Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA PROGRAM BINA INSAN & MOTIVASI KEIBUBAPAAN

1. PENDAHULUAN
Pelajar merupakan pemimpin masa depan. Nilai insaniah merupakan nilai murni yang
harus disemai dan dipupuk dalam diri pelajar sejak mereka masih mentah lagi. Ibarat
kata, 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Adalah diharapkan dengan penerapan
budaya hidup Islam ini dapat melahirkan pelajar yang bukan sahaja berjaya dalam
akademik, malah mempunyai sahsiah dan budi pekerti yang terpuji.

2. MATLAMAT
Melahirkan murid-murid yang mempunyai keyakinan diri, daya kepimpinan, berdisiplin
dan mempunyai sahsiah yang baik dan terpuji.

3. OBJEKTIF
Melalui program ini adalah diharapkan murid-murid dapat :
a. Mengamalkan adab dan sahsiah yang terpuji.
b. Mempraktikkan nilai kepimpinan yang terpuji.
c. Menyedari dan melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslim sejati
d. Membina keyakinan diri dan daya saing yang tinggi untuk mencapai
kecemerlangan dalam akademik dan sahsiah

4. RASIONAL
Penghayatan nilai-nilai murni dan kepekaan terhadap tanggungjawab semakin terhakis
dalam budaya masyarakat. Murid-murid merupakan generasi pelapis yang harus
dibimbing dan diasuh supaya nilai-nilai murni dan amalan hidup muslim sejati ini tetap
menjadi amalan dan budaya mereka selain dapat menjadikan mereka pelajar yang lebih
berdisplin dan mempunyai sahsiah yang terpuji.

5. JANGKAMASA
2 hari

6. KUMPULAN SASARAN
Semua Pengawas Sekolah
Pengawas Perpustakaan
Semua Ketua Darjah dan Penolong { Tahap 2 sahaja }

7. TEMPAT PERLAKSANAAN
SK Terasi, Samarahan

8. SUMBER KEWANGAN
Derma / Sumbangan Luar ( Baitul Mal & Individu Perseorangan )

1
9. JAWATANKUASA PROGRAM

Penasihat : Encik Saadi B Bujang (Guru Besar)


Pengerusi : Ust Salleh B Sabang (PK 1)
N/Pengerusi 1 : En Jamil B Ramijan ( YDP PIBG )
N/Pengerusi 2 : Pn Hasanah Bt Ariffen (PK HEM)
Setiausaha : Ust Mohd Zaki B Pa Adek
Bendahari : Ustazah Siah Bt Mohamad.
Ahli : En Mohd Wahidi B Zainal Abidin
En Sarahandi Api Abdullah
En Narahan B Raduan
En. Mohd Nasil B Mahmut
En Samsul B Ramijan
En. Mohd Maulana Bin Bakar
Puan Sainah Bt Madan
Puan Dasyima Bt Ahmad
Puan Rosmawati Bt Bujang
Puan Nurul Izyan Bt Azih
Puan Norasikin Bt Abdullah
Puan Halimah Bt Sejali
Puan Rahmah Bt Ibrahim
Puan Rostia Bt Bujang

10. TENTATIF PROGRAM

Hari Sabtu ( 14 November 2009 )


0700 – 0800 - Pendaftaran & Taklimat
0800 – 1000 - Slot 1 [ Ceramah : Ibadah asas kemantapan iman ]
1000 – 1030 - Minum pagi
1030 – 1230 - Slot 2 [ Ceramah / LDK : Kenali Diri ]
1230 – 1400 - Solat Zuhur
- Makan tengahari
1400 – 1600 - Slot 3 [ LDK : Membina Matlamat ]
1600 – 1630 - Solat Asar
- Minum petang
1630 – 1730 - Sukan / Riadah
1730 – 1830 - Mandi
- Makan Malam
1830 – 2030 - Solat Maghrib & Isya
- Kuliah Maghrib : Alam Barzakh
2030 – 2230 - Slot 4 [ Ceramah / LDK : Menghormati Ibu Bapa ]

2
Hari Ahad ( 15 Nov 2009 )
0500 – 0630 - Solat Subuh
- Kuliah Subuh : Konsep Sahabat Dalam Islam
0630 – 0700 - Senaman pagi
0700 – 0800 - Minum pagi
0800 – 1000 - Slot 5 [ Ceramah Keibubapaan ]
Tajuk : Peranan ibu bapa dalam membentuk peribadi muslim di
kalangan anak
1000 – 1200 - Majlis Penutupan Rasmi
- Makan tengahari

11. ANGGARAN KEPERLUAN KOS

Bil Perkara Keperluan Kos Jumlah Kos

1 Makanan RM 3.50 X 3 X 50 = RM 525.00


Murid = 30 orang RM700.00
AJK & Guru = 20 orang

Ibu bapa & Jemputan RM 3.50 X 1 X 50 = RM 175.00


= 50 orang
2 Minuman RM 1.50 X 3 X 50 = RM 225.00
Murid = 30 orang
AJK & Guru = 20 orang RM 300.00

Ibu bapa & Jemputan RM 1.50 X 1 X 50 = RM 75.00


= 50 orang
JUMLAH BESAR RM 1000.00

12. PENUTUP
Adalah diharapkan semua pihak dapat sama-sama memberi sokongan bagi memastikan
program ini berjaya mencapai matlamatnya di samping mengamalkan budaya hidup
Islam untuk diamalkan dan dihayati oleh pelajar dengan harapan untuk melahirkan insan
yang cemerlang dunia dan akhirat.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(SALLEH B SABANG) ( SAADI B BUJANG )


Pengerusi Pengelola Guru Besar
Program Bina Insan dan Motivasi Keibubapaan SK Terasi, Samarahan
SK Terasi Samarahan.