Anda di halaman 1dari 27

CA22502 PENULISAN PUISI

PUISI TRADISONAL (PANTUN)

ENCIK MASYOR AWANG

DISEDIKAN OLEH

CLIFFORD BENEDICT (BA20110315)

YUSRIYANSAH YUNUS (BA20110365)


1. PENGENALAN

Pada tugasan ini, saya akan menghuraikan salah satu daripada puisi
tradisional iaitu pantun. Pantun merupakan satu-satunya puisi Melayu tradisional
yang paling asli dan lahir di rantau alam Melayu. Banyak pendapat dikemukakan
oleh pengkaji-pengkaji tentang asal usul istilah pantun, antaranya oleh Zainal Abidin
Ahmad (Za'ba), Wilkinson, Winstedt dan lain-lain.

Pantun yang dikatakan khazanah Melayu asli ini membawa maksud bentuk
yang cukup tersusun, sopan, teratur, bersistematik dalam usaha melahirkan sesuatu
maksud, pemikiran, idea dan gagasan. Selain itu, ia berasal daripada perkataan
nusantara sepert tun(Sunda), tuntun (Pampanga), tonton (Tagalog) dan atuntun
(jawa Kuno). Pantun bersifat tradisional kerana ia la digunakan sebagai hiburan,
memberi nasihat dan pengajaran secara halus tanpa menyinggung perasaan, dalam
adat, keagamaan dan majlis tertentu. Bukan itu sahaja,ia juga menjadi alat
komunikasi dan cerminan masyarakat setempat dan bersifat universal.

Menurut Harun Mat Piah (1989) dari segi tema dan isi ,pantun dapat
dibahagikan kepada tujuh iaitu pantun kanak-kanak, pantun cinta dan kasih sayang,
telatah dan cara hidup masyarakat, pantun teka-teki, pantun puji-pujian atau
sambutan, pantun nasihat, agama dan adat serta pantun naratif atau cerita. Pantun
mempunyai unsur estetika alamiah yang bersifat bertentangan, berpasangan dan
berangkapan. Sebab itu, antara ciri-ciri pantun ialah berskema rima ‘abab’ yang
terdiri daripada dua komponen, iaitu pembayang (sampiran) dan maksud. Setiap
serangkap dapat menyelesaikan keseluruhan idea.

Menurut Y.A.B Zurinah Hassan (2021) dalam program bimbingan penulisan


dan penghayatan puisi tradisional (Pantun) yang dianjurkan pihak DBP UPSI. Sebuah
pantun dapat digelar sebagai pantun melalui rima, pembayang dan juga makna.
Iaitu setiap dua baris pertama adalah pembayang bagi pantun empat kerat,
manakala satu baris pertama adalah pembayang jika ianya pantun dua kerat. baris
ketiga dan empat adalah maksud bagi pantun empat kerat. Sebaliknya baris terakhir
adalah maksud bagi pantun dua kerat. Bukan itu sahaja, pembayang bagi pantun
tersebut haruslah berkait dengan maksud yang ingin disampaikan. Contohnya
pantun “Dua tiga kucing berlari,manakan sama si kucing belang. Dua tiga mudah
kucari, manakan sama tuan seorang” yang dipetik dalam penyampaiannya di dalam
perbincangan tersebut yang menjelaskan pembayang pantun tersebut berkait
dengan baris maksud untuk pantun tersebut.

Akhir sekali, pengarangan pantun melalui Prof Halim Ali (2021). Satu kerugian
dan keganjilan bagi kita orang melayu jika tidak mengetahui pantun kerana itu
merupakan khazanah bagi orang melayu. Aspek pemikiran adalah aspek yang paling
penting dalam penghasilan pantun. Dua baris pertama yang dikenali sebagai
pembayang merupakan sesuatu hubungan yang akrab dengan alam. Pemilihan ayat
bagi dua baris pembayang amatlah penting, kerana pantun yang baik adalah pantun
yang penuh dengan ilmu. Bukan hanya memikirkan rima yang tepat bagi sebuah
pantun. Pemikiran seorang pengarang juga dapat diukur melalui dua baris pertama
@ pembayang bagi pantun yang dihasilkan. Contohnya pantun “pisang emas
dibawah belayar, masak sebiji diatas peti” yang dipetik oleh Prof Halim Ali.
Membuktikan yang taraf pemikiran pengarang pantun pisang emas itu tadi adalah
tinggi kerana disebalik ayat pembayang pantun pisang emas itu tadi memiliki ilmu
disebaliknya. Iaitu pisang emas mengambil waktu seminggu untuk masak sebiji,
boleh dijadikan petanda bagi menunjukkan tempoh pelayaran seorang nakhoda
menentukan tempoh pelayaran mereka. secara keseluruhan pantun membawa satu
keindahan. Didengari lalu boleh menyentuh hati seseorang pendengar.
2. CIRI-CIRI PANTUN

Secara amnya, melalui aspek struktur setiap rangkap terbina daripada


baris-baris yang sejajar dan berpasangan seperti 4, 6, 8 hingga 16 kerat. Setiap
baris mengandungi 4 hingga 5 patah perkataan dengan jumlah suku kata antara 8
hingga 12 suku kata. Setiap rangkap pantun mempunyai pembayang dan maksud

Rima akhir tetap iaitu ‘abab’ bagi pantun 4 kerat, abcabc bagi pantun 6 kerat (dan
seterusnya). Setiap rangkap pantun merupakan satu keseluruhan,¡aitu mengandungi
satu fikiran yang bulat dan lengkap.

Baris satu dan dua digelar sebagai pembayang, manakala baris tiga dan
empat pula dikenali sebagai maksud bagi pantun empat kerat. Bagi pantun enam
kerat pula, baris satu, dua dan tiga merupakan pembayang. Manakala baris empat,
lima dan enam dikenali sebagai maksud bagi pembayang di baris satu, dua dan tiga
tadi. Begitu juga bagi pantun yang seterusnya seperti pantun lapan kerat dan juga
pantun dua belas kerat.

Manakala melalui dari segi aspek visual (dalaman). Penggunaan lambang-


lambang tertentu yang terdapat dalam pantun digunakan mengikut tanggapan dan
pandangan dunia masyarakat Melayu. Hubungan makna antara pasangan
pembayang dengan pasangan maksud sama ada secara konkrit mahupun abstrak
terhadap pantun yang dihasilkan. Contohnya pantun empat kerat di bawah ini yang
saya petik daripada teks ‘ANTOLOGI  HARGA REMAJA’ Iaitu teks komsas tingkatan 4.
Pantun empat kerat (Budi) diselenggarakan oleh Dr. Anwar Ridhuan 

Terang bulan terang di paya,


Anak kambing memakan rumput,
Jika tak kenang kepada saya,
Nama yang baik tidak tersebut.
3. JENIS PANTUN

penghasilan sebuah pantun haruslah diberi perhatian terhadap tiga


aspek iaitu khalayak, tema dan bentuknya. Jenis pantun dapat dikategorikan melalui
tiga aspek yang saya katakan tadi untuk memudahkan dan mengahsilkan pantun
yang baik untuk dijadikan bahan bacaan kepada pembaca. Lebih-lebih lagi kita yang
hidup dengan lapisan umur yang berbeza menjadikan cara penyampaian sesuatu
nasihat juga berbeza.

a) Pertama sekali, melalui sudut khalayak. Sudut khalayak pula dibahagikan


kepada tiga iaitu Pantun kanak-kanak -Pantun yang bermaksud nasihat
terutamanya menyentuh alam pendidikan. selain itu, Pantun orang dewasa
ataupun orang muda Pantun yang bertemakan kasih, usik-mengusik,
kepahlawanan, adat resam, budi, nasihat dan sebagainya. Akhir sekali, Pantun
orang tua iaitu Pantun yang mengandungi maksud nasihat, kiasan, adat resam
serta mengandungi nilai kemasyarakatan dan kebudayaan.

b) Aspek jenis pantun yang kedua pula ialah bentuk pantun. Bentuk pantun
kesemuanya memiliki 4 kumpulan iaitu, pantun dua kerat, pantun empat kerat,
pantun lebih empat baris ( 6 kerat sehingga 16 kerat), dan akhir sekali pantun
berkait.

 Pantun dua kerat merupakan pantun yang ditulis sebanyak dua baris. Iaitu baris
pertama merupakan pembayang. Manakala, baris yang kedua pula dikenali
sebagai maksud. Rima bagi pantun dua kerat adalah terikat, iaitu a,a. lebih
teaptnya baris pertama dan kedua harus memiliki bunyi suku kata yang sama.
Sebagai contoh,

Ikan siakap ikan senohong,


Banyak cakap banyak bohong.
 Pantun empat kerat pula dapat dilihat melalui jumlah baris yang dimiliki adalah
sebanyak empat baris. Iaitu baris pertama dan baris kedua dikenali sebagai
pembayang. Manakala, baris tiga dan empat adalah maksud bagi pembayang di
baris satu dan dua tadi. Rima bagi pantun empat kerat pula tidak sama dengan
pantun dua kerat, iaitu a,b,a,b atau a,a,a,a. sebagai contoh,

Petang hari pergi ke pekan,


                    Pulang membawa sebungkus laksa;
          Hidup muhibah perlu diamalkan,
                    Di negara Malaysia berbilang bangsa.

 Pantun enam kerat pula dapat dilihat melalui jumlah barisnya sebanyak enam
baris. Baris satu, dua dan tiga adalah pemabayang. Manakala baris seterusnya
iaitu empat, lima, dan enam pula adalah pembayang bagi baris satu, dua, dan
tiga tadi. Bunyi rima akhir bagi bentuk pantun enam kerat ini pula adalah
a,b,c,a,b,c atau a,a,a,a,a,a. sebagai contoh,

Sarat bermuat ikan cencaru,


                    Gelama tidak berumpan lagi,
                             Kail tersangkut di tepi batang;
          Sudah dapat orang yang baru,
                     Yang lama tidak berkenan lagi,
                             Ibarat melukut di tepi gantang.
c) Akhir sekali, jenis pantun juga dapat dilihat melalui aspek tema. Dimana
pengkarya akan memilih sebuah tema sebelum mengarang mana-mana pantun
yang akan dikarangnya. Dengan adanya tema menjadikan pengkarya mudah
untuk mengecilkan skop isi yang ingin difokuskan agar pantun yang dihasilkan
tidak meleret dari tajuk pantun yang dikarang. Terdapat sangat banyak tema
yang dapat dijadikan pecahan untuk isi-isi dalam setiap rangkap pantun yang
ingin dikarang.

Antaranya :

a) Pantun adat dan resam manusia.


