Anda di halaman 1dari 4

3/31/22, 1:50 PM Pemakanan Seimbang untuk Kanak-kanak - Positive Parenting

EN BM 中文 

Pemakanan Seimbang untuk


Kanak-kanak
Prof Dr Norimah A Karim, Nutritionist & Honorary Secretary, Nutrition Society of
Malaysia
Februari 5, 2014. Read in English 

Kita semua sedar bahawa pemakanan yang baik adalah penting untuk semua
peringkat umur dan pada semua peringkat kehidupan. Terutamanya untuk bayi,
anak-anak kecil dan kanak-kanak bertatih kerana mereka memerlukan pelbagai
vitamin dan mineral yang seimbang untuk membantu tubuh dan minda
berkembang dan menjadi matang.

Memberi anak anda pemakanan yang sihat dan seimbang dari kecil juga dapat
melindungi mereka daripada masalah malpemakanan serta mewujudkan tabiat
pemakanan yang baik di masa akan datang.

Kenapa pemakanan itu penting?


Jika anda inginkan tubuh dan minda yang sihat untuk anak anda, maka
memahami pemakanan adalah perkara yang paling penting. Pemakanan yang
baik boleh mengekalkan kesihatan mental dan fizikal anak anda serta untuk
perkembangannya. Dietnya mesti mengandungi karbohidrat, protein, lemak,
vitamin dan mineral yang mencukupi.

Membina tulang yang kuat


Pemakanan memainkan peranan yang penting dalam perkembangan tulang
anak anda sepanjang hayat. Semasa tulang anak anda membentuk, begitu juga
dengan ketinggiannya! Tulang adalah tisu yang hidup dan berkembang; zaman
kanak-kanak dan awal remaja adalah masa yang terbaik untuk membina
tulang. Pastikan pemakanan anak anda mengandungi jumlah kalsium dan
vitamin D yang mencukupi. Nutrien-nutrien ini boleh didapati dalam susu dan
produk tenusu seperti keju dan yogurt. Anda juga harus menggalakkan anak
anda untuk mendapatkan cahaya matahari di luar rumah kerana matahari
membekalkan vitamin D yang semula jadi.

Membina otot
Semasa anak anda membesar dan berkembang, dia akan menjadi semakin
aktif. Kanak-kanak yang aktif memerlukan otot yang sihat untuk memastikan
pergerakan selamat. Untuk membina dan membaiki tisu otot, berikan anak
anda diet yang mengandungi protein yang mencukupi. Protein boleh didapati
dalam daging tanpa lemak seperti daging, ayam dan ikan telur, keju, susu,
kacang dan kekacang.

Tenaga untuk badan


Makanan yang anak anda makan akan membekalkan tenaga untuk keperluan
tubuhnya. Karbohidrat merupakan sumber tenaga yang utama. Berikan anak
anda karbohidrat kompleks yang bukan sahaja membekalkan tenaga tetapi juga

https://mypositiveparenting.org/ms/2014/02/05/pemakanan-seimbang-untuk-kanak-kanak/ 1/4
3/31/22, 1:50 PM Pemakanan Seimbang untuk Kanak-kanak - Positive Parenting

serat, vitamin dan mineral. Contoh yang baik termasuk bijrin (sebaik-baiknya
jenis bijirin penuh) seperti nasi perang, roti bijirin penuh, oat, bijirin sarapan, mi
dan pasta.

Mencegah obesiti dan penyakit gaya hidup kronik!


Memberi anak anda makanan yang sihat dan seimbang dapat mencegah obesiti
dan penyakit kronik seperti diabetes, penyakit jantung, kolesterol tinggi dan
hipertensi, dan juga sesetengah kanser! Pelajari tentang saiz hidangan yang
betul dari usia awal dan pengamalan pemakanan sihat dan seimbang akan
membantu mengelakkan anak-anak anda daripada menjadi obes apabila
dewasa. Berat badan yang berlebihan menyebabkan seseorang berisiko untuk
menghidapi penyakit-penyakit ini dan juga mempunyai keyakinan diri yang
rendah.

