Anda di halaman 1dari 7

PERTANDINGAN MARI BERCERITA

CERITA RAKYAT MALAYSIA


2021

K ERTAS
ONSEP

anjuran
Institut Pendidikan Guru
Kampus Bahasa Melayu
Kuala Lumpur
PERTANDINGAN MARI BERCERITA
CERITA RAKYAT MALAYSIA
2021

1 Pendahuluan

Pertandingan Mari Bercerita: Cerita Rakyat Malaysia diadakan untuk murid-murid


sekolah rendah. Pertandingan ini dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Melayu,
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM). IPGKBM sebagai
peneraju utama pendidikan bahasa Melayu menganjurkan pertandingan Mari
Bercerita: Cerita Rakyat Malaysia 2021 sebagai usaha memperkasakan bahasa
Melayu melalui penguasaan kemahiran bertutur dalam kalangan murid sekolah
rendah. Di samping itu juga pertandingan ini dapat mencungkil bakat bercerita
dalam kalangan murid sekolah rendah.
2 Objektif

2.1 Menyediakan medan untuk mengasah bakat bercerita dalam


kalangan murid sekolah rendah.

2.2 Meningkatkan kemahiran bertutur bahasa Melayu dalam kalangan murid


sekolah rendah.

2.3 Mengumpul dan membukukan secara digital cerita rakyat Malaysia.

3 Penyertaan

Penyertaan ini terbuka kepada murid-murid tahap 1 dan tahap 2 sekolah


kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan.

4 Format Pertandingan

4.1 Sekolah yang mengikuti pertandingan menghantar nama murid, tajuk cerita
dan video rakaman cerita secara dalam talian dalam tempoh yang
ditetapkan.

4.2 Penjurian dilaksanakan berdasarkan rakaman bercerita yang telah


dihantar.

4.3 Pengumuman pemenang dibuat secara talian dan secara bertulis kepada
pemenang.
4.4 Majlis Penyampaian Hadiah akan dilaksanakan secara dalam talian
dan wang kemenangan akan dimasukkan melalui akaun pemenang.

5 Syarat-syarat Pertandingan

5.1 Terbuka kepada murid tahap 1 dan tahap 2 di SK dan SJK.

5.2 Dua penyertaan dihadkan bagi setiap sekolah.

5.3 Terbahagi kepada dua kategori, iaitu untuk


• Penutur natif bahasa Melayu
• Penutur bukan natif bahasa Melayu

*Hadiah disediakan berdasarkan dua kategori yang disenaraikan.

5.4 Kriteria Cerita Rakyat Malaysia seperti yang berikut:

i Terdiri daripada;
 Cerita Asal Usul
 Cerita Binatang
 Cerita Jenaka
 Cerita Penglipur Lara

ii Isi cerita mengandungi unsur-unsur pengajaran dan nilai-nilai murni


sejagat yang tidak menyentuh isu-isu sensitif.

5.5 Teknik Penceritaan


i Peserta dibenarkan bercerita menggunakan dengan peralatan seperti
boneka, puppet, gambar bersiri, poster, tali.

ii Peserta dibenarkan memakai kostum yang sesuai dengan watak atau


persembahan.

iii Peserta dibenarkan menggunakan alatan yang memberi impak latar.


yang berkesan seperti props latar dan bunyi latar.

6 Kriteria Video

i Rakaman video (format MP4) dan secara melintang (landscape).


ii Video hendaklah dirakam penuh (kepala hingga kaki).
iii Rakaman video yang telah siap perlu dimuat naik ke dalam youtube.
(Lihat panduan yang diberikan)
Proses memuat naik rakaman video pembentangan ke YouTube :
a. Sila ke youtube.com

b. Log masuk ke akaun YouTube (jika ada). Jika tiada, reka satu akaun
google di https://accounts.google.com/SignUp.

c. Sila ke ‘Create a video or post’ link (Video Icon) di sebelah atas kanan
muka skrin dan klik ‘Upload video’.

d. Klik ‘Select files’ atau anda boleh drag and drop rakam video
pembentangan daripada komputer anda.

e. Masukkan maklumat berikut:

i. Tajuk (Title):
Isikan tajuk video bercerita anda menggunakan standard format,
Nama_Tahun1/2_ nama sekolah.

Contohnya: Zanariah Hamid_Tahun 1_SK Bangsar_natif/bukan natif

ii. Penerangan (Descriptions): Taipkan satu penerangan ringkas


mengenai cerita anda.
Contoh: Cerita ini mengenai nenek kebayan yang membantu gagak
yang cedera.

iii. Penonton (Audience): Pilihan penonton anda.

iv. Elemen video (Video elements): Abaikan langkah ini dengan klik next.

f. Perkongsian (Visibility): Pilih ‘private’ setting.

g. Setelah video anda siap, salin pendua link tersebut (contohnya,


https://youtu.be/gkaQpnnVTus) dan isikan maklumat penyertaan anda
serta link YouTube rakaman video bercerita anda di link google form yang
akan diberikan kemudian.
rujuk: https://sites.google.com/view/bercerita-peringkat-kebangsaan/utama
7 Penyerahan Rakaman

7.1 Dua salinan teks cerita hendaklah dihantar kepada pihak pengelola
sebelum tarikh tutup (aksara bersaiz 12, font Arial dan langkau dua baris).

7.2 Rakaman video hendaklah dihantar bersama borang penyertaan


pertandingan bercerita melalui pautan diberi.

7.3 Label rakaman menggunakan nama pencerita_ natif/bukan natif nama


sekolah.

8 Skop Penilaian Pertandingan Bercerita

 Bahasa
 Kelancaran/kefasihan
 Gaya persembahan
 Bahan Alatan

9 Tarikh-tarikh Penting

Pendaftaran Awal
15 Ogos 2021 – 27 Ogos 2021

Penghantaran video rakaman


20 Ogos 2021 – 13 September 2021

Majlis Perasmian penutupan dan pengumuman pemenang pertandingan


14 Oktober 2021

10 Hadiah (untuk Kategori A dan Kategori B)

Johan
RM200.00

Naib Johan
RM150.00

Ketiga
RM100.00

Saguhati X 5
RM50.00
11 Borang Penyertaan/ Pendaftaran Awal

Rujuk Lampiran A
LAMPIRAN A

PERTANDINGAN MARI BERCERITA


CERITA RAKYAT MALAYSIA
2021

BORANG PENYERTAAN

Kategori
Bil Nama Murid Tahun Jantina (Natif/Bukan natif)

Nama Guru Pengiring : …………………………………………………………………

Nombor Telefon : ………………………………………………………………….

e-mel : ………………………………………………………………….

Nama Sekolah : ………………………………………………………………….

Alamat Sekolah : ………………………………………………………………….

………………………………………………………………….

e-mel kepada: mariberceritakebangsaan2021@gmail.com atau


melalui telegram kepada: 1. Puan Sharifah Hanim Syed Akbar (012-3572891)
2. Puan Rosnawati binti Sa’ad (012-6853053)
3. Dr. Zanariah binti Hamid (012-657 4398)
maklumat lanjut: https://sites.google.com/view/bercerita-peringkat-kebangsaan/utama

Anda mungkin juga menyukai