Anda di halaman 1dari 5

UNIT

1 Saling Menyayangi
UNIT 1
Mendengar dan Bertutur

Jasa Ibu Tidak Terbalas


Keluarga Irfan menonton televisyen di ruang tamu.

Audio pendengaran
Puan Fazlina luka pada bahagian kaki ketika menyelamatkan
tiga orang anaknya daripada banjir. Beliau telah mengangkat
anak-anaknya ke bumbung rumah semasa paras air semakin
naik. Ketika kejadian, suaminya tiada di rumah kerana bekerja
di luar kawasan.

Berita ini tentang


apa, Irfan?
Orang tua memang prihatin akan anak
mereka. Misalnya, semasa ayah masih
kecil, nenek sangat bimbang sewaktu
ayah demam. Nenek telah membawa
ayah ke klinik dengan segeranya.

Apakah pengalaman
ayah semasa kecil,
Irdina?

Aktiviti

Dengar ujaran dan cam sebutan. Kemudian, sebut ujaran semula.


Nota Guru
• Bimbing murid mendengar audio dan mengecam sebutan.
1.1.1 • Bimbing murid menyebut ujaran dalam pelbagai situasi.
2 Strategi PdP: KP – Interpersonal KBAT: Menganalisis – Mengenal pasti
EMK: Nilai Murni – Kasih sayang
Membaca

Fauzan Anak yang Cakna


Irfan telah membaca cerita tentang kasih seorang anak tukang kayu terhadap
ayahnya.
“Ayah nampak sungguh sibuk pada pagi ini
walaupun ayah kurang sihat,” kata Fauzan. Dari segi sikap, ayah Fauzan gigih
“Benar, Fauzan. Tempahan Tuan Haji Lukman ini
semasa menyiapkan kerjanya.
mesti ayah siapkan pada petang ini juga. Ada sedikit
kerja lagi yang perlu ayah buat,” balas ayahnya
terbatuk-batuk.
Fauzan terdiam sebentar. Dia amat masak akan
sikap ayahnya. Ayahnya akan berusaha untuk
menyiapkan tempahan pelanggan mengikut masa
yang dijanjikan. Fauzan masuk ke dalam biliknya
untuk membuat kerja sekolah.
Dua jam berlalu. Bunyi alat-alat pertukangan
tidak kedengaran lagi. Fauzan tidak sedap hati.
Dia bergegas ke bengkel ayahnya. Pada papan
kenyataan, terdapat sekeping nota.
‘Meja dan kerusi ini masih belum siap
sepenuhnya. Kayunya masih belum bergosok dan
bervarnis. Nampaknya, aku perlu berbuat sesuatu,’
bisik Fauzan dalam hati.
Pada petang itu, Tuan Haji Lukman telah
datang untuk mengambil tempahannya. Fauzan
mempersilakan pelanggan ayahnya itu masuk.
Tidak lama kemudian, ayah Fauzan pulang.
“Eh, Tuan Haji Lukman! Bila sampai?” tiba-tiba
kedengaran suara ayah yang nampak keletihan.
“Saya minta maaf kerana ... .”
“Meja dan kerusi-kerusi ini bagaimana, tuan haji?” Perkara
tiba-tiba Fauzan mencelah. menarik
“Cantik! Kemas sungguh tukangannya. Saya
amat berpuas hati. Ini wang upahnya,” kata Tuan
Haji Lukman.
Dengan terpinga-pinga, ayah Fauzan mengambil
wang upah tersebut. Ayahnya kebingungan. Fauzan
hanya tersenyum apabila ayah menoleh ke arahnya. Tafsirkan
kandungan info qr code standard ar code
Aktiviti pembelajaran

Nilai Pengajaran
Baca dan fahami teks cerita. Kemudian,
jelaskan tafsiran tentang cerita tersebut
berdasarkan mindagrafik.
aktif laman kreatif uji minda kbat
Nota Guru
Unit
• Bimbing murid membaca, memahami, dan mentafsir bahan.
2.1.1 Strategi PdP: KP – Interpersonal KBAT: Menganalisis – Mentafsir
EMK: Nilai Murni – Baik hati 3
nota guru laman halaman rangsangan
Menulis

Sayang Ayah
Irfan telah berjaya mencipta lapan rangkap gurindam bersempena dengan
Hari Bapa. Dia menulisnya dalam bentuk tulisan berangkai untuk diberikan
kepada ayahnya.