Makanan yang menyihatkan…


Pemakanan yang baik pada awal kehidupan kanak-kanak dikaitkan dengan
prestasi yang lebih baik di sekolah serta di kemudian hari nanti. Kanak-kanak
yang kekurangan nutrien mempunyai ketahanan atau imuniti yang lebih rendah
untuk melawan jangkitan, kerana itu mereka lebih kerap jatuh sakit, tidak hadir
ke sekolah, dan gagal melengkapkan kerja sekolah.

Sebagai ibu bapa, anda boleh membantu mencegah anak anda daripada
masalah kekurangan nutrien dengan menyediakan makanan yang seimbang.
Ingat, anda tidak memerlukan ijazah kimia atau perubatan untuk
melakukannya. Anda hanya perlu bermula dengan memilih dan memasak
makanan yang mengandungi nutrien penting yang diperlukan untuk
pembesaran dan perkembangan anak anda. Gunakan Piramid Makanan Malaysia
atau Panduan Diet Malaysia sebagai panduan untuk membantu anda.

Anda perlu ingat bahawa aktiviti fizikal juga penting untuk kesihatan fizikal dan
psikologi anak anda yang menyeluruh. Galakkannya melakukan aktiviti seperti
membantu anda di sekitar rumah, bermain bola, bermain kejar-kejar, atau
berseronok di taman permainan. Kanak-kanak juga perlu melakukan aktiviti
fizikal yang berintensiti sederhana seperti berbasikal, berenang atau
mengambil bahagian dalam sukan seperti bola sepak, badminton atau bola
keranjang sekurang-kurangnya 5-6 kali seminggu.

Hadkan tabiat tidak aktif dan sedentari seperti menonton television atau
bermain permainan video. Kanak-kanak yang kerap bersenam atau
mengekalkan aktiviti dalam tempoh lebih panjang atau lebih cergas akan
mendapat lebih banyak manfaat kesihatan.

Jadi, galakkan anak anda mengamalkan tabiat makan dan gaya hidup yang
sihat.

Nota: Jika anda mempunyai pertanyaan mengenai pemakanan untuk kanak-kanak atau
kebimbangan yang spesifik tentang diet anak anda, berbincanglah dengan doktor anak anda, pakar
pemakanan, atau pakar diet.

 Kongsi di Facebook
Like Share

Ketegori-kategori:

https://mypositiveparenting.org/ms/2014/02/05/pemakanan-seimbang-untuk-kanak-kanak/ 2/4
3/31/22, 1:50 PM Pemakanan Seimbang untuk Kanak-kanak - Positive Parenting

Panduan Pengasuhan Pemakanan & Kehidupan Sihat Pemakanan Sihat

Langgani surat berita


pengasuhan kami.
Alamat E-mel

Subscribe

 Bacaan Yang Disyorkan

Kesihatan Mental Juga Penting! Kaedah Utama Melegakan Sakit Ketika Bersalin
Positive Parenting Dr Krishna H Kumar

Cara Mengukuhkan Ikatan Kekeluargaan Pengasuhan Pintar Untuk Menghadapi Cabaran


Alexius Cheang Moden
Datuk Dr Zulkifli Ismail

 Komen

https://mypositiveparenting.org/ms/2014/02/05/pemakanan-seimbang-untuk-kanak-kanak/ 3/4
3/31/22, 1:50 PM Pemakanan Seimbang untuk Kanak-kanak - Positive Parenting

 Dapatkan salinan percuma Panduan Pengasuhan Positif kami.

PENGASUHAN POSITIF UNTUK IBU BAPA IKUTI KAMI

Tentang Kami E-PP Guides Facebook


Hubungi Kami Sumber Instagram
Pakar-pakar Video Newsletter
Rakan Kongsi Resipi
Penaja-penaja Acara-acara

DENGAN KERJASAMA:
INISIATIF OLEH:

Nutrition Society of Malaysia Malaysian Psychiatric Association Malaysian Society of Clinical


Psychologists

Malaysian Mental Health Obstetrical and Gynaecological Malaysian Association of


Association Society of Malaysia Paediatric Dentistry

National Population and Family Association of Registered Malaysian Association of


Development Board Malaysia Childcare Providers Malaysia Kindergartens

DISOKONG OLEH GERAN PENDIDIKAN DARI:

Positive Parenting Malaysia © 2018.

https://mypositiveparenting.org/ms/2014/02/05/pemakanan-seimbang-untuk-kanak-kanak/ 4/4

Anda mungkin juga menyukai