Anda di halaman 1dari 13

4.

1 Understanding of concepts mechanical properties of metallic material


SIFAT MEKANIKAL BAHAN METALIK
PENGENALAN
Mekanik pepejal ialah satu bidang yang melibatkan kajian ke atas pepejal yang mengalami
bebanan dan bidang ini diperkenalkan bertujuan untuk menerangkan sifat-sifat pepejal
semasa dikenakan sesuatu bebanan. Pengetahuan mengenai sifat-sifat seperti kekuatan,
tegasan, terikan, kilasan, daya ricih, momen lentur, kekukuhan, pesongan dan sebagainya
sangat berguna dalam merekabentuk komponen seperti tiang, aci, rasuk, pegas, bolt, tangki
dan lain-lain.

GREEK ALPHABET & SIMBOL – SIMBOL LAZIM


Sebelum mempelajari bab ini, adalah penting bagi pelajar-pelajar untuk mengetahui istilah-
istilah dan simbolsimbol yang lazim digunakan bagi mewakili beberapa item di dalam analisis
tegasan dan terikan. Antara yang paling banyak digunakan di dalam analisis kejuruteraan ini
adalah simbol-simbol yang berasaskan Bahasa Greek (Greek Alphabet). Simbol-simbol ini
boleh dirujuk di dalam jadual 1.1. Simbol-simbol lazim yang lain (Jadual 1.2) ini juga akan
digunakan dalam unit-unit seterusnya.
JENIS-JENIS DAYA
Daya boleh dikelaskan kepada 2 kelas yang utama iaitu:-
i. Daya Terus
ii. ii. Daya Ricih
DAYA TERUS
Lapisan yang mengalami tindakan daya adalah bersudut tepat dengan arah daya bertindak.
Ada dua jenis daya terus iaitu daya tegangan (positif) rujuk Rajah 2.1 (a) dan mampatan
(negatif) rujuk Rajah 2.1 (b). Daya tegangan akan menghasilkan pemanjangan sementara
daya mampatan akan menghasilkan pemendekan.

DAYA RICIH
Sekiranya lapisan itu mengalami tindakan daya yang selari dengan arah daya ricih, maka
lapisan itu akan mengalami kegelinciran dari lapisan yang di sebelahnya. Contoh yang mudah
adalah apabila 2 keping plat disambungkan dengan menggunakan rivet (2.2(a)) atau dengan
gam (Rajah 2.2(b)). Kemudian daya pada arah yang bertentangan dikenakan. Apabila daya
dikenakan, rivet atau gam tersebut akan mengalami kegagalan. Kegagalan tersebut berlaku
disebabkan oleh daya ricih yang dikenakan.
TEGASAN DAN TERIKAN NORMAL
Tegasan dan terikan merupakan tajuk asas di dalam matapelajaran Mekanik Pepejal. Untuk
mengetahui kekuatan sesuatu bahan, konsep tegasan haruslah diketahui terlebih dahulu.
Kekuatan sesuatu rekabentuk bagi menanggung bebanan boleh diketahui melalui analisis dan
pengiraan tegasan-tegasan yang berlaku. Ringkasnya, tegasan dikaitkan dengan daya yang
wujud pada sepanjang bahagian keratan bahan tali tersebut untuk menentang daya tarikan
yang dikenakan pada kedua-dua arah.
Terikan pula adalah berkaitan dengan perubahan bentuk yang berlaku ke atas bahan. Ada
ketikanya sesuatu rekabentuk itu dikatakan gagal apabila perubahan bentuk yang berlaku
telah melebihi had-had yang telah ditetapkan. Oleh yang demikian, konsep terikan perlu
diketahui. Hubungan di antara tegasan dan terikan juga diperkenalkan di dalam bab ini di
mana hubungan ini adalah penting untuk menyelesaikan masalah-masalah yang tidak boleh
di selesaikan secara keseimbangan statik sahaja.
4.1.1 Concept of Engineering Stress

Bagi memperkenalkan konsep tegasan dan terikan ini, perhatikan rajah 2.3 yang
menunjukkan satu bar yang mengalami tindakan beban terus (bebanan paksi). Cuba fahami
terlebih dahulu konsep tegasan. Rajah 2.3(a) menunjukkan panjang asal bar ketika tiada
beban dikenakan terhadapnya. Rajah 2.3(b) pula menunjukkan bar yang sama ditindakkan
dengan daya P. Berdasarkan kepada arah daya P yang dikenakan, bar tersebut akan
memanjang dalam arah daya dikenakan. Di dalam keadaan ini bar dikatakan berada di dalam
keadaan tegangan.
Sekarang cuba bayangkan satu satah keratan yang bersudut tepat dengan paksi bar seperti
yang dikeluarkan seperti yang ditunjukkan rajah 2.3(c) dibuat dan sebahagian daripada bar
yang terkerat itu dikeluarkan seperti yang ditunjukkan dalam rajah 2.3(d). Permukaan bar yang
terkerat akibat daripada satah keratan yang dibuat bersudut tepat dengan paksi bar adalah
dikenali sebagai keratan rentas. Daya-daya dalam wujud di dalam bahan bar seperti yang
ditunjukkan dalam rajah 2.3(d) bagi menjadikan bahagian bar yang terkerat itu berada di
dalam keadaan keseimbangan statik.
Daya-daya dalam ini diagihkan secara seragam pada keseluruhan keratan rentas dengan
syarat keratan rentas ini berada jauh dari titik tindakan daya P. Keamatan daya dalam yang
bertindak pada sesuatu keratan atau daya dalam per luas unit adalah dikenali sebagai
tegasan. Secara umumnya, nilai tegasan pada sesuatu keratan boleh diperolehi melalui
formula berikut;

Dari takrifan bagi tegasan, sebutan daya di dalam rumusan di atas adalah bermaksud daya
dalam, di mana dari rajah 2.3(d) untuk keseimbangan statik diperolehi, daya dalam tersebut
mestilah bersamaan dengan P. Jika dilihat dari rajah 2.3(d), arah daya dalam terhadap
keluasan dimana ianya bertindak adalah bersudut tepat di antara satu sama lain. Oleh yang
demikian tegasan yang terhasil adalah dikenali sebagai tegasan normal. Jika luas di mana
daya dalam tersebut bertindak ialah A maka tegasan normal boleh diperolehi seperti berikut;

Perkara ini boleh diperjelaskan lagi melalui rajah 2.4. Rajah 2.4 (a) menunjukkan sebatang
bar yang dikenakan daya luaran P. Daya P yang dikenakan akan menyebabkan bar tersebut
mengalami pemanjangan. Jika diperhatikan keratan rentas aci tersebut, kita akan dapati
terdapatnya daya yang akan bertindak ke atas satu satah keratan rentas XX tersebut (Rajah
2.4(b). Bagi memastikan ia berada di dalam keadaan kesimbangan, satu daya yang
bertentangan yang sama nilai dengan daya luaran P perlu dihasilkan.
Contoh 2.1
Satu bar keluli mempunyai keratan rentas segiempat tepat berukuran 25mm X 20mm . Bar
tersebut dibebankan dengan satu beban tegangan paksi bernilai 30kN . Dapatkan tegasan
tegangan yang terhasil pada keratan rentas bar tersebut.

Contoh 2.2
Rajah 2.5 di bawah menunjukkan satu bar keluli mempunyai keratan rentas segiempat tepat
berukuran 30 mm x 20 mm. Bar tersebut dibebankan dengan satu beban tegangan paksi
bernilai 40 kN. Dapatkan tegasan tegangan yang terhasil pada keratan tersebut.
2.5.1 Tegasan Ricih

Rajah 2.9: Kelakuan ricihan yang berlaku pada rivet yang dikenakan daya P

Perhatikan rajah 2.9(a) yang menunjukkan dua keping plat yang dihubungkan oleh ribet. Jika daya P
dikenakan pada plat; daya-daya yang bertindak tersebut seterusnya akan dipindahkan ke ribet seperti
yang ditunjukkan dalam rajah 2.9(b). Jika sekiranya daya P terlalu tinggi di mana seterusnya akan
menyebabkan kegagalan berlaku pada ribet, bentuk kegagalan yang akan berlaku adalah seperti yang
ditunjukkan dalam rajah 2.9 (c). Bentuk kegagalan seperti ini adalah dikenali sebagai ricih iaitu anggota
yang gagal itu bergelongsor di antara satu sama lain.

Jika satu keratan rentas dibuat pada ribet, daya dalam yang bertindak ditunjukkan dalam rajah 2.9 (d).
Dapat diperhatikan bahawa daya dalam ini bertindak dalam arah selari dengan keluasan tindakkannya.
Oleh itu daya dalam jenis ini dikenali sebagai daya ricih. Tegasan yang diperolehi dari daya ricih ini
adalah dikenali sebagai tegasan ricih dan boleh diperolehi seperti berikut;

Simbol tau ( τ ) digunakan untuk tegasan ricih. Unit untuk tegasan ricih adalah sama dengan unit untuk
tegasan normal.
Rajah 2.10: Contoh tegasan ricih yang berlaku pada sambungan rivet dan yang dilekatkan
menggunakan gam

