Anda di halaman 1dari 3

Pembelajaran Terbeza

Pembelajaran Terbeza bermaksud murid belajar secara


optimum mengikut aras atau situasi murid. Pembelajaran
Terbeza mengambil kira tahap pembelajaran murid,
kecenderungan serta kemampuan pembelajaran. Dalam
sesuatu PDPC adalah perlu untuk pembelajaran terbeza
ini berlaku supaya murid dapat mencapai objektif
pembelajaran. Pembelajaran Terbeza mengambil kira 3
aspek iaitu melalui kandungan, proses dan hasil. Ia
dizahirkan melalui RPH sehinggalah kepada PdPc.
3 aspek dalam pembelajaran terbeza adalah:
 Kandungan

 Proses

 Hasil

Pembelajaran terbeza dari segi kandungan adalah


apabila kandungan yang diberikan berbeza mengikut
tahap murid. Contohnya.

Kemahiran: Murid boleh mencari isi penting


berdasarkan petikan yang diberi.

1. Murid pandai/sederhana diberikan teks biodata Datuk


Lee Chong Wei. Teksnya lebih panjang serta banyak info
yang diberikan (3 perenggan). 

2. Murid lemah pula diberikan biodata Datuk Lee Chong


Wei yang lebih ringkas (2 perenggan).

Pembelajaran terbeza dari segi proses pula adalah


murid melakukan aktiviti yang sama tetapi melalui proses
yang berbeza.
1. Murid pandai/sederhana mencari isi penting
dengan aktiviti think pair share.
2. Murid lemah pula mencari isi penting dengan
menggariskan isi-isi penting.
Pembelajaran terbeza dari segi produk pula
memerlukan murid berlainan menghasilkan produk yang
berlainan.
1. Murid pandai/sederhana membuat peta minda atau
rumusan untuk menerangkan isi-isi penting.
2. Murid lemah membuat jadual senarai isi penting. 

Anda mungkin juga menyukai