Anda di halaman 1dari 2

Ibu Dehulu(karya amir hamzah)

Ibuku dehulu marah padaku


diam ia tiada berkata
aku pun lalu merajuk pilu
tiada peduli apa terjadi.

Matanya terus mengawas daku


walaupun bibirnya tiada bergerak
mukanya masam menahan sedan
hatinya pedih kerana lakuku.

Terus aku berkesal hati


menurutkan setan, mengkacau-balau
jurang celaka terpandang di muka
kusongsong juga - biar cedera.
Bangkit ibu dipegangnya aku
dirangkumnya segera dikucupnya serta
dahiku berapi pancaran neraka
sejuk sentosa turun ke kalbu.
Demikian engkau;
Ibu, bapa, kekasih pula
berpadu satu dalam dirimu
mengawas daku dalam dunia.

Anda mungkin juga menyukai