Gurindam Kasih Ayahanda


Ketika aku sedang berduka,
memujuk penuh jenaka.
Ketika makan duduk bersila,
ayah membuka selera.
Ketika aku menuntut ilmu,
Selalu maju nasihat ayahku.
Ketika sepi seorang diri,
ayah wajah berseri.
Ketika sakit kian mudarat,
sabar gigih merawat.
Ketika jalan hidupku sulit,
ayah senyumlah sedikit.
Ketika tidurku tak mampu lena,
ayah merdu pesona.
Ketika ayah jauh berkelana,
layar telefon ayah menjelma.
Nukilan: Irfan Nabil

Aktiviti

Tulis gurindam semula dalam bentuk kad ucapan dengan menggunakan


tulisan berangkai.
Nota Guru
• Bimbing murid menulis gurindam dengan tulisan berangkai.
3.1.1 Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan
4 EMK: Nilai Murni – Kasih sayang PAK-21: Jalan Galeri
Seni Bahasa

Mari Kita Bantu Ayah


Pada hujung minggu, Encik Nabil telah mengajak anak-anaknya, Irfan dan
Irshad, mengemas stor. Encik Nabil berkata … .

Stor kita sudah Kalau berat sama dipikul,


seperti tongkang ringan sama dijinjing,
pecah. Boleh kerja yang susah akan
bantu ayah menjadi senang.
mengemasnya?
Betul, Abang Irshad.
Kalau begitu, usah kita
Tentulah boleh, ayah. membuang masa.
Kami sentiasa ada Ayuh, kita mulakan
masa untuk ayah. kerja sekarang!

Kalau melakukan sesuatu, janganlah bagai melepaskan


batuk di tangga sahaja. Jadi, marilah kita kemas stor ini
dengan sempurnanya.

Baik, ayah. Kita juga


mestilah mengambil
berat tentang Saya bersetuju,
kebersihan stor ini. Abang Irshad,
kerana kebersihan
asas kesihatan.
Berehatlah dahulu
buah hati ibu semua.
Basahkan tekak dengan Bagus, Irshad dan
air bujang ini dahulu. Irfan. Kalian tidak
mengemas stor ini asal
jadi sahaja. Terima kasih
Terima kasih, ibu. kerana ringan tulang
membantu ayah.

Sama-sama, ayah.

Aktiviti

Persembahkan cerita serta dialog yang mengandungi peribahasa dan bahasa


yang santun.
Nota Guru
• Bimbing murid bercerita dan mengujarkan dialog dengan menggunakan peribahasa dan
4.1.1 bahasa yang santun.
Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi – Mengguna pakai 5
EMK: Nilai Murni – Kerjasama
Tatabahasa
Kami Bangga, Tuk Akub
Tuk Akub telah mendapat anugerah Tokoh Peladang Jaya. Oleh itu, satu majlis
telah diadakan untuk meraikan kejayaan beliau. Majlis tersebut sangat berjaya.

Manakah Ya, kamu letakkannya


hendak kami di situ. Siapakah yang
letakkan dron menghadiahkan dron ini?
ini? Di meja itu?

Pak Ngah Zaki yang


menghadiahkannya untuk
memudahkan Tuk Akub
menyemburkan racun
di ladang.

Nenda yang
disayangi,
Apa khabar, nendaku
Tuk Akub?
Ucapan penghargaan
ini saya tujukan kepada
nenda kerana telah
mengharumkan nama
keluarga kita.
Cucundamu,
Irfan
Taman Seri Permai

Munsyi Cilik
Aktiviti Kata nama am ialah kata yang merujuk manusia,
haiwan, benda, atau perkara-perkara yang umum.
Kata nama khas ialah kata yang merujuk manusia,
Kenal pasti kata nama am, kata nama benda, dan seumpamanya secara khusus.
khas, dan kata ganti nama berdasarkan Kata ganti nama ialah kata yang digunakan untuk
menggantikan nama diri, tanya, dan tunjuk.
bahan. Kemudian, bina ayat.
Nota Guru
• Bimbing murid mengenal pasti kata nama am, kata nama khas, dan kata ganti nama
5.1.1 berdasarkan bahan.
6 (i)(ii)(iii) • Bimbing murid membina ayat mengikut konteks.
Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan
EMK: Nilai Murni – Menghargai

Anda mungkin juga menyukai