Anda di halaman 1dari 11

HAKIM SYARIE: PEMILIHAN,

PERLANTIKAN DAN BIDANGKUASA

Oleh:
Hj. Ibnor Azli Ibrahim
Md Yazid Ahmad

PEMILIHAN HAKIM SYARIE DAN PERLANTIKANNYA


~emandangkanperi pentingnya jawatan hakim dalam sesuatu kerajaan,
para fuqaha telah meletakkan urusan kehakiman di tangan ketua negara.
fin ~Abidindi dalam hasyiahnya ada menyatakan:
"Kuasa kehakiman tidak boleh diperolehi kecuali dari seorang
sultan (ketua negara) atau yang setaraf dengannya. Andainya
seluruh penduduk sebuah negeri bersepakat untuk melantik
seseorang menjadi hakim, ianya tetap tidak sah" (Ibn CAbidin t.th:
451, al-Bahutiyy t.th: 283).
Maksudnya di sini, perlantikan seorang hakim mestilah melalui
pmerintah yang arif mengenai kelayakan orang yang akan dilantiknya
atau melalui syura yang akan menjamin kewibawaan seorang hakim
dan kemaslahatan umum. Jika h a k h dilantik sesuka hati, maka keadilan
tidak akan tercapai. . - C 1 .
. I
Jika dilihat dari sudut undang-undang pula ianya amat jelas.
Seseorang individu tidak mungkin boleh mendakwa bahawa dirinya
rnenjadi hakim atau mempunyai kuasa melantik, kecuali setelah
menepati peraturan dan undang-undang yang diterima pakai dalam
sesebuah negara. 6s.. hd..t. MI.
Arnalan di Malaysia menetapkan, hak memilih dan melantik seorang
Hakim Syarie hanyalah di tangan Raja atau Yang Di Pertuan Agong
yang merupakan pemimpin tertinggi dalam urusan Agama Islam di
Ibnor Azli & Md Yazid [Kajian Syminh dan Undang-Undang - Siri 2 1 20051

setiap negeri. Syarat pemilihan dan prosedurnya pula agak berbeza


antara negeri.
Seorang Hakim Syarie yang telah dilantik akan menerima watikah
perlantikan dari Sultan dan diumumkan di dalam warta rasmi kerajaan
(Government Gazette). Dengan tersiarnya perlantikan hakim tersebut,
beliau berhak menjalankan tugasnya sebagai hakim di tempat ia dipilih
berdasarkan tanggungjawab dan hak-hak yang diberikanl.

SYARAT-SYARAT PERLANTIKAN HAKIM SYARIE


Syarat-syarat perlantikan seorang Hakim Syarie adalah merupakan
jaminan terhadap keadilan di dalam sebuah masyarakat terutamanya
masyarakat Islam. Lantaran itu, ia menjadi asas dalam pemilihan hakim
di dalam setiap masyarakat di dunia. Islam mengambil berat terhadap
syarat-syarat ini sesuai dengan tuntutan zaman demi keadilan sejagat.
Syarat-syarat perlantikan Hakim Syarie tidak disebut di dalam
mana-mana enakmen di Malaysia sepertimana para fuqaha memper-
incikannya dalam kitab-kitab mereka2. Sebaliknya mereka menambah
syarat-syarat lain yang berbentuk Syakliyyah (teknikal) dan Mawduciyyah
(objektif) iaitu:
i. Warganegara Malaysia. Disyaratkan kepada seorang Hakim
Syarie memiliki kerakyatan Malaysia. Seseorang yang bukan
warganegara tidak layak untuk menyandang jawatan ini.
ii. Berusia sekurang-kurangnya lapan belas tahun. Syariah Islamiah
tidak mensyaratkan umur tertentu untuk penjawat jawatan

Seksyen 38 (3), Fhakmen Pentadbiran Perundangan Islam Selangor 1989.


