Anda di halaman 1dari 8

“PROGRAM INSPIRASI JAYA DESA BAKTI 2021”

SEKOLAH PENDIDIKAN
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEM BAHASA INGGERIS – AKTIVITI TATABAHASA TOPIK ADJEKTIF KATEGORI B

Nama : AMMAR BIN MAT NAIM (A17PP0006), AZWAN SHAH BIN AZLI SHAH (A17PP0010),
HAGIDALESWARI A/P PALANI (A17PP0017) & IZZATUL AYUNI BINTI MOHD ANAS
(A17PP0022)
Jawatan : KETUA AKTIVITI & FASILITATOR
Kursus : SPPL

PENGENALAN

Peranan Utama: Ahli kumpulan kami telah mencapai kata sepakat untuk melaksanakan aktiviti berkenaan
dengan tatabahasa dalam topik Adjektif. Kumpulan kami mendapat tugasan untuk kategori B iaitu
menyediakan pelajar sekolah menengah atas (tingkatan 3-5) dengan kefahaman tentang tatabahasa Inggeris
dengan belajar secara seronok di atas talian. Fasilitator telah menyediakan aktiviti yang berbeza dan menarik
sepanjang sesi ini berlangsung seperti pengajaran menggunakan slaid Powerpoint, aplikasi Baamboozle dan
Google Form bagi pentaksiran. Fasilitator telah memudahkan peserta dengan hanya berkongsi skrin di
paparan Google Meet dan mereka hanya perlu menjawab samada di atas talian dan peranti masing-masing
pada akhir sesi iaitu pentaksiran sahaja. Akhir sekali, fasilitator menyemak jawapan dan memberi markah
keseluruhan kepada para peserta.

LAPORAN AKTIVITI

MASA PROGRAM TARIKH GERAK KERJA

• Fasilitator berbincang tentang pengajaran apa


yang sesuai dan ringan untuk pelajar sekolah
menengah.
SEBELUM
PROGRAM
10/4/2021 • Fasilitator telah mencapai kata sepakat untuk
mengadakan aktiviti berkenaan tatabahasa
dalam topik Adjektif.
• Fasilitator menyediakan rancangan
pengajaran bagi sesi kedua katgeori B dan
masing-masing memberikan kerjasama dan
27/4/2021 idea yang bernas.
• Fasilitator membahagikan masa dan tugas ahli
bagi menjamin kelancaran aktiviti.
• Fasilitator membuat persediaan dengan
menguji medium yang bakal digunakan
semasa aktiviti berlangsung.
• Fasilitator bermain setiap permainan yang
dirancang supaya isu teknikal dapat diatasi
sebelum aktiviti dijalankan.
• Fasilitator menjemput peserta melalui pautan
Google Meet yang diberikan di dalam
kumpulan Whatsapp.
SEMASA PROGRAM 28/4/2021
• Fasilitator memulakan sesi dengan
perkongsian slaid berkenaan topik Adjektif.
• Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan
untuk bermain aktiviti kedua iaitu
menggunakan aplikasi Baamboozle.
• Fasilitator membuka pautan
https://www.baamboozle.com/game/186205
dan berkongsia skrin dan peserta hanya perlu
menjawab soalan di Google Meet sahaja.
• Fasilitator kemudian beralih ke aktiviti
seterusnya iaitu pentaksiran menggunakan
Google Form.
• Peserta menjawab soalan quiz dan fasilitator
berbincang jawapan yang tepat.
• Markah quiz dijana dan direkod secara
automatik oleh Google Form.
• Fasilitator merekod markah aktiviti
Baamboozle dan markah yang dijana
daripada Google Form.
SELEPAS PROGRAM 29/4/2021
• Fasilitator memberikan skor keseluruhan
peserta kepada pengarah program bagi
penyusunan skor keseluruhan.
• Fasilitator mempunyai post-mortem
mengenai aktiviti tersebut untuk membuat
penambahbaikan untuk masa depan.
• Fasilitator menulis laporan aktiviti untuk
tujuan dokumentasi.

PERMASALAHAN

Sebilangan pelajar tidak mempunyai capaian Internet yang bagus bagi memastikan kelancaran pada setiap
aktiviti. Maka, setiap aktiviti yang dijalan kurang mendapat sambutan dari segi respon dan maklum balas
dengan pantas. Sesi ini kurang menarik kerana ketiadaan media video.

