Anda di halaman 1dari 6

PENGENALAN

Tamadun india bermula pada tahun 2350 hingga 3000 S.M di lembuh sungai indus. Ia
merupakan sebuah tamadun awal yang masih kekal sehingga ke hari ini. Tamadun india juga
dapat dibahagikan kepada tahap berlandaskan kepada zaman pemerintahan. Dari segi lokasi
tamadun india juga dibahagikan kepada dua bahagian iaitu india Utara dan india Selatan.
Kedua-dua bahagian tamadun india tersebut mempunyai perbezaan segi aspek bahasa,
budaya dan juga amalan keagamaan. Tamadun india juga kaya dengan kepelbagaian budaya
kesenian dan cara hidup masyarakat yang telah mempengaruhi kehidupan masyarakat
khususnya di sekitar kawasan Asia Tenggara.
Selain itu,tamadun india juga mempunyai hubungan yang istimewa dengan Rantau Asia
Tenggara dari segi politik, ekonomi dan sosial sehinggakan seluruh aspek kehidupan
masyarakat Asia Tenggara menyerupai kehidupan tamadun india. Penerapan nilai tamadun
india dalam kalangan masyarakat Asia Tenggara telah mewujudkan istilah Indianised State di
Asia Tenggara. Masyarakat mula mengamalkan budaya yang mempunyai unsur tamadun
india dalam kehidupan seharian mereka.
Di samping itu, tamadun india juga merangkumi aspek aspek politik, sosioekonomi dan
corak budaya masyarakat serta adat istiadat. Hal ini kerana tamadun india menekankan cara
hidup bekeluarga serta komuniti yag begitu sinonim dengan nilai ketimuran. Oleh itu,
tamadun india juga merangkumi adat istiadat perkahwinan, pemikiran, kepercayaan kesenian
dan aspek ekonomi.

KESAN DAN PENGARUH TAMADUN INDIA


Agama
Tamadun india seperti mana tamadun lain sudah mula berapak di abad ini buat satu
tempoh yang agak lama. Sinomin dengan tamadun india, menurut kajian melalui mohor,
patung dan bahan tembikar yang ditemui membuktikan bahawa masyarakat Lembah
Indus mempunyai agama dan kepercayaan tersendiri. Agama di Tamadun India boleh
diklasifikasikan keadaan beberapa agama antaranya ialah Agama Hindu, Agama Buddha,
Agama Jaina dan Agama Sikh. Secara literal, Tamadun india meninggalkan pengaruh
yang besar kepada Tamadun Malaysia melalui penyebaran agama secara khususnya
adalah agama Buddha dan Agama Hindu yang banyak dianuti oleh masyarakat di
tamadun Malaysia. Oleh yang demikian, kita akan lebih menfokuskan kesan dan
pengaruh kedua-dua agama ini di tamadun Malaysia.

Di samping itu, agama hindu sememangnya sudah tidak asing lagi di Nusantara dan
agama ini merupakan agama tertua di dunia. Tidak sebagaimana agama-agama besar
dunia yang lain, sejarah awal agama ini sukar ditentukan malah tarikh mulanya tidak
diketahui. Menurut N.M Idaikkadar (1979), agama Hindu diberi nama berdasarkan nama
Sungai Sindu (Indus). Agama Hindu mempunyai lima konsep utama iaitu Brahman,
Atman, Karma, Karma Mokhsa dan Samsara. Braman merujuk kepada Tuhan manakala
Atman ialah roh indinidu yang terdapat dalam badan setiap manusia. Atman sentiasa
berusaha untuk bersatu bersama Brahman namun itu hanya akan berlaku bergantung
kepada Karma. Penganut agama Hindu sentiasa berusaha untuk membebaskan diri
daripada Samsara dan mencapai Mokhsa. Mokhsa dalam erti kata lain adalah syurga.
Selain daripada itu, agama Hindu juga mempunyai kitab sucinya yang tersendiri yang
dikenali sebagai Veda.

Seterusnya adalah agama Buddha. Perkataan Buddha terbentuk daripada kata kerja ‘budh’
yang bererti bangun iaitu bangun daripada kesesatan dan keluar di tengah-tengah cahaya
pemandangan yang benar. Agama ini lahir di india pada abad ke 6 sm dan diasaskan oleh
Sidharta Gautama Buddha yang dilahirkan pada dilahirkan pada tahun 563 sm di
Kapilavastu, Timur. Seperti agama Hindu, agama Buddha juga percaya kepada hukum
karma dan Samsara yang ditekankan oleh agama Hindu. Agama Buddha juga berusaha
melepaskan diri daripada Samsara dan mencapai kehidupan yang sempurna iaitu Nirvana.
Merujuk kepada doktrin ajaran agama Buddha, Gautama Buddha menekankan kepada
empat Kebenaran Agung dan Lapan Jalan Kebenaran. Empat kebenaran Mulia
mengandungi pemahaman bahawa kehidupan adalah penuh dengan penderitaan.
Penderitaan itu wujud sebaik sahaja seseorang itu dilahirkan.Oleh itu,penderitaan ini
boleh dikawal dengan mengikuti Lapan Jalan Kebenaran iaitu ,kepercayaan yang benar,
percakapan yang benar ,berlakuan yang benar, usaha yang benar, berfikiran yang benar,
pemusatan pemikiran yang benar dan hati serta niat yang benar. Antara kitab suci yang
digunakan oleh penganut agama Buddha dikenali sebagai Tri-Pitaka.