Para Fuqaha bersepakat menentukan syarat-syarat berikut kepada seorang hakim
syarie iaitu: Islam,a@ baligh, adil, ilmu, merdeka serta sernpuma anggota badan d m
~mcaindera.Namun begitu, mereka berselisih pula dalarn menetapkan syarat: ijtihad
dan jantina seomg hakim. Pada panclangan pedis, syarat "Hakim mestilah seorang
lelaki"hendaklah dikua- maMkala @had pula lidakkhperlu dikua-
kerana ia mempakan tahap kemampuan yang sukar diperolehi di zaman lampau,
apatah lagi di zaman kita ini. Pensyaratan ijtihad juga mungkin akan mernbantutkan
t a n m a w a b keadilan yang pedu disegerakan Hammam tth: 355, al-SanCaniiyy
t.th. 52, a l - m y y tth: 375, Ibn Rushd ttfi: 4%, Ibn Farhun t . h 26, al-Mawardiyy
t.th: 65, Ibn al-Qayyim al-Jawziyyah t.th: 102, Al-Kasaniyy tth: 23, Ibn =Abidint.U1.
n,Ibn Abi al-Dam t.th: 70, Ibn Qudamah t.th: 380, al-Shyiyy t.th: 1088).
Hakim Syarie: Pemilihan, Perlantikan dun Bidangkuasa

Hakim, sebaliknya mensyaratkan al-ahliyyah (kelayakan) yang


sempurna. Namun begitu, pensyaratan usia lapan belas tahun
dari segi undang-undang kini tidak pula menyalahi Syariah. Ini
adalah kerana matlamat pensyaratan itu ialah untuk memasti-
kan keadilan tercapai (secara teorinya) memandangkan
sukarnya memperolehi seseorang hakim yang berkelayakan
akademik dan memiliki kematangan jiwa kurang dari usia
tersebut. Dengan syarat ini dapat dipastikan seorang pemohon
itu telah mencapai sinn al-rushd (umur matang), kelayakan
(ahliyyah) dan kesempurnaan pemikiran dalam satu waktu.
Dengan sifat ini pemohon dikira layak dari segi undang-undang
untuk memikul satu tanggungjawab yang besar.
iii. Kelayakan Syariah yang diiktiraf. Seorang pemohon juga
disyaratkan memperolehi Ijazah Syariah kelas pertama atau
kedua dari universiti atau institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan
Malaysia. Dengan syarat ini dapat difahami bahawa mereka
yang memiliki kelulusan Pengajian Islam dan Arab selain dari
Syariah tidak layak memohon jawatan ini sementara pemilik
ijazah Syariah dengan takhassus Qada' adalah diberi keutamaan.
iv. Memiliki Diploma Pentadbiran Kehakiman Syarie dari Universiti
Islam Antarabangsa Malaysia atau sijil yang setaraf dengannya
dari mana-mana universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan. Syarat
ini bertujuan untuk menjamin kemampuan seorang Hakim
Syarie dalam undang-undang semasa dan etika pentadbiran
kehakiman negara.
v. Lulus dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia di peringkat Sijil
relajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya yang
diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Syarat ini bertujuan untuk
menjamin kemahiran Hakim Syarie dalam Bahasa Kebangsaan
dari segi penulisan dan pertuturan kerana ia merupakan bahasa
undang-undang dan penghakiman di Malaysia.
Terdapat kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf untuk tujuan
perlantikan ke jawatan Hakim Syarie selain daripada apa yang
disebutkan d i atas. Umpamanya di Negeri Selangor, seorang yang
pernah berkhidmat dalam bidang perundangan sebagai Peguam Syarie di
Ibnor Azli & Md Yazid [Kajian Symiah dun Undang-Undang - Siri 2 / 20051

mana-mana Mahkamah Syariah tidak kurang daripada sepuluh tahun,


atau seorang yang mempunyai pengetahuan yang luas dalam Syariah
dan Kehakiman, layak untuk dilantik sebagai Hakim Syarie3.
Di Wilayah Persekutuan pula, seseorang itu layak menjawat jawatan
Ketua Hakim Syarie jika beliau pernah berkhidmat tidak kurang dari
sepuluh tahun sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah. Manakala
untuk jawatan Hakim Syarie pula, mereka dikira layak memohon jika ia
pernah berkhidmat tidak kurang dari sepuluh tahun sebagai Hakim
Mahkamah Rendah Syariah, kadi, pendaftar atau pendakwa Syarie
sesuatu negeri atau pada suatu masa pemah memegang mana-mana satu
daripada jawatan itu dan pada masa yang lain memegang mana-maria
yang lain pula, atau seorang yang arif dalam hukum Syarak".
Jawatan Kadi telah diubah kepada jawatan Hakim Syarie secara
otomatik ekoran penyusunan baru Sistem Mahkamah Syariah di
Malaysia dan Hakim Syarie tersebut disyaratkan telah mengikuti Kursus
Kehakiman di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

