Anda di halaman 1dari 15

NAMA : ______________________________ KELAS : ____________________

SULIT

LEMBAGA PEPERIKSAAN
SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG BUNDUNG

UJIAN PERTENGAHAN PENGGAL KEDUA


2020

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN


TAHUN 6

OGOS 1 JAM 15 MINIT

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B.


2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.
3. Bagi Bahagian A, setiap soalan diikuti empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D.
Pilih satu jawapan sahaja dan hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif
yang disediakan. Jika hendak menukar jawapan, padam sehingga bersih dan
hitamkan jawapan yang baharu.
4. Bagi Bahagian B, jawab semua soalan dalam ruang jawapan yang disediakan.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

……………….. …………………….. ………………….


(IZMIR FADZIL BIN IBRAHIM) (HELEN EMPERA) (MOHD AZIZAN B ABDULLAH)
Guru Mata pelajaran Penolong Kanan 1, Guru Besar,
SK Tanjung Bundung. SK Tanjung Bundung. SK Tanjung Bundung.

Kertas soalan ini mengandungi halaman bercetak

[Lihat halaman sebelah] SULIT


___________________________________________________________________________
2020 Hakcipta Sk. Tg. Bundung, Meradong
BAHAGIAN A
Soalan 1 hingga 16
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 “Mengapakah ______________ tidak lalu bersantap sejak beberapa hari ini?” sembah Mak
Inang kepada Puteri Batrisyia Ayu.
A anda
B tuanku
C awak
D baginda

2 Mak Tijah dan Mak Cun telah_____________ semula setelah sekian lama bermasam muka
akibat perselisihan faham antara mereka.

A beramah
B bermesra
C berkawan
D berbaik
3 Syazwan berasa________________ apabila melalui kawasan pokok yang berjuntai-juntai
di tepi jalan yang gelap dan sunyi itu.
A sayu
B haru
C gerun
D cuak

4 “Kita _____________ sampai dahulu daripada mereka jika____________


memenangi pertandingan ini,” kata Razif kepada Hadi dan Jalil.
A akan ... belum
B telah.... dapat
C mesti... hendak
D mahu ... sudah
5 Puan Fatimah menghadiahkan______________ anting-anting dan _________________
kalung mutiara kepada anak perempuannya.
A sebuah ... seurat
B sebentuk ... seutas
C sepasang ... seutas
D sepasang ... seuntai

6 Soalan 6 berdasarkan gambar 1

Gambar 1
Ramli ________________ sebidang tikar dan ____________sebungkus pakaian untuk
menyelamatkan diri setelah rumahnya dilanda banjir.
A Membawa ... mengalas C mengelek ... menjunjung
B Membimbit ... mengangkat D mengandar ... menjulang

7 Puan Hanita sedang___________________rambut anak kecilnya yang sedang menangis.

A mengelus-elus
B menyapu-nyapu
C mengurut-urut
D menyelak-nyelak
8 Syarikat telekomunikasi itu menawarkan potongan harga bagi _____________
yang dijual sepanjang bulan Februari.
A kad kredit
B kad penanda
C kad pengenalan
D kad prabayar
9 Penduduk di taman perumahan itu melakukan hal masing-masing tanpa mempedulikan
keadaan jiran tetangga.
A Bagai melepaskan anjing tersepit
B Bagai tidur di atas miang
C Bagai enau dalam belukar
D Bagai melepaskan batok di tangga

Pilih ayat yang menggunakan kata yang bergaris dengan betul.

10 I Mak Leha menongkah kain batiknya dengan sehelai kain yang berwarna putih.
II Kami terpaksa menongkah arus untuk menuju ke Taman Negara Endau-Rompin
III Encik Sahrom menongkah dengan keluarganya untuk membawa mereka bercuti di
Pulau Perhentian.

IV Pak Sudin menongkah kawasan yang becak di halaman rumah untuk memudahkan
tetamu yang bertandang ke rumahnya.

A I dan II C I, II dan III


B III dan IV D I, II dan IV

Soalan 11 berdasarkan gambar 2 .

Gambar 2

11 Najmi ________________ apabila mendengar berita tentang kemalangan yang


menimpa keluarganya.
A sedih agak
B paling sedih
C sedih sungguh
D paling sedih sekali

12 “Cis, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan!” jerit Datuk
Maharajalela dengan lantangnya.
Pilih perkataan yang seerti dengan perkataan yang dihitamkan.
A raung
B seru
C teriak
D panggil

13 Keris yang hulunya____________ suasa ditempah khas dari Kelantan.


A disadurkan
B bersadur
C menyadur
D saduran

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


14 “Ayah, Majlis Motivasi Ibu Bapa akan diadakan di sekolah saya pada hari Sabtu ini,” kata
Farid kepada ayahnya.
A Farid ingin tahu daripada ayahnya tentang Majlis Motivasi Ibu Bapa yang akan
diadakan pada hari Sabtu.

