Anda di halaman 1dari 5

TEMA : SEJARAH EKONOMI

TAJUK : KAJIAN PERKEMBANGAN PENUBUHAN RUMAH SARANG BURUNG


WALET DI PULAU BANGGI DARI TAHUN 2010 HINGGA TAHUN 2015

PENGENALAN

Ekonomi adalah suatu kajian yang berkaitan tentang cara manusia dalam menggunakan
sumber-sumber ekonomi yang terhad bagi memenuhi kehendak manusia. Namun, ekonomi
negara akan berubah dari semasa ke semasa disebabkan oleh teknologi dan inovasi baharu.
Penubuhan rumah sarang burung walet merupakan kegiatan ekonomi yang berpotensi di
Pulau Banggi.

Kawasan ini amat berpotensi untuk menjalankan perusahaan penubuhan rumah burung
walet. Kajian yang pengkaji lakukan hanya tertumpu kepada sejarah perkembangan
penubuhan rumah burung walet di Pulau Banggi dari tahun 2010 sehingga tahun 2015.

OBJEKTIF KAJIAN

1) Mengkaji sejarah perkembangan penubuhan rumah sarang burung walet di Pulau


Banggi bermula dari tahun 2010 sehingga tahun 2015
2) Mengkaji faktor-faktor perkembangan penubuhan rumah sarang burung walet di
Pulau Banggi
3) Mengkaji cabaran dan rintangan yang dihadapi oleh pemilik rumah sarang burung
walet
4) Mengkaji langkah-langkah yang diambil oleh pemilik rumah sarang burung walet
bagi mengatasi rintangan yang dihadapi
5) Mengkaji kesan penubuhan rumah sarang burung walet terhadap sosioekonomi
masyarakat di Pulau Banggi
PERMASALAHAN KAJIAN

Kemajuan dalam penubuhan rumah sarang burung walet telah menarik perhatian pengkaji
untuk membuat tentang perkembangan penubuhan sarang burung ini. Rumah sarang burung
walet yang pengkaji ingin kaji terletak di Kampung Lok Tuhog. Dalam kajian ini, pengkaji
lebih mengutamakan tentang sejarah awal dalam penubuhan dan perkembangan rumah sarang
burung walet.

Selain itu, pengkaji juga mengkaji tentang cabaran dan rintangan yang dihadapi oleh
pemilik rumah sarang burung walet dan langkah-langkah bagi mengatasinya serta kesannya
terhadap masyarakat sekeliling.

SKOP KAJIAN

Skop tentang kajian ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kawasan kajian dijalankan
dan tempoh kajian. Dari segi kawasan kajian, ianya terletak di Kampung Lok Tuhog, Pulau
Banggi. Kawasan kajian ini dipilih kerana ianya berpotensi untuk penubuhan sarang burung
walet. Bahkan kawasan ini terletak tidak jauh dari pusat pentadbiran Pulau Banggi iaitu
pekan Karakit berbanding dengan kampung-kampung yang lain.

Seterusnya dari segi tempoh kajian pula, kajian ini bermula dari tempoh tahun 2010
sehingga tahun 2015. Tempoh kajian ini adalah selama 6 tahun kerana tempoh ini telah
berlakunya perkembangan yang maju dalam perkembangan penubuhan rumah sarang burung
walet ini.

Pengkaji juga akan menjalankan temu bual bersama pemilik rumah sarang burung walet
bagi memperolehi maklumat yang berkaitan dengan kajian yang dikaji.
SOROTAN KAJIAN LEPAS

Sebelum pengkaji memulakan kajian ini, tiada suatu kajian khusus yang diterbitkan oleh
mana-mana pihak yang berkaitan tentang penubuhan rumah sarang burung walet ini. Bahkan,
saya telah mendapatkan maklumat ini sendiri daripada pemilik rumah sarang burung walet.
Oleh itu, saya akan menjalankan kajian ini dengan sebaik-baiknya.

KAEDAH KAJIAN

Dalam pelaksanaan kajian ini, pengkaji telah menggunakan tiga kaedah untuk mendapatkan
maklumat yang sahih dan lebih terperinci berkaitan kajian ini iaitu kajian kepustakaan, temu
bual dan kajian lapangan. Dalam kajian kepustakaan, pengkaji telah menjalankan kaedah ini
di SK.Limbuak bagi memperolehi sumber primer dan sumber sekunder. Tambahan pula,
pengkaji juga mendapatkan maklumat dari rujukan internet untuk mendapatkan maklumat
tentang burung walet.

Selain itu, pengkaji mendapatkan maklumat daripada temu bual bersama pemilik rumah
sarang burung tersebut sendiri ditemani dengan beberapa rakan sekelas dan temu bual ahli
keluarga pemilik rumah sarang burung yang mempunyai pengetahuan tentang sarang burung
walet. Maklumat temu bual akan dicatatkan di borang temu bual.

Di samping itu, kaedah lapangan telah dijalankan di kawasan kajian iaitu di Kampung Lok
Tuhog. Kajian lapangan ini dilakukan dengan melawat rumah sarang burung walet serta
mengambil gambar sebagai bahan bukti.

PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI

Esei ini akan dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu bahagian pengenalan, isi dan
juga bahagian kesimpulan. Dalam bahagian pengenalan, pengkaji akan menjelaskan tentang
kebaikan sarang burung walet dan menjelaskan secara umum tentang penubuhan rumah
sarang burung walet di Pulau Banggi.

Manakala dalam bahagian isi pula, pengkaji akan menjelaskan tentang tentang sejarah
perkembangan penubuhan rumah sarang burung walet di Pulau Banggi sejak tahun 2010
sehingga tahun 2015. Selain itu, pengkaji juga akan menjelaskan tentang faktor-faktor dalam
perkembangan penubuhan rumah sarang burung walet sepanjang 6 tahun. Seterusnya,
pengkaji akan menjelaskan tentang cabaran dan rintangan yang dihadapi oleh pemilik rumah
sarang burung walet serta menjelaskan tentang langkah-langkah yang diambil oleh pemilik
rumah sarang burung walet untuk mengatasi rintangan dan cabaran tersebut. Bahkan,
pengkaji akan menjelaskan tentang kesan daripada penubuhan sarang burung walet ini
terhadap sosioekonomi masyarakat di Pulau Banggi.

Untuk bahagian kesimpulan pula akan dijelaskan tentang rumusan tentang kajian dari awal
sehingga akhir kajian yang dijalankan. Tambahan pula, terdapat beberapa harapan terhadap
penubuhan rumah sarang burung walet ini pada masa hadapan untuk generasi baru yang akan
datang.

PENUTUP

Diharapkan agar kajian ini seperti akan dapat membantu dan menambahkan ilmu
pengetahuan tentang perkembangan penubuhan rumah sarang burung walet ini dalam
kalangan masyarakat setempat terumatanya golongan remaja agar dapat mewarisi ilmu dan
mengembangkan lagi penubuhan rumah sarang burung walet. Melalui kajian ini juga
diharapkan agar ianya akan berkembang maju dan dikenali seluruh negara.
BIBLIOGRAFI

Sumber Primer

Pemilik rumah sarang burung, Encik Awang Tahir

Ahli keluarga pemilik sarang burung, Mohd Sarabi Bin Lajis

Sumber Sekunder

Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007, Edisi Keempat, Kuala Lumpur

Sumber Internet

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Burung_Walit

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Penternakan_burung_walit

Anda mungkin juga menyukai