Beberapa contoh kes tegasan ricih ditunjukkan di dalam rajah 2.10. Ribet dikatakan berada di dalam
keadaan ricih tunggal bagi plat yang dihubungkan seperti dalam rajah 2.10(a). Bagi rajah 2.10(b), ribet
dikatakan berada di dalam keadaan ricih berganda. Tegasan ricih bagi ribet di dalam keadaan ricih
tunggal ialah;

Contoh 2.5
Rajah 2.11 di bawah menunjukkan satu penebuk bergaris pusat 19mm digunakan untuk menghasilkan
satu lubang pada plat setebal 6mm. Dengan daya sebanyak 116kN dikenakan pada penebuk, tentukan
tegasan ricih yang berlaku di dalam plat.
Penyelesaian:

Contoh 2.6
Satu bar bulat padu keluli dimasukkan secara longgar ke dalam tiub tembaga seperti yang ditunjukkan
dalam rajah 2.6 di bawah. Bar keluli dan tiub tembaga ini disambung dengan menggunakan satu bolt
yang bergarispusat 10mm. Jika sekiranya daya tegangan 10kN dikenakan pada bar, kira tegasan ricih
dalam bolt.
4.1.2 Concept of Engineering Strain
2.3.2 Terikan Normal
Apabila sesuatu anggota struktur dikenakan beban, ubah bentuk pasti berlaku walaupun
sedikit. Rajah 2.3(a) menunjukkan panjang asal bar ketika tidak dikenakan. Apabila beban P
dikenakan, perubahan bentuk berlaku seperti rajah 2.3(b). Dari rajah tersebut pemanjangan
yang berlaku ke atas bar ialah dL . Terikan normal ditakrifkan sebagai nisbah pemanjangan
terhadap panjang asal bar dan boleh dinyatakan seperti berikut:

2.5.2 Terikan Ricih

Perhatikan satu blok segiempat tepat yang mengalami tindakan tegasan ricih seperti yang ditunjukkan
dalam rajah 2.14. Akibat daripada tindakan tegasan ricih, blok tersebut tidak memanjang atau
memendek tetapi perubahan bentuk yang berlaku ke atas blok ialah dari segi perubahan sudut seperti
yang ditunjukkan oleh garisan putusputus di dalam rajah berkenaan. Sudut kecil f , yang menentukan
nilai ubah bentuk berkenaan dikenali sebagai terikan ricih. Terikan ricih dinyatakan dalam radian. Bagi
Sudut Φ yang kecil:
Rajah 2.14 : Rajah menunjukan sebuah blok segiempat yang mengalami perubahan bentuk akibat
tindakan daya ricih, V

4.1.3 Hooke’s Law Relationships


2.4 GAMBARAJAH TEGASAN-TERIKAN

Gambarajah tegasan-terikan diperolehi melalui ujian tegangan. Melalui ujian tegangan, sifat keanjalan,
kerapuhan dan kemuluran bahan dapat dikaji. Gambarajah tegasan dan terikan banyak menerangkan
tentang kelakuan tegasan dan terikan bahan dan melalui kedua-dua kelakuan ini beberapa sifat pada
bahan tahap-tahap tertentu. Kelakuan-kelakuan ini boleh dihubungkan melalui satu hukum yang
dinamakan sebagai Hukum Hooke.

2.4.1 Keanjalan Lelurus & Hukum Hooke


Bahan anjal ialah bahan yang boleh berubah bentuk dengan mudah apabila di kenakan beban. Bahan
anjalsecara umumnya adalah bahan yang bersifat keanjalan. Keanjalan adalah kebolehan sesuatu
logam kembali semula kepada bentuk dan saiz asal apabila beban yang dikenakan dilepaskan.
Kebanyakan logam menunjukkan sifat keanjalan bagi satu julat tegasan yang disebut julat keanjalan.
Jika dirujuk graf tegasan melawan terikan, akan didapati garis lurus OA seperti pada Rajah 2.3. Hukum
Hooke menyatakan bahawa dalam lingkungan had anjal bagi sesuatu bahan, tegasan adalah
berkadaran terus dengan keterikan,

Tegasan (σ) berkadar terus terhadap terikan ( ε)

Hukum Hooke menyatakan bahawa tegasan adalah berkadar terus dengan terikan. Ujikaji yang
dijalankan ke atas kebanyakan bahan kejuruteraan membuktikan kebenaran anggapan ini pada paras
tegasan yang rendah. Hukum Hooke juga terpakai untuk tegasan tegangan dan mampatan asalkan
ianya berada di dalam julat perkadaran dari gambarajah tegasan-terikan tersebut. Hubungan lelurus di
antara tegasan dan terikan di dalam julat perkadaran ini memberikan persamaan berikut (rajah 2.17);
Dari rajah 2.7, kecerunan garis lurus graf inilah yang memberikan persamaan Hukum Hooke dan
persamaan garis lurus ini boleh diringkaskan; E(Modulus Young, Modulus Keanjalan)

