Anda di halaman 1dari 10

TERHAD

PT3
PENTAKSIRAN

ARAHAN:
2019
TINGKATAN
TUGASAN 3

1. Pentaksiran ini mengandungi satu tugasan.

2. Pastikan calon melaksanakan tugasan berdasarkan Kerangka.


Pelaksanakaan
Pelaksanaan Tugasan
Tugasan (Lampiran
(Lampiran 1). 1).

[Lihat halaman sebelah


23 1 TERHAD
TERHAD

TUGASAN PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)


MATA PELAJARAN GEOGRAFI (23)
TAHUN 2019

1.0 ARAHAN KEPADA GURU

1.1 Memastikan calon melaksanakan tugasan ini mengikut tempoh yang ditetapkan.

1.2 Dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan.

1.3 Merancang pelaksanaan dan penilaian tugasan mengikut masa yang ditetapkan.

1.4 Setelah tugasan dimuat turun, guru dikehendaki memberi taklimat dan
mengarahkan calon mencari maklumat serta bahan yang berkaitan
(perancangan dan proses awal). Aktiviti ini boleh dilaksanakan 12 waktu
pengajaran dan pembelajaran atau pun 12 jam yang diperuntukkan untuk
penulisan laporan.

1.5 Membimbing calon bagi menentukan kerangka dan sumber rujukan dalam
melaksanakan tugasan.

Bimbingan bermaksud perbuatan membimbing atau memberi petunjuk atau


panduan tentang cara melakukan sesuatu. Guru dibenarkan membimbing calon
dalam aspek berikut:
a. Penyediaan kerangka pelaporan.
b. Mengenal pasti sumber rujukan yang berkaitan dengan pelaksanaan
tugasan.
c. Menerangkan proses pemilihan bahan rujukan dan maklumat yang
sesuai secara individu atau berkumpulan.
d. Memberi pandangan atau komen tentang hasil kerja calon.
e. Memberi cadangan untuk membuat penambahbaikan hasil kerja calon
dalam tempoh sembilan atau 12 waktu pengajaran dan pembelajaran.

1.6 Guru adalah dilarang melakukan perkara berikut:


a. Menyediakan jawapan atau contoh jawapan berkaitan dengan tugasan
kepada calon.
b. Membantu atau menolong calon menyempurnakan laporan akhir tugasan.

[Lihat halaman
23 2 sebelah
TERHAD
TERHAD

1.7 Hasil kerja calon mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak ditiru
daripada mana-mana pihak. Calon tidak dibenarkan melakukan plagiat. Plagiat
atau ciplak atau plagiarisme adalah suatu perbuatan meniru atau mengambil
hasil kerja orang lain sepenuhnya atau sebahagian daripadanya dan
menjadikannya atau mengakuinya sebagai hasil kerja sendiri. Oleh itu, guru
perlu melaksanakan perkara berikut:
a. Memastikan calon tidak melakukan plagiat atau ciplak atau plagiarisme.
Hasil kerja calon yang dikemukakan kepada guru untuk penilaian adalah
hasil asli atau tulen dan merupakan hasil usaha sendiri yang tidak ditiru
daripada mana-mana pihak.

b. Sekiranya calon memetik pernyataan, mengambil data, grafik atau


maklumat daripada mana-mana sumber rujukan hendaklah dinyatakan
sumber rujukan tersebut. Calon perlu mengolah semula pernyataan atau
maklumat yang dipetik dengan menggunakan ayat sendiri. Jika calon
memetik dan menyalin semula sebahagian atau keseluruhan ayat atau
petikan tanpa menyatakan sumber rujukan adalah dianggap telah
melakukan plagiat. Calon yang melakukan plagiat atau ciplak atau
plagiarisme boleh digagalkan atau diberikan gred F berdasarkan peraturan
peperiksaan yang berkuatkuasa.

Contoh :

Petikan maklumat disertakan sumber:

“Ekosistem adalah suatu sistem yang melibatkan tindak balas antara benda
hidup dengan benda bukan hidup. Komponen benda bukan hidup terdiri
daripada tanih, air, udara, dan cahaya matahari. Komponen benda hidup
terdiri daripada semua spesies tumbuhan dan haiwan yang hidup dalam
persekitaran ini”.

