Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ IBRAHIM MAJID

KM 3, JALAN BENUT
86200 SIMPANG RENGGAM Tel/Fax : 07-7551405
JOHOR Email:
jea2045@moe.edu.my

___________________________________________________________________________

Rujukan Kami : JEA2045/700-1/2( )


Tarikh : 14/06/2020
Kepada,

KETUA BALAI
BOMBA DAN PENYELAMAT RENGGAM
JALAN BUKIT,
86300 RENGGAM
JOHOR

Tuan,

MEMOHON PENYELENGGARAAN KOTAK SUIZ PENGGERA KEBAKARAN, HOSE


BOMBA DAN MESIN PAM AIR BOMBA SMK DATO’ IBRAHIM MAJID.

Merujuk perkara di atas, pihak sekolah memohon jasa baik pihak tuan untuk membuat
penyelenggaraan kotak suiz kebakaran, hose bomba dan mesin pam air bomba yang terdapat
di SMK Dato’ Ibrahim Majid . Untuk makluman tuan sejak sekolah ini dibuka pada tahun 2011
peralatan-peralatan tersebut tidak pernah diselanggara . Peralatan-peralatan tersebut amat
penting khususnya jika berlakunya kebakaran di sekolah ini. Kami percaya hanya Pasukan
Bomba dan Penyelamat sahaja pihak yang paling berautoriti untuk melaksanakan
tanggungjawab tersebut

2. Gambar peralatan-peralatan tersebut serta lokasinya adalah seperti lampiran yang


disediakan.

3. Pihak kami sangat berharap pihak tuan sudi menghulurkan bantuan penyelenggaraan
peralatan-peralatan tersebut.. Diharap hubungan yang terjalin antara pihak sekolah dan pihak
bomba akan lebih akrab dalam memastikan keselamatan warga sekolah ini khususnya dan
masyarakat setempat umumnya.Kerjasama dan pertimbangan pihak tuan kami dahului dengan
ucapan jutaan terima kasih.

Sekian

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


.Saya yang menjalankan amanah,
Gambar-gambar lampiran

1. KOTAK SUIZ PENGGERA KEBAKARAN

LOKASI : PONDOK PENGAWAL KESELAMATAN

2. HOSE BOMBA

LOKASI : DI SETIAP BLOK BANGUNAN SEKOLAH


3. MESIN PAM AIR BOMBA

LOKASI : DALAM RUMAH PAM AIR.

Anda mungkin juga menyukai