BEBAN W G A S KEWA HAKIM SYARIE


Seluruh Mahkamah Syariah Negeri Selangor diketuai oleh seorang Ketua
Hakim Syarie yang bertanggungjawab kepada Yang Berhormat
Setiausaha Kerajaan Selangor dan menanggung beban tugas berikut:
1. Sebagai Ketua Jabatan Mahkamah Syariah Selangor Darul Ehsan.
2. Mendengar, rnernbicara dan rnemutuskan kes mal/jenayah
mengikut bidang kuasa yang diperuntukan dalam undang-
undang.
3. Mendengar, membicara dan memutuskan Kes Rasuah daripada
Mahkamah Rendah Syariah.
4. Menyediakan catatan perbicaraan dan alasan kehakiman kes-kes
yang dirayu ke Mahkarnah Rayuan Syariah.

Seksyen 42 (I), Enahnen Pentadbiran Pmdangan Islam Selangor 1989.


selqen 41(2), 43(2), Akta Pentadbiran hdang-Wndang Islam Wilayah Perskuban
1993. Akta 505.
Hakim Syarie: Pemilihan, Perlanfikan dun Bidangkuasa

5. ~ e n g e s a h k a npembahagian harta pusaka (Faraid) yang dibuat


oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.
6. Menetapkan tarikh tangguhan kes setelah disebut di Mahkamah.
7. Menyediakan catatan perbicaraan dan alasan kehakiman untuk
Jumal Hukum.
8. Meluluskan permohonan cuti rehat Hakim Mahkamah Tinggi
Syariah dan Ketua Pendaftar.
9. Pengerusi Mesyuarat Hakim, Hakim Pendaftar dan mesyuarat
kakitangan Mahkamah Tinggi Syariah.
10. Pengawal kewangan JabatanlMahkamah.
11. Menandatangani perintah Mahkamah yang telah diputuskan
dan lain-lain mengikut peruntukan undang-undang5.

BEBAN TUGAS HAKIM SYARIE DI MAHKAMAH TINGGI SYARIAH


Hakim Mahkamah Tinggi Syariah bertanggungjawab kepada Ketua
Hakim Syarie dan memikul beban tugas berikut:
1. Mendengar, membicarakan d a n memutuskan kes-kes Mall
Jenayah dalam MahkamahKamar Hakim mengikut bidang kuasa
yang ada (MaI: Tuntutan melebihi RM100,000.00, Jenayah: Denda
melebihi RM2,000.00).
2. Mendengar, membicara dan memutuskan kes-kes Rayuan dari
Mahkamah Rendah Syariah.
3. Menyediakan alasan-alasan kehakiman kes-kes yang telah
diputuskan perkara 1 dan 2.
4. Menyediakan laporan kes-kes MalIJenayah untuk penerbitan
majalah Undang-undang (Jumal Hukum).
5. Menentukanlmembahagi permohonan bahagian harta pusaka
(Faraid) mengikut bidang kuasa yang ada (nilai harta pusaka
melebihi RM100,000.00).
6. Menjalankan segala urusan yang berkaitan dengan kes-kes
Mahkamah Tinggi Syariah mengikut bidang kuasa yang diberi di
bawah undang-undang yang ada.

Sumber dari Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Selangor.


%norAzli h Md Yazid [Kajian Symiah dm Undang-Undnng - Siri 2 / 20051

7. Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Ketua Hakim Syarie6.