Kesenian
Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, kesenian bermaksud perihal seni yang
berkaitan keindahan dan kehalusan dalam sesebuah budaya. Seperti yang diketahui,
tamadun india merupakan tamadun yang kaya dengan pelbagai ciri unik dalam aspek
kebudayaan telah mewujudkan warna warni dalam kepelbagaian budaya dan etnik.

Antara sumbangan kesenian tamadun india adalah seni tarian. Salah satu tarian yang
masih di amalkan oleh kaum India pada hari ini ialah Tarian Bharata Natyam. Tarian ini
merupakan salah satu gaya tarian klasik india. Tarian klasik Bharata Natyam merupakan
salah satu tarian yang penuh dengan tradisi, yang mana untuk menguasainya perlu
mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata
yang harus dipelajari demi untuk mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati
ini secara lengkap, penuh dengan kegemilangan. Tarian ini berasal daripada wilayah
Tamil Nadu di bahagian Selatan india.Tarian ini dipersembahkan secara solo oleh seorang
penari wanita. Dalam tarian ini merangkumi enam peringka di kenali sebagai Alarippu,
Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Peringkat-peringkat ini
menggambungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan Nritya

Selain itu, Tarian Khatak ini merupakan salah satu lagi tarian klasikal India. Perkataan
Kathak berasal dari perkataan India Katha yang bermaksud ‘seni bercerita’. Dari sifat
asalnya yang merupakan ekspresi menghambakan diri kepada tuhan-tuhan Hindu, Kathak
berkembang ke istana-istana pemerintah. Tarian yang klasikal dan memiliki langkah tari
yang menarik perlu diiringi oleh alat muzik yang menghidupkan seni tarian yang
dipersembahkan oleh penari. Antara alat muzik yang terkenal dalam kalagan India adalah
alat muzik seperti Tata Jati (alat muzik bertali), Vitata Jati (alat muzik bertali), Sushir
Jati(alat tiupan),Ghana Jati (alat muzik gendering). Alat muzik purba India ialah drum
dan gong. Alat muzik tersebut di kenali sebagai genderang , mridangan di Selatan India
yang dikatakan tidak berapa berkembang. Mridangan boleh menghasilkan pelbagai jenis
bunyi. Di sebelah utara, tabla dan dua buah drum diambil daripada tabla Arab yang
merupakan alat muzik yang terpenting kepada muzik India hari ini. Alat muzik bertali
seperti biola, petikan gitar sejenis pancang (sebatang kayu atau tembaga yang digunakan
untuk tunjuk pada hujung yang ditolak ke dalam).

Perkembangan ilmu
Seterusnya, tamadun india menekankan kepada penguasaan bidang sains sebagaimana
dalam tamadun india klasik. Perkembangan ilmu sains dan teknologi diindia memberikan
pengaruh besar dalam penguasaan ilmu dalam kalangan masyarakat. Masyarakat india
mendapatkan semua ilmu berkaitan sains dan teknologi melalui kitab suci mereka iaitu
Kitab Veda. Antara penguasaan ilmu dalam kalangan masyarakat india ialah ilmu
astronomi, perkembangan matematik, pengenalpastian kod dalam komunikasi tertentu.
Masyarakat india bukan sahaja mengklasifikasikan entiti sebagai subjektif dan objektif
seperti yang terkandung dalam ketetapan deskripsi misalnya sanskrit panini pada abad ke
lima masihi. Perkembangan ini telah membawa banyak perubahan kepada perkembangan
ilmu. Tamadun India yang memiliki banyak khzanah ilmu khususnya dalam bidang
kesusasteraan sangat mengalakkan perkembangan ilmu. Perkembangan ini membawa
impak positif kepada pertembungan tamadun dan seterusnya mewujudkan suasana yang
berintelektual. Sebagai contoh, pada awalnya masyarakat india mengira hari dan waktu
subuh sehingga malam subuh berikutnya dan kekal dengan calendar bulan-matahari.
Kaedah ini telah menjadi asas kepada perkiraan waktu.Tamadun india juga
mementingkan pengusaan dalam bidang matematik. Matematik dijadikan pelajaran wajib
setiap pelajar di india.

