Anda di halaman 1dari 2

Rama-rama dan Si Beluncas

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang

arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang

akan saya sampaikan pada hari ini ialah Rama-rama dan Si Beluncas.

Di dalam sebuah taman tinggal pelbagai jenis serangga. Ada kupu-kupu, kumbang,

lebah, semut, belalang dan juga rama-rama. Di dalam taman itu juga tinggal seekor ulat

beluncas. Rama-rama merupakan serangga yang paling cantik didalam taman itu. Namun ia

baik hati dan tidak sombong. Semua serangga suka berkawan dengannya. Di taman ini ada

pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan yang cantik. Semua penghuni taman

hidup dengan aman dan gembira. Biar pun rama-rama ada banyak kawan, namun ia paling suka

berkawan dengan ulat beluncas, tetapi ulat beluncas tidak boleh terbang sepertinya. Ulat

beluncas pula sering memuji-muji kecantikan dan kebaikan rama-rama

Ulat beluncas dan rama-rama bersama-sama mencari makanan di dalam taman itu.

Rama-rama selalu membawa ulat beluncas terbang bersamanya. Rama-rama suka menghisap

madu bunga yang segar manakala ulat beluncas pula suka menikmati pucuk-pucuk daun yang

enak ditaman itu. Mereka berdua menjadi sahabat yang sangat rapat. Pada suatu pagi,

seperti biasa rama-rama menunggu ulat beluncas di sepohon pokok bunga.Setelah beberapa

lama menunggu, ulat beluncas tidak juga muncul. Rama-rama berasa gelisah dan sangat

susah hati. Ia bimbang sesuatu yang buruk berlaku kepada ulat beluncas.

Rama-rama terbang ke sana- ke sini mencari ulat beluncas, namun tidak berjumpa.

Sejak dari hari itu, ulat beluncas tidak kelihatan lagi. Rama-rama tidak tahu ke mana

rakannya itu pergi. Rama-rama berasa sangat sedih kerana kehilangan sahabat baiknya.

Ke mana perginya ulat beluncas?


Sebenarnya ulat beluncas telah bertukar menjadi Pupa, ia kini berada di dalam

kelongsong yang dipanggil kepompong. Kepompong Ulat Beluncas dipanggil Pupa.

Dari ulat jadi kepompong,

Tidur nyenyak dalam kelongsong

Cukup masa kelonsong pecah; pom!pom!

Jadilah Rama-rama yang indah

Setelah beberapa lama akhirnya kepompong itu pun pecah. Kemudian muncullah

seekor rama-rama kecil yang sangat cantik. Pada suatu petang, seperti biasa rama-rama

terbang dan hinggap di pohon bunga untuk menghisap madu.Tiba-tiba, rama-rama melihat

ada seekor rama-rama kecil didalam taman itu. Rama-rama segera terbang ke tempat rama-

rama kecil.

Ia menyapa rama-rama kecil dengan riang .

“Hai rama-rama kecil,kelihatannya kamu masih baru di taman ini?”

“Ya rama-rama, sebenarnya saya adalah ulat beluncas yang pernah menjadi sahabat

mu dahulu, saya sangat gembira dapat berjumpa dengan kamu lagi”. Oh, barulah si rama-

rama sedar bahawa ulat beluncas sahabat baiknya itu kini telah bertukar menjadi rama-

rama . Ia berasa sangat gembira dan bersyukur. Kini kedua-dua rama-rama itu menjadi

sahabat semula. Mereka terbang mencari madu bunga bersama-sama.

Rama-rama terbang merata,

Hisap madu di pohon bunga

Sungguh cantik aneka warna,

Tapi sayang hidup tak lama.

Sekian,terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai