Anda di halaman 1dari 4

Dodi Si Leher Panjang

Oleh: Zulina Hassan

Diolah oleh : Azlina Zabha

Nyam..nyam..nyam… hm…sedapnya pucuk-pucuk muda ni. Kalaulah setiap hari

aku dapat makan seperti ini, alangkah seronoknya. Getus Dodi di dalam hati.

Kawan-kawan tahu siapakah Dodi? Kalau nak tahu… mari dengarkan cerita yang

akan saya sampaikan yang bertajuk Dodi Si Leher Panjang.

Kawan-kawan,

Dodi ialah seekor anak zirafah. Dodi dan ibunya suka makan pucuk-pucuk

pokok. Rasanya sungguh enak dan menyegarkan. Hm..nyam..nyam…nyam…. Dodi

makan dengan banyak sekali. Walaupun teruja dengan makanan yang lazat di

depan mata, namun Dodi amat bersyukur kerana tumbuh-tumbuhan di tempat

tinggalnya masih hidup subur.

Tidak jauh dari situ, Dodi melihat sekawan kuda sedang meragut rumput. Ada

juga haiwan lain seperti kancil dan rusa. Burung-burung juga berterbangan ke sana

sini. Mereka hidup aman damai sepanjang berada di hutan ini.

Ketika Dodi sedang leka makan, dia disapa oleh ibunya.

“Dodi, apa yang kamu lihat? Apa yang sedang kamu fikirkan?”

Tersentak Dodi dari lamunannya. “Saya sedang melihat kawan-kawan kita di

sana. Mereka semua hidup aman dan tenteram. Tidak ada musuh yang datang

mengganggu,” jawab Dodi.


Ibu Dodi tersenyum memahami maksud anaknya yang masih kecil itu. Dia

juga menasihati anaknya bahawa walaupun tempat ini aman, mereka harus sentiasa

waspada. Singa sentiasa mencari peluang untuk menangkap mereka.

Hah… Singa? Dodi terpinga-pinga kerana inilah kali pertama dia mendengar

tentang haiwan bernama singa. Dia bertanya kepada ibunya tentang rupa singa. Ibu

Dodi menerangkan bahawa badan singa panjang dan rendah. Warna bulunya

perang seperti warna rumput kering. Pada leher singa jantan ada rambut. Rupanya

sungguh menggerunkan.

Dodi mencemikkan bibirnya. Huh… Dodi dengan penuh yakin mengatakan

jika singa ingin menangkapnya, dia akan berlari dengan pantas. Dodi juga

menunjukkan cara dia akan menendang singa itu dengan kuatnya.

Ibu Dodi tersenyum melihat gelagat anaknya. Dia mengingatkan Dodi agar

tidak sombong kerana sikap ini akan memakan diri sendiri. Dodi menganggukkan

kepalanya. Dia berjanji yang dia akan sentiasa waspada.

Ibu Dodi memuji anaknya kerana berani. Namun dia tetap mengingatkan

agar Dodi mesti lari dalam kumpulan kerana Zirafah yang terpisah dari kumpulan

mudah ditangkap oleh singa. Kecut perut Dodi mendengar amaran keras ibunya itu.

Dia berdiri dekat dengan ibunya. Dodi bertanya kepada ibunya sama ada singa itu

akan datang beramai-ramai untuk menangkap mereka.

Ibu Dodi mengatakan bahawa dua atau tiga ekor singa akan bekerjasama

untuk mengejar mangsanya. Ibu Dodi menasihati Dodi agar jangan bimbang. Jika

Dodi sentiasa berada dalam kumpulan, Dodi tidak akan dapat ditangkap oleh singa.

Malam itu, Dodi tidur di sebelah ibunya. Dodi tidur dengan kepala tegak ke

atas. Dodi sentiasa berwaspada jika singa datang mahu menangkapnya. Ketika
hendak melelapkan mata, Dodi mendengar suara ngauman.

Aum..aum..aum..Semua haiwan senyap.

“Bunyi apa itu, ibu?” bisik Dodi kepada ibunya.

“Sssyyyy… itu bunyi ngauman singa. Pada waktu malam beginilah singa

keluar berburu,” kata ibu Dodi.

Dodi ketakutan. Ibu Dodi menenangkan anaknya. Sifat keibuan dan kasih

sayang yang ditunjukkan itu berjaya membuatkan Dodi tenang. Ibu Dodi memberi

semangat kepada anaknya itu dengan mengatakan Dodi seekor zirafah yang berani.

Dalam diam, Dodi menanam azam untuk menewaskan singa sekiranya diserang.

Tanpa sedar, Dodi akhirnya terlelap.

Cahaya matahari yang indah sudah terbit, Dodi bangkit daripada tidur sambil

menggeliatkan badannya. Ibu Dodi memerhatikan Dodi. Dia mengajar anaknya agar

bersyukur kepada Allah kerana mereka masih hidup.

Hari itu, ibu Dodi membawa Dodi meragut pucuk-pucuk pokok. Belum pun

sempat mereka makan, seekor zirafah tiba-tiba mendengus dan berlari jauh dari situ.

Semua zirafah dan haiwan lain turut melarikan diri. Tanpa berlengah lagi, ibu Dodi

menjerit meminta Dodi melarikan diri. Tiga ekor singa betina sedang mengejar

mereka dengan pantas. Dodi tidak mampu bertindak pantas kerana dia masih kecil.

Dodi menjerit sekuat hati meminta tolong daripada ibunya. Seekor singa

betina semakin hampir dengannya. Usaha tangga kejayaan. Dodi bertekad tidak

mahu putus asa. Dengan sekuat tenaga, Dodi menendang singa itu. Malangnya,

tendangannya amat lemah. Dodi jatuh terbaring di atas rumput. Ibu Dodi berlari ke

arah Dodi lalu menendang kepala singa yang cuba menggigit leher Dodi. Singa itu

tergolek ke tanah sambil mengerang kesakitan. Dua ekor singa betina yang lain
segera melarikan diri.

Dodi segera bangkit dan merapati ibunya. Dia menarik nafas lega. Singa

betina yang ditendang oleh ibunya tidak bergerak lagi. Tapak kaki ibunya yang lebar

telah mematahkan tengkuk singa itu. Akhirnya mereka selamat daripada buruan

singa.

Demikianlah kawan-kawan, cerita Dodi Si Leher Panjang. Siapa sangka

haiwan yang lemah juga mampu menewaskan haiwan yang kuat. Ingat, yang kuat

tidak selalunya menang, yang lemah tidak selalunya kalah. Kejayaan tidak datang

bergolek. Oleh itu,usahalah untuk menjadi yang terbaik.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai