Anda di halaman 1dari 6

3/31/22, 1:42 PM Pemakanan Kanak-Kanak yang kurang Berat Badan - PORTAL MyHEALTH

Pemakanan Kanak-Kanak yang kurang Berat Badan


114

Pengenalan

Kekurangan berat badan tidak bermaksud kurus ataupun langsing. Sesetengah kanak-kanak, secara
semula jadi, bertubuh agak besar dan mengekalkannya dengan mengamalkan diet yang seimbang serta
melakukan aktiviti fizikal. Ini adalah sihat dan normal. Manakala sesetengah kanak-kanak pula, secara

semula jadinya bertubuh kecil, namun mereka bukanlah kekurangan berat badan. Walau bagaimana pun,
kekurangan berat badan yang sebenar mungkin petanda kepada masalah pemakanan, kesihatan atau
emosi.

Bagaimana untuk mengetahui jika anak saya mengalami kekurangan berat badan?

Pertumbuhan adalah petunjuk yang baik bagi status pemakanan seseorang kanak-kanak. Pertumbuhan

kanak-kanak dinilai oleh anggota kesihatan untuk mengetahui sama ada kanak-kanak tersebut mengikuti

corak pertumbuhannya.

Pertumbuhan kanak-kanak boleh diawasi dengan menimbang berat badan dan mengukur ketinggiannya

serta membuat perbandingan dengan rujukan standard. Ini boleh dilakukan dengan memplot nilai berat

badan dan ketinggian kanak-kanak pada carta berat badan dan ketinggian mengikut jantina.

Anggota kesihatan akan menimbang berat dan mengukur ketinggian seseorang kanak-kanak untuk

menentukan sama ada ia berada dalam lingkungan yang sihat. Umur dan corak pertumbuhan kanak-
kanak juga akan diambil kira bagi menentukan sama ada mereka mengalami berat badan yang

berlebihan. Kekurangan berat badan di kalangan kanak-kanak adalah sukar untuk ditafsirkan kerana

tumbesaran mereka tidak boleh dijangka.

Apakah perkara-perkara yang perlu diambil kira bagi kanak-kanak yang mengalami kekurangan berat badan?

Seorang anak yang kekurangan zat makanan lebih cenderung untuk mendapat jangkitan. Dia mungkin

berasa lemah dan letih serta menghadapi masalah untuk menumpukan perhatian.

Anak tersebut mungkin mengalami pertumbuhan terbantut atau permulaan akil baligh yang agak lewat.

Dalam sebarang keadaan pun, adalah mustahak untuk berunding dengan doktor untuk mengenal pasti

masalah dan bagaimana untuk mengatasinya.

Terdapat beberapa faktor yang mungkin menyebabkan masalah kekurangan berat badan. Ini termasuk:

www.myhealth.gov.my/pemakanan-kanak-kanak-yang-kurang-berat-badan/ 1/6
3/31/22, 1:42 PM Pemakanan Kanak-Kanak yang kurang Berat Badan - PORTAL MyHEALTH

Tidak makan secukupnya mengikut keperluan harian yang disarankan. Pengurangan pengambilan
makanan harian biasanya berlaku lebih awal iaitu mungkin beberapa minggu atau bulan sebelumnya.

Penyakit seperti jangkitan cacing.

Tekanan.

Senaman yang berlebihan

Kurang berminat untuk makan. Ini mungkin tanda-tanda kemurungan, alahan pemakanan yang

menyebabkan ketidakselesaan selepas makan, kandungan kafein yang tinggi, terlalu risau akan

mengalami berlebihan berat badan ataupun penyakit berkaitan pemakanan.

Peningkatan kadar pertumbuhan yang mendadak.

Apakah yang boleh saya lakukan untuk membantu anak yang mengalami kekurangan berat badan? Jika doktor menyarankan

pertambahan berat badan, objektif utama adalah untuk:

Menggalakkan anak mengambil kalori yang lebih. Mulakan dengan merancang hidangan dan snek yang

berkalori tinggi mengikut setiap kumpulan makanan daripada Panduan Piramid Makanan Malaysia.

Adalah penting bagi anak anda mengambil protein, karbohidrat serta lemak dengan secukupnya bagi

membekalkan tenaga untuk aktiviti, tumbesaran dan perkembangan.

Galakkan aktiviti fizikal sebagai rutin harian Sekiranya anak anda aktif bermain, pastikan dia berehat
sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu makan.

Elakkan memberi anak makan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi seperti gula-gula,
minuman ringan ataupun makanan tinggi kandungan lemak dari kedai makanan segera.

Hadkan pengambilan snek sebelum waktu makan kerana amalan ini akan mengurangkan selera makan.

Elakkan pengambilan kafein, galakkan minuman berkhasiat seperti jus dan susu.

Pilih makanan yang digemari oleh anak anda.

Apakah yang patut anak saya makan?

Oleh kerana makanan kurang diambil, ibu bapa atau penjaga harus memberi makanan berkalori tinggi.
Apabila menyediakan makanan, utamakan sumber lemak tambahan yang sihat seperti minyak sayuran
sebagai pengganti mentega atau marjerin.

Contoh penyediaan makanan berkalori tinggi:

Nasi / bubur Ditambah ayam / daging / minyak / marjerin

Roti Ditambah marjerin / mentega kacang / keju

www.myhealth.gov.my/pemakanan-kanak-kanak-yang-kurang-berat-badan/ 2/6
3/31/22, 1:42 PM Pemakanan Kanak-Kanak yang kurang Berat Badan - PORTAL MyHEALTH

Biskut kraker Ditambah marjerin / mentega kacang / keju

Susu Ditambah serbuk coklat / aiskrim 

Telur Ditambah susu / minyak / marjerin / keju

Kentang – dilenyek / dibakar Ditambah susu /minyak / marjerin

Berapa banyakkah harus anak saya makan?

Galakkan anak makan dengan kerap. Enam hidangan kecil mungkin lebih mudah dimakan berbanding
tiga hidangan utama. Anak anda harus makan sebanyak yang boleh tanpa merasa tidak selesa. Jangan

paksa dia makan.

Berikan pelbagai jenis makanan dan snek kepada anak anda sepanjang hari.

Jika anak ke sekolah, bekalkan dia makanan snek sihat seperti biskut kraker, buah-buahan kering (seperti

kismis), lobak merah dan kacang.

Pada mulanya, anak anda mungkin tidak biasa makan banyak. Berikan galakkan walaupun terdapat

sedikit perubahan. Anda perlu faham bahawa perubahan perlu mengambil masa. Banyakkan bersabar.

Bagaimana saya boleh bantu anak saya rasa positif tentang imej dirinya?

Perlu diingat bahawa setiap anak adalah unik dan begitu juga bentuk badannya. Kanak-kanak berbeza
dari segi saiz, bentuk dan ketinggian. Mereka juga membesar pada kadar berbeza. Walau

bagaimanapun, yang penting, anak anda sihat.

Jangan timbang anak anda terlalu kerap. Rumah sepatutnya tempat yang selesa dan tidak rasa terasing

oleh kanak-kanak. Doktor mungkin mengesyorkan lawatan ke klinik yang kerap untuk memantau
perkembangan anak anda. Gunakan kesempatan ini untuk memperoleh maklumat mengenai berat
badan anak anda. Selain itu, tumpukan perbincangan mengenai berat badan.

Berat badan sihat adalah berat yang boleh dikekalkan secara sihat dengan memastikan kanak-kanak
cukup zat, aktif dan mempunyai perasaan yang positif terhadap tubuh badan dan saiz mereka.

Contoh menu

Hidangan Nasi Tomato (Hidangan 4 orang)

Bahan-bahan

90g (1/2 cawan) beras

1 sudu makan marjerin


www.myhealth.gov.my/pemakanan-kanak-kanak-yang-kurang-berat-badan/ 3/6
3/31/22, 1:42 PM Pemakanan Kanak-Kanak yang kurang Berat Badan - PORTAL MyHEALTH

30ml (2 sudu makan) puri tomato

125ml (1/2 cawan) jus tomato



125ml (1/2 cawan) air

5g (1/2 sudu makan) minyak sayuran

10g (2 ulas) bawang putih, ditumbuk

10g (2 cm) halia, dihancurkan

60g (1 biji) bawang besar, dihiris

100g (2 biji) tomato, dipotong dadu

125g (1/2 cawan) daging yang empuk ( contoh: striploin), dihiris nipis

Garam, gula dan lada sulah secukup rasa.

Cara memasak

Di dalam periuk nasi elektrik, tanak beras bersama puri tomato, ¼ jus tomato dan air. Tambah 1 sudu
makan marjerin.

Sementara itu, tumis bawang putih, halia dan bawang besar dalam kuali berasingan. Masukkan tomato

yang dipotong dadu serta baki jus tomato. Tambah hirisan daging dan masak hingga empuk. Tambah
lebih air, jika perlu. (Untuk kanak-kanak kecil, gunakan daging cincang atau ayam)

Tutup api dan letakkan berasingan.

Sendukkan nasi ke dalam acuan jeli berbentuk bulat. Buat satu lekuk di tengah-tengah nasi dan letakkan

daging yang telah ditumis ke dalam lekuk tersebut.

Telungkupkan nasi tomato berserta daging ke atas pinggan dan hidangkan.

Kandungan nutrisi setiap hidangan

Kalori (kkal) : 173.0

Protein (g) : 10.0

Zat Besi (mg) : 3.5

Lemak (g) : 2.0

Kalsium (mg) : 25.01 – 3 Tahun

www.myhealth.gov.my/pemakanan-kanak-kanak-yang-kurang-berat-badan/ 4/6
3/31/22, 1:42 PM Pemakanan Kanak-Kanak yang kurang Berat Badan - PORTAL MyHEALTH

Contoh Menu Makanan Berkalori Tinggi Bagi Kanak-kanak Berusia 1 – 3 Tahun

Sarapan

1 gelas susu (penuh krim)

1 keping roti bakar

2 sudu kecil marjerin

Minum Pagi

½ potong betik

2 keping biskut

1 gelas minuman bersusu

Makan Tengah hari

1 cawan nasi (tambah 1 ½ sudu makan minyak masak / marjerin)

1 ekor ikan kembung

1 cawan sayur bayam

1 gelas air kosong

1 biji pisang

Makan Malam

1 cawan mi goreng (tambahkan 1 ½ sudu makan minyak masak / marjerin)

2 ketul ayam (saiz kotak mancis)

½ cawan sayur

1 gelas air kosong

½ potong betik

Makan Lewat Malam

1 gelas susu (penuh krim)

Contoh Menu Makanan Berkalori Tinggi Bagi Kanak-kanak Berusia 4 – 6 Tahun

Sarapan

1 gelas susu (penuh krim)

½ cawan nasi goreng (tambahkan

1 ½ sudu makan minyak masak / marjerin)

½ cawan sayur 1 telur goreng

www.myhealth.gov.my/pemakanan-kanak-kanak-yang-kurang-berat-badan/ 5/6
3/31/22, 1:42 PM Pemakanan Kanak-Kanak yang kurang Berat Badan - PORTAL MyHEALTH

Minum Pagi

2 keping biskut kraker


1 sudu makan marjerin

1 gelas minuman bersusu

Makan Tengahari

1 cawan nasi (tambahkan 1 ½ sudu makan minyak masak / marjerin)

½ ekor ikan bersaiz sederhana

1 cawan sayur

1 gelas air kosong

1 biji pisang

Minum Petang

1 ketul karipap

1 keping roti

1 gelas minuman bersusu

Makan Malam

1 cawan nasi (tambahkan 1 ½ sudu makan minyak masak / marjerin)

2 ketul ayam (saiz kotak mancis)

1 cawan sayur

1 gelas air kosong

1 biji epal

Semakan akhir : 10 Mac 2009

Penulis : Rashadiba bt. Ibrahim

www.myhealth.gov.my/pemakanan-kanak-kanak-yang-kurang-berat-badan/ 6/6

Anda mungkin juga menyukai