(b) Pantun agama dan kepercayaan.
(c) Pantun budi.
(d) Pantan jenaka dan permainan.
(e) Pantun teka-teki.
(f) Pantun kepahlawanan.
(g) Pantun nasihat dan pendidikan.
(h) Pantun peribahasa dan perbilangan.
(i) Pantun kias dan ibarat.
(j) Pantun kembara dan perantauan
(k) Pantun percintaan.
4) FUNGSI PANTUN

Pantun juga mempunyai fungsi kepada masyarakat. Antara salah satu fungsi pantun
ialah pantun digunakan dalam aktiviti masyarakat seperti dalam kegiatan seni, keagamaan
dan adat istiadat. Pantun pada masa dahulu sangatlah terkenal sehingga masyarakat dahulu
menjadikan ia sebagai aktiviti harian mereka dan dianggap sebagai seni kerana rimanya
yang cantik. Seterusnya, pantun juga dijadikan sebagai alat komunikasi untuk meluahkan isi
hati dan hajat seperti sanjungan, pemujaan, dan ucapan selamat kepada seseorang dalam
sesuatu upacara atau majlis rasmi. Majlis rasmi kebiasaannya akan memulakan dan
menamatkan majlis menggunkan pantun. Sebagai contoh pantun pembuka dan penutup
majlis,

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara;
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Banyak keluk ke penarik,


Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.

Pantun juga digunakan sebagai alat hiburan dan bahan jenaka serta gurau senda
terutamanya pantun jenaka dan pantun usik mengusik serta pantun dalam permainan.
Selain daripada hiburan, pantun dijadikan sebagai alat pendidikan sama ada secara
menyindir, kias, atau berterus terang. Pantun juga berfungsi sebagai alat yang menguji
ketajaman akal kita dan kehalusan perasaan seperti pantun peribahasa dan pantun yang
terdapat dalam puisi adat atau teromba. Bukan itu sahaja, pantun juga berfungsi sebagai
alat untuk mendapatkan gambaran masyarakat iaitu sebagai gambaran minda dan
pemikiran masyarakat melayu, pandangan hidup, harapan, cita-cita, daya estetik dan
perspektif mereka keseluruhan. Akhir sekali, pada masa kini ada sesetengah kaum yang
menjadikan pantun sebagai syarat dalam majlis kahwin. Ada yang menggunakan pantun
ketika datang ke rumah wanita yang ingin dilamar. Ada juga yang menggunakan pantun
ketika rombongan lelaki tiba di tempat rombongan pengantin wanita. Adat ini dikenali
sebagai palang pintu bagi orang betawi di Indonesia. Iaitu wakil rombongan pengantin lelaki
akan melawan pantun yang dijual oleh wakil pantun rombongan pengantin wanita.
5) CIRI-CIRI PANTUN YANG BAIK

Pantun yang baik dapat dilihat melalui bentuk dan isi pantun yang dihasilkan. Hal ini
dapat dijelaskan melalui aspek utama iaitu aspek bentuk. Bentuk pantun yang baik dapat
dilihat melalui pemilihan kata yang digunakan dalam menentukan pembayang bagi baris
pembayang untuk pantun yang dihasilkan. Iaitu baris pembayang haruslah memiliki
kaitan dengan baris maksud bagi pantun yang ingin dihasilkan. Sebagai contoh,

pisang emas dibawa belayar,


Masak sebiji di atas peti.
Hutang emas boleh kubayar,
Hutang budi dibawa mati.

Melalui rangkap pantun tersebut kita dapat melihat yang ianya bukanlah pantun
yang biasa. Saya berkata demikian kerana pantun tersebut memiliki pembayang yang
berkait dengan maksud yang ingin ditujukan dalam pantun tersebut. Bukan itu sahaja,
pembayang pantun tersebut bukan sekadar pembayang yang digunakan untuk
mendapatkan bunyi rima yang sama dengan baris maksud. Akan tetapi memiliki makna
tersirat iaitu terdapat ilmu pelayaran pada baris pembayang pantun tersebut. Pelayaran
merupakan satu perjalanan yang panjang, oleh itu pengarang menggunakan perkataan
pisang emas bukannya pisang yang lainnya yang dikaitkan dengan pelayaran . Kerana
pisang emas merupakan pisang yang masaknya adalah tidak sekata, iaianya masak sebiji
demi sebiji. Melalui proses masak sebiji demi sebiji pisang emas tersebut, menjadikan para
pelayar mampu mengira tempoh pelayaran mereka. berdasarkan jumlah pisang emas yang
masak diatas peti, di perahu yang mereka gunakan untuk berlayar.
Selain itu, pisang emas juga dipilih untuk dijadikan perkataan untuk melengkapi ayat
dalam rangkap pantun tersebut kerana Terdapat kajian yang dilakukan mendapati pisang
mempunyai khasiat yang tinggi dan kebaikan kepada kesihatan seseorang. Oleh itu kalau
kita perasan, kebanyakan atlet sukan seperti  sukan berbasikal, marathon, sukan tenis,
pendakian dan banyak lagi yang lainnya menjadikan pisang sebagai makanan terbaik untuk
mendapatkan sumber tenaga kerana ia membekalkan sumber tenaga dengan cepat dan
berkesan. Jelaslah pisang emas dalam rangkap pantun tersebut dipilih kerana pekerjaan
seorang nakhoda ditengah laut pasti menggunakan tenaga yang banyak, tambahan pula
memerlukan bahan makanan yang tahan lama seperti pisang emas tersebut.
Pantun Budi

Pisang emas dibawa belayar,


Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

Pulau pandan jauh ke tengah,


Gunung daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi baik dikenang juga.

Tenang tenang air di laut,


Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi baik rasa nak junjung.

Pantun berikut merupakan pantun budi. Rangkap pertama bermaksud untuk menjadi
manusia yang baik, seseorang itu mestilah sentiasa berbuat kebaikan seperti banyak
menolong orang lain. Budi yang baik akan dikenang oleh orang yang menerima budi
tersebut berbanding manusia yang kaya atau sombong kerana kekayaan tidak akan kekal
lama. Rangkap kedua membawa maksud orang yang banyak berbuat jasa akan dikenang
oleh orang lain kerana selepas seseorang itu meninggal, jasa baiknya tetap dikenang dan
dijadikan sebagai kenangan. Rangkap yang ketiga iaitu rangkap yang terakhir, manusia
yang banyak berjaya dan berbudi kepada orang ramai akan sentiasa dihormati. Budi dan
jasa merupakan salah satu sifat kemanusiaan yang membawa seseorang itu kepada
peningkatan darjat semasa hidupnya di dunia walaupun sudah meninggal dunia. Tema
pantun ini bertemakan tentang menghargai, membuat kebaikkan dan mengingati budi
seseorang. Hal ini kerana, manusia yang melakukan banyak kebaikkan akan dikenang
jasanya. Sebagai contoh,

Pulau pandan jauh ke tengah,


Gunung daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi baik dikenang juga. (R2, B1-B4)

Persoalan
Pantun budi ini juga mempunyai persoalan iaitu persoalan yang pertama persoalan
tentang menghargai dan mengenang jasa atau budi seseorang. Pantun ini mengajar kita
untuk berterima kasih pada seseorang apabila dibantu untuk menunjukkan kita menghargai
jasanya. Persoalan yang kedua, persoalan tentang kepentingan budi pekerti dalam kalangan
masyarakat. Sikap ini amat penting diamalkan oleh masyarakat kerana tanpa adanya budi
pekerti dalam diri, sudah tentu masyarakat akan bersifat sombong dan angkuh. Persoalan
yang ketiga iaitu persoalan tentang amalan berbudi dalam kehidupan. Jika kita
mengamalkan sikap berbudi didalam kehidupan, orang akan sentiasa jasa kita dan juga
mereka akan mengenang jasa kita sampai bila-bila tanpa mengharapkan balasan. Oleh itu,
pantun budi ini mengajar kita untuk sentiasa menolong orang tanpa mengharapkan balasan
dan orang yang berbudi pekerti akan sentiasa diingati kerana mereka akan dibalas dengan
kebaikkan sekiranya mempunyai masalah.

Bentuk dan Teknik Penulisan

Puisi ini terdiri daripada 3 rangkap dan bilangan baris serangkap ialah 4 baris
serangkap. Bilangan patah perkataan dalam pantun budi tersebut antara 4 hingga 5 patah
perkataan dalam sebaris. Contoh 4 patah perkataan,

Gunung Daik bercabang tiga

Terdapat pada rangkap 2 baris dua. Manakala bagi lima patah perkataan,

Budi baik rasa nak junjung

Terdapat pada rangkap 3 baris 4. Bentuk pantun ini juga dapat kita lihat daripada suku kata
iaitu pantun ini mempunyai 9 hingga 10 suku kata dalam sebaris. Contohnya terdapat pada
rangkap 1 baris 3 yang mempunyai 9 suku kata,

Hu/tang e/mas bo/leh di/ba/yar

Manakala pada rangkap 1 baris 1 mempunyai 10 suku kata,

Pi/sang e/mas di/ba/wa be/la/yar

Gaya Bahasa

Perkataan bahasa didefinisikan oleh Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:255)


sebagai sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam
lingkungan satu kelompok manusia. Manakala gaya bermaksud berdasarkan Kamus Dewan
Edisi Keempat (2005:106) mendefinisikan gaya sebagai teknik menulis atau bertutur, cara
membuat sesuatu, terutamanya yang menjadi ciri sesuatu zaman atau seseorang. Gaya
bahasa pula dilihat berkenaan cara pemakaian bahasa iaitu pengetahuan tentang pemilihan,
penyusunan, penggunaan sesuatu perkataan dan ayat.

Antara gaya bahasa yang terdapat pada pantun budi ialah yang pertama adalah
asonansi. Asonansi bermaksud perulangan bunyi vokal dalam baris yang sama. Fungsi
asonansi ini adalah untuk menimbulkan kemerduan, kelembutan, dan keindahan bunyi.
Contoh huruf vokal adalah a, e, i, o, u. Hal ini dapat kita lihat pada rangkap 1 baris 2 iaitu
perulangan bunyi vokal “I” sebanyak 4 kali.

Masak sebiji diatas peti

Selain itu, pantun budi ini juga mempunyai gaya bahasa aliterasi. Aliterasi
bermaksud perulangan bunyi konsonan dalam sebaris. Aliterasi berfungsi untuk
menimbulkan kesan bunyi yang keras atau kasar. Hal ini dapat kita lihat pada rangkap 3
baris 3 iaitu pengulangan huruf vokal “t”.

Hati terkenang mulut menyebut

Seterusnya, pantun budi juga mempunyai gaya bahasa hiperbola yang membawa
maksud pernyataan yang dibuat secara berlebih-lebihan dalam usaha menekankan sesuatu
pandangan, idea atau peristiwa. Dalam kata lain hiperbola adalah sesuatu yang tidak logik
dan tidak masuk akal. Fungsi hiperbola dalam puisi adalah untuk memukau atau
menimbulkan imaginasi pembaca. Contoh ini dapat kita lihat pada rangkap 3 baris 4 iaitu
budi dikatakan boleh dijunjung sedangkan budi itu bukanlah sebuah objek atau benda
hidup.