CADANGAN / PENYELESAIAN

Fasilitator perlu mengambil kira tentang kekangan dalam menjalankan aktiviti di atas talian seperti capaian
Internet, masa dan kebolehcapaian. Fasilitator boleh mendapat respon dan maklum balas secara aktif
menggunakan fungsi ‘chat box’ di dalam Google Meet atau mana-mana aplikasi persidangan video.
Fasilitator boleh menarik minat pelajar dengan adanya media video sebagai pengganti sesi pengajaran.
Fasilitator juga perlu diberikan masa yang lebih untuk menyesuaikan diri dengan para peserta bagi
memudahkan mereka memberi respon dan turut serta dalam aktiviti yang dijalankan. Ini boleh diatasi dengan
memberikan lebih masa pada aktiviti ‘Ice Breaking’.

KESIMPULAN

Aktiviti ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan diterima dengan baik oleh para peserta kerana
mereka yakin aktiviti ini dapat memberi manfaat untuk kemahiran Bahasa Inggeris mereka pada masa akan
datang. Mereka juga bersetuju akan pendekatan yang kami menggunakan dalam menjalankan aktiviti tersebut
kerana relevan dengan apa yang perlu mereka pelajari. Akhirnya, aktiviti ini sangat sesuai digunakan untuk
program pada masa depan sekiranya terdapat pelajar sekolah menengah terlibat dalam kem bahasa.

REFLEKSI

1. AMMAR BIN MAT NAIM (A17PP0006)

Pertamanya, saya ingin meluahkan rasa setinggi-tinggi terima kasih kepada pensyarah kami, Encik
Shahrin kerana percaya dan memberi peluang kepada kami untuk menjalankan program Jelajah
Cahaya Ramadan ini dengan jayanya. Saya juga ingin berterima kasih kepada organisasi kumpulan
kem bahasa Inggeris kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi salah seorang daripada
ketua unit aktiviti. Hal ini kerana, saya telah mempelajari pelbagai ilmu baharu seperti kepimpinan
dan kemahiran berkomunikasi sesama ahli kumpulan saya. Sebagai seorang ketua, setiap keputusan
bukanlah tertakluk kepada saya sahaja kerana saya percaya juga dengan ahli kumpulan saya yang lain
dan saya akan lebih rasional dalam mencari penyelesaian yang terbaik. Misalnya, sebelum aktiviti
kami dijalankan, kami telah menjalani beberapa latihan dan raptai bagi memastikan aktiviti yang
dijalankan berjalan dengan lancar. Kumpulan kami yang terdiri daripada empat orang ahli
membolehkan kami berfikir secara kritikal tentang masa, cara dan sebab disebalik aktiviti yang kami
rancang. Saya amat berterima kasih dan berbesar hati dengan setiap ahli kumpulan saya kerana
memberi kerjasama dan menitik beratkan semangat kerja berkumpulan. Oleh itu, pengalaman ini akan
sentiasa saya amati dan aplikasikannya di alam pekerjaan.

Seperti mana-mana aktiviti, cabaran itu merupakan salah satu adat yang perlu kita pelajari supaya
tidak mengulanginya dan memperbaiki pada masa akan datang. Cabaran utama semasa aktiviti ini
berlangsung merupakan interaksi antara fasilitator dengan para peserta. Bagi saya, masa yang cukup
perlu diberikan kepada fasilitator untuk mengenali para peserta seklai gus menyedikan premis yang
boleh diterima dan selesa untuk peserta memberikan respon dan turut serta dalam pelaksanaan aktiviti
kami. Ahli kumpulan saya juga menyedari hal ini dan bertindak secara rasional dan proaktif. Ini
kerana, mereka menyokong mana-mana ahli kumpulan yang sedang bercakap dengan memberikan
contoh supaya para peserta merasa dipandu sepanjang aktiviti kami berlangsung.

Kesimpulannya, walaupun program Jelajah Cahaya Ramadan ini dilihat mempunyai pelbagai
kekurangan dari segi masa dan medium yang digunakan, tetapi saya amat berbangga kepada setiap
individu yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung kerana menyahut cabaran yang
diberikan untuk menjalankan program semasa pandemik Covid-19 menular. Ini menjadi bukti dan
contoh teladan yang baik sebagai guru-guru pada masa hadapan untuk sentiasa berfikiran terbuka,
menyesuaikan diri dan berfikiran kritis dalam menempuh apa jua cabaran yang mendatang.

