Anda di halaman 1dari 14

Tema : Sejarah Tempat

Tajuk : Kajian perkembangan KG Menunggang Kuala Penyu dari tahun 1990 hingga

tahun 2015

1. Pengenalan

Kuala Penyu merupakan sebuah pekan dan salah satu daerah yang terletak

dalam Bahagian Pedalaman, Sabah. Kuala penyu merupakan sebuah daerah yang

mempunyai beberapa buah kampung. Salah satu kampung yang terdapat di daerah ini

adalah KG Menunggang dan diikuti oleh beberapa kampung yang lain seperti KG

Gorowot, KG Melampai, KG Kerukan dan lain-lain. Kajian ini memfokuskan sejarah

perkembangan sebuah kampung di Daerah Kuala penyu, iaitu KG Menunggang Kuala

Penyu.

Kampung ini terletak lebih kurang 13 kilometer dari kawasan Pekan Kuala

Penyu. Ianya dibuka pada awal 1960-an yang dimulai oleh ketua kampung

Menunggang O.T. Ontim.

Kajian ini akan menghuraikan sejarah perkembangan dan kemajuan kampung

ini dari mula tahun 1990 hingga tahun 2015, dibawah kepimpinan ketua kampung

Menunggang pada ketika itu.


2. Objektif kajian

Penulisan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji ciri dan latar

belakang serta penduduk yang terdapat di KG Menunggang Kuala Penyu.

Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti faktor yang

membawa kepada penubuhan KG Menunggang Kuala Penyu.

Bukan itu sahaja, kajian ini juga dilakukan untuk mengkaji perkembangan

masyarakat dari tahun

Selain daripada itu, kajian ini juga dilakukan untuk mengkaji kegiatan

ekonomi masyarakat yang ada di kampung Menunggang Kuala Penyu.

Seterusnya, tujuan penulisan kajian ini adalah untuk mengkaji perkembangan

yang berlaku di KG Menunggang Kuala penyu.

Di samping itu, kajian ini berfokus untuk mengkaji tentang kesan

perkembangan KG Menunggang Kuala Penyu terhadap sosio ekonomi masyarakat.

3. Permasalahan kajian

Permasalahan kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui latar belakang

bagaimana KG Menunggang ditubuhkan serta untuk mengetahui keunikan yang ada

pada KG Menunggang Kuala Penyu. Dengan adanya kajian ini, orang ramai akan

dapat mengetahui asal-usul penubuhan KG Menunggang Kuala Penyu.


Selanjutnya, kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor KG Menunggang

Kuala Penyu ditubuhkan. Faktor-faktor tersebut terdiri daripada beberapa perkara

yang mencakupi aspek fizikal dan kemudahan infrastruktur.

Seterusnya, kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji kegiatan ekonomi

masyarakat yang terdapat di Kampung Menunggang Kuala Penyu. Kegiatan ekonomi

yang diamalkan oleh penduduk Kampung Menunggang Kuala Penyu juga akan

dikenalpasti kerana taraf hidup dan cara mencari sara hidup penduduk di Kampung

Menunggang dapat ditunjukkan melalui aspek ini.

Di samping itu, kajian ini adalah untuk mengkaji perkembangan KG

Menunggang Kuala Penyu dalam tempoh 25 tahun dari tahun 1990 hingga tahun 2015

terutamanya dari aspek perubahan infrastruktur yang dilaksanakan di KG

Menunggang Kuala Penyu.

Seterusnya, kajian ini juga dilaksanakan untuk mengkaji impak yang dapat

dirasai oleh masyarakat selepas penubuhan KG Menunggang Kuala Penyu. Impak

yang dikaji adalah mencakupi impak sosial dan ekonomi.

4. Skop kajian

Skop kajian ini dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kawasan

kajian,dan tempoh kajian. Dari segi kawasan kajian, kawasan yang dikaji meliputi

beberapa buah kampung yang terlibat dalam penubuhan KG Menunggang Kuala

Penyu.
Dari segi tempoh kajian pula, kajian ini meliputi tempoh masa dari tahun 1990

sehingga tahun 2015. Tempoh kajian selama tahun ini dipilih kerana sepanjang masa

tersebut berlaku perkembangan pada kawasan KG Menunggang Kuala Penyu.

5. Sorotan kajian lepas

Secara amnya, terdapat banyak kajian lepas yang berkaitan dengan penubuhan

kampung di Sabah. Namun majoriti kajian lebih tertumpu di kawasan bandar hanya

sebilangan kecil sahaja yang menjalankan kajian di kawasan luar bandar dan

terpencil. Hasil penelitian saya, tiada sebarang kajian yang pernah diterbitkan tentang

sejarah perkembangan KG Menunggang Kuala Penyu secara ilmiah. Namun,

terdapat beberapa kajian yang mengkaji tentang perkembangan kampung-kampung

yang ada di Malaysia.

Menurut wikipedia (Kampung Titingan - Wikipedia Bahasa Melayu,

ensiklopedia bebas) terdapat sebuah kajian yang mengkaji asal-usul

penubuhan kampung. Laman sesawang ini menceritakan tentang sejarah

penubuhan KG Titingan yang terletak di daerah Tawau,Sabah.

6. Kaedah kajian

Kajian yang akan saya lakukan ini menggunakan beberapa kaedah iaitu

kaedah buku, kajian lapangan, kajian internet, borang soal selidik, kajian dokumen

dan juga menerusi temu bual. Bagi memperolehi sumber primer berkaitan dengan

sejarah penubuhan KG Menunggang ini, saya akan menemu ramah beberapa orang
penduduk kampung yang terlibat dan mempunyai maklumat tentang penubuhan

tersebut. Antara orang-orang tersebut adalah bekas ketua kampung Menunggang yang

terlibat atau telah menyaksikan bagaimana kampung Menunggang ditubuhkan,

JKKK KG Menunggang Kuala Penyu dan juga beberapa orang penduduk kampung

yang tinggal di kawasan kampung tersebut.

Seterusnya, saya juga menggunakan kaedah kajian buku. Menerusi kajian

buku ini, saya akan membuat penyelidikan di perpustakaan SK Menunggang Kuala

Penyu, dan perpustakaan awam di Kuala Penyu. Disana, saya akan mengenal pasti

buku-buku yang berkaitan dengan sejarah penubuhan KG Menunggang Kuala Penyu.

Saya juga menggunakan kaedah pengedaran borang soal selidik bagi

mengetahui perkembangan dan mendapat respon daripada penduduk dan juga guru-

guru yang terlibat. Soalan yang direka adalah ringkas dan jelas. Kami membina soalan

dengan merujuk kepada tujuan penyelidikan yang dijalankan. Hal ini mengelakkan

daripada mereka soalan yang tidak mempunyai kaitan dengan tujuan penyelidikan.

Untuk menguruskan soal selidik ini, borang soal selidik diserah balik kepada

penyelidik untuk menjalankan tafsiran terhadap tugasan ini. Hal ini berbuat demikian

kerana soal selidik yang diedarkan dapat dijelaskan kepada responden sekiranya

mereka tidak memahami terhadap soalan-soalan yang disediakan.

Di samping itu, saya juga menggunakan kajian dokumen untuk mengetahui

pelan kawasan dan kedudukan KG Menunggang. Selain itu, melalui kajian dokumen,

kami akan dapat memperolehi maklumat mengenai carta organisasi sekolah sama ada

melalui dokumen asli mahupun daripada sumber laman sesawang sekolah.

Seterusnya saya menggunakan kaedah kajian lapangan,melalui kaedah kajian

lapangan ini pula saya akan turun padang ke KG Menunggang Kuala Penyu ini

bersama beberapa orang kumpulan saya untuk mengenali dengan lebih lagi suasana
persekitaran sekolah tersebut. Saya akan melawat ke kawasan kajian dan beberapa

rumah di kawasan berdekatan seperti rumah guru dan rumah penduduk kampung

Menunggang Kuala Penyu.

Saya juga menggunakan kaedah kajian internet. Hal ini kerana pada zaman

internet “4G” saya akan memanfaatkan sepenuhnya kemudahan ilmu di hujung jari ini

sabaik-baiknya dalam memperolehi pelbagai maklumat yang berkaitan. Maklumat

berkaitan dengan sejarah sesebuah kampung, sejarah sesebuah tempat sememangnya

banyak di laman-laman web di internet. Ianya boleh diperoleh menerusi pelbagai

peranti yang saya miliki seperti kemudahan laptop dan juga telefon pintar.

7. PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI

7.1 PENGENALAN

Menghuraikan tentang Kuala Penyu dan sejarah awal penubuhan KG

Menunggang Kuala Penyu.

7.2 ISI

7.2.1 CIRI DAN LATAR BELAKANG KAMPUNG

7.2.2 FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA PENUBUHAN

KAMPUNG

7.2.3 SEJARAH PERKEMBANGAN KAMPUNG

7.2.4 KESAN PENUBUHAN

7.3 PENUTUP

Secara kesimpulannya, melalui kajian ini kita dapat gambaran tentang sejarah

asal-usul dan perkembangan yang berlaku di KG Menunggang Kuala Penyu

dalam tempoh yang dikaji.


