Anda di halaman 1dari 2

NO 29.

JALAN PADI RIA 1


BANDAR BARU UDA
81200 JOHOR BAHRU, JOHOR
Tel:

01 DISEMBER 2020

NO 10
JALAN PADI MAHSURI 2/4
BANDAR BARU UDA
81200 JOHOR BAHRU, JOHOR

Encik Mohd Nazrin bin Mohd Razif,

Surat Tawaran Pekerjaan (PART TIME ).

Merujuk pekara di atas, dengan sukacita syarikat kami ingin menawarkan jawatan
sebagai Pekerja harian (PART TIME ) kepada anda. Kami percaya bahawa pengetahuan,
kemahiran dan pengalaman anda akan menjadi antara aset kami yang paling berharga
dan kehadiran anda ke dalam organisasi ini amat dialu-alukan.

Terma serta syarat-syarat tawaran adalah seperti yang termaktub di bawah:

1. Tempoh bekerja

Tempoh bekerja adalah tetap, anda akan melalui tempoh percubaan (probation) selama
sebulan.

2. Gaji dan Elaun

Gaji yang ditawarkan adalah RM4.50 untuk satu jam bertugas. Sebarang kenaikan atau
perubahan gaji, jika perlu, akan dibincangkan bersama dengan pihak pengurusan
syarikat.

3. Potongan KWSP dan SOCSO

Potongan KWSP dan Socso akan dilakukan selepas tamat tempoh percubaan.

5. Hari dan waktu bekerja

Hari dan waktu bekerja adalah sepertimana yang telah dipersetujui antara anda dengan
syarikat. Sebarang perubahan dalam hari dan waktu bekerja, jika ada, akan
dimaklumkan kepada anda.
6. Tugas dan tanggungjawab

Tugas dan tanggungjawab anda adalah seperti yang dibincangkan bersama pihak
pengurusan. Sebarang perubahan dan tambahan tugas akan dibincangkan dari semasa
ke semasa. Kami yakin anda akan mampu menggalas tugas yang diberikan. Walau
bagaimanapun, jika anda menghadapi sebarang kesulitan, anda dialu alukan untuk
merujuk kepada pihak pengurusan.

7. Penamatan kerja

Sepanjang tempoh perkhidmatan ini, kedua dua pihak boleh menamatkan perkhidmatan
melalui pemberian notis 1 bulan lebih awal.

Sekali lagi, selamat datang dan kami berharap kehadiran anda akan memajukan lagi
organisasi ini.

Yang benar,

…………………………………………..

Pengurus

Pengakuan dan penerimaan

Saya …………………………………….................…, nombor IC ……….....………………………. dengan ini


menerima dan bersetuju dengan terma dan syarat yang termaktub dalam perjanjian ini.

Tandatangan : ………………………………..

Tarikh : ………………………………..

Anda mungkin juga menyukai