B Farid memberitahu ayahnya tentang Majlis Motivasi Ibu Bapa yang akan diadakan
pada hari Sabtu.
C Farid memberitahu ayahnya tentang Majlis Motivasi Ibu Bapa yang telah diadakan
pada hari Sabtu.

D Farid meminta ayahnya menghadiri Majlis Ibu Bapa yang akan diadakan di sekolah
pada hari Sabtu.

15 Pilih ayat tanya yang sesuai dengan ayat di bawah ini.


Ayah menasihati abang supaya memandu kereta dengan berhati-hati.

A Apakah nasihat ayah kepada abang?


B Mengapakah ayah menasihati abang?
C Bagaimanakah reaksi abang terhadap nasihat ayah?
D Siapakah yang memandu kereta dengan berhati-hati?

Pilih ayat yang betul.

16 I Maruah diri hendaklah dijaga tidak kira di mana jua kita berada.

II Kakak menempa sepasang baju kebaya untuk dipakai di majlis hari jadinya.

III Orang tua itu mengopek buah kelapa dengan menggunakan sebatang parang.

IV Bekas tapak rumah setinggan itu akan dibina pangsapuri 30 tingkat.

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV

Soalan 17 - 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

KARNIVAL FUTSAL PALING HANGAT DI MALAYSIA

ANJURAN YAYASAN MURNI

KATEGORI HADIAH WANG TUNAI KESELURUHAN

Terbuka Lelaki RM 15 500


Terbuka Wanita RM 11 300
Lelaki Bawah 17 Tahun RM 7 800

Tarikh : 3 & 4 MAC 2016


Tempat : Gelanggang Futsal Yayasan Murni, Yayasan Murni,
Tangkak,Johor.
Masa : 8.00 pagi – 7.00 malam

Objektif : 1. Merapatkan masyarakat dengan anak-anak yatim di Yayasan Murni.


2. Mengumpul dana bagi tabung penyelanggaraan Yayasan Murni.
3. Membeli dan membina bilik komputer untuk Yayasan Murni.

Di samping menyaksikan pertandingan futsal berbagai acara disediakan.


17 Iklan di atas mengajak kita menyertai ...

A jualan lelong

B menjadi ahli Yayasan Murni

C permainan Futsal

D nyanyian bersama bintang-bintang Akademik Fantasia

18 Yayasan Murni adalah ...

A rumah untuk anak-anak yatim

B pasaraya baharu

C rumah untuk warga tua

D bilik komputer
19 Maksud perkataan penyelenggaraan dalam iklan di atas adalah?

A mengurus

B membina

C membaik pulih

D merancang

20 Pernyataan di bawah adalah benar kecuali ...

A Yayasan Murni tidak mempunyai bilik komputer.

B Mc Donald tidak akan menyediakan hidangan pada hari tersebut.

C KFC akan memberi makanan secara percuma pada hari tersebut.

D Penyertaan adalah terbuka.

BAHAGIAN B

( 30 markah)

Soalan 21.

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang
diberikan.

pertama buah pada berapa

pelbagai semua patah utas

Pada 5 Mac 2015, suatu mesyuarat Ahli Jawatankuasa Persatuan Belia telah diadakan di
Balai Raya Kampung Delima. Mesyuarat itu bermula pada pukul 3.00 petang. ___________
ahli jawatankuasa persatuan hadir pada petang itu. ____________ perkara dibincangkan
dalam mesyuarat ini. Perkara ___________ yang dibincangkan ialah yuran persatuan. Semua
ahli jawatankuasa persatuan bersetuju untuk menetapkan bayaran sebanyak RM10 seorang.
Yuran ini akan dibayar __________ setiap bulan oleh semua ahli persatuan.

( 4 markah)

Soalan 22.

a) Tuliskan ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________?

Kesan negatif aktiviti pembalakan haram kepada alam sekitar ialah berlakunya
hakisan tanah.
(2 markah)

b) Tuliskan jawapan yang sesuai dengan soalan yang diberikan.

Bilakah kamu mulai menghias rumah berkonsepkan kedesaan Inggeris?

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________
( 2 markah)

c) Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah ini.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.


_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

( 2 markah)

Soalan 23

Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang diberikan.

Penduduk Kampung Serai bersepakat untuk menjadikan Si Babau sebagai umpan


untuk menangkap seekor harimau yang sering berkeliaran di kampung mereka. Si
Babau terpilih disebabkan susuk tubuhnya yang pejal dan sihat. Si Babau berasa sedih
tetapi tidak dapat berbuat apa-apa. Hatinya tidak rela untuk menjadi umpan harimau
itu. Tiba masanya, Si Babau dibawa ke tengah hutan. Dia ditambat pada sebatang
pokok. Orang kampung pula bersembunyi di atas pondok di atas pokok.
Apabila harimau tiba, Si Babau berpura-pura mati. Harimau tidak berselera
apabila melihat Babau sudah mati. Ketika harimau membelakangi Si Babau, Si
Babau dengan secepat kilat menanduk perut harimau. Si Babau bertekad untuk
menghapuskan harimau itu. Disebabkan harimau itulah, dirinya menjadi taruhan.
Tanduknya yang tajam telah menyebabkan perut harimau cedera teruk. Harimau
berguling-guling kesakitan. Akhirnya, harimau itu mati.

a) Apakah maksud ditambat?