2. AZWAN SHAH BIN AZLI SHAH (A17PP0010)

Dalam menempuhi dugaan virus Covid-19, sesi pengajaran dan pembelajaran masih perlu diteruskan.
Itulah hakikatnya menjadi seorang pelajar pada tahun 2021 ini. Untuk subjek yang dikhaskan untuk
membina insan guru, ia memerlukan tugasan yang bakal memberi impak yang besar terhadap diri saya
hari ini dan masa hadapan. Oleh itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah
kami kerana telah membuka ruang untuk kami mengekspresikan idea demi menjayakan tugasan untuk
subjek ini.
Ruang kreativiti yang diberikan oleh pensyarah kami digunakan sebaik mungkin dengan tercetusnya
idea untuk melaksanakan sebuah program kem Bahasa Inggeris untuk kelompok yang dicadangkan
oleh pensyarah kami. Idea untuk melaksanakan program ini tercetus setelah ramai yang mempunyai
kekangan dari segi keberadaan di kampus. Hanya segelintir sahaja yang berada di kampus ketika
waktu ini. Oleh itu, menjadi stu cabaran buat kami untuk memuaskan hati semua pihak.

Oleh kerana segelintir dari kami ada yang berada di rumah masing-masing, dan segelintir lagi berada
di kampus, kami terpaksa memikirkan satu idea program yang bakal memuaskan kedua-dua pihak.
Oleh demikian, tercetuslah satu program Jelajah Cahaya Ramadan yang merangkumi kedua-dua
kumpulan. Kumpulan yang melaksanakan aktiviti secara fizikal dan juga kumpulan yang melakukan
aktiviti secara atas talian.

Saya terlibat dengan aktiviti atas talian iaitu kem Bahasa Inggeris. Perancangan yang sangat rapi
diperlukan untuk menjayakan aktiviti ini. Beberapa kali juga kami berbahas dan bermesyuarat
sebelum mencapai kata sepakat. Setelah mencapai kata sepakat, kami telah dibahagi kepada
kumpulan-kumpulan kecil untuk mereka aktiviti pengajaran Bahasa Inggeris untuk peserta kem kami.
Saya ditugaskan dengan kumpulan saya untuk aktiviti yang mengajar ‘Grammar’.

Oleh itu, beberapa kali mesyuarat dilakukan untuk membincangkan topik yang sesuai untuk peringkat
umur peserta kami. Saya juga terlibat dalam mencuba aktiviti tersebut dan merekodkan masa yang
diperlukan. Tugasan mereka cipta aktiviti kem atas talian sangat mencabar kerana sambungan Internet
di rumah saya agak teruk. Namun, hasil kerjasama kumpulan, pada hari aktiviti tersebut, ia berjalan
dengan sangat lancar. Kami amat berpuas hati kerana telah bersusah-payah memerah otak untuk
aktiviti tersebut.

3. HAGIDALESWARI A/P PALANI (A17PP0017)

Secara keseluruhannya, saya amat bersyukur kerana kami dapat melaksanakan program Jelajah
Cahaya Ramadan ini dengan jayanya. Selain itu, kem Bahasa Inggeris ini telah memberi banyak
manfaat kepada pelajar sekolah menengah dengan menjalankan pelbagai jenis aktiviti. Saya dan ahli
kumpulan saya telah memilih “Grammar” untuk mengajar kepada para pelajar. Kami telah
menggunakan pelbagai bahan seperti slaid, Baamboozle and google form untuk melaksanakan aktiviti
tersebut. Saya berasa sangat gembira kerana para pelajar dapat mempelajari satu topik yang sangat
penting dan mereka mendapat pengetahuan yang baru tentang topik yang telah kami dipilih.

Cabaran semasa menjalankan aktiviti ini dijalankan ialah kami sentiasa perlu memastikan penyertaan
pelajar dalam melaksanakan tugasan yang telah diberikan. Kami dikehendaki memastikan pelajar aktif
semasa aktiviti dijalankan, Hal ini kerana terdapat pelajar yang tidak berkomunikasi dalam Gmeet.
Namun begitu, saya dan ahli kumpulan telah bertindak secara rasional dengan mengurus masalah
tersebut dengan baik. Interaksi antara pelajar dan fasilitator merupakan satu cabaran yang sangat besar
semasa menjalankan aktiviti secara talian. Saya dan ahli kumpulan saya dapat mengatasi cabaran ini
dengan memanggil nama pelajar untuk memberi respon kepada soalan kami.

Kesimpulannya, saya gembira dengan melaksanakan aktiviti ini dengan baik. Kerjasama antara ahli
kumpulan amat penting untuk menjayakan sesuatu program. Saya ingin berterima kasih kepada ahli
kumpulan saya yang telah bertungkus lumus untuk mejayakan aktiviti ini dengan baik. Setelah selesai
aktiviti ini, saya juga belajar untuk mengendaliki aktiviti secara talian dengan menggunakan pelbagai
jenis kaedah untuk mengendalikan aktiviti bagi menarik minat para pelajar.

4. IZZATUL AYUNI BINTI MOHD ANAS (A17PP0022)

Program Jelajah Cahaya Ramadan adalah satu projek yang perlu kami laksanakan bagi subjek Bina
Insan Guru. Program ini merangkumi kem Bahasa Inggeris, pengagihan iftar serta bantuan kepada
penduduk perumahan Desa Bakti. Saya dipertanggungjawabkan untuk menjalankan aktiviti dalam
program kem Bahasa Inggeris. Aktiviti ini disertai oleh anak-anak staf yang tinggal di dalam
perumahan Desa Bakti. Disebabkan pandemic yang sedang berlaku sekarang, setiap aktiviti kem
Bahasa yang dijalankan perlulah secara alam maya. Hal ini kerana kami tinggal berjauhan dan hanya
berhubung melalui alam maya. Terdapat pelbagai cabaran dan rintangan yang perlu kami hadapi
dalam menjayakan program ini.

Aktiviti yang saya dan rakan kumpulan jalankan ialah aktiviti tentang Adjectives dalam Bahasa
Inggeris. Para peserta yang menyertai program ini terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan
rendah. Bagi aktiviti yang saya jalankan, peserta terdiri daripada pelajar sekolah menengah. Saya dan
rakan kumpulan sering mengadakan perbincangan bagi menentukan aktiviti-aktiviti yang sesuai
dijalankan untuk peserta yang terlibat. Kami perlu mengambilkira faktor pendidikan dan pengetahuan
sedia ada para peserta secara menyeluruh. Perbincangan juga dilakukan untuk merancang jadual
perlaksanaan aktiviti semasa aktiviti dijalankan. Faktor masa, capaian internet serta penggunaan alat
elektronik perlu diambil kira. Terdapat banyak faktor perlu dititikberatkan kerana semua aktiviti yang
dijalankan perlulah secara dalam talian.

Antara cabaran yang paling mencabar yang kami hadapi ialah penyertaan atau repons serta interaksi
para peserta bersama para fasilitator. Disebabkan aktiviti dijalankan secara dalam talian dan para
peserta tidak mengenali kami, maka boleh dikatakan para peserta kurang memberi respon sepanjang
aktiviti berlangsung. Namun begitu, untuk mendapatkan respons daripada para peserta, kami telah
memanggil nama-nama peserta bagi menjawab soalan-soalan yang diberikan. Ini adalah untuk
menarik perhatian para peserta untuk berinteraksi bersama kami. Cabaran lain yang dihadapi ialah
tahap capaian internet yang tidak menentu. Terdapat sesetengah peserta yang tidak dapat untuk
menyertai setiap aktivit yang dijalankan kerana capaian internet yang lemah.

Kesimpulannya, walaupun terdapat pelbagai cabaran yang terpaksa kami hadapi dalam menjalankan
program ini namun program ini tetap dapat dijayakan dengan baik. Pelbagai ilmu dan kemahiran yang
telah saya peroleh melalui program ini termasuklah Kerjasama antara pasukan, kemahiran komunikasi
dalam menarik perhatian para peserta dan berfikiran kreatif dalam menjalankan aktiviti yang mampu
membuatkan para peserta berminat untuk melaksanakannya.

Disediakan oleh,

Ammar Mat Naim


Nama : AMMAR BIN MAT NAIM
Jawatan : KETUA AKTIVITI 7 KATEGORI B
LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai