Anda di halaman 1dari 13

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan.

Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Fokus- kata kunci

1. Usaha/ langkah/ cara


2. Punca / faktor / sebab
3. Kesan/ impak/ implikasi/ akibat
4. Peranan/ tugas / tanggungjawab

Spm – jumlah perenggan – 3 sahaja

1. Pendahuluan
Rumusan membincangkan cara-cara…. dan ……
2. Isi tersurat dan isi tersirat
3. Kesimpulan
….. SUKA – S - supaya
U – untuk
K – kerana
A - agar

Bahan 1

Alam sekitar ialah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada


kesejahteraan kehidupan manusia kerana kita banyak bergantung pada
sumber semula jadi. Namun begitu, alam sekitar kini semakin
tercemar kerana terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab
melakukan pencemaran, termasuklah pembuangan sampah di sungai,
penggunaan baja kimia dan pembuangan sisa toksik.

 Pemuliharaan terhadap alam sekitar amat penting untuk mengelakkan


kepupusan. Ekosistem dan ekologi alam semula jadi akan terganggu
apabila berlaku kepupusan flora atau fauna. Cuaca juga akan menjadi
panas dan kering jika penebangan hutan dilakukan secara tidak
terancang. Habitat semula jadi turut musnah jika pembakaran hutan
dilakukan secara terbuka. Pelbagai jenis haiwan bergerak ke kawasan
baharu untuk mencari tempat perlindungan. Akhirnya fenomena ini
mengakibatkan kepupusan haiwan dan tumbuh tumbuhan.
Permasalahan alam sekitar memerlukan komitmen yang tinggi
daripada semua pihak dan perlu ditangani secara bersama. Setiap
lapisan masyarakat seharusnya menyuburkan amalan gaya hidup yang
mengutamakan penggunaan sumber secara berhemah demi
memulihara alam sekitar dan sumber yang semakin berkurang. Hutan
yang menjadi sumber ekonomi negara juga perlu dipulihara dan
diurus dengan baik untuk memastikan kelangsungan peranan serta
sumbangannya kepada kesejahteraan manusia sejagat. Bencana banjir
dan tanah runtuh yang kerap berlaku ada kaitan dengan kegiatan
pembalakan dan kemusnahan hutan. Oleh itu, kerajaan negeri dan
pihak berkuasa tempatan perlu menghentikan kegiatan pembalakan
haram untuk mengelakkan kejadian yang lebih buruk berlaku.

Pencemaran sungai terus berlaku di mana-mana sahaja sehingga


menimbulkan pelbagai masalah. Pelbagai langkah boleh dilakukan
untuk menyelamatkan sungai di negara kita, termasuk mengadakan
Kempen Cintai Sungai secara bersepadu di seluruh negara. Dengan
berbuat demikian, orang ramai sentiasa diingatkan tentang pentingnya
menjaga sungai. Skop pendidikan di sekolah tentang alam sekitar juga
perlu diperluas dalam usaha mendidik generasi muda agar menyedari
kepentingan sungai.

 Kerajaan juga telah mewujudkan hutan simpanan kekal yang diurus


dan diklasifikasikan sebagai hutan perlindungan, hutan berhasil, hutan
lipur dan hutan penyelidikan dan pembelajaran. Kawasan hutan ini
bukan sahaja menjadi habitat kepada haiwan, malah berperanan
sebagai muzium hidup yang memaparkan kehidupan alam semula jadi
yang perlu dipelihara.

Dalam usaha menjaga alam sekitar, bukan kerajaan sahaja yang harus
dipertanggungjawabkan, tetapi semua pihak perlu melibatkan diri
secara akur. Kempen kesedaran perlu ditingkatkan pada peringkat
sekolah, institusi pengajian tinggi dan masyarakat awam.
Pelaksanaannya memerlukan kerjasama setiap individu dengan sektor
swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). UMW Toyota telah
menyumbangkan sebanyak RM6 juta bagi mendedahkan golongan
pelajar sekolah terhadap kepentingan memelihara alam sekitar dan
menghijaukan bumi.
Secara tuntasnya, alam sekitar yang sihat penting untuk menjamin
kesejahteraan rakyat. Semua pihak perlu bekerjasama menggembleng
tenaga dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar demi
kehidupan yang berkualiti pada masa depan.     

(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Memelihara Alam Sekitar’ oleh


Samat Buang, Dewan Siswa, Disember 2016    – yang bersumberkan
bahan daripada modul Karisma blog Cikgu Tan CL)

Bahan 2

(Gambar ini diambil daripada internet  tentang Poster Kempen Kitar


Semula daripada Majlis Daerah Kuala Selangor)

Pendahuluan

Rumusan membincangkan kesan kemusnahan alam sekitar dan


langkah-langkah untuk memulihara alam sekitar.

Bahan 1

Langkah-langkah memelihara alam sekitar

S1 masyarakat seharusnya menyuburkan amalan gaya hidup yang


mengutamakan penggunaan sumber 

S2 hutan perlu dipulihara dan diurus dengan baik

 S3 kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan perlu menghentikan


kegiatan pembalakan haram

 S4 mengadakan Kempen Cintai Sungai secara bersepadu di seluruh


negara
S5 skop pendidikan di sekolah tentang alam sekitar juga perlu
diperluas

 S6 kerajaan juga telah mewujudkan hutan simpanan kekal

 S7 kempen kesedaran perlu ditingkatkan pada peringkat sekolah,


institusi pengajian tinggi dan masyarakat awam

S8 kerjasama setiap individu dengan sektor swasta dan pertubuhan


bukan kerajaan (NGO)

Kesan-kesan kerosakan alam sekitar

K1 Ekosistem dan ekologi alam semula jadi akan terganggu

K2 Cuaca juga akan menjadi panas dan kering

K3. Habitat semula jadi turut musnah.

K4 Akhirnya fenomena ini mengakibatkan kepupusan haiwan dan


tumbuh tumbuhan.

K5 Bencana banjir dan tanah runtuh yang kerap berlaku

Bahan 2

Langkah-langkah untuk memelihara alam sekitar

G1.  Orang ramai diseru supaya mengamalkan kitar semula terhadap


barang-barang yang terpakai.

G2.  Masyarakat harus mengelakkan penggunaan strew dan beg pastik


dan polistrena untuk mengurangkan sampah.

G3.  Minyak masak yang terpakai perlu dilupus dengan baik agar
tidak menjejaskan alam sekitar.

Penutup
Kesimpulannya, semua pihak harus bekerjasama untuk memulihara
alam sekitar agar melestari alam sekitar kita kepada generasi akan
datang.

Jawapan

Rumusan membincangkan kesan kemusnahan alam sekitar dan


langkah-langkah untuk memulihara alam sekitar.  

                Kesan kemusnahan alam sekitar ialah ekosistem dan


ekologi alam semula jadi akan terganggu . Kesan seterusnya ialah
cuaca juga akan menjadi panas dan kering. Langkah untuk
memulihara alam sekitar ialah  masyarakat seharusnya menyuburkan
amalan gaya hidup yang mengutamakan penggunaan sumber. Selain
itu, langkah kedua ialah  hutan perlu dipulihara dan diurus dengan
baik. Langkah ketiga ialah kerajaan negeri dan pihak berkuasa
tempatan perlu menghentikan kegiatan pembalakan haram. Langkah
seterusnya adalah  mengadakan Kempen Cintai Sungai secara
bersepadu di seluruh negara. Kerajaan juga telah mewujudkan hutan
simpanan kekal . Di samping itu,  .  Orang ramai diseru supaya
mengamalkan kitar semula terhadap barang-barang yang terpakai.

Kesimpulannya, semua pihak harus bekerjasama untuk memelihara


alam sekitar agar melestari (serius alam sekitar ) alam sekitar kita
kepada generasi akan datang.

* Murid perlu sendiri mencari fokus yang terdapat dalam kedua-


dua bahan tersebut untuk menentukan pendahulan dan isi yang
hendak hendak dicari,

*Calon diingatkan supaya mengambil isi tentang langkah


semaksimumnya 6 isi sahaja + sekurang-kurangnya 1 isi kesan  +
sekurang-kurangnya 1 isi daripada bahan kedua.

LATIHAN MENULIS RUMUSAN TINGKATAN 4 KSSM 2020


Baca petikan dan teliti lirik lagu yang disertakan di bawah, kemudian buat
satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah
perkataan.  Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri
tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.

Bahan 1 – Petikan

                Malaysia kini berhadapan dengan cabaran era globalisasi yang


semakin rancak.  Penggunaan dan kemahiran bahasa sangat penting
dalam meningkatkan daya saing dan kualiti pendidikan bertaraf dunia
untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020.  Tahap penguasaan
pelajar dalam bahasa juga penting kerana mereka bakal menjadi
peneraju ekonomi negara.

                Bahasa merupakan elemen terpenting dalam kehidupan


seharian manusia.  Bahasa berperanan sebagai medium komunikasi yang
penting untuk menerima dan menyampaikan maklumat.  Melalui bahasa
juga seseorang individu mampu untuk menyampaikan kehendak
perasaan, pendapat , pengalaman, buah fikiran dan pengetahuan.  Dalam
sistem Pendidikan di Malaysia, bahasa utama yang diangkat sebagai
medium penyampaian ilmu ialah bahasa kebangsaan iaitu bahasa
Melayu.  Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi dalam pelbagai perkara
termasuklah dalam pendidikan.  Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa
pendidikan membolehkan pelajar yang menuturkan dan menggunakan
bahasa Melayu dengan baik untuk menguasai pelbagai bidang ilmu. 

                Kebanyakan penutur berbangsa Melayu juga menjadikan


bahasa Melayu sebagai bahasa pertama mereka.  Kepada pelajar yang
bukan golongan penutur bahasa Melayu, bahasa Melayu ini akan menjadi
bahasa kedua mereka.  Proses penerimaan Bahasa Melayu sebagai
bahasa utama dipengaruhi oleh elemen penting dalam diri pelajar. 
Anaranya melibatkan sikap dan motivasi pelajar itu sendiri terhadap
bahasa Melayu.  Oleh sebab itu, pelajar perlulah mempunyai sikap yang
positif terhadap bahasa yang dipelajari.  Sikap positif ini perlu ditunjukkan
melalui tingkah laku, persediaan dan pengetahuan yang diteroka melalui
pelbagai elemen seperti persekitaran, hubungan komunikasi dengan
rakan, membuat rujukan, dan membaca pelbagai bahan.  Sekiranya
pelajar mempunyai sikap yang positif terhadap bahasa Melayu, maka
pelajar tersebut akan berusaha untuk mengukuhkan dan membaiki
kelemhan dalam menggunakan bahasa Melayu sabagai bahasa
pertuturan.

                Sebagai kesimpulannya, penerimaan dan penguasaan  bahasa


Melayu sebagai bahasa utama dalam kalangan bukan penutur bahasa
Melayu adalah amat penting.  Kebolehan untuk menguasai bahasa Melayu
dapat membantu meningkatkan budaya ilmu di samping berkebolehan
untuk bersaing pada peringkat yang lebih tinggi.

(Dipetik dan diubah  suai daripada “Bahasa Melayu Sebagai Bahasa


Utama” oleh Jaymani Sevanathan Dewan Siswa, Bil.8/2019)

    Bahan 2 – Lirik Lagu

                                  Bahasa Jiwa Bangsa

Gunakalan lah bahasa kebangsaan kita

Marilah amalkan ramai-ramai

Bahasalah menyatukan kita semua

Yakinlah bahasa jiwa bangsa.

Marilah mari rakyat semua

Buktikanlah taat setia dengan satu bahasa

Maju bangsa maju negara

Megahkan bahasa kita

Bahasa jiwa bangsa

Lirik dan lagu;  Dol Ramli


Contoh rumusan lengkap:

Rumusan  membincangkan kepentingan penguasaan  bahasa


Melayu dan langkah untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu.

Antara kepentingan bahasa Melayu  adalah sebagai medium


komunikasi yang penting untuk menerima dan menyampaikan
maklumat.   Seterusnya,  merupakan bahasa utama yang diangkat
sebagai medium penyampaian ilmu iaitu bahasa kebangsaan dan
dijadikan bahasa rasmi dalam pelbagai perkara. Penguasaan Bahasa
Melayu juga dapat membantu meningkatkan budaya ilmu di samping
berkebolehan untuk bersaing pada peringkat yang lebih tinggi. (Bahan
1-fokus 1=5 isi) Bahasa Melayu juga mampu menyatupadukan
rakyat berbilang kaum dan dapat membuktikan  taat setia kepada
negara melalui penggunaan satu bahasa (Bahan 2-Fokus 1=2
isi).  Manakala, antara usaha untuk meningkatkan penguasaan Bahasa
Melayu ialah pelajar perlu mempunyai sikap yang positif terhadap
bahasa yang dipelajari. (Bahan 1-Fokus 2=1 isi)

Kesimpulannya, semua rakyat haruslah menggunakan bahasa


Melayu dengan baik agar meningkatkan martabat bahasa Melayu di
negara kita dan di pentas dunia.

Bahasa Klasik kepada Bahasa Melayu standard

1. Hatta – lalu
2. Maka – Ketika itu / lalu / setelah itu
3. Berbicara- berbincang
4. Gerangan – orang
5. Penjurit – askar
6. Kepetangan – berpengalaman
7. Memuafakatkan – menyatukan
8. berjumpa sultan – menghadap sultan
9. arakian – selepas itu
10. alkisah – Menurut cerita
11. kendatipun – walaupun
12. sebermula- suatu kisah
Bahasa istana berikut tidak boleh ubah
1. murka - marah
2. santap - makan
3. beradu- tidur
4. berangkat- pergi
5. gering - sakit
6. mencemar duli - bersetuju
7. mangkat- mati
8. bersiram- mandi
9. permaisuri/ baginda/ bonda / anakanda / putera

Latihan:

1. Alkisah orang dahulu kala asal usul nama negeri Melaka ialah dari nama pokok Melaka.
Menurut cerita orang zaman dahulu, nama negeri Melaka adalah berasal daripada pokok
Melaka.
2. Arakian, tersebutlah pula putera ( anak) baginda Tuanku Malim Deman besarlah sudah.
Selepas itu/ Selanjutnya, tersebut putera baginda yang bernama Tuanku Malim Deman yang
telah menjadi dewasa ( sudah besar).

3. Hatta, beberapa lama Tuah menghilangkan diri, Jebat pun mula membuat angkara
( kejahatan).

Lalu,setelah beberapa Tuah menghilangkan diri, Jebat mula


melakukan perbuatan jahat.
4. Sebermula, berburulah baginda bersama-sama hulubalangnya
Suatu kisah ( cerita ) bahawa baginda pergi berburu bersama-sama dengan hulubalang.

5. Maka Kertala Sari pun pandang pada Laksamana itu maka ia pun fikir di dalam hatinya ,
“Dialah gerangan hulubalang Ratu Melaka yang bernama Laksamana itu. Jikalau demikian
halnya, sungguhlah ia dapat membunuh bapaku, kerana ia penjurit besar lagi kepetangan.

6. Maka, baginda fikir berbicara hendak memuafakatkan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja.
Maka baginda pun menyuruh memanggil Seri Nara Diraja; maka ia pun hadirlah. Maka titah
Sultan Muzaffar Syah, “Mahukah Seri Nara Diraja beristeri?”

Senaraikan kata kerja transitif dan membina ayat

1. Ketika itu/ pada masa itu, Kertala Sari pun melihat Laksamana. Di dalam hatinya, dia berkata
bahawa sememangnya dialah hulubalang Ratu Melaka yang bernama Laksamana. Jika
begitu, memang dialah yang membunuh bapanya kerana dia seorang askar yang kuat dan
berpengalaman.
Senaraikan dua kata bilangan dan dua kata kerja transitif

Setiap rakyat Malaysia secara purata membuang 0.8 kilogram sampah setiap hari. Jumlah ini cukup
untuk memenuhi Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC) dalam jangka masa sembilan hari
setengah sahaja. Aktiviti kitar semula dikenal pasti sebagai salah satu cara paling berkesan untuk
mengurangkan sampah sisa pepejal. Namun demikian, dikatakan tahap kesedaran masyarakat
terhadap amalan kitar semula masih rendah.

