Anda di halaman 1dari 14

BAB 2

KEMAJUAN KERJA

2.0 PENGENALAN

Melalui bab ini, semua aktiviti yang dilakukan oleh pelatih semasa menjalani
latihan industri akan dinyatakan secara ringkas dan menyeluruh. Selain di dalam
laporan penuh ini, pelatih juga telah mencatatkan diari harian tugasan didalam
sebuah buku log laporan harian yang disediakan oleh Unit Perhubungan dan
Latihan Industri (UPLI) Kolej Komuniti Cawangan Klang. Buku log laporan harian ini
diberikan bagi memudahkan para pelajar merekod segala kerja dan tugasan yang
diberikan oleh pihak firma atau syarikat tempat pelatih menjalani latihan industri.
Melalui buku log ini pelatih dapat membuat catitan ringkas mengenai perjalanan
kerja dan tugasan yang seterusnya akan dijadikan rujukan untuk menyediakan draf
laporan latihan industri yang akan dinilai oleh pensyarah penilai di Kolej Komuniti
Cawangan Klang setelah menamatkan tempoh latihan industri.
2.1 JANUARI

Nama : Ibrhahim bin Abdullah


No. Pendaftaran : B12SKS09F528
Program : Sijil Sistem Komputer dan Sokongan
Penempatan : Touch Media Enterprise
Jawatan : Pelatih
Bidang Kerja : Kaunter Khidmat Pelanggan/Baikpulih Komputer & Laptop
Penyelia : Encik Badrul Iqmal bin Baharuddin
Tarikh : 10 Januari 2011 – 31 Januari 2011

Catitan;

Sepanjang bulan ini, pelatih didedahkan dengan bagaimana cara melayan


pelanggan di samping memberi khidmat nasihat tentang penggunaan laptop dan
komputer dengan cara yang betul. Selain itu, pelatih juga di ajar cara asas
melakukan baikpulih komputer seperti mengesan masalah yang berlaku dan
seterusnya melakukan baikpulih yang bersesuaian dengan masalah yang berlaku.

2.1.1 Mengesan Masalah Pada Laptop atau Komputer

Mengetahui masalah yang berlaku amat penting sebelum melakukan


proses baikpulih bagi memudahkan dan menjimatkan masa baikpulih.
Terdapat pelbagai cara untuk mengesan masalah pada komputer, salah
satu darinya adalah dengan berpandukan mesej kerosakan (error message)
yang dipaparkan oleh sistem komputer atau sistem pengoperasian. Mesej
kerosakan sistem komputer adalah mesej yang disampaikan apabila
komputer dihidupkan sebagai contoh mesej kerosakan “ntldr missing” dan
“operating system not found”. Manakala contoh mesej kerosakan yang
dipaparkan oleh sistem pengoperasian adalah seperti “Msvcr71.dll not
found” dan “d3dx9.dll was not found”. Contoh-contoh mesej kerosakan ini
boleh di lihat pada rajah 2.0, 2.1, 2.2 dan 2.3.
Rajah 2.0 NTLDR missing
Rajah 2.1 Operating System not found

Rajah 2.2 Msvcr71.dll not found


Rajah 2.3 d3dx9.dll was not found

2.1.2 Cara Mengatasi Masalah

Daripada contoh masalah yang dikesan diatas pelatih dapat menentukan


kaedah atau cara yang betul untuk mengatasi masalah tersebut.

2.1.2.1 Masalah “NTLDR is missing”


Masalah ini biasanya berlaku pada pengguna yang
menggunakan perisian sistem Windows XP. Bagi masalah ini pelatih
tidak perlu melakukan “format” atau baiki sistem pengoperasian
sedia ada tetapi hanya menggantikan fail ntldr tersebut sahaja oleh
kerana masalah ini berlaku biasanya disebabkan oleh virus yang
memadamkan fail tersebut atau pengguna sendiri yang
membuangnya dengan cara tidak sengaja. Terdapat beberapa cara
untuk menggantikan fail ntldr ini, satu daripadanya ialah dengan
menyalin fail tersebut dari CD atau DVD Windows XP. Cara untuk
menyalin fail ntldr daripada CD atau DVD Windows XP adalah
seperti berikut :
1) On komputer atau laptop dan tekan kekunci F2 atau DEL
mengikut jenis papan induk yang digunakan untuk memasuki
BIOS / SETUP.
2) Seterusnya tukarkan “boot sequence” paling atas kepada
CD/DVD. Tekan kekunci F10 untuk simpan konfigurasi dan
“restart”.

Rajah 2.5 Tetapan “boot sequence” dan simpan

3) Masukkan CD atau DVD Windows XP ke dalam pemacu.