BEBAN TUGAS HAKIM SYARIE DI MAHKAMAH RENDAH


SYARIAH
Hakim Mahkamah Rendah juga bertanggungjawab kepada Ketua Hakim
Syarie dan menanggung beban tugas berikut:
1. Sebagai Ketua Pejabat di peringkat Mahkamah Rendah Syariah.
2. Mendengar, membicara dan memutuskan kes MalIJenayah di
(Mal: Tuntutan tidak melebihi RM100,000.00. Jenayah: Denda
tidak melebihi RM2,000.00).
3. Mencatit butir-butir perbicaraan di dalam MahkamahIKamar
Hakim.
4. Menyediakan butir-butir laporan kes Rayuan ke Mahkamah
Tinggi Syariah.
5. Menyediakan alasan-alasan kehakiman kes-kes yang telah
diputuskan.
6. Menyediakan laporan kes-kes MaUJenayah penerbitan majalah
Undang-undang (Jurnal Hukum).
7. Menentukanlmembahagi permohonan bahagian harta pusaka
(Faraid) mengikut bidang kuasa yang ada (nilai harta pusaka
tidak melebihi RM100,000.00).
8. Pengawal kutipan hasil.
9. Melulus cuti rehat pegawai/kakitangan Mahkamah Rendah
Syariah.
10. Menjalankan segala urusan yang berkaitan dengan kes-kes
Mahkamah Rendah Syariah mengikut bidang kuasa yang diberi
di bawah Undang-undang yang ada.
11. Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Mahkamah Tinggi Syariahf
Ketua Hakim7.

Sumber dari Mahbnah Tinggi Syariah Negeri Sel-.


' M r dari Mahkamah T i Syariah Negeri Selangor.
Hakim Syarie: Pemilihan, Perlantikan dun Bidangkuasa

TEMPOH DAN PERLETAKAN JAWATAN HAKIM SYARIE


Perintah Am Kerajaan Malaysia telah menetapkan bahawa seorang
Hakim Syarie boleh menjalankan tugasnya sehingga beliau berusia 55
tahun. Ia boleh meneruskan tugasnya selepas itu sehingga usia 68 tahun
(di Negeri Terengganu) atau berusia 65 tahun (di Negeri Selangor)
dengan syarat beliau tidak mengalami apa-apa gangguan kesihatan yang
boleh menghalangnya dalam tugas sebagai Hakim Syarie.
Seorang Hakim Syarie boleh mengemukakan notis perletakan
jawatannya pada bila-bila waktu sahaja. Kebenaran ini diperuntukkan
dalam artikel39 (2) Enakmen Pentadbiran Perundangan Negeri Selangor.
Notis permohonan perletakan jawatan itu hendaklah ditandatangani
oleh hakim itu sendiri dan diajukan kepada Sultan. Apabila seorang
Hakim Syarie meletakkan jawatan atau perlantikannya dibatalkan ianya
hendaklah diumumkan di dalam Warta Kerajaan.

PERLUCUTAN JAWATAN HAKIM SYARIE


Seseorang Hakim Syarie tidak boleh dipecat, prinsip ini diperuntukkan
di dalam Enakmen Pentadbiran Islam Negeri Selangor. Namun begitu,
Hakim Syarie boleh dipecat dari jawatannya dengan syarat-syarat yang
telah ditetapkan di dalam Enakmen dan akta yang berkaitan (Seksyen 39
(3), Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam Selangor 1989).
Prinsip ini menjadikan jawatan Hakim Syarie berbeza dari jawatan
pegawai-pegawai kerajaan yang lain. Tanpa peruntukan perundangan
yang sedemikian, seorang Hakim Syarie terdedah kepada ugutan untuk
dipecat. Hal sebegini sudah tentulah mengundang bahaya yang besar di
mana seorang Hakim Syarie akan dipengaruhi dan ditekan oleh kuasa
lain dalam kerajaan. Perkara sebegini mestilah dijauhi demi menjamin
kebebasan sistem kehakiman negara dari sebarang tekanan.
Sebab-sebab perlucutan jawatan Hakim Syarie disebutkan dalam
beberapa akta termasuk Perintah Am Kerajaan Malaysia yang
menjelaskan bahawa seorang pegawai boleh dipecat sekiranya:
1. Beliau menyembunyikan apa-apa kecacatan tubuh badan
melalui laporan kesihatan atau beliau mengangkat sumpah palsu
di dalam perintah am kerajaan No 23 (a)

perintah Am Kerajaan Malaysia No 23 (a).


finor Azli & Md Yazid [Kajiun Symiah dan Undang-Undang - Siri 2 / 20051

2. Jika ia gaga1 dalam ujian yang ditetapkan atau tidak mendapat


apa-apa surat sokongan daripada ketua jabatannya, sedangkan
ia masih di dalam tempoh percubaan. Dalam ha1 ini kerajaan
berhak menamatkan perkhidmatannya dengan cara memberi
notis kepadanya berdasarkan Perintah Am Kerajaan no. 5g9.
Di Negeri Selangor, pemecatan seorang Hakim Syarie hendaklah
dikemukakan oleh ketua Hakim Syarie kepada Sultan dengan
menyatakan sebab-sebabnya iaitu seperti berikut:
1. Kelakuannya tidak baik; atau
2. Dia tidak berupaya oleh kerana kelemahan tubuh atau otak atau
apa-apa sebab lain yang boleh menghalangnya dari menyem-
pumakan tugas dengan sepatutnya.
Duli Yang Maha Mulia Sultan akan membentuk satu tribunal untuk
membincangkan perlucutan jawatan seorang Hakim Syarie yang
dianggotai oleh sekurang-kurangnya lima orang yang beragama Islam
yang memegang atau telah memegang jawatan sebagai Hakim Syarie
atau Hakim Mahkamah Awam di Malaysia. Tribunal ini diketuai oleh
Ketua Hakim Syarie, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah mengikut
keutamaan antara mereka sendiri, dan ahli-ahli lain mengikut tarikh
perlantikan mereka bagi jawatan yang melayakkan mereka menjadi
ahlilO.
Dalam Syariah Islamiah tidak pemah dinyatakan tentang perlucutan
jawatan hakim Syarie ini. Cuma dapat difahami bahawa apabila
seseorang Hakim dilantik setelah mencukupi syarat maka ia layak
menjalankan tugasnya selagi mana keadilan boleh tertegak dan tiada
sebab ia boleh dipecat jika tidak ada alasan yang munasabah termasuk
kemaslahatan umumu.

Ibid.
Seksyen 39(4) Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam Selangor 1989.
Saidina Umar r.a pemah memecat Khalid bin Walid dari jawatan pernunpin tentera di
Syam. Meskipun beliau mempunyai kemampuan yang cukup untuk memimpin
tentera Islam berdasarkan kemenangan-kernenangan yang telah dicapainya di Syam
dan Iraq. Namun Umar melihat kemaslahatan umum iaitu aqidah umat Islam lebih
diutamakan dari kemenangan. Pada ketika itu para tentera mula meyakini kehebatan
Khalid sebagai punca kemenangan. Umar telah memecat Khalid demi memelihara
&idah urnat Islam.Peristiwa ini boleh dijadikan qiyas dalam pemecatan hakirn Syarie
demi memelihara kepentingan Umat Islam.
Hakim Syarie: Pemilihan, Perlantikan dun Bidangkuasa

Walau apapun, pemerintah yang adil (al-Imam) adalah orang yang


paling berhak menentukan kedudukan seseorang hakim menurut
ijtihadnya yang berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah. Jika tidak, hakim
akan terdedah kepada permainan politik pemerintah seperti yang berlaku
di =aman Khilafah al-AJolasiah12.

PENUTUP
Institusi kehakiman perlulah menjadi satu badan bebas dalam sesebuah
pemerintahan. Kebebasan Badan Kehakiman (Istiqlal al-Qada') ini adalah
satu cara untuk menjamin keadilan terhadap masyarakat insani
terjamin. Di samping itu, pemilihan hakim yang berkelayakan amat
dititik beratkan oleh Islam demi memastikan badan ini diterajui oleh
mereka yang benar-benar bertindak atas landasan keadilan.
Oleh yang demikian, kriteria hakim yang dilantik dalam Islam secara
zahirnya telah berjaya memberi keyakinan kepada masyarakat umum,
tidak kira agama apa pun yang mereka anuti. Keprihatinan Islam
terhadap peribadi hakim yang dilantik amat teliti dan ia sentiasa
dikaitkan dengan akidah Islam yang menjadi teras dalam sistem
kehakimannya.

