Anda di halaman 1dari 4

Bismillahirrahmanirrahim .

Alhamdulillah hirabbil alamin wassolatuwassala muala asyrafil anbiya


iwal mursalin..waala..alihi wasahbihi ajmain.
Robbish rohli sodri wayas sirli amri waqlul uhdatal millisani yaf qohu
qauli.
Aamiin...

Dari jauh tuan datang


Singgah disini membeli baldu
Ahlan washlan selamat datang
Ke Sek Keb Permatang Tokandu.

Murid proaktif Guru berdedikasi


Mumtaz.excellent hebat slogan kami
Secara maya kita berinteraksi
Ke Taklimat kemasukan tahun 1 pagi ini.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh
1. Yang Berusaha Puan Salizawati binti Omar, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan
Permatang Tokandu.
2.En Basri Bin Saidi, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Penyelaras Tahun 1 Pn Muniroh Bt Wahit ....barisan jawatankuasa
transisi tahun 1,para guru serta ibu ayah yang diraikan sekalian.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kersyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi
kerana
dengan limpah izin dan kurnianya, kita dapat berkumpul pada pagi ini
bagi
menjayakan Program Taklimat Tahun 1, Sekolah Kebangsaan
Permatang Tokandu.
Hadirin yang dihormati,
Terlebih dahulu...saya Cikgu Hasfariza serta Seluruh warga kerja
sekolah ini ingin merakamkan setinggi-tinggi
ucapan tahniah dan syabas kepada murid-murid baru tahun 1
seramai 221 orang bagi sesi 2022/23
yang telah diterima masuk ke SK Permatang Tokandu.
Selamat datang ke SK Permatang Tokandu dan
sekali gus menjadi sebahagian daripada warga sekolah ini.
Diharapkan anak-anak murid sekalian yang diterima
dapat belajar membina kecemerlangan mereka di peringkat
rendah.InshaAllah.
Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada semua ibu ayah yang
dapat hadir secara maya pada
Program Taklimat Tahun 1 anak tuan/puan pada hari ini.
Untuk makluman semua, objektif program yang kita jayakan secara
interaktif pada pagi ini adalah untuk mendengar ucapan serta sesi
taklimat berkaitan Tahun 1 yang bakal disampaikan oleh Puan Guru
Besar serta maklumat berkaitan HEM dari Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid SK Permatang Tokandu.
Orang Jawa berdagang ke kota,
Singgah di Acheh membeli gamat,
Tangan dirafak, restu dipinta;
Doa diamin mendapat berkat.

Hadirin yang dimuliakan,


Bagi menambah keberkatan majlis kita pada pagi ini, marilah sama-
sama kita
menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan
oleh al fadhil Ustaz Khairul Sani Bin Che Ani .
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
*********** (Doa)
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada al fadhil Ustaz
Khairul Sani Bin Che Ani atas bacaan doa itu tadi.

Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan Puan Guru
Besar Sekolah
Kebangsaan Permatang Tokandu. Untuk itu, majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan
Yang Berusaha Pn Salizawati Bt Omar untuk menyampaikan ucapan
serta memberi sedikit taklimat yang berkaitan. Dipersilakan
************(Ucapan GB.)
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan
Salizawati Bt Omar atas ucapan sebentar tadi.

Majlis diteruskan dengan taklimat Pengurusan Hal Ehwal Murid oleh


Guru Penolong Kanan HEM, Encik Basri bin Saidi. Majlis dengan ini
mempersilakan.
**********(taklimat)
Terima kasih diucapkan kepada PK Hem kita di atas penerangan
sebentar tadi diharapkan dapat memberi penjelasan dan pencerahan
kepada semua ibu ayah yang hadir pada pagi ini.

Dengan berakhirnya sesi taklimat itu tadi, maka tibalah masanya


untuk saya selaku
pengerusi majlis untuk mengundurkan diri. Pihak majlis juga
menyusun sepuluh
jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata,
terlampau bicara
sepanjang kami mengendalikan majlis ini.

Bagi pihak jawatankuasa ,Sekali lagi saya ingin merakamkan ucapan


jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa Tahun 1 yang sudi
meluangkan masa untuk hadir secara maya pada hari ini.
Sekian,wabillahitaufikwalhidayah wassalamualaikum wbt.....

Anda mungkin juga menyukai