Budi baik rasa nak junjung

Gaya bahasa yang seterusnya ialah anafora. Anafora bermaksud perulangan


perkataan di awal baris yang sejajar atau berturutan. Anafora berfungsi untuk menimbulkan
kesan penegasan maksud atau menimbulkan keindahan irama. Contoh ini dapat kita lihat
pada rangkap 1 pada baris 3 dan baris 4 iaitu pengulangan perkataan hutang pada baris
yang sejajar.

Hutang emas boleh dibayar,

Hutang budi dibawa mati.


Pengajaran

Pengajaran yang terdapat pada pantun budi ini ialah kita haruslah mengamalkan
sikap tolong-menolong kerana bersikap baik terhadap seseorang dengan memberikan
pertolongan kepada seseorang yang berada dalam kesusahan akan dihargai oleh orang
tersebut. Didalam pantun ini, kita diajar untuk sentiasa menolong orang walaupun
pertolongan kita itu tidaklah sebesar mana tetapi pertolongan kecil itulah mampu
mengurangkan beban orang tersebut. Contoh pengajaran ini dapat kita lihat daripada
rangkap 1 baris 1 dan baris 2.

Pisang emas dibawa belayar


Masak sebiji di atas peti

Pengajaran kedua yang terdapat pada pantun budi ini ialah kita haruslah menghargai
jasa orang apabila dibantu. Kita digalakkan untuk berbudi kepada orang dan jika kita
berbudi pada orang lain akan memberikan kesan yang baik terhadap dirinya dan juga orang
yang dibantu tersebut. Orang yang berbudi pasti disukai oleh orang ramai dengan sikapnya
yang tidak pernah mengharapkan balasan daripada orang lain dan tanpa mengharapkan
balasan kita perlulah menghargai orang yang berbudi kepada kita. Contoh pengajaran ini
dapat kita lihat rangkap 2 baris 3 dan baris 4.

Hancur badan dikandung tanah,

Budi baik dikenang juga.

Pengajaran yang ketiga ialah kita haruslah hormat-menghormati kepada orang yang
berbudi. Kita digalakkan untuk hormat yang sanggup bantu kita kerana beban yang kita rasa
berat dibantu dan diselesaikan oleh orang yang membantu kita. Selain itu, perasaan hormat
kepada orang juga mampu mengeratkan hubungan kita dengan orang lain. Contoh ini dapat
kita lihat pada rangkap 3 baris 3 dan baris 4.

Hati terkenang mulut menyebut,

Budi baik rasa nak junjung.

Pengajaran yang keempat ialah kita haruslah tidak sombong dengan orang lain.
Sikap sombong ini ialah sikap yang tidak disuka oleh orang lain. Apabila kita bersikap
sombong, kita tidak akan mempunyai sifat untuk menolong orang dan apabila kita
mempunyai sikap sombong dan dibantu oleh orang lain, segala bantuan orang tersebut
tidak akan dihargai. Sikap sombong itu haruslah dijauhkan kerana sikap sombong itu tidak
disuka oleh masyarakat. Hal ini dapat kita lihat pada rangkap 1 baris 3 dan baris 4.

Hutang emas boleh dibayar,


Hutang budi dibawa mati.

Pengajaran yang kelima ialah kita tidak seharusnya membantu orang melalui
statusnya. Kita seharusnya membantu orang dengan ikhlas dan bukannya membantu orang
disebabkan statusnya yang kaya. Kita haruslah merendah diri dan tidak memandang darjat
orang tersebut. Budi merupakan sifat kemanusiaan yang membawa seseorang itu kepada
peningkatan darjat semasa hidup kita di dunia mahupun sesudah meninggal dunia. Contoh
ini dapat kita lihat pada rangkap 3 baris 1 hingga baris 4.

Tenang tenang air di laut,


Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi baik rasa nak junjung.

Pengajaran yang terakhir ialah kita haruslah mempunyai sikap baik hati. Apabila hati
kita baik, kita akan lebih terbuka untuk menolong orang yang berada dalam kesusahan.
Namun, apabila kita tidak mempunyai sikap baik hati, keadaan sekeliling kita akan susah.
Oleh itu, kesenangan yang kita rasa haruslah dikongsi oleh kerana kesenangan yang kita
ada tidak akan kekal selamanya. Contoh ini dapat kita lihat pada rangkap 1 baris 1 hingga
baris 4.

Pisang emas dibawa belayar,


Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.
Syair Ikan Terubuk

Bismillah itu permulaan kalam,

Dengan nama Allah Khalik al-alam,

Melimpah rahmat siang dan malam,

Kepada segala mukmin dan islam.

Mula dikarang ikan terubuk,

Lalai memandang ikan di lubuk,

Hati dan jantung bagai serbuk,

Laksana kayu dimakan bubuk.

Asal terubuk ikan puaka,

Tempatnya konon di laut melaka,

Siang dan malam berhati duka,

Sedikit tidak menaruh suka.

