Anda di halaman 1dari 4

Refleksi PJM 3110

Tugasan projek PJM 3110 merangkumi 5 sub tugasan yang perlu saya
siapkan dan seterusnya melaksanakan pengajaran secara mikro. Dalam tugasan
ini saya memilih permainan tenpin boling yang perlu diubahsuai untuk
membolehkan pelajar bermasalah penglihatan boleh turut serta di dalam
permainan ini.
Saya telah mencari maklumat di dalam internet cara-cara permainan
tenpin boling dan saya rasa maklumat yang saya perlukan itu boleh
mendatangkan idea pada saya untuk diubahsuai. Saya memilih alat ganti garisan
iaitu dengan menggunakan rod pvc untuk menggantikan garisan boling.
Saya rasa alat reka ganti ini perlu kerana ia akan memudahkan pelajar
yang bermasalah penglihatan untuk membaling lurus kearah tenpin yang berada
dihadapan. Cara permainan tenpin boling bukanlah cara yang sebenarnya tetapi
saya rasa sedikit sebanyak dapat membantu pelajar-pelajar yang bermasalah
penglihatan mengetahui cara permainan tenpin boling.
Alat reka ganti yang saya cipta berukuran 11 kaki panjang dan 5 inci lebar
akan menjadi panduan pada pelajar-pelajar yang bermasalah penglihatan untuk
mengukur dan mengagak kedudukan pin sebelum membuat balingan. Jika
mereka boleh menguasai permainan ini dengan mudah saya rasa mereka boleh
terus belajar cara yang betul di gelanggang tenpin boling yang sebenar. Saya
telah memikirkan berbagai cara untuk menggantikan garisan tenpin boling
seperti menggunakan tali tetapi tidak sesuai kerana tali tersebut boleh beralih
tempat jika dipegang oleh pelajar-pelajar yang bermasalah penglihatan.
Selain pada itu saya cuba menggunakan kayu yang berukuran 1 dan 2
inci lebar dan 10 kaki panjang tetapi masih lagi tidak begitu sesuai untuk
digunakan. Akhirnya saya mendapat idea untuk menggunakan rod pvc yang
boleh disambung-sambung menjadi panjang mengikut ukuran yang saya
kehendaki dan tidak mudah beralih tempat jika dipegang atau diraba oleh
pelajar-pelajar bermasalah penglihatan. Saya mengambil masa selama satu jam
untuk menyiapkan alat reka ganti ini.
Semasa saya mengajar alat reka ganti ini memang tidak menjadi masalah
kepada pelajar-pelajar yang bermasalah penglihatan untuk meleret bola ke
sasaran tetapi bola yang dileret diatas rod pvc itu akan bertukar arah apabila
terkena pada penyambung yang berbentuk ‘T’. Saya juga berasa mudah semasa
proses pengajaran dan pembelajaran kerana murid-murid normal dan OKU
dapat melakukan aktiviti-aktiviti yang dirancang dengan mudah dan baik.
Dari mula saya dapat merasakan murid-murid terhibur dan seronok, lebih-
lebih lagi murid-murid OKU dapat melakukan aktiviti yang dirancang dengan
sendiri. Mereka boleh mengarahkan bola ke sasaran tanpa panduan atau isyarat
dari rakan-rakan lain. Setelah habis pengajaran murid-murid tersebut
berpendapat pengajaran dan pembelajaran hari ini menarik dan saya juga
menerima maklum balas dari mereka iaitu rod pvc yang disediakan jika tidak ada
bentuk ‘T’ pada setiap penyambung mungkin mereka lebih mudah meleret bola
tepat ke sasaran. Saya berasa pendapat mereka betul dan mungkin dimasa
akan dating saya akan lebih berwaspada dan berhati-hati.
Pensyarah PJM 3110 Encik Balkaran Arumugam telah banyak memberi
maklumat dan tunjuk ajar semasa kami menyediakan rph dan pengajaran secara
berkumpulan. Maklumat dan tunjuk ajar yang diberi oleh beliau telah
mendatangkan idea bagi saya menyiapkan rph dan melaksanakan pengajaran
dan pembelajaran mikro.
Kesimpulannya, jika tidak didedahkan pengajaran dan pembelajaran
secara berkumpulan, saya rasa amatlah sukar bagi saya untuk menyiapkan
tugasan projek PJM 3110 secara individu.
Refleksi:

Sebelum:

Sebelum saya menyediakan Rancangan Pengajaran harian ini, saya


menghadapi pelbagai masalah. Antaranya ialah kesuntukan masa, hal ini
disebabkan masa yang diperuntukkan untuk RPH adalah selama 30 minit. Demi
memeluhi kehendak kerja kursus, saya telah mengurangkan beberapa langkah
dalam RPH serta memendekkan masa bagi setiap langkah. Saya berasa risau
tentang pencapaian pelaksanaan RPH saya. Bagi memastikan masalah
kesuntukkan masa, saya telah meminta murid-murid 3 Pluto 10 minit lebih awal
daripada biasa untuk berkumpul di padangpada keesokkan hari dengan
kelengkapan pakaian yang sesuai.

Semasa:

Saya berasa gembira kerana murid-murid 3 Pluto dapat mengikut arahan


saya, dimanamereka telah bersedia di padang 10 minit lebih daripada biasa.
Saya mulakan P&Pberandaskan RPH yang telah saya sediakan. Semasa
pelaksanaan P&P saya menghadapimasalah penyusunan kedudukan peralatan
bagi setiap langkah yang dirancangmemandangkan masa tidak mengizinkan.
Walaupun demikian, saya telah mengambil langkahmengarah murid membantu
saya untuk menyusun kedudukan peralatan bagi aktiviti-aktivitiP&P. Untuk
mengalakkan murid-murid melibatkan  diri secara aktif dalam aktiviti, saya
telahmemberi peluang kepada murid-murid melakukan aktiviti tanpa pengawasan
secara khusus.

Selepas:

Selepas P&P dilaksanakan objektif  P&P telah tercapai, kerana hampir


semua muriddapat melakukan lompatan jauh berdiri dengan perlakuan yang
betul dalam keadaan yangselamat. Murid-murid berasa seronok dan
memperolehi kepuasan ekoran daripada maklumbalas daripada murid secara
lisan serta pengamatan saya semasa aktiviti-aktivit P&Pdijalankan. Akhirnya
saya berpendapat bahawa foktor masa bukanlah penghalang bagipelaksanaan
P&P terutamanya bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Pengubahsuain
yangkreatif dan kritis dalam RPH dapat mengatasi masalah tersebut.

Anda mungkin juga menyukai