Budaya
Adat secara umunya didefinikan sebagai suatu aturan dan cara hidup. Adat ini juga
mencerminkan segala perbuatan yang adakalanya dilakukan setiap hari ataupun musim
sama ada berpandukan bulan atau tahun. Suatu perkataan yang sinonim dengan adat ialah
budaya. Walaupun dari aspek bunyinya berbeza, tetapi dari segi pengertiannya adat dan
budaya merupakan konsep yang saling bergantung dan sama. Kebudayaan dan peradaban
pula adalah satu kesatuan yang kompleks yang mengandungi antaranya pengetahuan,
kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan lain-lain. Sebelum
kedatangan islam, agama dan budaya Hindu-Buddha telah bertapak kukuh dalam
masyarakat alam melayu hingga berabad-abad lamanya. Mereka menyapa dengan sebutan
“vanakam” dan sentiasa bertanyakan tentang kesihatan, kerja, perniagaan atau
sebagainya. Tetamu sentiasa dijamu minuman atau makanan dan mesti sudi menerima
hidangan dengan baik sebagai tanda hormat kepada tuan rumah. Jika menerima sesuatu,
elok digunakan tangan kanan sebagai tanda kebaikan dan kesyukuran.

Agama Hindu boleh dikatakan menjadi anutan kebanyakkan masyarakat atasan seperti
golongan istana kerana iainya amat sesuai untuk menjaga kepentingan sosial dan politik
mereka sendiri. Rakyat biasa atau bawahan selalunya menganut dan memegang kepada
kepercayaan animism. Hal ini demikian kerana pada asalnya agama hindu dianggap
sebuah agama suci yang hanya layak dianuti oleh golongan atasan seperti golongan raja
dan golongan Brahmin seperti yang dapat di lihat dalam stratifikasi sosial masyarakat
india.
Pakaian tradisional tamadun India telah banyak mempengaruhi dan meninggalkan kesan
kepada masyarakat. Antara pakaian tradisional tamadun India ialah sari. Sari amat
dikenali di dunia kerana rakyat daripada pelbagai bangsa meminati reka bentuknya.
Untuk membuat sari, sebidang kain berukuran 5 hingga 6 ela panjang dipadankan dengan
kain dalam yang berwarna seakan-akan kain sari tersebut serta choli yang berwarna sama
atau tidak. Kain sari ini dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam
diletak di atas bahu kiri. Kain dalam dipakai di atas atau di bawah pusat dan berfungsi
menyokong kain sari tersebut dari terlucut. Sari ini diperbuat daripada pelbagai jenis,
corak dan warna kain yang sememangnya indah.
Di samping itu, kurta juga merupakan pakaian tradisional India yang digemari dan sering
dipakai oleh lelaki kaum India. Kurta ini merupakan kemeja panjang yang sampai ke lutut
yang diperbuat daripada kain kapasdan sutera. Pada kebiasaannya,kurta akan dipakai
bersama seluar longgar, salwar longgar atau seluar churidar. Kurta pajama pula
merupakan kurta yang dipakai oleh pemakainya bersama pajama dimana kurta pajama ini
kebanyakkan dipakai ketika majlis-majlis rasmi. Kurta ini juga boleh dipakai, bersama
dhoti. Dhoti ialah sejenis kain berbentuk segi empat panjang yang dilonggarkan
sepanjang 5 meter yang dililit di sekitar pinggang dan kaki.

