Anda di halaman 1dari 1

INTROSPEKSI

Syalena Qamaliah binti Upilin


1200152
Universiti Sains Islam Malaysia

Dulu...
setiap detik yang berlalu merupakan detik kebahagiaanku
berlarian di tengah-tengah hujan tanpa menghiraukan sakit yang bakal dihadapi
bermain lumpur bersama rakan tanpa menghiraukan bebelan yang akan dihadapi
menaiki pokok tanpa menghiraukan luka yang akan ada jika jatuh
namun segala-galanya telah berlalu.

Dulu...
kukira alam dewasa itu amat menyeronokkan
tidak sehingga aku tahu bahawa tanggungjawab yang dipikul amat berat
tidak sehingga aku kenal sisi buruk setiap orang
tidak sehingga aku merasai peritnya kehilangan seseorang
tidak sehingga aku tahu apa itu perasaan benci, penat, dan tertekan.

Saban hari telah berlalu


aku di sini masih mengharap bahwa
akan ada keajaiban yang berlaku untuk membawa ku ke alam kanak-kanak kembali
namun apakan daya aku tidak mampu mengubah takdir yang masa tidak boleh diputar
yang hanya mampu kulakukan hanya mengenang kembali memori yang manis ini kerana
aku hanya seorang manusia yang merindui dirinya sewaktu kecil.

Anda mungkin juga menyukai