Sumber: Chong Mui Sen, Azizan Abu Samah, Geografi Tingkatan 1:


Sasbadi Sdn. Bhd. 2002.

Maklumat diolah semula:

Ekosistem merupakan sistem yang melibatkan komponen hidup (biotik)


yang saling berinteraksi dengan komponen bukan hidup (abiotik) yang
menghasilkan suatu sistem yang stabil.

[Lihat halaman
23 3 sebelah
TERHAD
TERHAD

1.8 Tiada tugasan ulangan atau masa tambahan diperuntukkan.

1.9 Merujuk Kerangka Pelaksanaan Tugasan dan Rubrik Penskoran


(Lampiran 1) yang disediakan sebagai panduan untuk membimbing calon
menghasilkan tugasan yang baik bagi mendapat skor cemerlang.

1.10 Memastikan calon mementingkan aspek tatabahasa dalam penulisan.

1.11 Calon dikehendaki membentangkan laporan hasil kajian tersebut secara


tidak langsung semasa proses penulisan dijalankan.

1.12 Memastikan calon menulis sumber rujukan dengan betul (Lampiran 2).

1.13 Memperakukan tugasan calon dalam Borang Akuan Pengesahan


(Lampiran 3).

1.14 Memeriksa dan memberi skor kepada hasil tugasan berpandukan rubrik
penskoran yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan. Skor hendaklah
dimasukkan ke dalam Borang Pentaksiran Individu.

1.15 Skor calon hendaklah dihantar ke Lembaga Peperiksaan.

[Lihat halaman
23 4 sebelah
TERHAD
TERHAD

2.0 ARAHAN KEPADA CALON

2.1 Tugasan Pentaksiran Tingkatan 3 mata pelajaran Geografi wajib dilaksanakan


oleh calon Tingkatan 3 tahun 2019.

2.2 Penulisan tugasan perlu dilaksanakan dalam tempoh Jun hingga akhir
Julai.

2.3 Penulisan dan penghasilan tugasan ini hendaklah dilaksanakan di sekolah.

2.4 Melaksanakan semula aspek tugasan mengikut format penulisan


yang ditetapkan.

2.5 Gunakan Kerangka Pelaksanaan Tugasan (Lampiran 1) sebagai panduan


untuk melaksanakan tugasan dengan baik dan mendapat skor cemerlang.

2.6 Aktiviti mencari dan mengumpul maklumat boleh dilakukan di luar waktu
pengajaran dan pembelajaran.

2.7 Boleh melaksanakan kajian secara berkumpulan tetapi hasil kerja mestilah
dibuat secara individu.

2.8 Digalakkan menyertakan foto / gambar / rajah / grafik yang relevan untuk
menjelaskan lagi hasil kajian.

2.9 Digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)


untuk mencari dan mengumpul fakta.

2.10 Menulis sumber rujukan dengan betul (Lampiran 3).

2.11 Hasil tugasan mestilah ditulis dengan tangan.

[Lihat halaman
23 5 sebelah
TERHAD
TERHAD

2.12 Hasil kerja calon mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak ditiru
daripada mana-mana pihak. Calon tidak dibenarkan melakukan plagiat.
Plagiat atau ciplak atau plagiarisme adalah suatu perbuatan meniru atau
mengambil hasil kerja orang lain sepenuhnya atau sebahagian daripadanya dan
menjadikannya atau mengakuinya sebagai hasil kerja sendiri. Sekiranya calon
memetik pernyataan, mengambil data, grafik atau maklumat daripada
mana-mana sumber rujukan hendaklah dinyatakan sumber rujukan tersebut.
Calon perlu mengolah semula pernyataan atau maklumat yang dipetik dengan
menggunakan ayat sendiri. Jika calon memetik dan menyalin semula
sebahagian atau keseluruhan ayat atau petikan tanpa menyatakan sumber
rujukan adalah dianggap telah melakukan plagiat. Calon yang melakukan
plagiat atau ciplak atau plagiarisme boleh digagalkan atau diberikan
gred F berdasarkan peraturan peperiksaan yang berkuatkuasa.