12 p-an terhadap hakim-hakim telah berlaku di zaman ini akibat perbalahan politik
para pemimpin. Diantara hakim yang dizalimi ialah al-Qadi Ahrnad bin Abi Duad,
al-Qadi Abu al-Muthna, al4adi Abu Urn= Muhammad, aLQadi Hamrnad bin Ishaq,
Abu al-Ali al-Muhassin dan lain-lain (Usam 1983:95-111).
Ibnor Azli ik Md Yazid [Kajian Syuriah dim Undang-Undang - Siri 2 / 20051

al-Shashiyy, Abu Bakr Muhammad bin Ahmad al-Qaffal. t.th. Hilyat


al-Ulma' Fi MaCrifat Mazahib al-Fuqaha'. Jil. 7. Tahqiq: Yasin Daradkah.
Amman: Maktabah al-Risalah al-Hadisah.
Al-Kasaniyy, Ala' al-Din Abu Bakr bin Mascud. t.th. Bnda'ic al-Sana'ic Fi
Tartib al-Shara'ic. Jil. 9. Kaherah: Matbacah al-Imam.
Al-Sancaniyy, Ali bin Muhammad bin Ahmad al-Rahbiyy. t.th. Rawdat
al-Qudah Wa Tariq al-Najah. Juz.1. Edit: Solah al-Din al-Nahi. Cet. 2.
Jordan: Dar al-Furqan, Amman.
Al-Sharbiniyy, Shamsuddin Muhammad al-Khatib. 1415H11994M.
Mughni d-Muhtaj Ila Sharh Alfaz al-Minhaj. Jil. 4. Edit: Ali Muhammad
Muawwad. Beirut, Lubnan: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.
Ibn Abi Dam, Shihabuddin Abu Ishaq Ibrahim bin Abdullah. 1402HI
1982M. Adab al-Qadi. Edit: Muhammad Mustafa al-Zuhayliyy. Cet. 2.
Damascus: Dar al-Fikr.
Ibn al-Hammam, Kamal al-Din al-Sawasiyy. t.th. Takmilah al-Fath Sharh
Fath d-Qadir. Edit: Abd al-Razzaq Ghalib al-Mahdiyy. Jil. 6. Beirut:
Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.
Ibn al-Qayyim, Shamsuddin Abu Abdullah Muhammad bin Abu Bakr.
t.th. A c h d-Muwaqqicin 'An Rabb al-cAImnin.Jil. 1,4. W i t : Dar al-Jayl.
Ibn 'Abidin, 1415Hl1994M. Radd al-Muhtm Sharh Tanwin al-Absar. Jil. 5, 8.
Edit: Muhammad Ali Muawwad. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.
al-Bahutiyy, Mansur bin Yunus bin Idris. 1316Hf1996M. Sharh Muntaha
al-Zradat. Cet. 2. Mesir: Alam Al-;<utub.
Ibn Farhun, Burhan al-Din Ibrahim bin Ali bin Abi Qasim bin
Muhammad. 1378H11958M. Tabsirat a l - H u k Fi Usul al-Aqdiah Wa al-
Ahkam. Jil. l. Mesir: Maktabah Mustafa al-Bab al-Halabiyy Wa
Awladuhu.
Ibn Qudamah, Abu Muhammad Abdullah bin Ahmad al-Muqaddisiyy.
1414H/1994M. al-Mughni 'Ala Mukhtasar al-Khiraqiyy. Tashih: Abd
al-Salam bin Muhammad Shahin. Jil. 9. Beirut: Dar al-Kutub al-
Ilmiyyah.
Hakim Syarie: Pemilihan, Perlantikan dan Bidangh

l$n Rushd, Muhammad bin Ahmad ibn Rushd al-Hafid. t.th. Bidayah
al-Mujtahid Wa Nihayat al-Muqtasid. Tashih: Khalid al-Attar. Jil. 3.
Beirut: Dar al-Fikr.
Usam Muhammad Syabaro. 1983M. al-Qada' Wa al-Qudah Fi al-Islam (al-'Asr
al-~Abbasiyy).Beirut: Dar al-Nahdah al-Arabiyyah.
Sumber dari Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Selangor.

SENARAI STATUT

Enakmen Pentadbiran Pemdangan Islam Selangor 1989.


Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam Wilayah Persekutuan 1993.
Akta 505.
Perintah Am Kerajaan Malaysia No 23 (a).
Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam Selangor 1989.

Anda mungkin juga menyukai