__________________________________________________________________
( 1 markah)

b) Mengapakah Si Babau dijadikan umpan untuk menangkap harimau itu?

__________________________________________________________________
( 2 markah)
c) Padankan pernyataan di bawah ini berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah
ditunjukkan sebagai contoh.

Penduduk kampung membina pondok di atas


pokok.

Si Babau dibiarkan di bawah sebatang pokok


Ya
untuk menarik perhatian harimau itu.

Harimau itu mati setelah ditanduk oleh Si


Tidak
Babau.

Hilang selera harimau melihat Si Babau yang


berpura-pura mati itu.

(2 markah)

Soalan 24.
Baca dialog di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Atikah : Ibu bapa kamu memberikan kebenaran kepada kamu untuk menyertai klinik
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah minggu hadapan, Asilah?

Asilah : Ya, ibu bapa saya membenarkan saya menyertai klinik tersebut. Walau
bagaimanapun, ibu bapa Mimi masih belum memberikan kebenaran
kepadanya.

Atikah : Benarkah seperti yang diperkatakan oleh Asilah itu, Mimi?


Mimi : Benar kata-kata Asilah itu. Ibu bapa saya mahu saya membantu mereka di
kebun pada hari tersebut.

Asilah : Ha! Saya ada cadangan untuk membantu Mimi mengatasi masalahnya.
Mimi : Bagaimana?
Asilah : Saya cadangkan agar kita berjumpa dengan ibu bapa Mimi.
Atikah : Saya setuju. Kita boleh menjelaskan tentang kepentingan klinik ini kepada
ibu bapa Mimi.

Mimi : Bagus juga cadangan kamu itu. Cuma, mahukah ibu bapa saya menerima
penjelasan kamu?

Asilah : Kita mesti berusaha. Kalau berjaya, syukurlah. Tetapi jika tidak, kita
usahalah cara lain.

Mimi : Kalau begitu, saya setuju. Bila kamu hendak berjumpa dengan ibu bapa
saya?

Atikah : Lagi cepat, lagi baik.


Mimi : Saya cadangkan pada petang ini juga.
Asilah dan
Atikah : Kami setuju dengan cadangan itu.

Mimi : Terima kasih kerana sudi membantu saya.

a) Perkataan kepentingan dalam dialog di atas boleh juga digantikan dengan perkataan

____________________________________________________________________

(1 markah)

b) Mengapakah ibu bapa Mimi masih belum membenarkan anaknya menyertai klinik
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah?

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

(2 markah)

c) Apakah tujuan Asilah dan Atikah hendak berjumpa dengan ibu dan bapa Mimi?

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

( 2 markah)
d) Pada pendapat kamu, apakah kebaikan menyertai program Klinik Ujian Pencapaian
Sekolah Rendah?

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

( 3 markah)

Soalan 25

Baca puisi di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.


Syukur aku dilahirkan di sini,
Suasana nyaman indah sekali,
Perutmu sarat dengan hasil bumi,
Yang pastinya mampu meningkatkan ekonomi.

Syukur aku dibesarkan di sini,


Hidup bersama fauna berwarna-warni,
Yang jarang-jarang kita temui,
Yang kadang-kadang menimbulkan misteri.

Syukur aku miliki pertiwi ini,


Yang membiarkan flora yang amat bererti,
Selain menjadi sumber rezeki,
Pelbagai penyakit dapat kuubati.

Akan kupertahankan khazanah ini,


Akan kucantas tangan-tangan liar,
a) Yang berhasrat menguburkan hayatmu,
Mengapakah Kerana kau amat kuhargai,
penyajak Jasamu nan luhur lagi abadi.
gembira berada
di bumi ini?

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

( 2 markah)

b) Mengapakah penulis bersyukur dengan flora yang terdapat di tanah airnya?

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________
( 1 markah)
c) Tandakan ( /) bagi pernyataan yang betul dan ( X) bagi pernyataan yang salah
berdasarkan sajak di atas.

Tanah dipenuhi sumber yang amat berharga.

Menjadi tempat mengubati penyakit.

( 1 markah)

Akan kupertahankan khazanah ini,


Akan kucantas tangan-tangan liar,
Yang berhasrat menguburkan hayatmu,

d) Terangkan maksud baris-baris sajak di atas.

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

( 3 markah)

Anda mungkin juga menyukai