Anda di halaman 1dari 2

Pelarasan Pada Tarikh Imbangan Dan Penyata Kewangan Milikan Tunggal

Latihan : Pelarasan Akaun Nominal


1. Imbangan Duga berikut dipetik dari buku Kedai Buku Cemerlang pada 30 November 2020.

Imbangan Duga Pada 30 November 2020

Butir RM Butir RM
Premis 20 000 Untung Kasar 4 500
Angkutan Keluar 500 Komisen Diterima 500
Gaji 1 400 Akaun Belum Bayar 770
Insurans 700 Modal 21 020
Bank 3 400
Iklan 350
Belanja Am 110
26 790 26 790

Maklumat tambahan :
i) Gaji masih belum bayar RM100
ii) Iklan yang masih belum dibayar RM200
iii) Insurans prabayar RM100
iv) Angkutan keluar prabayar RM150

Anda dikehendaki menyediakan :

a. catatan pelarsan dalam Jurnal Am dan memindahkannya ke Akaun Lejar berkaitan dan mengimbangkannya
b. Sediakan Imbangan Duga Terselaras pada 30 November 2020.
c. Akaun Untung Rugi bagi tahun berakhir 30 November 2020.
d. Penyata Kedudukan Kewangan pada 30 November 2020.
2. Imbangan Duga berikut dipetik dari buku Kedai Roti Rania pada 31 Oktober 2020.

Imbangan Duga Pada 31 Oktober 2020

Butir RM Butir RM
Kenderaan 16 700 Untung Kasar 5 500
Akaun Belum Terima 1 000 Sewa Diterima 500
Belanja Am 300 Modal 10 000
Akaun Belum Bayar 800
Komisen Diterima 300
Faedah Diterima 400
Dividen Diterima 500
18 000 18 000

Maklumat tambahan :
i) Dividen belum terima RM80
ii) Faedah belum terima RM300
iii) Komisen belum terperoleh RM190
iv) Sewa belum terperoleh RM260

Anda dikehendaki menyediakan :

a. catatan pelarsan dalam Jurnal Am dan memindahkannya ke Akaun Lejar berkaitan dan mengimbangkannya
b. Sediakan Imbangan Duga Terselaras pada 31 Oktober 2020.
c. Akaun Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Oktober 2020.
d. Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Oktober 2020.

Anda mungkin juga menyukai