaran akan
tercapai.
6. Tindakan susulan
1. Isu/ masalah
2. Analisis
5. Penilaian kejayaan
6. Tindakan susulan
Saya akan membuat senarai nama murid mengikut tempat duduk mereka
di dalam kelas supaya memudahkan saya mengingat nama mereka
bedasarkan tempat duduk mereka.
Jurnal minggu 3 :
Tarikh 21-25 Feb 2011
1. Isu/ masalah
2. Analisis
Berdasarkan kepada pemerhatian saya masalah ini timbul apabila
pelajar lewat masuk ke kelas yang menyebabkan sesi pengajaran dan
pembelajaran terpaksa di singkatkan. Masalah ini bertambah teruk apabila
guru ingin melakukan projek kemahiran hidup. Masa untuk melakukan
projek sekurang-kurangnya adalah sejam. Dengan kelewatan murid hadir
ke kelas akan menyebabkan projek murid tidak dapat disiapkan mengikut
waktu yang diperuntukkan.
5. Penilaian kejayaan
6. Tindakan susulan
1. Isu/ masalah
Masalah yang saya hadapi pada minggu terakhir di sekolah ini adalah
tumpuan murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Terdapat
seorang murid perempuan di kelas terakhir yang tidak menumpukan
perhatian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Murid ini
sering membuat keje sendiri dan kadangkala berhayal semasa guru sedang
mengajar
2. Analisis
Bedasarkan pemerhatian saya terhadap murid ini saya mendapati murid
ini tidak minat untuk belajar. pelajar ini diletakkan berseorangan di hadapan
kelas. Murid- murid lain di kelas tersebut sering mengusik murid perempuan
ini. Apabila guru bertanyakan soalan kepada murid ini, murid lain akan
memberi jawapan yang salah kepada murid ini. Murid lain sering melabelkan
murid ini pemalas.
5. Penilaian kejayaan
Saya akan menilai kejayaan saya apabila murid ini beransur-ansur
menunjukkan perubahan dalam dirinya dan berminat untuk belajar.
6. Tindakan susulan
Tindakan susulan jika masalah ini tidak dapat diatasi adalah dengan
membawa murid ini berjumpa dengan kaunseler sekolah. Dengan cara ini
akan menyedarkan dan memberi semangat tambahan kepada murid ini
untuk minat belajar.