Pagi dan petang duduk bercinta,

Berendam dengan airnya mata,

Kalbunya tidak menderita,

Kerana mendengar khabar berita


Pertama mula terubuk merayu,

Berbunyi guruh mendayu-dayu

Senantiasa berhati sayu,

Terkenangkan puteri ikan puyu-puyu

Puteri Puyu-puyu konon namanya,

Didalam kolam konon tempatnya,

Cantik mejelis barang lakunya,

Patutlah dengan budi bahasa

Kolamnya konon di Tanjung Padang,

Disanalah tempat Terubuk bertandang,

Pinggangnya ramping dadanya bidang,

Hancurlah hati terubuk memandang

Muda menentang darri saujana,

Melihat peteri terlalu lena,

Hati di dalam bimbang gulana,

Duduk bercinta tiada semena

Gundah gulana tidak ketahuan,

Lalulah pulang muda bangsawan,

Setelah sampai ke Tanjung Tuan,


Siang dan malam igau-igauan

Setelah hari hampirkan senja,

Puteri bersiap hendak memuja,

Jika sungguh asalku raja,

Disampaikan Allah barang disaja

Berlimau mandi tuan puteri,

Lalulah masuk ke dalam puri,

Meminta dia seorang diri,

Sampailah waktu dinihari

Ya Ilahi, Ya Tuhanku,

Apakah sudah demikian laku,

Dengan berkat nenek moyangku,

Disampaikan dewata barang pintaku

Selang tidak berapa ketara,

Turunlah ribut dengan segera,

Kilat dan petir tidak terkira,

Datuk nenek turun dari udara

Membawah sepohon batangnya pulai,

Datang dari Tanjung Balai,

Eloknya tidak ternilai,


Puteri melihat hairan terlalai

Pulainya rendang dengan rampaknya,

Di tengah kolah terdiri dianya,

Sampailah waktu dengan janjinya,

Puteri melompat ke atas puncaknya

Dengan berkat segala aulia,

Perkataan puteri terhentilah ia,

Belumlah sampai daya upaya,

Tiada pertemuan apakan daya

Berlidah menyahut sambil bercura,

Lemah lembut bunyi suara,

Puteri nin sudah naik udara,

Dengan bala segala tentera

Pari pun kembali menghadap banginda,

Berdatang sembah lakunya syahda,

Dalat tuanku duli seripada,

Tuan petri sudah tiada

Sudah naik ke atas udara,

Belida gerangan punya bicara,

Kepada tuanku jangan ketara,


Silakan tuanku ke laut negara

Demi baginda mendengarkan kata,

Tunduk berhamburan airnya mata,

Putuslah harap rasanya beta.

Belumlah lagi pertemua kita.

Terubuk berenang lalu ke laut,

Sekalian ikan ramai yang ikut,

Hati di dlam terlalu kusut,

Bagaikan datang rasanya kusut

Kain putih bersamoul pulih,

Pakaian anak raja perempuan,

Yang dicita tidaklah boleh,

Sudahlah nasib badanku tuan

Anggur jabat tanaman judah,

Tanam melati di jambangan,

Jangan dijabat yang telah sudah,

Rosaklah hati yang berpanjangan


Muda pun datang kepada tempatnya,

Hancur luluh rasa hatinya,

Sebab tak sampai bagai kehendaknya,

Duduk bercinta di dalam hatinya.

Syair berikut merupakan syair ikan terubuk, syair ini memiliki 24 rangkap
kesemuanya. Oleh itu, maksud bagi setiap rangkap akan saya jealskan. Rangkap pertama
bermaksud Syair ini dimulakan dengan bacaan bismilah sebagai pembuka cerita dan
seterusnya diikuti dengan memuji kebesaran Allah pentadbir sekalian alam semestayang
sentiasa member rahmat siang dan malam kepada setiap umat Islam.

Rangkap kedua bermaksud, Syair ini menceritakan tentang ikan terubuk yang tidak
menghiraukan keadaan sekeliling (kawasan pemerintahannya) kerana bersedih .

Rangkap ketiga pula, bermaksud Sebenarnya ikan terubuk adalah ikan yang
dianggap berhantu dan berasal dari laut Melaka. Ikan terubuk berada dalam kesedihan
setiap waktu sehingga tidak ada keceriaan dihatinya.

Rangkap keempat pula, Ikan terubuk sentiasa termenung dan bermuram dalam
kesedihan kerana perasaanya resah gelisah apabila mengetahui adanya puteri yang cantik
jelita.

Rangkap kelima, Kisahnya bermula apabila ikan terubuk yang cuba memujuk rayu
puteri ikan puyu-puyu, sehingga menyebabkan ikan terubuk sentiasa terkenangkannya.

Rangkap keenam, Puteri tersebut dikenali sebagai Puteri puyu-puyu yang tinggal di
dalam sebuah kolam (air tawar) Memiliki rupa paras yang cantik, tingkah laku yang baik
serta bersopan-santun.

Rangkap ketujuh, Tempat tinggal sang puteri di Tanjung Padang. Pada suatu ketika
ikan terubuk datang menziarahinya lalu jatuh cinta kerana kecantikan fizikal yang dimiliki
oleh puteri ikan puyu-puyu.
Rangkap kelapan, Ikan terubuk mulai terkenang puteri puyu-puyu dari jauh hingga
tidak terkata. Perasaannya diselubungi resah sehingga tidak keruan(tidak tentu arah
jadinya)

Rangkap kesembilan, Perasaan sedih kerana terkenangkan puteri puyu-puyu yang


tidak menerimanya menyebabkan ikan terubuk (golongan bangsawan) pulang ke tempat
asalnya di Tanjung Tuan. Siang dan malam ikan terubuk teringatkan tuan puteri.

Rangkap kespuluh, Apabila menjelang waktu senja(petang) tuan puteri berdoa,


sekiranya dia dari keturunan raja yang berdaulat muga Allah akan memakbulkan segala
pemintaannya.