Tunggu sehingga paparan seperti di bawah muncul dan
tekan mana-mana kekunci.

Rajah 2.6 Paparan Pilihan untuk “boot” Dari CD

4) Proses muat turun fail bermula tunggu hingga selesai.


5) Pada paparan seterusnya tekan kekunci R untuk
menggunakan konsol baikpulih Windows XP.

Rajah 2.7 “Windows XP Profesional Setup Page”

6) Setelah konsol baikpulih muncul, pilih “windows” yang


hendak dimasukkan fail ntldr. Bagi paparan di bawah pilih 1
kemudian tekan “ENTER”.

Rajah 2.7 Paparan Pilihan Windows Untuk di Baikpulih


7) Seterusnya masukkan kata laluan sekiranya ada, jika tiada
biarkan kosong dan tekan “ENTER”.

Rajah 2.8 Paparan Masukan Kata Laluan

8) Setelah konsol memaparkan baris “C:\WINDOWS>” taip “d:\


dir” untuk memeriksa kawasan CD/DVD Windows XP yang
dimasukkan tadi. Sekiranya ia berada di dalam D, gunakan
arahan “copy d:\i386\ntldr c:\” untuk menyalin fail ntldr
daripada CD/DVD dan dimasukkan ke kawasan “windows”.

Rajah 2.8 Paparan Semakan Kawasan CD/DVD

9) Dah selesai proses menyalin, tekan kekunci ctrl+alt+del


untuk “restart” komputer atau laptop.
10) Sekiranya proses berjaya, komputer atau laptop tersebut
tidak akan memaparkan lagi mesej “ntldr is missing” dan
dapat beroperasi seperti biasa. Selesai.
2.1.2.2 Masalah “operating system not found”

Terdapat dua faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku iaitu :


1. Cakera keras telah rosak
2. Sistem komputer tidak dapat mengesan tempat
perisian sistem dipasang.
Untuk faktor pertama cara penyelesaiannya adalah dengan
menggantikan cakera keras yang rosak itu dengan yang baru dan
seterusnya pasang sistem pengoperasian baru.
Manakala bagi faktor yang kedua ialah dengan menukar
konfigurasi “boot” di dalam BIOS/SETUP bagi sistem komputer
tersebut. Masalah ini biasanya disebabkan oleh penggunaan cakera
keras yang melebihi daripada 1. Berlaku pada komputer sahaja
kerana laptop hanya menggunakan satu cakera keras untuk
beroperasi.

2.1.2.3 Masalah “msvcr71.dll not found”

Masalah ini berlaku di dalam sistem pengoperasian, mungkin


telah dipadamkan oleh virus atau failnya telah rosak. Cara
mengatasinya adalah dengan menggantikan fail msvcr71.dll tersebut
dengan yang baru. Fail msvcr71.dll boleh di muat turun dari internet
atau disalin dari sistem pengoperasian komputer lain. Langkah-
langkah menggantikan fail msvcr71.dll :

1) Salin fail msvcr71.dll dari komputer lain dan simpan di dalam


“pendrive”
2) Pasangkan “pendrive” yang mengandungi fail msvcr71.dll
pada komputer atau laptop yang hendak digantikan fail
tersebut.
3) Salin fail msvcr71.dll dari “pendrive”.

Rajah 2.9 Cara Menyalin(copy) Fail

4) Seterusnya tampal (paste) fail tersebut di dalam folder


system32 sistem pengoperasian.
Rajah 2.9 Cara Menampal(paste) Fail

2.1.2.4 Masalah “d3dx9.dll not found”

Masalah ini berlaku disebabkan oleh fail directX sistem


pengoperasian mengalami kerosakan ataupun disebabkan oleh
pemasangan yang tidak betul. Cara mengatasinya adalah dengan
memasang kembali perisian directX pada sistem pengoperasian.
Langkah-langkah pemasangan direct :

i. Dapatkan “installer” directX dari internet.


ii. Dwi-klik pada fail dxsetup.exe untuk memulakan
pemasangan.

iii. Tetingkap pemasangan muncul, tanda pada “I accept the


agreement” dan klik “NEXT”.
Rajah 2.11 Tetingkap Pertama Pemasangan Perisian DirectX

iv. Pada paparan yang seterusnya klik “NEXT” dan tunggu


sehingga proses pemasangan selesai.

Rajah 2.12 Tetingkap Kedua Pemasangan Perisian DirectX


v. Akhir sekali apabila tetingkap yang menyatakan proses
pemasangan telah selesai muncul, klik pada butang
“FINISH”.
Rajah 2.13 Tetingkap Ketiga Pemasangan Perisian DirectX

Anda mungkin juga menyukai