Ilmu pengetahuan
Ilmu pengetahuan merujuk kepada pemahaman manusia terhadap sesuatu perkara. Selain
itu, ilmu juga merupakan hasil daripada kajian terhadap sesuatu perkara dan mempunyai
potensi untuk dimanfaatkan demi kebaikan manusia. Pengaruh Hindu yang datang
daripada tamadun india telah banyak mempengaruhi ilmu dari segi bahasa. Kesusasteraan
india yang mantap dan banyak mengandungi unsur bahasa yang menarik menjadi sumber
perkembangan ilmu pengetahuan sekitar kawasan Asia Tenggara. Penggunaan bahasa
dari bahasa hindu banyak dijadikan asas kepada kesusasteraan india. Menurut sejarah
Asia, Orang india dianggarkan datang ke Asia Tenggara adalah pada sekitar kurun
pertama Masihi. Pada zaman ini, penyebaran tamadun india begitu berkembang
sehinggakan kebanyakkan kawasan sekitar Asia Tenggara menerima pengaruh india.
Tamadun India telah mencapai kegemilangan dalam pelbagai bidang dan memberi
sumbangan yang besar kepada peradaban dunia. Dalam bidang matematik, unsur
geometri digunakan dalam upacara keagamaan seperti upacara pengorbanan manakala
algebra, angka sifar, dan perpuluhan matematik diperkenalkan dalam ilmu kira-kira dan
masih digunakan sehingga sekarang. Bidang matematik tersebut mula berkembang
kepada astronomi dan penciptaan kalendar. Ia digunakan untuk menentukan masa upacara
pengorbanan dan kalendar matahari telah dicipta bagi mengenal musim, tahun, bulan dan
hari.
Perkembangan tamadun India ini sangat berkait rapat dengan agama dan teknologi.
Antaranya ialah dalam bidang fizik, alam semesta mempunyai lima elemen iaitu tanah,
angin, api, air dan angkasa. Semua unsur alam ini adalah bercirikan atom. Dalam bidang
kimia, ubat-ubatan telah dihasilkan untuk memanjangkan usia, membuat racun, dan
sebagainya. Melalui proses kimia perubatan tersebut, penciptaan beberapa bahan alkali
utama, asid, dan logam serta ubat bedil telah dihasilkan. Barangan keluaran tamadun
India telah mendapat pengiktirafan daripada tamadun lain kerana penciptaan logam.
Penggunaan bahan besi dan logam amat penting kerana kemahiran yang tinggi dilihat
dalam pertukangan besi dan penciptaan besi dan logam ini masih digunakan sehingga
sekarang.
Tamadun India juga memberi kesan dalam bidang perubatan. Ilmu perubatan pada
tamadun India dikenali sebagai ilmu sihir. Perkembangan bidang fisiologi, pembedahan,
seni pernafasan, reproduksi manusia, farmakologi dan veterinari telah berlaku sejak
zaman sebelum masihi lagi. Banyak karya perubatan yang telah dihasilkan seperti Caraka
yang dihasilkan pada abad 1-2M dan Susruta pada abad ke-4M. Karya ini dikatakan
standing dengan karya perubatan Hippocrates dan Galen dari Yunani(Mohd. Hafiz,2010).
Seni bina
Menurut kepercayaan Hindu, haiwan-haiwan tertentu dianggap suci, malah ada yang
dianggap sebagai Tuhan atau pelindung. Seni ukiran yang dipengaruhi oleh fahaman ini
telah diterapkan pada bangunan-bangunan seperti istana, rumah pembesar, rumah ibadat,
pintu gerbang dan alat-alat perkakasan. Menurut kepercayaan penganut agama Hindu dan
Budha, kerja mengukir tuhannya adalah kerja yang paling mulia.
Oleh itu, tamadun India atau lebih dikenali dengan tamadun Indus tidak kurang hebatnya.
Antara pencapaian penting atau utama yang telah dibangunkan oleh tamadun ini adalah
ciri perancangan bandarnya yang begitu sistematik. Perkembangan seni bina dipengaruhi
oleh persekitaran dan cuaca. Penggunaan jendela berkisi dibuat untuk mengurangkan
pancaran cahaya matahari manakala batu marmar putih seperti terdapat di Rajasthan
digunakan sejak zaman Moghul untuk kurangkan bahang. Seni bina India banyak
menggunakan batu dan kayu sebagai sumber asas kerana mudah diperolehi.
Pada zaman Dinasti Maurya di bawah pemerintahan Asoka seni bina telah mencapai
zaman kegemilangan. Seni bina zaman Asoka ini dipengaruhi oleh agama Buddha kerana
Asoka sangat kuat berusaha mengembangkan agama Buddha. Pintu-pintu gerbang gua
banyak dibina. Kuil-kuil dibina di dalam gua. Pada zaman ini juga dibina beribu-ribu
stupa yang dibuat dari batu dan berbentuk kubah. Ia dibina ditempat suci. Ia bukanlah kuil
Buddha tetapi merupakan tempat menyimpan bahan-bahan peninggalan Buddha. Dalam
seni Buddha, elemen geometri iaitu empat segi dan bulat menjadi pilihan dalam Zaman
Asoka kerana dikatakan sebagai satu usaha untuk membezakannya dengan elemen empat
segi yang biasanya terdapat pada altar Zaman Vedik dan sebagai simbol Buddha iaitu
Wheel of Law. Untuk seni ukiran, masyarakat Indus telah menggunakan tanah liat dalam
membentuk patung-patung dan alat-alat perhiasan. Tiang-tiang Asoka yang dibina dari
batu pasir yang dilicinkan dan mencapai ketingian 40 kaki dan di hujungnya terdapat
bentuk loceng dan bentuk empat segi yang dihiasi dengan gambar binatang seperti
harimau, roda sebelum diletakkan gandingan tiga ekor singa iaitu pengawal kerajaan
Asoka menjadi lambing kebesaran pada zaman pemerintahan kerajaan Asoka.

Anda mungkin juga menyukai