Rangkap kesebelas, Upacara berdoa tersebut dimulai dengan tuan puteri mandi
berlimau membersihkan diri, seterusnya ke tempat beribadat. Tuan puteri berdoa sehingga
waktu dinihari(subuh).

Rangkap kedua belas, Doa tuan puteri dimulai dengan puji dan puja kepada Allah.
Tuan puteri merintih akan nasib dirinya, dia juga bermohon untuk mendapat restu dari
keturunannya agar doanya diperkenankan.

Rangkap ketiga belas, Tidak lama kemudian, suasana berubah, ribut , kilat dan petir
sabung menyabung lalu turunlah nenek moyangnya dari kayangan.

Rangkap keempat belas, Mereka membawa sepohon pokok pulai yang dibawa dari
Tanjung Balai. Pokok pulai itu sangat cantik apabila tuan puteri menyaksikannya timbullah
rasa kagum.

Rangkap kelima belas, Pokok pulai itu sangat rending dengan banyak dahannya.
Pokok pulai itu diletakkan ditengah-tengah kolah, apabila sampai waktu yang telah
ditetapkan tuan puteri telah melompat ke atas pucuknya.

Rangkap keenam belas, Dengan restu para wali (orang suci) tuan puteri tidak dapat
berkata-kata, belumpun sempat berlaku apa-apa tuan puteri sudah tidak kelihatan lagi.

Rangkap ketujuh belas, Ikan belida bersungguh-sungguh memaklumkan tentang


kejadian tersebut di mana tuan puteri telah naik ke langit bersama dengan bala tenteranya.

Rangkap kelapan belas, Ikan pari telah datang menghadap Duli Baginda
seripada[ikan terubuk] memaklumkan tentang berita kehilangan tuan puteri puyu-puyu.
Rangkap kesembilan belas, Ikan pari memaklumkan bahawa berita kehilangan tuan
puteri naik ke udara datangnya daripada ikan belida. Dia berharap berita tersebut tidak akan
menimbulkan keresahan kepada ikan terubuk. Lalu dia mempersilakan ikan terubuk ke laut
negara.

Rangkap kedua puluh, Apabila Raja seripada mendengar berita tersebut dia berasa
sangant sedih hingga menyebabkan menitiskan air mata. Beliau berasa harapannya hampa
kerana belum dia sempat dia bertemu tuan puteri , tuan puteri menghilangkan diri.

Rangkap dua puluh satu, Ikan terubuk terus berenang ke lautan luas bersama
dengan bala tenteranya, perasaannya diselebungi rasa serba salah sehingga timbul rasa
takut [tidak berjumpa dengan tuan puteri] didalam hatinya.

Rangkap duapuluh dua, Raja seripada diselubungi rasa sedih kerana kehilangan tuan
puteri yang dikasihinya. Begitulah nasib yang terpaksa dihadapinya.

Rangkap duapuluh tiga, Perasaan raja seripada terus dibayangi rasa sedih yang
berpanjangan akibat kehilangan tuan puteri.

Akhir sekali, rangkap duapuluh empat membawa maksud Raja seripada kembali
semula ke tempat asalnya, perasaan sedih yang teramat sangat kerana hasrat hatinya untuk
mendapatkan tuan puteri tidak kesampaian perasaan sedihnya itu bersemadi didalam
kalbunya.

Persoalan

Berdasarkan syair ikan terubuk ini, terdapat beberapa persosalan yang saya temui.
Antaranya, persoalan tentang percintaan. Hal ini kerana Percintaan yang melibatkan
perbezan status/ darjat yang membawah kepada kegagalan dalam percintaan tersebut.
Contohnya, Percintaan yang melibatkan ikan terubuk yang berasal dari kerajaan air masin
dengan puteri ikan puyu-puyu dari kerajaan air tawar.

Selain itu, persoalan tentang pengharapan kepada tuhan. Hal ini kerana, Segala
harapan hendaklah disandarkan kepada yang Maha Esa. Contohnya, Puteri ikan puyu-puyu
berdoa kepada Allah agar dia tidak dipertemukan dengan ikan terubuk.
Seterusnya, persoalan tentang kerinduan. Hal ini dimana, Kerinduan terhadap
kekasih yang jauh terpisah hingga menyebabkan perasaan jadi resah dan gelisah.
Contohnya, Ikan terubuk yang sentiasa terkenangkan puteri ikan puyu-puyu sehingga
menyebabkannya sedih dan gelisah.

Disamping itu, persoalan tentang kedaulatan. Hal dapat dijelaskan bahawa


Keturunan diraja mempunyai kedaulatan mereka yang tersendiri. Contohnya, Puteri ikan
puyu-puyu berkta jika dia dari keturunan yang berdaulat barang diminta jadi. Terbukti
apabila dia meminta agar tidak di pertemukan dengan ikan terubuk , maka berlaku perkara
aneh pokok pulai mulai muncul di tengah kolah dan akhirnya dia melompat ke atas pucuk
pokok pulai dan akhirnya hilang.

Akhir sekali, persoalan tentang kejadian luar biasa. Hal ini demikian kerana ,
Golongan bangsawan sering dikaitkan dengan kejadian luar biasa apabila berdepan dengan
sesuatu keadaan. Contohnya, apabila Tuan Puteri Puyu-puyu menyeru nenek moyangnya ,
maka berlakulah kejadian ribut diikuti dengan kilat dan petir menunjukkan tuan puteri
seorang yang berdaulat.