Contoh :

Petikan maklumat disertakan sumber :

“Ekosistem adalah suatu sistem yang melibatkan tindak balas antara benda
hidup dengan benda bukan hidup. Komponen benda bukan hidup terdiri
daripada tanih, air, udara, dan cahaya matahari. Komponen benda hidup
terdiri daripada semua spesies tumbuhan dan haiwan yang hidup dalam
persekitaran ini”.

Sumber: Chong Mui Sen, Azizan Abu Samah, Geografi Tingkatan 1: Sasbadi
Sdn. Bhd 2002.

Maklumat diolah semula:

Ekosistem merupakan sistem yang melibatkan komponen hidup (biotik) yang


saling berinteraksi dengan komponen bukan hidup (abiotik) yang
menghasilkan suatu sistem yang stabil.

2.13
Calon dikehendaki membentangkan laporan hasil kajian tersebut secara
individu. Pembentangan kajian tersebut hendaklah dilakukan semasa proses
penulisan dijalankan.
2.14
Pentaksiran / penilaian proses kerja calon dilakukan sepanjang masa tugasan
dilaksanakan.

2.15 Memperakukan tugasan dalam Borang Akuan Pengesahan (Lampiran 3).

[Lihat halaman
23 6 sebelah
TERHAD
TERHAD

3.0 TUGASAN

Calon dikehendaki menjalankan kajian tentang sistem pengangkutan awam di


kawasan tempat tinggal atau sekolah anda.

Kajian tersebut haruslah merangkumi perkara berikut:

3.1 Takrifan dan konsep pengangkutan awam.

3.2 Melukis peta lakar di kawasan kajian.

3.3 Mentafsir peta lakar di kawasan kajian.

3.4 Menghuraikan kepentingan pengangkutan awam di kawasan kajian.

3.5 Mengenal pasti masalah perkembangan pengangkutan awam di kawasan kajian.

3.6 Cadangan usaha-usaha untuk menambahbaik sistem pengangkutan awam di kawasan


kajian.

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

PENGESAHAN PENGETUA

..................................................

[Lihat halaman
23 7 sebelah
TERHAD
TERHAD

an 1

[Lihat halaman
23 8 sebelah
TERHAD
TERHAD
Lampiran 2

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)


MATA PELAJARAN GEOGRAFI
TAHUN 2019

PANDUAN PENULISAN RUJUKAN

1. Buku teks
 Ahmad Ridzuan bin Abd Rahman, Rajini Gauri Muthusamy, Pau Anak Utek , 2018.
Geografi Tingkatan 3. Selangor Darul Ehsan: MY BOOKPAL SDN.BHD.
2. Buku rujukan
 Chong Mui Seng, 2000. Target A Geografi PMR. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.
3. Akhbar
 Utusan Malaysia, 17 Mei 2008, halaman 3.
4. Orang Sumber
 En. Mohammad B. Kassim, 34 tahun, B104 Kg. Pinang Kem, 57000 Kuala Lumpur.
5. Internet
 http://www.kpkt.gov.my/kegiatanekonomi/Malay/Why_m.asp
 http: //www.googlemap.com.
 http ://www.ahpsb.com.my/files/Microsoft%20Word%20-%20recycle.pdf

[Lihat halaman
23 14 sebelah
TERHAD
TERHAD
Lampiran 3
PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)
MATA PELAJARAN GEOGRAFI
TAHUN 2019

BORANG AKUAN PENGESAHAN

PERAKUAN CALON TENTANG KETULENAN TUGASAN


Saya memperakui bahawa tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri, melainkan petikan,
grafik dan gambar rajah yang dinyatakan sumber rujukannya.

RESPONDEN NAMA TANDATANGAN TARIKH

Murid

Pentaksir (Guru)

Ketua Pentaksir
Sekolah / Pentaksir
Luar

[Lihat halaman
23 15 sebelah
TERHAD

Anda mungkin juga menyukai