Anda di halaman 1dari 1

Pada 16 Mei 2011 yang lalu, sekolah saya telah mengadakan sambutan Hari Guru.

Tujuan sambutan ini adalah untuk mengingati jasa guru yang telah mendidik murid
dengan berdedikasi.

                Sejak awal pagi, semua murid, guru-guru dan ahli Persatuan Ibu Bapa dan
Guru telah berkumpul di dewan sekolah. Dewan sekolah telah dihias dengan belon-
belon yang cantik. Para hadirin mengambil tempat duduk masing-masing di dalam
dewan sebelum majlis bermula.

                Majlis bermula tepat pada pukul 8.00 pagi dengan bacaan doa. Selepas itu,
juruacara menjemput Guru Besar SJK(C ) Chung Hua Spaoh untuk memberi ucapan
perasmian. Majlis telah dirasmikan oleh Guru Besar.

                Seterusnya, persembahan koir, nyanyian dan tarian yang dipersembahkan


oleh murid-murid dijalankan. Para tetamu terhibur dengan persembahan yang
menarik ini. Selain itu, sukaneka yang melibatkan guru, murid-murid dan ibu bapa
juga dijalankan. Semua hadirin bermain dengan girang sekali.

                Majlis berhenti pada pukul 11.00 pagi untuk para hadirin berehat seketika.
Semua hadirin dijemput untuk menikmati jamuan khas yang telah disediakan
disediakan oleh kantin sekolah dan ibu bapa. Semua makanan yang disediakan
sedap-sedap belaka.

Anda mungkin juga menyukai