Sarwajagat (aspek pemikiran)

Berdasarkan syair Ikan Terubuk, terdapat beberapa sarwajagat di dalam syair ini.
Antaranya, aspek pemikiran berkait perbezaan darjat. Hal ini dimana , Boleh membawah
kegagalan dalam percintaan sebagaimana yang berlaku ke atas ikan terubuk yang gagal
memiliki cinta puteri puyu-puyu kerana berbeza dari segi darjat, ini kerana ikan terubuk
berasal dari kerajaan laut manakala puteri puyu-puyu dari kerajaan air tawar.

Selain itu, aspek pemikiran berkait keagungan tuhan. Dapat dijelaskan dengan
Dalam sebarang urusan yang hendak dilakukan , keizinan dari tuhan hendaklah dipohon
bagi memudahkan sebarang kerja yang hendak dilakukan. Sebagaimana yang dilakukan
oleh puteri puyu-puyu yang bermohon dari tuhan untuk memudahkan urusannya menolak
ikan terubuk.

Seterusnya, aspek pemikiran konsep daulat. Iaitu, Daulat merupakan kekuasaan


yang dimiliki oleh seseorang pemerintah atau raja yang mana akan membolehkan seseorang
pemerintah atau raja yang berdaulat dapat apa yang dihajatinya. terbukti apabila puteri
puyu-puyu mendapat apa yang dihajatinya iaitu tumbuhnya pokok pulai yang digunakan
untuk menghilangkan diri.

Akhir sekali, aspek pemikiran berkait kejadian luar biasa. Dimana Kejadian aneh yang
berlaku yang dikaitkan dengan kedaulatan seseorang pemrintah. Pemerintah atau raja yang
berdaulat sering akan berlakunya kejadian aneh. Dalam syair ikan terubuk kejadian aneh
yang berlaku ialah ribut , kilat dan petir sabung - menyambung menandakan kedaulatan
seseorang raja.

Nilai Murni

Berdasarkan syair ikan terubuk ini juga, terdapat banyak nilai murni yang akan
didapat oleh pembaca. Antaranya, nilai kemanusiaan. Didalam nilai kemanusiaan pula
terdapat aspek kecil yang meliputi kemanusiaan. Yang pertama, nilai keberanian. Hal ini
demikian kerana, keberanian amat diperlukan bagi setiap orang untuk mengubah nasib
dirinya. Contohnya, pada rangkap kelima iaitu ikan terubuk berani memujuk ikan puyu-
puyu sehingga menyebabkan ikan terubuk sentiasa terkenangkannya. Berani dalam
memujuk bisa dikatakan berani, kerana tidak semua org berani untuk memujuk. Biasanya
orang-orang akan kalah dengan egonya sehingga tidak berani memujuk lagi-lagi meminta
maaf. nilai yang kedua bagi nilai kemanusiaan adalah nilai kegigihan. Hal ini kerana, sikap
gigih akan membuatkan seseorang itu disukai ramai. Contohnya, pada rangkap ketujuh iaitu
Ikan terubuk gigih ke tempat ikan puyu-puyu walaupun ianya jauh di Tanjung Padang. Nilai
yang ketiga bagi nilai kemanusiaan adalah nilai kasih sayang. Hal ini kerana, kasih sayang
menjadikan seseorang itu menjadi kuat. Tidak mudah berputus asa demi mendpatkan
kebhagiaan bersama. Contohnya, pada rangkap ketujuh juga iaitu Ikan terubuk gigih ke
tempat ikan puyu-puyu walaupun ianya jauh di Tanjung Padang.

Selain itu, terdapat nilai kemasyarakatan. Antaranya nilai kerjasama. Hal ini jelas
mampu dijadikan nilai kerana dengan adanya kerjasama, kerja yang sukar menjadi mudah.
Contohnya, pada rangkap dua belas iaitu Kerjasama masayarakat untuk mecari ikan yg
hilang, iaitu Ikan terubuk terus berenang ke lautan luas bersama dengan bala
tenteranya,untuk mencari ikan puyu-puyu bagi mempercepatkan proses pencarian. Nilai
yang kedua bagi nilai kemasyarakatan adalah nilai kesetiaan kepada pemerintah. Hal ini
dapat dibuktikan dimana , pada rangkap lapan belas iaitu kesetiaan kepada raja kerana
memberi maklumat kepada raja bukan hanya berdiam diri. Iaitu Iaitu Ikan pari telah datang
menghadap Duli Baginda seripada[ikan terubuk] memaklumkan tentang berita kehilangan
tuan puteri puyu-puyu.

Akhir sekali, terdapat nilai dari aspek keagamaan. Antaranya nilai memuliakan tuhan
sebagai pentadbir. Hal ini dimana, kita harus bersyukur kepada tuhan atas keselesaan
terhadap keadaan kita sekarang. Contohnya, pada rangkap sebelas iaitu dimana puyu-puyu
berdoa dimulai dengan tuan puteri mandi berlimau membersihkan diri, seterusnya ke
tempat beribadat. Tuan puteri berdoa sehingga waktu dinihari(subuh). nilai kedua bagi nilai
keagamaan adalah nilai limpahan rahmat untuk semua makhluk. Hal ini demikian kerana,
dengan adanya limpahan rahmat. Maka semua makhluk dapat hidup dengan aman, damai,
dan harmoni. Contohnya pada rangkap enam belas iaitu Dengan restu para wali (orang suci)
tuan puteri tidak dapat berkata-kata, belumpun sempat berlaku apa-apa tuan puteri sudah
tidak kelihatan lagi.

Anda mungkin juga menyukai