Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA PERTANDINGAN SUKAN DAN PERMAINAN SECARA ATAS

TALIAN UNIT KOKURIKULUM SMK.KINARUT 2021

1.0 PENDAHULUAN

Penularan wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia pada masa kini, memberi kesan
bukan sahaja kepada kehidupan manusia. Malah, sektor pendidikan juga turut terkesan
dengan pandemik ini. Oleh itu, sebagai kaedah menggantikan aktiviti secara bersemuka,
maka aktiviti-aktiviti secara atas talian telah diperkenalkan sebagai kaedah menggantikan
aktiviti bersemuka demi keselamatan para pelajar.

2.0 MATLAMAT

Pertandingan ini adalah satu aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh unit kokurikulum
sekolah. Pertandingan ini disertai oleh setiap pelajar daripada unit kokurikulum sukan dan
permainan. Matlamat pertandingan ini diadakan memastikan pelajar tidak melupakan bahawa
bidang kokurikulum juga merupakan sebahagian daripada pembelajaran di sekolah.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Memberi peluang kepada peserta untuk merasai pengalaman dalam menyertai
pertandingan sukan permainan atas talian.
3.2 Membentuk jati diri peserta dalam situsai kesihatan yang kurang menggalakkan tetapi
masih bersemangat mengikuti aktiviti kokurikulum secara atas talian.
3.3 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri dalam menyertai program atas talian.
3.4 Memberi peluang kepada ramai pelajar menyertai program ini untuk menambah markah
kokurikulum mereka.
4.0 PERINCIAN PERTANDINGAN SECARA ATAS TALIAN

BIL. NAMA SUKAN NAMA BILANGAN


DAN PERMAINAN AKTIVITI/ PERTANDINGAN SASARAN
PESERTA

1. Pertandingan kuiz online.


1. 2. Pertandingan mereka logo
Olaraga kelab olahraga. 200
3. Pertandingan melukis poster
sukan olahraga.

2. Bola Sepak 1. Pertandingan kuiz online. 150


2. Pertandingan mereka logo
kelab bola sepak.
3. Pertandingan E-Football
Game

3. Sepak Takraw 1. Pertandingan kuiz online. 150


2. Pertandingan mereka logo
kelab sepak takraw.
3. Pertandingan menimang
bola raga.

4. Bola Tampar 1. Pertandingan kuiz online. 150


2. Pertandingan mereka logo
kelab bola tampar.
3. Pertandingan melukis poster
permainan bola tampar.

5. Futsal 1. Pertandingan kuiz online. 150


2. Pertandingan mencipta logo
kelab futsal.
3. Pertandingan E-Football
Game
6. Petanque 1. Pertandingan kuiz online. 150
2. Pertandingan mencipta logo
kelab petanque.
3. Pertandingan E-Petanque
Games.

7. Permainan Dalaman 1. Pertandingan kuiz online. 150


2. Pertandingan mencipta logo
permainan dalaman.
3. Pertandingan E-Dart Game
4. Pertandingan E-Carrom
Games.

8. Bola Jaring 1. Pertandingan kuiz online. 150


2. Pertandingan mereka logo
kelab bola jaring.
3. Pertandingan melukis
pakaian bola jaring.

9. Bola Keranjang 1. Pertandingan kuiz online. 150


2. Pertandingan mereka logo
kelab bola keranjang.
3. Pertandingan E-Basketball
Game

10. Ping Pong 1. Pertandingan kuiz online. 150


2. Pertandingan mencipta logo
kelab.
3. Pertandingan E-Table Tanis
Games.

11. Bola Baling 1. Pertandingan kuiz online. 150


2. Pertandingan mereka logo
kelab bola baling.
3. Pertandingan E-Handball
Games.

12. Hoki 1. Pertandingan kuiz online. 150


2. Pertandingan mereka logo
kelab hoki.
3. Pertandingan E-Hokey
Games.

13. Kriket 1. Pertandingan kuiz online. 150


2. Pertandingan mereka logo
kelab kriket.
3. Pertandingan E-Kriket
Games.

5.0 TARIKH, TEMPAT DAN TEMPOH PELAKSANAAN FASA 2

Tarikh dan tempoh yang telah dirancang untuk melaksanakan program ini adalah bermula
pada bulan Oktober sehingga bulan Disember. Tempoh ini diadakan selaras dengan takwim
kokurikulum semasa PKPB, . Walau bagaimanapun, tempoh pelaksanaan ini tertakluk
kepada perubahan dengan mengambil kira keadaan semasa pandemic masa kini. Manakala,
tempat pertandingan ini diadakan ialah di kediaman pelajar masing-masing.

6.0 KUMPULAN SASARAN/ PENYERTAAN


Kumpulan sasaran peserta yang akan menyertai pertandingan ini ialah semua pelajar
daripada tingkatan satu hingga lima di SMK.Kinarut, Papar. Pertandingan ini diadakan secara
terbuka kepada semua pelajar secara individu dan pemenang akan dibahagikan kepada dua
iaitu pemenang individu dan pemenang mengikut kelas.

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN PEMBELIAN BARANGAN/ HADIAH


BIL. NAMA HADIAH KUANTITI ANGGARAN JUMLAH
HARGA

1. GLOSSY PAPER 230 gsm 12 RM 25.00 RM 300.00

2. HAMPER JOHAN 15 RM 70.00 RM 1,050.00

3. HAMPER TEMPAT KE- 2 15 RM 50.00 RM 750.00

4 HAMPER TEMPAT KE-3 15 RM 30.00 RM 450.00

5 HAMPER TEMPAT KE-4 15 RM 20.00 RM 300.00

6 HAMPER HADIAH 150 RM 10.00 RM 1,500.00


SAGUHATI

7 INK PRINTER EPSON 003- 4 SET RM 180.00 RM 720.00


B/M/C/Y

JUMLAH RM 5,070.00

8.0 PENUTUP
Diharapkan agar permohonan ini dapat dipertimbangkan agar semua yang dirancang dapat
dilaksnakan dengan lancar. Program seumpama ini perlu diadakan bagi membolehkan pelajar
memperoleh markah kokurikulum yang akan membantu mereka dalam meneruskan
perjuangan mencari masa depan mereka pada suatu hari nanti. Pertandingan secara atas talian
juga mendukung saranan kerajaan agar tidak mengadakan aktiviti sukan secara bersemuka
kerana terdedah kepada jangkitan wabak. Akhir sekali, semoga apa yang dirancang dapat
dilaksanakan dengan jayanya.

Disediakan oleh, Disemak oleh

__________________ ____________________

Anda mungkin juga menyukai