8. PENUTUP

Kajian ini dapat menjelaskan tentang asal-usul dan perkembangan yang telah

dialami oleh KG Menunggang Kuala Penyu. Kajian ini juga menjelaskan tentang latar

belakang dan ciri keunikan KG Menunggang Kuala Penyu. Selain itu, kajian ini juga

menjelaskan tentang faktor yang telah membawa kepada penubuhan kampung ini

serta dapat menjelaskan kesan terhadap masyarakat selepas kampung ini

ditubuhkan.
SOALAN TEMUBUAL

Maklumat diri;
Nama:

Bangsa:

Jantina:

Umur:

1. Siapakah yang mencadangkan pembukaan kampung ini ?

2. Bilakah kampung ini ditubuhkan ?

3. Apakah tujuan kampung ini ditubuhkan dan mengapa kawasan ini dipilih ?

4. Siapa yang terlibat dalam penubuhan kampung ini ?


5. Bagaimana keadaan kampung pada ketika itu ? (Dalam tahun 2000 hingga tahun
2015)

6. Adakah terdapat perkembangan yang berlaku sejak kampung ini ditubuhkan ?

7. Apakah halangan yang dihadapi ketika kampung ini ditubuhkan ?

8. Bagaimanakah halangan tersebut diselesaikan ?


BORANG KAJIAN SOAL SELIDIK

SEJARAH STPM PENGGAL DUA

BIL BAHAGIAN MUKA SURAT

1 Bahagian A
1
2 Bahagian B
1

3 Bahagian C
1

4 Bahagian D
1
BORANG SOAL SELIDIK
KERJA KURSUS SEJARAH

BAHAGIAN A

MAKLUMAT DIRI RESPONDEN

UMUR
JANTINA

Sila tandakan ( ✓ ) pada kotak yang disediakan.

Bil PERKARA YA TIDAK


1 Adakah kampung ini mempunyai perkhidmatan awam yang
mencukupi?
2 Adakah jalan raya di kawasan kampung ini memerlukan pembaikan ?

3 Adakah capaian bekalan elektrik dapat diperoleh oleh semua


penduduk di kawasan kampung ini?
4 Adakah penduduk di kampung ini menjalankan kegiatan ekonomi
pertanian?
5 Adakah penduduk di kawasan kampung ini menjalankan kegiatan
ekonomi perniagaan?
6 Adakah pusat pendidikan di kampung ini dapat menampung jumlah
pelajar yang terdapat di kampung ini?
7 Adakah pondok polis di kampung ini perlu ditambah baiki?
8 Adakah bekalan air di kampung ini mencukupi untuk kegunaan
penduduk kampung?
9 Adakah terdapat keunikan yang dapat di lihat di kampung ini?
Jika ya nyatakan:

10 Adakah terdapat perkembangan yang berlaku di kampung ini sejak


kampung ini ditubuhkan sama ada dari segi jalan perhubungan,
bilangan penduduk, pertambahan keluasan kawasan dan lain-lain?
11 Adakah sekolah tadika di kampung ini perlu dibaik pulih
BAHAGIAN B

Sila tandakan ( ✓ ) pada kotak yang disediakan.

BIL PERKARA SANGAT SETUJU TIDAK SANGAT


SETUJU SETUJU TIDAK
SETUJU

1 Kampung ini perlu dimajukan


dengan pelbagai kegiatan
ekonomi pertanian
2 Kampung ini perlu dimajukan
dengan kegiatan ekonomi
perdagangan dan perniagaan
3 Bekalan elektrik di kampung ini
perlu di tambah baiki
4 Rangkaian telefon di kampung
ini perlu di tambah baiki
5 Jalan raya di kampung ini perlu
di tambah baiki
6 Kawasan sekolah di kampung
ini perlu diperluaskan
7 Infrastruktur sekolah perlu
ditambah baik
8 Pertambahan infrastruktur
diperlukan di kampung ini
9 Balai raya di kampung ini perlu
ditambah baiki
10 Pihak kerajaan perlu memberi
dana untuk penduduk kampung
memulakan kegiatan perniagaan
11 Sekolah tadika di kampung ini
perlu di baik pulih
BAHAGIAN C

Sila tandakan ( ✓ ) pada kotak yang disediakan.

BIL PERKARA LEMAH SEDERHANA BAIK CEMERLANG


1 Tahap pembinaan jalan
raya di kampung ini
memuaskan
2 Tahap pembinaan
sekolah di kampung ini
memuaskan
3 Keluasan pembukaan
kampung di kampung ini
dapat menampung
jumlah penduduk
4 Pembinaan balai raya d
kampung ini berfungsi
dengan baik bagi
penduduk untuk
melakukan aktiviti
5 Rangkaian telefon di
kampung ini berfungsi
dengan baik
6 Kawasan sekolah di
kampung ini perlu
diperbesarkan
7 Sekolah tadika ini
berfungsi dengan baik
bagi pelajar untuk belajar
8 Tahap keselamatan di
kampung ini memuaskan
9 Peruntukkan bantuan
untuk membangunkan
kampung mencukupi dan
memuaskan
10 Kualiti bekalan ar di
kampung ini memuaskan
11 Kualiti bekalan air di
kampung ini memuaskan
BAHAGIAN D

APAKAH HARAPAN ANDA TERHADAP KAMPUNG INI ?

Anda mungkin juga menyukai