Kata bilangan- setiap/ berbagai-bagai/ para/ setengah/ sesetengah/ segelentir / kebanyakan – m/s
50

KKT KKTT

a. Me.. a. kata kerja asal ( duduk/ bangun/ tidur ..)


b. Me ..kan b. ber.. ( bermain)
c. Me..i c. ber…an
d. Memper.. d. ber..kan
e. Memper..i e. ter..
f. Memper..kan f. me.. + ksn ( menangis dengan kuat/ mendarat di)

Senaraikan enam kata kerja transitif , tiga kata kerja tak transitif dan dua kata adjektif.

Penekanan inovasi dalam kalangan murid pendidikan khas dapat menambah baik sahsiah diri dan
kualiti kehidupan, serta memudahkan pengurusan aktiviti harian murid. Jika diberi pendedahan yang
tepat, mereka mampu bersaing dengan rakan murid yang normal. Inovasi berkaitan dengan
persekitaran sekolah bukan sahaja memudahkan pengurusan dan meringankan beban pendidikan
sepanjang proses pembelajaran di sekolah, malah dapat mewujudkan persekitaran yang mesra
kepada murid kelainan upaya ini. Hal ini akan dapat melahirkan murid yang sentiasa berfikir dan
berani menghadapi cabaran.

Senaraikan dua kata majmuk.

Sebagai warganegara Malaysia, tugas menghormati institusi raja Melayu sememangnya terletak
pada bahu mereka. Dalam kalangan generasi muda, lima prinsip Rukun Negara telah diterapkan
sejak bangku sekolah demi membentuk jati diri mereka. Namun demikian terdapat segelintir rakyat
yang telah memuat naik kata-kata yang menghina institusi tersebut melalui laman sosial. Oleh itu,
hukuman yang lebih berat perlu dikenakan terhadap pihak yang terlibat kerana setiap rakyat
Malaysia perlu akur bahawa kesetiaan kepada raja dan negara ialah tanggungjawab kita bersama.

Contoh kata majmuk

Jalan raya guru besar susu pekat manis ambil alih tunjuk ajar kenal pasti

Kuat kuasa merah jambu biru laut


Tukarkan ayat bersusunan biasa yang bergaris kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah
maksud asalnya.

1. Bidang keusahawanan wajar diterokai oleh golongan remaja. Bidang ini dapat mendidik remaja
menjadi lebih berdaya kreatif. Sesungguhnya amat luas ruang bagi golongan remaja menceburi
bidang ini. 2.Remaja yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi juga boleh menceburi
bidang tersebut. Oleh hal yang demikian 3. Para remaja yang berminat dalam bidang ini tidak
mempunyai masalah untuk mengikuti kursus dan latihan keusahawanan. Ibu bapa perlu
memberikan sokongan kepada anak-anak yang berminat dalam bidang ini.

Bina lima ayat tanya yang lengkap dengan menggunakan kata tanya yang betul.

Perhimpunan rasmi biasanya dijalankan di dewan sekolah pada hari pertama persekolahan
setiap minggu ( bilakah ). Semua guru dan murid diwajibkan menghadiri perhimpunan rasmi.
Bagaimanakah sekolah dapat memupuk disiplin dalam kalangan murid?. Bagaimanakah
perhimpunan ini dapat menanam semangat patriotik melalui nyanyian lagu Negaraku. Para guru dan
murid wajib berdiri tegak ketika menyanyikan lagu kebangsaan. Selain itu, Mengapakah
perhimpunan rasmi diadakan untuk membudayakan kemahiran mencatat ketika guru
menyampaikan amanat/ mesej

Berdasarkan petikan di bawah, kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap.

Subjek : ___________________________________________

Predikat : ___________________________________________

1.Malaysia merupakan destinasi pelancongan tropika yang indah dan sangat berpotensi di Asia.
2.Industri pelancongan ini/ itu // menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu
pertumbuhan ekonomi negara. 3. Industri-industri lain pula //berperanan sebagai wahana dalam
pembangunan mega Malaysia menuju negara maju dalam abad ini. Potensi industri pelancongan
sebagai penjana ekonomi baru negara //hanya dapat direalisasikan jika usaha membangunkan
industri pelancongan diberi penekanan yang sewajarnya.
Cari dan betulkan tujuh kesalahan bahasa yang terdapat dalam petikan .

Kesalahan Bahasa – ejaan , tatabahasa, istilah, imbuhan

Di ( pada ) era globalisasi ini, pelbagai jenis kenderaan yang modern ( moden ) telah mencipta
( (dicipta )bagi menggantikan kenderaan kovensional ( konvensional ) sebagai pengangkutan awam.
Pengangkutan awam yang moden itu pula mampu memainkan peranan yang penting kepada
sesebuah negara untuk mencapai kemajuan kerana sistem pengangkutan yang baik mampu
menggerak ( menggerakkan) ekonomi negara. Di antara ( antara ) contoh kenderaan awam ialah
monorel, komuter, bas, teksi dan kapalterbang ( kapal terbang )

Cari tujuh kesalahan bahasa

Munirah : Selamat pagi Doktor Aidil. Terima kasih kerana sudi menghabiskan masa untuk
diwawancara pagi ini.

Doktor Aidil : Selamat pagi. Munirah : Saya Munirah dari Kelab Majalah Intan SMK Cempaka, ingin
mewawancarakan doktor berkaitan cara-cara untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Doktor, apakah
yang dimaksudkan dengan amalan gaya hidup sihat?

Doktor Aidil : Gaya hidup sihat merupakan satu amalan yang kita perlu lakukan bagi mewujudkan
kehidupan yang selesa dan terhindar daripada pelbagai penyakit. Dalam hal ini, seseorang hendaklah
mengamalkan pemakanan yang seimbang, melakukan senaman tiap hari dan menjaga persekitaran
untuk sentiasa bersih.

Munirah : Terima kasih doktor di atas penerangan tentang gaya hidup sihat itu.

Doktor Aidil : Sama-sama.

CONTOH 1 Bahan 1 – Petikan Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah,
kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan.

Setiap tahun Malaysia meraikan Hari Kebangsaan. Diam tidak diam sudah lebih separuh abad
negara kita terlepas daripada cengkaman penjajah. Menjadi rutin tahunan, menjelang sahaja bulan
Ogos atau juga dikenali bulan kebangsaan, agensi atau kementerian yang berkenaan akan mula
menjalankan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang sebagai usaha untuk meningkatkan semangat
patriotik. Program-program yang bercorak kenegaraan seperti pertandingan nyanyian lagu patriotik
dan pementasan teater drama juga dianjurkan oleh badan bukan kerajaan (NGO), pihak sekolah dan
agensi-agensi kerajaan supaya mesej semangat cinta akan negara sampai kepada golongan sasaran.
Namun, program-program tersebut kurang berjaya dalam mencapai matlamatnya kerana kurangnya
penghayatan para remaja dalam aktiviti bercorak kemerdekaan tersebut.

Perkara yang menjadi kebimbangan banyak pihak ialah generasi muda tidak mengambil endah
tentang hari kebangsaan. Mereka sewajarnya menghayati erti kemerdekaan dengan mendalam.
Sebagai generasi muda yang bertanggungjawab mereka berperanan untuk membina kejayaan
negara iaitu sanggup bekerja keras untuk negara. Mereka juga perlu mementingkan kecemerlangan
dalam pendidikan. Hal ini demikian kerana pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha
membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan,
berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara
maju.

Tanggungjawab lain yang perlu dilakukan oleh generasi muda ialah mereka perlu membantu
pihak kerajaan untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan negara. Hal ini dikatakan demikian
kerana keamanan dapat mengelakkan negara daripada serangan musuh sama ada berbentuk fizikal
atau psikologi. Tambahan pula, tugas generasi muda adalah untuk memastikan Malaysia akan terus
berpegang pada konsep keadilan dan kesaksamaan. Dengan ini, semua rakyat dapat menikmati
kemakmuran dan kemajuan bersama-sama. Selain itu, generasi muda yang akan mengisi perjuangan
kemerdekaan hendaklah memastikan prinsip demokrasi akan terus diamalkan oleh setiap rakyat di
negara ini. Sesungguhnya kejayaan negara dalam fasa kedua 58 tahun kemerdekaan memerlukan
komitmen semua pihak terutama generasi muda.

Anda mungkin juga menyukai