4.2 Understanding of Elastic and Plastic Deformation

4.2.1 Perubahan bentuk Elastik

Jenis ubah bentuk ini boleh diterbalikkan. Apabila daya tidak lagi digunakan, objek kembali ke bentuk
aslinya. Elastomer dan bentuk logam memori seperti Nitinol mempamerkan rentang ubah bentuk elastik
yang besar, seperti juga getah. Namun keanjalan adalah tidak linear dalam bahan-bahan ini. Logam
biasa, seramik dan kebanyakan kristal menunjukkan keanjalan linear dan pelbagai elastik yang lebih
kecil. Pengubahan elastik linear diterbit oleh Hukum Hooke, yang menyatakan:
Di mana σ ialah tegasan yang dikenakan, E ialah pemalar material yang dipanggil modulus Young atau
modulus elastik, dan ε ialah ketegangan yang terhasil.

Hubungan ini hanya terpakai dalam julat elastik dan menunjukkan bahawa cerun tegasan berbanding
lengkung terikan boleh digunakan untuk mencari modulus Young E. Jurutera sering menggunakan
pengiraan ini dalam ujian tegangan. Rentang anjal berakhir apabila bahan mencapai kekuatan hasilnya.
Pada masa ini ubah bentuk plastik bermula.

Perhatikan bahawa tidak semua bahan elastik mengalami ubah bentuk anjal linear; sesetengah, seperti
besi tuang konkrit, kelabu, dan banyak polimer, bertindak balas dengan cara yang tidak linear. Untuk
bahan-bahan ini, Hukum Hooke tidak boleh digunakan

4.2.2 Perubahan bentuk Plastik

Jenis ubah bentuk ini tidak dapat dipulihkan. Walau bagaimanapun, objek dalam pelbagai ubah bentuk
plastik akan mula mengalami ubah bentuk anjal, yang boleh diterbalikkan, jadi objek itu akan kembali
sebahagiannya kepada bentuk asalnya. Termoplastik lembut mempunyai pelbagai ubah bentuk plastik
yang agak besar seperti logam mulur seperti tembaga, perak, dan emas. Keluli juga, tetapi tidak
membuang besi. Plastik thermosetting keras, getah, kristal, dan seramik mempunyai jurang ubah
bentuk plastik minimum. Contoh bahan dengan pelbagai ubah bentuk plastik yang besar adalah permen
karet yang basah, yang dapat menjangkau puluhan kali panjang asalnya.

Di bawah tegangan tegangan, ubah bentuk plastik dicirikan oleh rantau pengerasan tegangan dan
rantau leher dan akhirnya, patah (juga dipanggil pecah). Semasa pengerasan terikan bahan menjadi
lebih kuat melalui pergerakan dislokasi atom. Fasa leher ditunjukkan oleh pengurangan kawasan
keratan rentas spesimen. Necking bermula setelah kekuatan muktamad tercapai. Semasa necking,
bahan tidak lagi dapat menahan tegasan maksimum dan ketegangan dalam spesimen meningkat
dengan cepat. Pengubahan plastik berakhir dengan patah bahan

Keterangan berkenaan graf ini adalah seperti berikut:

Had Keanjalan
Suatu bahan itu dikatakan berkeadaan anjal sekiranya bahan tersebut dapat kembali ke bentuk asalnya
selepas daya yang bertindak di lepaskan. Ini ditunjukkan oleh garisan.

Keplastikan/Set kekal
Keplastikan adalah berlawanan dengan keanjalan. Bahan itu dikatakan berkeadaan plastik jika tidak
dapat kembali kebentuk asal selepas daya yang bertindak keatasnya dilepaskan. Jika bahan
dibebankan selepas titik B dan kemudian beban ini dilepaskan, bahan berkenaan tidak akan kembali
ke panjang asal dan pemanjangan berlebihan atau tetap disebut sebagai set kekal. Perubahan bentuk
selepas titik B ialah secara plastik.

Takat Alah
Pada titik C, bahan tersebut akan mengalami pemanjangan tanpa peningkatan beban. Titik C disebut
takat alah atas manakala D ialah takat alah bawah.

Beban Maksimum
Beban Maksimum disebut sebagai kekuatan tegangan muktamad atau kekuatan tegangan tertinggi.
Nilai ini adalah penting dalam kerja merekabentuk kerana jika beban yang berlebihan dari nilai yang
dikenakan, bahan tersebut akan gagal.

Keleheran
Di titik E, bahan tersebut mengalami “Keleheran” iaitu keratan rentasnya semakin berkurangan dan
oleh itu beban yang dikenakan menurun dari nilai maksimum hingga kegagalan berlaku pada titik F.
Latihan:

Anda mungkin juga menyukai